Showing posts with label kehidupan kampus. Show all posts
Showing posts with label kehidupan kampus. Show all posts

24 November 2010

SPM 2010 : Berbincang Lepas Jawab Exam ? Oh Tidak !

Sikap berbincang lepas jawab exam ni pada aku macam tak boleh nak dielakkan. Sepanjang 3 tahun aku jawab final exam kat kampus ni, kertas jawapan tu belum kutip lagi, dah ramai yang berbincang. ( mane lah tau untung nasib boleh tukar jawapan yang salah.. hehehe )

Tapi perbuatan ni memang tak boleh diamalkan. Serius ! Sekarang musim SPM 2010 dah mula kan, so aku tau korang yang amik SPM ni mesti berada pada tahap tekanan merkuri yang tinggi. Kalau taknak tambah tekanan, jangan berbincang lepas jawab exam ye atas sebab-sebab yang munasabah.. Antaranya..

16 November 2010

Bila Lelaki Mula Mengemas Biliknya

Situasi ni dah lama terjadi, bulan 7 yang lepas. Masa tu aku baru je mula semester dan masuk bilik baru. Polisi asrama UIA ni lepas setahun kena tukar bilik. Itu mujur tukar bilik, dibuatnya kena duduk luar kampus boleh kurus aku hari-hari jalan kaki dari Batu Caves ke kuliyyah engineering. Wow ! Menarik gak kalau aku kurus.. Hahaha

Tahun ni bilik aku kat tingkat 4. Paling atas. Mula-mula aku masuk bilik tu, sungguh bersepah dan berbau busuk !.. Ditambah plak ada squatter ( penghuni tidak berdaftar ) buat port kat bilik aku tu. Katil aku pun diorang buat port gak, aku memang panas hati betul bila masuk bilik hari tu.

Haa, aku pun bekerja keras untuk membersihkan komparment sendiri macam gambar kat bawah ni. Nak tahu apa aku jumpa kat kompartment aku tu ? Mengerikan !!.. Jom baca..


... sebelum makeover ...


... selepas makeover ...

14 November 2010

Nikmati Pakej Hebat BlackBerry Torch 9800 dengan CELCOM


Blackberry.
Satu jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada mereka yang amat cintakan dunia teknologi. Mempunyai ciri-ciri khas dan dikategorikan sebagai “smart phone”, jika anda memiliki BlackBerry Torch 9800 seolah-olah anda berada di satu kelas yang tersendiri.

Pada 29 Oktober 2010 yang lepas bertempat di Bukit Bintang Entrance, Pavilion KL, CELCOM telah melancarkan BlackBerry Torch 9800 bersama pakej jalur lebar yang cukup berpatutan untuk dimiliki. Ramai yang mengatakan BlackBerry Torch 9800 ini berbeza daripada generasi BlackBerry sebelumnya ?. Kalau anda seorang blogger tegar, sudah pasti dunia realiti dan dunia maya anda dihubungkan dengan mudah dengan Torch 9800 ini. Persoalan mudahnya, mengapa ?

13 November 2010

Peningkatan Keputusan UPSR 2010, Berdaya Saing Itu Perlu !

...5A !...

Akhirnya debaran 482,334 orang bekas pelajar darjah 6 seluruh Malaysia telah berakhir. Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan tahniah kepada 48,327 pelajar yang baru saja mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Menengah Rendah ( UPSR ) tahun ini.

Bila dengar tentang keputusan peperiksaan UPSR 2010 malam tadi kat TV3, aku terkejut dengan peningkatan yang agak ketara. Jadi, hari ini aku beli 2 buah akhbar bagi melihat statistik peningkatan keputusan tersebut. Harian Metro dan New Straits Times aku beli sekaligus. Nasib baik duit tak banyak bawak, kalau tidak mau semua jenis akhbar aku sapu. Haha..

Jom review kat statistik yang dicatat oleh adik-adik kita ni..

05 November 2010

Kerna Kau Bagaikan Permata

Malam ni, resah sedikit memikirkan dua subjek yang perlu aku selesaikan untuk final exam esok. Calculus 3 dan Linear Signal & System. Persediaan? masih belum mencukupi dan aku tidak boleh terus melayan resah dalam hati. Aku membuka folder music di dalam laptop, terpandang satu folder bertajuk Album Motivasi - Devotees. Aku buka dan mainkan di Windows Media Player. Untuk lagu pertama dalam album ini, ia cukup menenangkan hati dan memberi keyakinan buat diri !


...picture by jolian[at]deviantart...

01 November 2010

hilang arah ! nak tukar layouts blog boleh tak ?

Jam menunjukkan pukul 2.11 minit pagi..
aku masih lagi duduk dengan seorang rakan di deretan-deretan kerusi kat kawasan centre uia. Hajat nak study subjek UNGS, namun disebabkan malam semakin lewat ke pagi, perut aku menjadi semakin lapar.

Nak ke cafe asrama jauh, sampai satu tahap sekarang aku rasa nak makan kerusi dengan meja depan aku ni sebab dah macam burger dah aku tengok meja ni. Arghh !!




31 October 2010

Piala Malaysia 2010 milik Kelantan : Mereka bangkit semula.



Semalam bagai nak roboh rasanya setiap restoran atau kedai mamak yang ada sebuah TV. Kecik ke besar ke TV tu tak kesah asalkan dapat menonton siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia 2010. Satu perlawanan yang mendebarkan, ulangan final Piala Malaysia 2009 semalam cukup meriah dengan saingan yang sengit dari kedua-dua pasukan.




Robot budak mekatronik.

... litar yang digunakan ...

Entri ini sambungan dari entri tentang robot yang aku dah ceritakan. Malas nak cerita panjang, just enjoy the pics. =)

28 October 2010

manfaatkan sejarah yang berulang !

Salam..
Sudah 2 hari berturut-turut aku pulang ke bilik lewat malam.. sekitar jam 10 ke 11 malam baru sampai ke bilik dalam keadaan yang meletihkan.. sungguh meletihkan.. aku memahami apa yang kalian ( rakan sekelas mechatronics workshop ) rasakan sekarang ini..

Line-following robot, satu projek yang mesti disiapkan berbekalkan ilmu sepanjang satu semester mengambil subjek ini.

tak berbaloi berpenat-penat untuk subjek 1 kredit sedangkan kita ada subjek lain yang makan sampai 3 hingga 4 kredit untuk difokuskan”, pendapat seorang rakan.

Aku dengan selamba menyokong !.. hahaha.. sebab subjek lain pun aku tak habis cover lagi untuk final exam yang tinggal beberapa detik ni.

Namun dari satu sudut berbeza, projek ini merupakan sejarah berulang untuk aku.. Sejarah 4 tahun yang lalu bakal berulang dalam diri ini.



23 October 2010

“ your attendance de-motivate me.. “


.. picture by devujea[at]deviantart ...

Salam..

Tajuk kat atas tu merupakan kata-kata pensyarah aku untuk subjek Ethics & Fiqh in Everyday Life. Kata-kata yang aku sendiri rasakan ia punya maksud yang mendalam.

Sebab dalam tidak sedar, perlakuan yang nampak kecil ( tidak datang kelas ) itu menyebabkan hilangnya semangat seorang guru.



Rabu lepas ( 20 Oktober 2010 ), aku dan rakan sekumpulan buat pembentangan tentang tugasan kumpulan untuk menghuraikan tajuk “islamic financial system”. Pembentangan dibuat pada minit-minit akhir kelas sebab bila kumpulan aku dah buat pembentangan, tak perlu nak diadakan kelas ganti pada hari jumaat. Pembentangan tu berjalan lancar.

Sebelum keluar kelas, kami semua diberitahu tidak akan ada kelas hari jumaat sebab hari isnin nanti dah boleh habiskan semua pembentangan dan pensyarah akan gulung semua tajuk dan apa yang telah dipelajari untuk subjek ni.

Sebelum keluar kelas, pensyarah aku sempat juga berkata :

“ you know what, your attendance is very poor. By looking to your attendance, it’s realy de-motivate me to have make a class or make-up class. I don’t know what is your purpose taking this course ( Ethics and Fiqh In Everyday Life ). Maybe your aim is just only to pass this course and get A in your final exam. I don’t know ”

Ayatnya lebih kurang begitu. Masa aku dengar dia cakap macam tu, terlintas macam-macam di fikiran. Tak sangka kehadiran pelajar begitu penting bagi sesetengah guru. Mendalam kata-kata dia tu. Baris-baris terakhir tu memang agak mendalam. Yang mana ramai pelajar sekarang lebih menumpukan untuk lulus cemerlang tanpa memikirkan ilmu yang diperolehi. Kalau kedatangan penuh sentiasa, cukup untuk menunjukkan bahawa kita ni ke kelas kerana benar-benar mahukan ilmu.

Sukar nak lawan godaan nafsu bila menuntut ilmu. Malas nak ke kelas tu mesti ada, dengan ngantuknya dan macam-macam lagi. Aku pun kadang-kadang macam tu sebab aku ni bukanlah kategori rajin sangat.. sikit je kot rajinnya.. haha.. kadang-kadang aku jadi down gak atas sebab penat dengan hal-hal selain akademik,program tapi aku fikir balik betapa pentingnya ada sifat ikhlas bila nak menuntut ilmu, sebab apa kita ke kelas dan di mana kita aplikasikan ilmu yang kita dapat. Bila datangnya ikhlas, semangat belajar akan datang dengan sendirinya.

Akhir kata, sifat ikhlas itu boleh untuk diperolehi jika kita benar-benar mahukannya. Bila terasa kurangnya ikhlas, dah malas tahap maksima, duduk dan bertenang. Renungkan kembali apa yang kita lakukan selama ini. Sebabnya, apa yang dilakukan dalam kehidupan seharian itu amanah dan amanah sesuatu yang berat...


*nota kecik : kadangkala sedikit rasa bersalah...

Jam 2006
23 Oktober 2010
Uthman D


09 October 2010

motor mahal dibuli !


sila lihat gambar ini, motor cukup mahal ( walaupun tak semahal harley davidson ) tapi boleh ada kon kat side mirror.. tau la baru beli, nak kasi orang nampak agak-agak la.. hahaha.. foto ni aku tangkap masa dalam perjalanan balik dari kelas..

*nota kecik : bukan aku eh yang letak kon tu !.. belum tahap jahat camtu lagi.. haha

- ENTRI TAMAT -


04 October 2010

Maher Zain LIVE, Jelajah Malaysia - kampus UIAM Gombak



Salam.

Sebentar tadi kat berita TV9 ada disiarkan tentang Maher Zain yang telah pun tiba di Malaysia untuk tour albumnya. Konsert di Malaysia akan diadakan di Stadium MBSA, Shah Alam pada 14 dan 15 Oktober 2010.

Sebelum konsert itu berlangsung, hasil kerjasama CONVEST'10 UIAM dan MBSA, Maher Zain akan mengisi slot program Palestin Night : Tomorrow Will Be Free.


Terlibat sebagai sub-committee program coordinator central CONVEST'10 ni membuatkan aku tahu sedikit sebanyak perjalanan semua program sepanjang CONVEST'10. Untuk show nasyid malam tu, aku tak ditugaskan ke situ sebab aku ditugaskan ke program 9 - 10 Oktober nanti, program Intervarsity Futsal Tournament. Jadi tak tahu secara details la tentang perjalanan program.

Secara kasarnya, program yang bakal diadakan pada 6 Oktober 2010 nanti mengetengahkan konsep muzikal teater dan konsert nasyid. Menarik sebenarnya. Para penonton dapat melihat persembahan teater berkenaan dengan palestin dan diselangi nyanyian dari artis-artis nasyid terkemuka seperti Shoutul Harakah, In Team, Muadz & Shinji, Kashfy serta Al- Amin.



Di akhir slot itu, Maher Zain dijangka membuat sedikit persembahan sebelum majlis penutup. Kalau nak jumpa dia pun boleh gak, petang tu ada sesi bertemu peminat, kat mana tu aku tak tahu sebab petang tu aku ada kelas sampai pukul 6 petang, jadi tak amik kisah sangat la tentang ni, walaupun nak pergi sebenarnya.. hehe



Semoga objektif program ini tercapai, untuk meningkatkan kesedaran kita terhadap bumi Palestin, membantu mereka selagi termampu supaya isu ini tidak hanya menjadi isu yang 'hangat-hangat tahi ayam'.

Untuk committee-committee Palestin Night : Tomorrow Will Be Free, semoga program kalian berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif. Sorang member aku yang juga rakan sekelas, Mohd. Suhail Zulkifli terlibat dalam program tu dan nampak begitu sibuk akhir-akhir ni. All da best !!

nantikan 6 Oktober 2010, Pusat Aktiviti Kebudayaan, UIAM =)

*nota kecik : ini kali pertama terlepas show nasyid kat uiam, show gempak plak tu, keadaan tak mengizinkan... lagu Maher Zain aku minat sebab iramanya tak skema, pop sikit..

* UPDATE jam 10 47 malam, aku dapat tiket ke konsert tu ! yeay !.. Terima kasih Suhail ..

2212
4 Oktober 2010
Cafe AMMF Any


Convest ’10 : IIUM Chocolate Fair 2010, Oh Coklat !!

Salam.

Hari ni baru aku berkesempatan pergi ke satu program dalam CONVEST ’10 ( Convocation Fiesta ) UIAM, iaitu Pesta Coklat. Pesta ?

Program ni dah start lama dah, hari sabtu lepas tapi aku tak berpeluang ke sana. Sibuk sikit dengan urusan duniawi yang kian banyak. Huh !

Aku pergi hari last ni dengan harapan nak dapat diskaun..

... maskot Convest '10 ...


Kalau pergi PC Fair hari last mesti banyak diskaun, aku pun harap macam tu la kat Chocolate Fair ni. Hehe.. Tapi mana ada diskaun, ada kot cuma sikit je la dalam RM 3 – 5 macam tu.

Segala cerita untuk aku di chocolate fair ni aku terangkan melalui gambar-gambar ini..

... brand luar negara rasanya, bentuknya lawa ...



... kaum wanita sedang membelek cincin, gelang.. ala,macam biasa ...



... persatuan silat cekak buat persembahan ...





Macam – macam coklat ada kat sini, semuanya keluaran tempatan, ada la satu tu dari oversea rasanya. Jenama-jenama popular yang selalu orang lain makan seperti ferrero roche, choclairs takde kat sini. Aku tak makan coklat mahal, roka yang 20 sen tu pun coklat gak. Kalau ada pun jenama mahal tu, macam la aku mampu nak beli. Ni nak cari coklat pun aku pusing 3 – 4 kali, cari coklat yang besar, sedap tapi murah !.. dah akhir sem beb,jimat bukan bermakna kedekut..

... coklat yang aku beli ...



*nota kecik : Hanya berhabis RM 10 untuk 7 bungkus coklat. Ada yang minta belanja, tengok mood la camane eh.. Hahaha

1855
4 Oktober 2010
Mahallah Uthman


pada-Mu ku bersujud - Afgan

... captured and edited by me ( izwanyusof ) ...

Salam.

Sedang mencari-cari lagu apa yang nak didengar lewat tengah malam ni, aku memilih lagu padaMu ku bersujud nyanyian Afgan. Relaks sikit lagu ni, lepas ni boleh sambung siapkan assignment tadi.
Mari hayati lirik lagu ini...



" Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa kulihat
Selain hanya namaMu, ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari
Segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari
Segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
PadaMu "

Sumber lirik : http://www.lyricsmode.com/lyrics/a/afgan/#share

muaturun padamu ku bersujud - Afgan di sini.

*nota kecik : hmm, entah la.. aku pun tak tahu..

0056
4 Oktober 2010
Mahallah Uthman

03 October 2010

Jubah IIUM 26th Convocation Day : makna disebalik warna

Salam..

Musim konvokesyen datang lagi !
Semalam masa aku tengok diorang pakai jubah konvo tu, gempak gak la. Untuk pengetahuan, setiap warna pada bahagian tengah jubah ini menentukan si pemakai itu dari fakulti mana.







Yellow – Kuliyyah of Economics and Management Sciences
Blue – Institute of Education
Peach – Kuliyyah of Nursing
Bight Pink – Kuliyyah of Allied Health Sciences
Purple – Kuliyyah of Architechure and Environmental Design
Black – Ahmad Ibrahim Kuliyyah Of Law
Orange – Kuliyyah of Science
Deep / Dark Purple – Kuliyyah of Dentistry
Maroon – Kuliyyah of Engineering
Cream – Kuliyyah of Pharmacy
Pink – Kuliyyah Of Medicine
Green – Kuliyyah of ICT
Grey – Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Science

Tahniah kepada senior-senior yang sudah mendapatkan skrol yang bernilai 3 - 4 tahun selama belajar di sini. Teruskan menuntut ilmu !

*nota kecik : maroon 2013 insyaAllah

0849
3 Oktober 2010
Mahallah Uthman


08 September 2010

Salam Aidilfitri 1431H

... untuk kenalan di UIAM ...

Salam..
Baru saja aku selesai menyiapkan e-card aidilfitri untuk diletakkan dalam laman facebook.. Habis tag rakan-rakan, aku terfikir akan sesuatu...


Penggunaan kad raya digital seperti ini seolah-olah menghilangkan suasana dan seri Aidilfitri pada waktu dulu-dulu. Dahulu, kad raya dikirim melalui pos, posmen tu boleh kata kena kerja overtime bila hari raya aidilfitri bakal menjelang. Setem-setem akan meningkat penjualannya bila hampir waktu Syawal. Kalau posmen sampai kat rumah hantar kad raya, seronok sungguh ! Satu benda yang boleh dilihat depan mata, diamati dan dihayati kata-kata di dalamnya. Masa raya penuh rumah kita gantungkan semua kad yang kita dapat kan ?

Kini, teknologi semakin maju dan ramai daripada kita memilih untuk menghantar email atau tag rakan-rakan dengan kad raya maya kita di mana-mana laman sosial. Cara itu kelihatan lebih menjimatkan masa, ringkas, tidak perlu beratur panjang membeli setem, menulis kata-kata maaf dalam kad raya. Cepat dan Mudah. Tetapi suasananya pasti berbeza jika kita mendapat kad raya dari posmen.

Namun itu bukanlah isu utama. Yang utama nilai kemaafan bila tiba syawal nanti. Bukan bermakna bila tiba aidilfitri sahaja baru minta maaf, setiap masa perlu cuma suasana aidilfitri ini berbeza. Suasana pagi syawal, takbir raya, keriuhan saudara-mara itu semua budaya dan adat masyarakat kita. Masyarakat melayu di bumi Malaysia. Itu semua membuatkan kita lebih dekat dengan diri kita yang sebenar. Tetapi ucapan " maaf zahir batin " itu harapnya bukanlah hanya cakap kosong kerana ia sudah menjadi adat. Orang sebut kita pun sebut. Tidak ! Biarlah ucapan itu dari hati yang ikhlas sebenar-benar ikhlas.

Akhir kata, Salam Aidilfitri 1431H buat semua kenalan-kenalan aku di simpang renggam, kenalan di UIAM serta kenalan-kenalan blog. Yang kenal aku dengan dekat, aku ni agak pelik-pelik sikit kah?.. hehe .. Hmm, mungkin tahun depan aku nak cuba bagi kad raya pakai setem, kena ambil alamat siap-siap la camni.. Hahaha..


... untuk kenalan di desa ...


*nota kecik :
- maaf, syawal kali ini berbeza mungkin.
- menyambut syawal ketika kanak-kanak dahulu sungguh meriah.
- tidak pernah menghadapi masalah balik kampung sebab dua-dua kampung aku berada dalam jarak 1 - 2 KM dari rumah aku.

1725
8 September 2010
di ...

22 August 2010

Kenali Diri Anda Melalui Warna


Salam..

Antara 4 warna ini, yang manakah menjadi kegemaran anda ?
Emas, Hijau, Biru atau Oren ?

Kalau bukan kegemaran pun, ciri-ciri dalam warna apakah yang amat sesuai dengan diri anda ?

Jom semak dan lihat !



EMAS



Emas, mereka yang bercirikan emas ini mempunyai kriteria berikut. Atau dengan nama lain, mereka ialah golongan SKEMA !! Kenapa dinamakan skema? Kerana golongan ini sangat akur dengan peraturan. Kalau peraturan kata A, A la jawapan dia..

Ciri-ciri :

- Tulang belakang atau nadi sesebuah persatuan
- Berharga seperti emas
- Setia
- Rajin berusaha
- Bertanggungjawab
- Pembersih
- Sangat tersusun
- Tepati masa dan janji
- Bijak mengurus kewangan
- Mahir dalam menyimpan rekod
- Dilahirkan sebagai pemimpin

HIJAU



Hijau ialah warna yang nampak tenang. Dengan nama lain mereka ialah golongan NERD !
Nerd? Owh.. Dinamakan sedemikian sebab mereka ini memang golongan kuat study la, budak-budak bijak + dean list mungkin..

Ciri-ciri :

- Terlalu kompleks
- Menarik
- Tahap kebijaksanaan tinggi
- Berfikir di luar kotak
- Pemberi tumpuan yang baik
- Suka bertanya
- Suka berkongsi maklumat
- Suka cabaran yang melibatkan minda dan IQ
- Sasaran yang tinggi dalam kepimpinan

BIRU



Biru nampak cool je kan ? Dengan bahasa kasarnya mereka ini golongan JIWANG !
Sebab ? Jiwa mereka mudah tersentuh, simpati dan sangat mengambil berat..

Ciri-ciri :

- Berhati mulia
- Penyayang
- Mudah simpati
- Sangat fleksible
- Mudah untuk berbicara
- Sukakan kedamaian
- Seorang yang seni
- Romantik

OREN



Mereka yang bercirikan Oren nampak sempoi dan selamba.Macam rilek je atau dengan nama lain mereka ni HENTAM KEROMO je.. hehe.. Sebab mereka kalau nak mana-mana suka huru-hara ( penceria suasana ) serta tidak boleh memberi tumpuan yang lama sebab cepat bosan..

Ciri-ciri :

- Seorang yang dinamik
- Spontan
- Sukakan keseronokan
- Penceria kehidupan
- Energetik
- Penghibur
- Sukakan aktiviti fizikal
- Sukakan pembelajaran praktikal


Itu adalah sebahagian daripada ujian personaliti yang aku ambil semasa program pada minggu lepas. Ini lebih kepada aspek kepimpinan dimana dalam persatuan ada pelbagai manusia pelbagai ragam. Jadi bersyukurlah kerana disatukan sebegitu sebab kekurangan kita mungkin menjadi kelebihan orang lain dan kekurangan orang lain itu adalah kelebihan diri kita.

Kita mungkin berbeza pendapat tetapi pendapat yang buruk pada kita siapa tahu ia baik bagi semua orang ? Bertoleransilah dalam komunikasi dan ingatlah kita tidak akan boleh hidup berseorangan di dunia ini.. Memerlukan orang lain untuk saling melengkapi.. (^_^)

*nota kecik :
- sumber dari sesi kaunseling, MRC Leadership Trainning 2010
- sumber gambar dari google images
- agak-agak aku ni tergolong dalam warna apa? Hanya mereka yang tertentu saja tahu.. hahaha

0046
22 Ogos 2010
Uthman D


11 August 2010

Saya sayangkan blog saya



Salam..
Jam menunjukkan 1.47 minit pagi. 1 Ramadhan 1431 H. Bermakna esok adalah hari pertama seluruh umat islam bakal menunaikan kewajipan berpuasa.

Alhamdulillah, tadi aku berkesempatan solat tarawikh pertama di masjid UIAM. Hari pertama tarawikh, jemaah yang memenuhi saf sampai ke belakang. Agak ramai ditambah dengan bilangan saf wanita di tingkat 2 dan 3 masjid. Selesai menunaikan 8 rakaat, aku pulang kerana ada tugasan lain perlu diselesaikan.

Fikiran agak tertekan ! itu yang sebenarnya bila memikirkan urusan dunia yang tidak pernah putus. Aku hanya menganggap ia perkara mudah dan bukan perkara besar bagi mengurangkan bebanan di fikiran. Untuk meredakannya aku menaip coretan ini untuk blog, sebab ‘saya masih sayangkan blog saya ‘...


Perihal akademik yang bukan akademik mesti dilunaskan.



Sejak minggu lepas lagi, aku dah merasakan ia minggu kritikal. Quiz hampir setiap hari untuk subjek signals and systems, thermofluids,perlu siapkan report mechatronics workshop yang tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Satu persatu dilalui namun aku tidak berpuas hati. Ya ! tidak dapat memberi 100% penglibatan dalam hal itu. Minggu ini, keadaan hampir serupa. Esok akan ada quater-semester exam untuk Signals And Systems, quiz thermofluis. Lusa, quiz Calculus 3 dan assignment quiz thermofluids. Memikirkannya membuatkan aku hilang selera makan [ boleh kurus.. hahaha ].

Tahun kedua ini baru aku memilih untuk kembali ke alam berpersatuan. Selepas di pusat asasi, aku senyap dari mana-mana pesatuan ketika tahun pertama yang lalu. Malas, Letih juga. Mahu hidup bebas namun bebas itu membuatkan fikiran melayang entah kemana. Bermula dengan permohonan sebagai sub-committee untuk IIUM Convocation Fiesta 2010, permohonan aku diterima. Selepas itu, tanpa diduga dapat satu lagi komitmen dalam Mahallah Representative Committee ( MRC ) sesi 2010/2011. Aku tak tahu sejauh mana kemampuan aku, hanya boleh mencuba sebagai orang kecil dalam Information and Multimedia Bureau . Komitmen ketiga, sub-committee untuk Sponsorship Bureau EngineTex 11 yang akan berlangsung pada bulan 2 tahun hadapan insyaAllah. Ya, sedikit je kalau nak dibanding dengan orang lain yang jauh lebih banyak komitmen mereka .

Komitmen ini sudah tentu ada perjumpaan untuk sesi perbincangan dalam pengurusan program dan sebagainya. Cuma akhir-akhir ini perjumpaan itu seringkali bertindih dalam waktu yang sama. Minggu lepas, perjumpaan untuk EngineTex bertindih dengan program Cleanliness Competition untuk MRC. Terpaksa memberi keutamaan kepada program yang lebih penting. Minggu ini, Mrc Leadership Trainning dijadualkan pada 13 – 15 Ogos 2010 dan dalam masa yang sama 15 Ogos jam 2 petang ada Induction Course EngineTex. Terdiam dan berfikir panjang seketika. Memang tidak disangka semua itu akan berlaku serentak, itu normal. Tetapi harapan aku, aku akan cuba menyantuni semua komitmen di MRC, Convest dan EngineTex. Mereka-mereka yang berada di situ kenalan baru atau kenalan lama akan cuba aku santuni semampunya. Rasanya bukan mudah nak menjaga hati orang dalam setiap perkara, namun kita boleh mencuba.

Masa terasa tidak cukup tetapi benarkah tidak cukup atau aku yang tidak menggunakan masa sebaiknya ? Haa, persoalan yang aku kena fikirkan tu. Moga segalanya dapat berjalan dengan lancar . Ada yang cakap berpersatuan menyebabkan pelajaran merosot, pointer jatuh. Betul ke ? Pada aku bukan persatuan itu yang menjadi salah pelajaran merosot, tetapi diri sendiri punca utama. Kan ?

Okey, selamat bersahur sebentar lagi (“,)

*nota kecik : coretan ini ketika kepala agak pening, ayat mungkin tak sedap tetapi ‘ saya sayangkan blog saya ‘. . .

11 Ogos 2010
Mahallah Uthman, IIUM.

21 July 2010

Trafik Blog Menurun !

... kesesakan trafik di jalan tidak sama dengan kesesakan trafik di blog - picture by trappedinreality.deviantart ...

Salam..

Trafik blog aku sekarang telah menurun dengan mendadak, tidak seperti bulan lepas..
Penurunan yang dikelaskan pada tahap kritikal !!
Kalau sebelum ni satu hari boleh jejak 100 pageviews ( kira ok la untuk blog tak hebat macam aku ni ), sekarang dalam 30 – 50 pageviews sahaja.

Sebabnya ?..


Hari ini 21 Julai 2010, bermakna sudah 2 minggu aku memulakan semester baru di kampus. Minggu pertama yang lalu, kelas aku telah bermula pada hari pertama lagi. Ada yang pelik sebab pensyarah semangat sangat masuk kelas pertama, tapi pada aku itu perkara biasa sebab selalunya silibus tak pernah nak habis bila tiba akhir semester ( terutama untuk kuliah kejuruteraan.. haish! )

Minggu pertama juga aku telah mendapat tugasan yang agak banyak. Hujung minggu terpaksa duduk di bilik menyiapkan tugasan ( walaupun tak berapa nak siap ), terbatas idea nak menulis dan juga keluar berjalan-jalan. Memasuki minggu kedua ini, tugasan semakin bertambah dan ia akan terus bertambah. Aku perlu bersedia untuk semua itu !.. Yeah !!

Tanggungjawab tidak terbatas kepada pelajaran sahaja, aku punya tugas lain untuk beberapa program. Aku tak akan mengkhabarkannya selagi tiada apa-apa makluman susulan. Tidak la banyak pun program, sikit je, cuma menunggu jawapan mane la tau tiba-tiba ada meeting, perlu lagi persediaan mental disitu.

Benar juga kata-kata blogger hebat dan handal, nak kekalkan berblogging ni perlu kekuatan, ada masa kita akan jadi rajin dengan blog, update hari-hari, setiap jam namun ada masa blog semakin kurang untuk dikemaskini dan lama kelamaan ia dibiarkan begitu saja. Timbul la ayat “ blog usang”, “blog berhabuk”. Aku pernah sekali macam tu dan harapnya ia tidak berlaku lagi. Aku akan terus update semampu yang boleh.

Akhir kata, itulah punca trafik blog aku menurun, kekangan waktu untuk meluahkan idea dan mengemaskini blog. Menulis ini perlukan ketenangan, idea tidak akan datang bila kita dalam keadaan otak berserabut. Betul ?. Haa, jadi aku akan cuba mencuri sedikit masa dan ruang untuk kembali dengan blog. Blog aku ada pembaca setia ke ?. Mungkin ya mungkin tidak. Hahaha..

*nota kecik : aku jumpa ayat baru ketika kelas Signals And System,”beyond our abilities”. Jadi, aku gubah kepada ayat ini :

“ beyond boundaries, beyond our abilities “

1043
21 Julai 2010
Cafe Edu, IIUM.

20 July 2010

Ziarah Keluarga Angkat



Salam..

Anda pernah ada keluarga angkat ? Ya ? Tidak ?
Ada beza ke keluarga angkat dengan keluarga sendiri ?.. Memang berbeza, tapi itu dari pandangan mata kasarnya. Dari segi ikatan ukhwah sesama muslim pada aku tiada yang berbeza, luasnya kenalan kita dapat meluaskan rezeki kita.

Minggu lepas aku dan peserta baktisiswa yang lepas ( ashraff, hanani, munirah ) yang mana mereka satu keluarga angkat dengan aku pergi menziarah keluarga angkat kami di Hotel Concorde Inn, KLIA. Pertemuan itu perlu biarpun ia hanya 2 jam. . .

... nampak cantik papan untuk letak depan pintu bilik ni ...


Ayah angkat kami bekerja sebagai kastam dan bakal bersara pada bulan depan. Jadi mereka menghadiri satu majlis persaraan yang berlangsung di Putrajaya pada 16 Julai 2010 yang lalu. Mulanya kami merancang untuk melawat mereka pada hari sabtu tetapi disebabkan mereka bakal pulang pada sabtu pagi, maka petang jumaat itu juga kami terus ke sana.

... kereta berjasa ...

Berbekalkan sebuah perodua Viva kami menuju ke Hotel Concorde Inn KLIA dengan tiada seorang pun yang tahu jalan nak kesana, cuma berpandukan papan tanda jalan sahaja.. ==’

... nama bilik pun dah macam kat lapangan terbang ...

Syukur selamat tiba ke destinasi jam 4.15 petang. Setelah jumpa bilik mereka menginap, kami bersalaman. Seperti biasa mak menitiskan air mata berjumpa kami terutama dengan munirah dan hanani.. T_T

... ayah angkat dan adik angkat kami yang paling bongsu ...



Pelbagai perkara dibualkan, kalau boleh rasanya banyak perkara yang nak diceritakan kepada meraka, keluar jalan-jalan dengan mereka, makan malam bersama tetapi jadual ayah tidak mengizinkan. Mereka perlu bertolak dengan bas ke Putrajaya jam 6.30 petang untuk majlis makan malam dan persaraan di sana.

... SEE the HARGA laaa !!! ...

Mulanya kami ingat nak makan di cafe dalam hotel tu bersama mereka tetapi melihat kepada menu yang harga makanan seorang sama dengan 4 orang makan jika di warung, hasrat itu dibatalkan. Lebih baik berbual panjang dengan masa yang singkat itu.. ^_^


... shoot semasa sedang menunggu kereta sampai ...

Pantas masa berlalu, jam menunjukkan 6.30 petang. Mereka pun telah selamat bertolak ke majlis makan malam, kami melambai dari jauh. Perancangan seterusnya, kami akan ke Kg. Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang. Bila ? Akan difikirkan tetapi kami akan ke sana lagi.

Bagi yang pernah melalui program keluarga angkat, masih berhubung lagikah dengan mereka? Jika tidak teruskan menghubungi mereka ye.. Jika Ya, kekalkan persaudaraan itu.. =)

*nota kecik : masa program hari tu tak dapat jalan-jalan ke pulau, satu kerugian datang penang tak pergi ke pulau.. kepada cik hanani husna, kami sesat lorh selepas hantar kamu ke sekolah.. hahaha...

2103
20 Julai 2010
Mahallah Uthman..