Showing posts with label baktisiswa permata '10. Show all posts
Showing posts with label baktisiswa permata '10. Show all posts

20 July 2010

Ziarah Keluarga Angkat



Salam..

Anda pernah ada keluarga angkat ? Ya ? Tidak ?
Ada beza ke keluarga angkat dengan keluarga sendiri ?.. Memang berbeza, tapi itu dari pandangan mata kasarnya. Dari segi ikatan ukhwah sesama muslim pada aku tiada yang berbeza, luasnya kenalan kita dapat meluaskan rezeki kita.

Minggu lepas aku dan peserta baktisiswa yang lepas ( ashraff, hanani, munirah ) yang mana mereka satu keluarga angkat dengan aku pergi menziarah keluarga angkat kami di Hotel Concorde Inn, KLIA. Pertemuan itu perlu biarpun ia hanya 2 jam. . .

... nampak cantik papan untuk letak depan pintu bilik ni ...


Ayah angkat kami bekerja sebagai kastam dan bakal bersara pada bulan depan. Jadi mereka menghadiri satu majlis persaraan yang berlangsung di Putrajaya pada 16 Julai 2010 yang lalu. Mulanya kami merancang untuk melawat mereka pada hari sabtu tetapi disebabkan mereka bakal pulang pada sabtu pagi, maka petang jumaat itu juga kami terus ke sana.

... kereta berjasa ...

Berbekalkan sebuah perodua Viva kami menuju ke Hotel Concorde Inn KLIA dengan tiada seorang pun yang tahu jalan nak kesana, cuma berpandukan papan tanda jalan sahaja.. ==’

... nama bilik pun dah macam kat lapangan terbang ...

Syukur selamat tiba ke destinasi jam 4.15 petang. Setelah jumpa bilik mereka menginap, kami bersalaman. Seperti biasa mak menitiskan air mata berjumpa kami terutama dengan munirah dan hanani.. T_T

... ayah angkat dan adik angkat kami yang paling bongsu ...



Pelbagai perkara dibualkan, kalau boleh rasanya banyak perkara yang nak diceritakan kepada meraka, keluar jalan-jalan dengan mereka, makan malam bersama tetapi jadual ayah tidak mengizinkan. Mereka perlu bertolak dengan bas ke Putrajaya jam 6.30 petang untuk majlis makan malam dan persaraan di sana.

... SEE the HARGA laaa !!! ...

Mulanya kami ingat nak makan di cafe dalam hotel tu bersama mereka tetapi melihat kepada menu yang harga makanan seorang sama dengan 4 orang makan jika di warung, hasrat itu dibatalkan. Lebih baik berbual panjang dengan masa yang singkat itu.. ^_^


... shoot semasa sedang menunggu kereta sampai ...

Pantas masa berlalu, jam menunjukkan 6.30 petang. Mereka pun telah selamat bertolak ke majlis makan malam, kami melambai dari jauh. Perancangan seterusnya, kami akan ke Kg. Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang. Bila ? Akan difikirkan tetapi kami akan ke sana lagi.

Bagi yang pernah melalui program keluarga angkat, masih berhubung lagikah dengan mereka? Jika tidak teruskan menghubungi mereka ye.. Jika Ya, kekalkan persaudaraan itu.. =)

*nota kecik : masa program hari tu tak dapat jalan-jalan ke pulau, satu kerugian datang penang tak pergi ke pulau.. kepada cik hanani husna, kami sesat lorh selepas hantar kamu ke sekolah.. hahaha...

2103
20 Julai 2010
Mahallah Uthman..

01 June 2010

Episod Akhir : Baktisiswa Permata '10

14 April 2010.. Hari Akhir..

Jam menunjukkan 6.40 pagi..
Selepas solat dan mandi, aku duduk sambil mengemaskan beg bajuku.. Menyemak dan meneliti semua baju yang ada samaada ada yang tertinggal atau tidak..

Begitu juga dengan asyraff, yang kelihatan sudah siap mengemas beg pakaiannya. Sempat juga berborak-borak kosong tentang apa yang akan berlaku pada acara perpisahan sebentar lagi , penyerahan balik pelajar dari keluarga angkat kepada pihak penganjur pada jam 9.00 pagi nanti.

Lebih kurang jam 7.20 pagi, kami turun ke bawah membawa beg masing-masing. Seperti hari-hari sebelumnya, sudah tersedia nasi bungkus yang diletakkan di dalam pinggan bersama air teh O di atas meja.

Munirah dan Hanani juga sudah keluar siap bersama beg pakaian masing-masing.

Segalanya kelihatan tenang, wajah-wajah ceria terukir seperti kebiasaanya. Namun, bila dilihat dengan teliti, keceriaan itu bercampur dengan riak wajah yang seolah-olah belum bersedia untuk meninggalkan Kg. Kuala Muda ini.. belum bersedia untuk berpisah..

HADIAH UNTUK KAMI

eh, hadiah tu sume dah masuk dalam beg ke?, semalam bungkus buku sume ok?

dah siap dah.. semua dalam beg”, beg kertas berwarna ungu yang kami beli semalam sudah diisi dengan hadiah-hadiah yang bakal diberikan kepada keluarga angkat nanti.

Bagi sekarang la kat mak ..

Rilek dulu, kat dataran jap g r.. nanti kan ada bagi-bagi hadiah semua..jom makan dulu

Kami berbual-bual kosong ketika sedang menjamu selera, mak pula sedang bersiap untuk menghantar kami ke dataran sebentar lagi. Ayah sememangnya telah lama bersiap dan duduk bersarapan dengan kami.

Kelihatannya macam kami berempat yang sudah bersiap awal, rumah Pak Lah yang terletak hanya beberapa langkah dari rumah kami kelihatan sunyi pagi itu. Pak Lah pun ada juga ambil beberapa orang anak angkat.

Sedang kami bersarapan, mak datang memberi kami setiap seorang satu bungkusan.

Ni haa mak ada beli sikit untuk kamu semua, takda pa sangat la pun

eh, terima kasih mak, eh korang nape ada kotak kecik plak?.. kitorang satu je

ala,kitorang pompuan lebih la sikit, semalam pun mak dah belikan cincin untuk kitorang

eleh, ye la tu.. kalau kau U ni pompuan yang dah pakai cincin susah la orang nak kacau, mesti orang ingat dah tunang.. haha

tu pasal la pakai, tak senang kena kacau .. hehe

Aku meneliti bungkusan yang baru diterima, lembut je.. macam kain.. baju ke?

ni mesti kain pelikat ni ”, teka asyraff.

Aku tidak berniat untuk membuka hadiah itu, biarlah di dalam bas nanti.

Jam menunjukkan hampir 9.00 pagi..

eh, jom la gerak gi dataran, macam dah lewat je ni

ha’ah, dengar macam dah ramai

Satu persatu beg dimasukkan ke dalam kereta. Aku pergi ke dataran dengan menaiki motor, anak lelaki mak tolong hantar sebab kereta dah tiada tempat duduk kosong.

MAJLIS PENYERAHAN ANAK ANGKAT

9.30 pagi..

kelihatan sibuk suasana di dataran, ada sebahagian peserta telah tiba di dataran bersama dengan keluarga angkat mereka. Namun masih ada sebahagian lagi yang masih tidak kelihatan, Faaizz antaranya..

tidak lama selepas kami sekeluarga tiba, aku ternampak fadhir dan Li datang dengan menaiki motor. Mereka menghantar beg dahulu, katanya keluarga mereka tak dapat hadir ke dataran.

Pada masa itu juga, kami berempat menyerahkan “kenangan ungu” kepada keluarga angkat. Semestinya acara bergambar menjadi keutamaan bagi kesemua peserta-peserta baktisiswa. Gambar sesama biro, ahli keluarga, sahabat dan lain-lain. Kesemuanya penting kerana kenangan itu tidak akan berulang, hanya dengan gambar kita dapat menatap kembali kenangan yang dilalui.





Setelah kesemua peserta hadir di dataran, acara penyerahan anak angkat dimulakan. Sedikit ucapan ringkas daripada ketua kampung, Pak Lah dan juga pengarah program, Baim yang saling membalas ucapan terima kasih kerana sudi menerima rombongan kami untuk berkampung di kampung ini.

Seorang demi seorang peserta dipanggil ke pentas bersama-sama dengan keluarga angkat mereka. Sebagai simbolik penyerahan semula, anak-anak angkat menyerahkan sejumlah wang mengikut bilangan anak angkat kepada keluarga mereka serta baju program. Mengambil seorang anak angkat, keluarga akan mendapat RM 50 bagi kos belanja makan dan lain-lain sepanjang kami menumpang di rumah mereka. Tetapi atas permintaan Pak Lah sendiri, perkara itu dirahsiakan sejak awal perancangan program kerana Pak Lah mahu mencari mereka yang benar-benar mahu mengambil anak angkat,mencari mereka yang ikhlas.

sedang aku leka berbual di belakang..

Di jemput En. Ishar bin Man, Pn. Rosilla bersama-sama anak mereka Nurmunirah bt. Ramli, Hanani Husna bt. Ahmad Nor Bakri, Mohd. Izwan bin Mohd Yusof dan Muhammad Asyraff bin Zainal Alam naik ke pentas”, pengumuman dari pengacara majlis.



Aku yang pada masa itu hanya membuat muka selamba dan sedikit senyuman diukir ketika sesi bergambar di atas pentas. Munirah yang emosinya sedikit tersentuh dengan majlis perpisahan ini,kelihatan sedih. “ Nampaknya, kita telah melihat hujan gerimis di tengahari”,usik pengacara majlis.

Adat sebuah pertemuan yang diakhirnya perpisahan menanti, terutama bagi program-program seperti ini. Aku juga tidak terkecuali daripada perasaan sedih tersebut, tetapi sukar untuk menitiskan air mata ini.

PAPADOM Pulau Pinang

2 buah Bas UIAM telah pun bersiap sedia untuk memulakan perjalanan pulang. Kesemua barang-barang perlu dimasukkan segera. Hingga ke saat-saat akhir program, tugas aku masih belum selesai sebagai krew “prep n tech”. Aku menyemak semula peralatan yang aku pinjam dari UIA , bagitu juga dengan Zarul.

Selesai tugas, aku kembali bersama keluarga dan adik beradik angkat. Berbual-bual dengan masing-masing menjemput mak dan ayah datang ke rumah. Asyraff pada masa itu telah pulang bersama keluarganya ke rumah,maklumlah rumah Asyraff tidak sampai setengah jam dari rumah keluarga angkat kami. Ketika berbual-bual,mak juga bersungguh-sungguh menjemput kami datang lagi ke penang, dan kami hanya mampu menjawab InsyaAllah. Mungkin kami akan pergi semula ke sana cuma bergantung kepada keadaan dan masa.

Aku perasan yang ayah bercakap sesuatu di telefon tetapi agak menjauhkan diri dari kami seketika. Terdengar macam mahu membeli sesuatu dengan segera. Aku mengabaikan sahaja dan tidak bertanya,mungkin urusan di pejabat agaknya.

Tidak lama selepas itu, Kak Yana datang dengan motor besar ayah membawa sesuatu.

PAPADOM, sebanyak 10 bungkus.

Nah, ni buat korang.. Hari tu cakap keluarga pesan ye.. semalam tak sempat nak beli,tu pun biq juga rumah sebelah ada banyak”, ujar ayah sambil menghulurkan beg plastik berisi papadom kepada aku.

Aku nak sangat beli papadom ni semalam sebab ianya bukan seperti papadom yang biasa aku makan di rumah,yang berbentuk petak-petak kecil itu. Tetapi papadom penang ini berbentuk bulat dan besar, tidak ubah seperti filem PAPADOM yang dilakonkan Afdlin Shauki.

Tidak boleh dinafikan, hati aku sedikit tersentuh. Sanggup juga ayah cari apa yang aku nak beli semalam, sekali lagi ucapan terima kasih yang mampu aku luahkan untuk membalas jasa itu. Akhirnya ada juga ole-ole untuk aku bawa pulang ke Johor nanti. Aku tidak ambil kesemuanya, aku bagi Mun dan Nani 2 bungkus setiap seorang, nak bagi Asyraff juga namun dia sudah pulang lebih awal.

LAMBAIAN PERPISAHAN.. TETAPI, DI MANA MEREKA ?

Ayah pada masa itu terpaksa pulang awal kerana ada urusan di pejabat. Tinggal mak dan Kak Yana di dataran. Setelah selesai bersalaman dan saling mengucapkan salam, kami bersiap menaiki bas.

Angka giliran dipanggil seorang demi seorang bagi memastikan tiada yang tertinggal. Kelihatan di bahu jalan, keluarga angkat masing-masing menunggu untuk menyaksikan perjalanan pulang kami. Aku hanya duduk dan melihat ke luar tingkap, memerhatikan kawasan penempatan baru bagi mangsa-mangsa tsunami di Kg. Kuala Muda ini. 6 hari ini memberi pengalaman yang bermakna dan belajar banyak benda baru.

Tayar bas bergerak dengan perlahan menandakan perjalanan pulang kami sudah bermula. Kami berkumpul di tepi tingkap, melambai-lambai kearah penduduk kampung. Aku ketika itu tercari-cari mak dan kak yana, namun tidak kelihatan. Kereta toyota avanza hijau itu juga telah tiada, mungkin mak tak sanggup melihat kami pulang kerana dia kelihatan begitu berat hati untuk membenarkan kami pulang. Terasa masih belum cukup masa yang ada untuk saling berkenalan.



Mungkin ada takdir untuk pertemuan kedua selepas ini..

Pertemuan kedua yang sememangnya dinanti oleh semua..

Banyak perkara yang ingin dikongsi jika bersua kembali..

Lebih kurang setengah jam perjalanan, menutup seketika buku U-Turn ke Jalan Lurus yang sedang aku baca, teingat akan bungkusan hadiah yang diberikan mak pagi tadi.

Dengan cermat aku membuka..

Benar tekaan Asyraff, sehelai kain pelikat..

Dan apa yang istimewanya, ia berwarna UNGU .. Ungu yang kami berikan, ungu juga yang kami terima..

Kenangan dan pengalaman yang tidak akan dilupakan..

- TAMAT –

* Nota Kecik :

1. Aku menulis semula hari demi hari berkenaan baktisiswa ini kerana secara peribadi ia merupakan pengalaman pertama aku menyertai program baktisiswa. Sesuatu yang unik bagi aku. Untuk memastikan setiap detik tidak dilupakan, aku menulisnya kembali.

2. Entri – entri sebanyak 7 episod ini hanya sesuai dibaca untuk meraka yang sabardan ingin membaca sebab agak panjang jalan cerita ini.

3. Maaf jika ada yang kebosanan membacanya sebab aku bukanlah seorang penulis cerpen mahupun novel, jadi gaya penulisan tidaklah sebaik mana. ( tidak suka jawab peperiksaan karangan masa SPM )

4. Boleh rujuk entri lepas di sini :

Episod 1

Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6

5. Jika anda membaca kesemua cerita ini, sila tinggalkan komen ye (^_^).

31 May 2010

Episod 6

13 April 2010.. Hari 5..

JANJI AKU UNTUK DESIGN ITU..

6.30 pagi.. setelah selesai solat subuh,aku terus mengadap laptop yang masih dibiarkan terbuka sejak malam tadi, banyak lagi yang belum aku selesaikan.. aku harus selesaikan janji itu pagi ini juga..

aku teliti gambar-gambar yang telah diedit malam tadi.. disusun dengan pelbagai formasi tapi seringkali aku tidak berpuas hati dengan hasil kerja aku sendiri.. itulah aku.. setelah beberapa susunan,aku menetapkannya dan aku tambah pula dengan nukilan yang dikarang oleh mun semalam..
nampak macam panjang sangat la,aku edit sedikit sebab nak bagi sama dengan ruang yang disediakan..

acap masa tu dah beberapa kali turun naik bilik tetapi aku masih lagi di hadapan laptop tanpa berganjak walau seinci pun..

dalam jam 7.15 pagi,kedengaran juga suara mun,mak dan acap memanggil aku untuk turun sarapan pagi.. aku hanya menjawab,”ya,jap lagi turun..makan r dulu”..

akhirnya.. siap juga design yang dijanjikan.. aku turun bersama dengan laptop, mereka agak berpuas hati dengan design tersebut.. bagi aku,boleh la.. sebab aku tak begitu pakar dalam photoshop ni,kena datang mood dulu baru boleh buat..



sarapan dijamah seperti biasa,yang ada dalam fikiran aku ketika itu,”macamane nak print benda ni?


ADUHAI .. OPERATING ROOM ..

Jam 9.30 pagi, kami ke OR yang terletak hanya beberapa langkah di hadapan rumah..Munirah yang dari dari semalam tidak berpuas hati dengan tentatif pagi ini menunjukkan reaksi tidak akan ke sana, nani hanya mengikut saja..lagipun mereka nak ke pantai merdeka dengan mak.. sepatutnya pagi ini aktiviti bersama keluarga tetapi lain jadinya..

ketika aku dan acap sampai,baru ada beberapa orang sahaja di hadapan OR.. dan mereka bukanlah dari kalangan mainboard.. aku dah mula muak dengan situasi begini.. mungkin aku tidak berada di tempat mereka ketika itu,kalau-kalau ada kesulitan yang dialami,mainboard semestinya orang yang sibuk.. tetapi naluri manusia biasa seperti aku,melihat kepada janji orang tersebut..itulah penilaian aku terhadap seseorang.. janjinya..tambahan pula,orang yang memegang kunci OR belum tiba setelah sejam..dan menurut mereka yang berada di situ,orang tersebut keluar membeli barang.. huh?..jadi apa macam ni !!.. aku menyimpan geram di dalam hati..

*selingan : selepas pulang dari program,aku lepak kat bilik pok jat ( setiausaha MRC Uthman ) satu malam,dia tanya aku apa komen tentang program dan aku cerita yang baik dan yang buruk.. rupanya pada hari kelima, berkumpul di OR jam 9.30 pagi bukanlah atas pengetahuan mainboard..biasanya apa-apa mesej kepada peserta pok jat akan mesej dulu ke Head Com,cuma pagi itu ada kesilapan komunikasi antara headcom dan mainboard..bagi mereka yang tidak tahu cerita ini,mungkin ada bersangka yang macam-macam..termasuklah aku pada awalnya..

moral : kita seringkali bersangka buruk dengan situasi yang kurang menyenangkan hati tanpa mengambilkira keadaan sebenar situasi tersebut. Bersangka buruk tidak baik untuk hati .

setelah lama menunggu,dan semakin ramai yang berkumpul di situ tetapi masih belum dapat dibuka OR, lalu mainboard memutuskan supaya latihan malam kebudayaan dilakukan di masjid..

kelihatan sibuk mereka-mereka yang terlibat dengan malam kebudayaan..yang teater terutamanya,aku masih tetap untuk tidak memasuki teater..bagi dauh,mat yi, li ,acap dan fadhir.. mereka terlibat dengan nasyid dan teater..sementara menuggu mereka habis berlatih teater,aku hanya duduk dan hanya memerhati.. setelah selesai,baru kami naik ke bahagian atas masjid untuk berlatih nasyid..

LATIHAN VOKAL PERTAMA AKU..

plug ni tak leh guna r,camane nak letak laptop

yang ni pun tak leh,sume plak cam tak leh pakai je

sedikit masalah,kesemua plug di bahagian atas masjid tidak berfungsi,kami perlu menggunakan laptop untuk memasang lagu minus one.. lagu yang dipilih,jalinan , UNIC.. lagu yang agak senang kerana yang berpengalaman dalam nyayian hanya acap,mat yi dan dauh..yang lain saje cuba-cuba termasuk aku (^_^)

weh,kat blakang tu ada bilik kosong..plug pun leh guna,practice situ r

jangan nyanyi kuat sangat r

kan tutup pintu,mane dengar...try pasang kuat2..tutup pintu..acap,ko dgr dari luar jap

haaa,tak dengar sangat pun..dengar sikit je

ok r tu...ni kira cam studio r..haha



latihan dimulakan.. aku dan li part bass rendah .. fadhir bass tinggi.. acap, mat yi dan dauh solo untuk 3 part.. tapi matyi r paling menyerlah solonya sebab dia reti untuk arrange harmoni.. kami yang baru-baru ni mane la tahu..huhuhu.. payah nak setelkan part harmoni tu..

.. owh indahnya, jika kita dapat bersama ..
.. hidup selalu gembira, di dunia ini ..
.. lagi indahnya, jika kita dapat bersama ..
.. hidup di dalam gembira, di akhirat sana ..

.. kita jalinkannn , kasih sayang ..
-jalinan-UNIC

sedang laithan nasyid rancak dilakukan..

tut..tut..tut..tut..

1 new message received.. UIAM Munirah..

mak tanya ni, korang tak leh gi pantai sekali ke? takde rehat sekejap ke tengahari, tak lama pun g,dalam kul 2,3 dah balik

jam pada waktu itu menunjukkan hampir 12 tengahari . Aku memberitahu acap dan sememangnya kami tak dapat nak turut serta mak dan yang lain-lain ke pantai merdeka. Serba salah juga kerana mak mengharap, tetapi persembahan malam ini lebih menjadi keutamaan. Setelah diperjelaskan segalanya, kami memberitahu tidak dapat turut serta ke pantai..

HANYA MAHU PRINT KALER JE. TIADA KEDAI KAH ?

selesai latihan,aku dan yang lain-lain pulang ke rumah. Mat yi, Dauh, Li, Faaizz semua nak lepak kat rumah aku. Diorang cakap rumah aku best !!.. Memang setiap kali ke rumah aku, pasti dapat makan sedap.. Tambahan pula mak memang suka bila ramai tetamu datang ke rumah, mungkin itu sebabnya ramai jiran-jiran datang pada waktu petang..

Setelah menghantar mereka ke rumah berulang alik dengan motor kapcai, aku keluar dengan membawa pendrive dan frame bersaiz A4. Pusing-pusing di sekitar peka mencari kedai komputer untuk print tetapi mendukacitakan. Aku ke perpustakaan desa sebab ada yang cakap kat sane boleh print. Wah !! memberikan sinar harapan.

Assalamualaikum kak, kat sini ada print tak ?
Ada.. Nak print ape ?
Print gambar, print kaler ada ?
print kaler takde la dik, hitam putih je
owh.. hmm, kat sini mane leh cari kedai print kaler ?
Akak pun tak pasti, kene try g penaga kot
Hmm, takpe la.. saya nak beli kertas A4.. 4 helai

aku melangkah keluar dari perpustakaan itu dengan hampa. Esok kami akan pulang ke UIAM dan hadiah ini mesti siap hari ini juga.

semalam faaizz buat booklet forum,print kat OR.. try ke sane la plak

aku tiba di OR dan kelihatan di dalam pejabat, sukarelawan-sukarelawan yang mengasuh kanak-kanak ada di dalam. Aku memberitahu tujuan dan mereka benarkan untuk print di situ. Lega rasanya. Selesai print, harga yang perlu dibaya cum RM1 untuk satu kertas A4 berwarna penuh. Cuma nak tolong je kot, kalau print kat kedai dekat RM 3 juga rasanya. Gambar itu aku masukkan ke dalam frame dengan cermat, berlatarbelakangkan ungu dengan frame berbingkai emas, cukup membuatkan aku berpuas hati.

Selesai urusan, aku pulang ke rumah. Masa tu mak dan yang lain-lain belum pulang. Yang ada acap dan kawan-kawan aku yang lain. Dah macam rumah bujang, berbekalkan PRO EVOLUTION SOCCER 10 dan dua biji CONTROLLER, satu liga diadakan bagi mengisi kekosongan waktu tengahari. Selesai “bersukan”, latihan nasyid diadakan bagi memperkemaskan beberapa bahagian. Memasuki waktu zuhur, perut terasa lapar. Kami berehat dan ada yang pulang ke rumah masing-masing,petang nanti kami akan berjumpa di dataran untuk sesi “rehearsel”.

Aku ke dapur untuk menjamah makanan, nasi hari ini begitu pelik. Nasi yang macam nasi minyak tapi sungguh berwarna-warni. Acap memberitahu yang nasi itu dipanggil “ nasi hujan panas “ sebab berwarna-warni. Kalau boleh anda bayangkan, setiap butir nasi itu ada warna merah,kuning,hijau,biru dan beberapa warna lagi. Nasi tu boleh dikira sebagai makanan orang penang. Ditambah dengan lauk ayam masak merah, cukup membuatkan aku berselera ( masa bila aku tak selera makan ye? ) .. Keunikan di setiap negeri menambahkan minat aku untuk terus merantau mencari pengalaman baru.

HADIAH dan KASUT

Selesai mandi dan solat,aku berehat di ruang tamu sambil menonton tv. Tiada apa rancangan yang menarik, nak tidur tak boleh,petang ni ada urusan yang perlu dibuat.

Kedengaran bunyi kereta di hadapan rumah, nampaknya mereka telah pulang dari pantai.
Macam seronok bunyinya setelah diceritakan aktiviti di pantai. Cemburu juga tak dapat berjalan-jalan hari ini,tapi takpe la.

mun, selipar wan camane?..leh betulkan..papadom ada tak?”,aku bertanya.. sebab sebelum mereka keluar aku kirimkan selipar yang dah putus pada hari kedua untuk dibaiki, juga kirim untuk dibelikan papadom mentah sebab keluarga di johor mengirim barang-barang dari penang.

kami tak jumpa la kedai kasut, kasut mun pun tak betul ka lagi,tak sempat tadi

haa la wan, mak pun lupa nak beli papadom tu

owh..takpe2

otak ligat berputar memikirkan di mana aku nak betulkan selipar tu,esok dah balik.. selipar tu je la yang aku bawa ke penang ni.. kasut sukan aku dah hilang tertinggal dalam bas..

acap, ko tau mane kedai betulkan kasut?
ada satu kat bagan r
jauh tak?
setengah jam kot, tak sampai rasanya
jom r.. aku terdesak ni, tak de selipar lagi dah.. haha
ok je, g naik pe?
tuuu “, aku menunjuk ke arah avanza hijau.. “ haa, p r mintak mak kunci

petang tu, aku, acap, mun, nani beserta faaizz dan bukhari keluar ke bandar. Faaizz dan bukh nak cari hadiah untuk keluarga angkat mereka. Tugas mun ketika dalam perjalanan, mesej PM untuk memberitahu kami keluar ( rumah aku antara orang paling kerap keluar berjalan, kalau dibuat ranking antara kami para peserta, kami berempat dapat top 1 rasanya.. haha )

Tiba di kedai kasut, tukang kasut memberitahu mungkin dalam sejam baru kasut tu siap. Kasut mun yang patah tumit dan selipar aku yang putus. Faaizz dan Bukh dah berjalan kaki ke tengah bandar mencari hadiah. Sementara menunggu kasut siap, acap mengajak kami ke kedai buku berdekatan, nak tengok-tengok buku katanya. Di situ juga timbul idea nak beli hadiah untuk ayah sebab untuk mak, mun dan nani dah belikan kasut.

Memasuki kedai buku, aku tak tahu nak cari buku apa. Aku lebih tertarik melihat buku dan majalah tentang teknologi, sains, adobe photoshop dan yang berkaitan dengan itu. Acap dan Mun sedang sibuk membelek – belek buku bergenre kerohanian. Nani, memilih beg yang sesuai untuk dijadikan tempat meletakkan kesemua hadiah kami nanti. Sesekali aku terpandang buku “ Indahnya Hidup Bersyariat “, karangan Dato' Ismail Kamus dan Muhd. Azrul Azlen Abd. Hamid. Buku berwarna biru yang merupakan warna kegemaran aku itu membuatkan aku tertarik, cuma.. belum berhasrat untuk membelinya, harganya dalam RM 50++ ..

Selesai memilih dan membayar barangan yang rasakan sesuai untuk ayah, kami menunggu faaizz dan bukh yang masih tidak kelihatan. Tiba-tiba dari jauh kelibat mereka kelihatan bersama-sama beberapa bungkusan besar. Wah !!. Apa yang dibelinya ?

Set pinggan mangkuk, kuali, cawan dan beberapa peralatan dapur. Menarik juga hadiah yang dibeli, tambahan pula faaizz memberitahu keluarga angkat mereka agak susah, walaupun tinggal di rumah khas bagi mangsa tsunami, namun kehidupan tidaklah semewah mana. Mungkin hadiah itu dapat digunapakai dalam jangka masa yang panjang. Kasut yang dijanjikan telah siap, aku berpuas hati dengan jahitannya dan bayaran pun tidaklah semahal seperti di Batu Caves. Selesai segalanya, kami bertolak pulang, petang ini perlu segera ke dataran untuk latihan.

SEMUA BUAT MUKA TEGANG, KEADAAN SERIUS



cuba ko g tanya salah sorang mainboard time ni, mesti melenting

hahaha, itu yang diberitahu fazli, salah seorang PC baktisiswa.

Petang itu keadaan agak sibuk di dataran. Baik peserta yang mewakili pihak Kg. Kuala Muda untuk melakukan persembahan mahupun pihak yang mewakili UIAM sendiri, latihan terakhir giat dijalankan bagi memastikan perjalanan malam kebudayaan dan penutup berjalan dengan lancar.



Di pihak teater, pengarah program yang juga penggiat teater di uia sedang sibuk mengarahkan babak demi babak bagi memastikan kelancaran jalan cerita. Jalan cerita teater mudah sahaja, pelajar yang berlakon wataknya bukan sebagai pelajar, tetapi sebagai penduduk kampung sendiri. Dan ia menceritakan tentang perjalanan program dari hari pertama hingga sekarang.

Aku yang tidak terlibat dengan teater hanya menunggu rakan-rakan yang lain habis berlatih teater.
Selepas itu, latihan nasyid diadakan, mencari lagu pembukaan dan penutup yang sesuai.
Setelah hampir waktu maghrib, nasyid kami telah selesai latihan dari lagu pembukaan hingga penutup. Berdebar ? Memang aku berdebar walaupun bukan nyanyi solo.

MALAM PENUTUP DAN KEBUDAYAAN BAKTISISWA PERMATA ‘10

seawal jam 8.30 malam, dataran sudah dibanjiri dengan penduduk kampung. Aku dan acap masa tu datang selepas solat isyak sebab slot kami lambat lagi, teater pun lambat lagi nak mula.

Keadaan begitu meriah dan bergaya. Bergaya ? semestinya peserta-peserta lain yang kelihatan bergaya. Dengan mainboard lelaki segak berbaju melayu bersongket, adan yang berbaju batik, yang perempuan juga biasalah, pandai bergaya, tudung yang berpusing-pusing ( tak tau ape namanya ), berbaju kebaya dan sebagainya. Aku ?. baju melayu raihan berwarna hijau cair , seluar ala-ala kain dockers berwarna cream dan selipar yang baru dibetulkan siang tadi . Senang sebab aku tak suka dengan baju batik yang nampak rimas itu.

Persembahan demi persembahan telah selesai. Persembahan dari Kg. Kuala Muda seperti Boria, Silat, Choral Speaking cukup menghiburkan. Sampai saja persembahan teater,juga tidak kurang hebatnya. Aku masih menunggu untuk nasyid, debaran semakin kuat, tekak yang telah dibasahi air kosong beberapa kali pun terasa kering dengan cepat ( tak pernah buat persembahan, masa sekolah seorang yang pasif )..

Ketika hampir untuk membuat persembahan, rakan-rakan yang lain turut mencari air masak untuk membasahi tekak, takut-takut tak keluar suara pula nanti..



Nasyid bermula, permulaan lagu 5 Cinta ( saujana ) dari mat yi cukup menarik, dengan vibrato dia yang beralun-alun, kemudian lagu Jalinan ( UNIC ) . Cuma microfon yang dikongsi aku dan Li macam tidak berfungsi. Mungkin wayar bermasalah, microfon acap juga bila memasuki rangkap kedua ada sedikit masalah, kesannya aku dapat dengar tempo lari sedikit. Mujur Mat Yi dapat cover balik dengan bahagian chorus.



Selesai persembahan, aku, acap, mat yi, dauh, li dan fadhir menarik sedalam-dalamnya nafas lega

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. lega, selesai sudah.. boleh buat team nasyid r pasni..haha

Sayangnya, aku tak rakam hasil persembahan kami sejak dari mula lagi..

Ahamdulillah, segalanya selesai. Afiq selaku Ketua Penyelaras Program mengucapkan tahniah kepada semua, perjalanan program yang lancar serta pesembahan yang menarik dari semua pihak. Taklimat diberikan untuk esok hari. Esok ?. Kami perlu pulang ke kampus, bermakna perjalanan di sini menuju ke titik akhir. Malam ini malam terakhir kami bermalam di rumah keluarga angkat.

Selesai segalanya, semua bergerak pulang ke rumah..

Sebelum tidur, aku mengemas beg untuk bersiap pulang supaya pagi esok tidaklah kelam kabut. . Acap juga telah siap mengemaskan begnya. Rasa mahu duduk lagi lama sebab banyak lagi perkara yang aku belum tahu tentan Pulau Pinang. Tapi tidak mengapa,mungkin ada kesempatan di lain waktu untuk bertemu dengan penduduk di sini terutaam keluarga angkat.

Malam itu sempat juga kami bergambar dengan mak dan ayah, selama ni tak pernah pun bergambar dengan ayah sebab dia selalu balik malam. Malam akhir itu digunakan sepenuhnya.

Menunggu hari esok pula..

- tamat hari 5 –

Kalaulah ada sumur di ladang, bolehlah kami menumpang mandi.. Kalaulah ada umur yang panjang, InsyaAllah kita jumpa lagi.. InsyaAllah kita jumpa lagi.. InsyaAllahhh, kita jumpa lagiiii
- penutup nasyid kami ber 6

* lihat video baktisiswa yang dihasilkan oleh amirul Faaizz di SINI

Episod 5

12 April 2010.. Hari 4..

pagi itu.. keadaan seperti biasa.. bersarapan di ruang luar rumah.. sebelum ke tempat gotong royong...

Korang berdua confirm sampai pukul 10 je ni?”,tanya aku kepada Mun dan Nani..

ha’ah.. kenapa?.. nak g ke?..kalau nak g paling lewat pukul 10.30 dah jalan

ala,korang nak shopping tudung kan.. depan rumah kak yana tu ada jual tudung murah-murah..mak cerita semalam.. hahaha

errr.. biasa la tu

hmm, tengok r cmane..acap,ko camane?

aku tak kesah , aku ikut je

nanti bila korang dah balik rumah,mesej eh

Naluri untuk berjalan-jalan semakin kuat.. aku rasa memang aku nak g ikut..bosan la duduk sini je..

jam 8.10 pagi.. aku dan acap tiba di depan masjid.. kelihatan beberapa orang peserta perempuan dah berada di pantai..perempuan sebahagian bersihkan bahagian dalam masjid dan sebahagian lagi bersihkan pantai.. yang lelaki semua bersihkan kubur lama di belakang masjid..



bila aku sampai je,tak nampak langsung yang lelaki ni.. yang ada hanya aku dan acap.. serta beberapa orang kampung.. kemudian, acap ke rumah yuhu sebab yuhu dengan bukh takde kenderaan nak ke masjid..

aku call zarul, dia tengah ambil barang.. dia pun dah sampai awal pagi lagi tapi takde orang..

mane la orang – orang penting ni.. hari-hari macam ni, time event pagi je lambat !! ”.. aku merungut dalam hati,bosan dengan situasi yang begitu, yang berjanji menetapkan waktu pun tak kelihatan..

cabut la nanti kul 10”.. yup.. nekad..

dalam 8.30 pagi.. yang ada masa tu aku, yuhu zarul ,acap dan beberapa orang lagi..
kita start je la dulu..tunggu depa ni lambat”,kata zarul..



kawasan perkuburan ni terletak di belakang masjid, berhampiran pantai.. di sekeliling kawasan perkuburan ini ialah rumah penduduk tetapi telah rosak dan sudah tidak berpenghuni.. Kawasan sekitarnya juga rosak teruk akibat tsunami yang melanda Kg. Kuala Muda satu ketika dulu.. Nak masuk ke kawasan perkuburan ni,kami kena buka kasut dan selipar.. bukan sebab ada lantai tapi tanah yang digunakan ialah pasir pantai.. mungkin kebiasaan orang kampung masuk ke kawasan perkuburan ini dengan berkaki ayam, kami pun ikut sajaha cara orang di sini..




Hampir jam 9 pagi, baru lah kelihatan peserta lelaki lain datang.. kerja-kerja dilakukan dengan berperingkat.. daun-daun disapu,rumput- rumput dibersihkan.. dahan-dahan pokok yang besar juga ditebang.. Letih.. tapi niat kena selalu diingatkan supaya ikhlas kerana Allah dalam melakukan kerja amal sebegini..

CABUT LARI ..

jam 10 pagi..

tut.. tut... tut.. tut...

1 new message received.. opening.. Uiam Munirah..

kitorang dah balik

aku membalas..” ok2.. jap lagi kami balik

masa tu aku tercari-cari kunci motor tapi takde,bukhari pinjam.. aku call dia, dia tengah minum plak kat warung depan masjid.. kacau betul, tengah clear nak cabut ni orang tak ramai kunci motor plak takde..mamat ni jauh plak kat sane..

satu lagi mesej diterima.. “ cepat sikit ye,mak cakap mak nak tunggu korang balik

aku tengok kawasan kubur tu pun dah clear sikit.. boleh la kot balik senyap-senyap.. hehehe..
aku dan acap pergi ke masjid nak cari bukh.. sampai kat masjid kebetulan terjumpa dia.. amik kunci motor.. acap tunggu depan masjid..aku amik moto.. masa nak amik moto, ada pembahagian air minuman untuk kami semua..aku sempat la amik sebungkus.. masa aku tengah amik air dengan muka baiknya,fadhir dengan fazli tanya aku nak kemana dengan motor tu... aduh!!.. senyap sudeh..

tanpa menjawb apa-apa,aku hidupkan enjin motor, dengan selamba aku jalan.. nampak acap dah tunggu jauh sikit dari masjid..

aku duk depan masjid tadi,diorang tanya nak g mana.. aku senyap je..tu yang g jauh sikit ni

hahahaha... ok2,mak dah tunggu ni

ish..rase serbe salah plak..kerja tak siap lagi

aku pun.. dah r event prep n tech ni

kami berlalu pergi meninggalkan tempat program di masjid tersebut..

................................................................................................................................................................

setelah bersiap.. lebih kurang jam 11 pagi kami bertolak..
destinasi, parit buntar, perak.. sedang dalam perjalanan, mun dengan nani bagi mesej kat PM bagitau kami ke perak.. acap mesej syakir, aku pun msj zarul.. aku hanya cakap aku kuar kejap,petang baru aku balik.. tak bagitau pun ke parit buntar.. sory ye zarul..hehe..

Jalan yang dilalui agak sibuk juga, masuk je lebuhraya aku speed 110 km/j.. avanza ni tak boleh laju sangat la.. macam tak best bila laju-laju.. lebih kurang jam 12 tengahari, kami tiba di rumah kak yana..

masa tu pasar yang jual baju-baju kat depan rumah kak yana belum tutup lagi.. memang bershopping la mereka nanti.. aku tiba-tiba menjadi bosan.. tak minat tudung-tudung ni.. dengan duit tinggal RM 8.. hoh?..

tak lama lepas tu, suami kak yana pulang dari sekolah sebab amik ifran.. aku tanya kat dia mane pejabat pos terdekat,nak keluarkan duit.. dia pun bagitau arah dan bagi kami pinjam motor yamaha 135 LC berwarna merah.. mak,mun,nani dan kak yana sedang sibuk melihat kain.. aku dan acap, ke pekan.. tak jauh rupanya rumah kak yana dengan pekan.. sampai juga di pejabat pos,tanpan berlengah aku mengambil borang dan melengkapkan dengan segera..angka giliran yang aku ambil tadi masih jauh,sedangkan kaunter yang dibuka hanya...SATU !!

tiba-tiba teringat kat firdaus ( pidot ) , member sekelas semasa aku di sekolah menengah.. dia belajar di kampus kejuruteraan USM, dekat la dengan tempat aku berada sekarang ni.. aku pun menelefon dia..

“weh, dot.. ko kat ne?”

“kat USM r.. nape?”

“aku kat pejabat pos parit buntar ni.. jom r lepak jap.. dekat dengan tempat ko kan...ko takde wat pape kan?”

“ko wat pe kat sane?..takde wat pe pn...tngah study week”

“ ada la..nanti la aku cerita.. ko datang sini dulu la”

“weh.. ko biar betul..tetiba ada kat sane..”

“lorhh.. betul la weh..dah3.. cepat datang sini..aku tunggu..haha”

“haa..k2..jap g aku sampai”

selesai urusan di pejabat pos.. aku, acap dan pidot ke warung untuk makan tengari.. dah lama tak jumpa dia ni.. last jumpa pun rasanya tahun lepas.. tak ingat la aku bila.. raya kot.. kebetulan pula aku teringat dia kat sini..
kami berbual-bual panjang.. acap pun tanya-tanya kalau-kalau pidot kenal kawan-kawan dia kat USM.. sedang asyik berbual, baru perasan kerusi kat kedai tu dah penuh..pelanggan semakin ramai..kami pula dah habis makan lama dah.. nampaknya pertemuan seketika terpaksa ditangguhkan dahulu.. setelah bersalaman.. pidot pulang semula ke kampus,aku dan acap ke pekan sebentar sebab nak cari frame untuk hadiah..selesai mencari frame,kami pulang ke rumah kak yana..

balik dah.. ingat tak jumpa jalan balik dah tadi..mai la makan dulu”,tegur mak..

ehh,jumpe-jumpe... hehe.. takpe la mak..kami kenyang lagi

diorang dah makan kat luar tadi mak,patut r senyum je balik

hoo,ya ka.. patut la

ni ashraff makan ayam setengah ekor.. rm 9 dia kena

haa,tak pa la.. g la rehat-rehat dulu




BUKIT MERAH..



Selesai solat zuhur dengan acap, kami berehat di ruang tamu..ada bantal.. orang mengantuk disorongkan bantal.. memang layan je.. sedang berehat, kak yana datang dan bertanya..

korang ada pape aktiviti tak petang ni?

hmm,sukan je pun petang...takde pe sangat”,jawab acap..

ni kak nak bawa g bukit merah.. tak juh pun dari sini... setengah jam ja.. boleh ikut ka?

ehh,ok je.. takde hal... boleh je..”, dengan segera aku menjawab.. aku.. diajak berjalan ok saje semuanye..

maka,aktiviti petang sepatutnya kami pulang ke rumah mak telah bertukar ke bukti merah..aku memandu avanza hijau ikut je belakang kereta kak yana.. masa memandu, aku perhatikan meter.. 120 km/j.. tapi Myvi hitam yang dipandu kak yana masih laju di depan .. “usih,laju nyer kak ni drive”,kata aku di dalam hati..

akhirnya selepas setengah jam, kami tiba di bukit merah laketown.. berjalan-jalan.. aku yang pada masa tu menyerlahkan sifat cerewet ketika membeli hadiah..perfectionist??? .. hahaha..



petang tu kami tak dapat nak naik bot sebab air surut.. bergambar kat tepi jeti je .. masa kat bukit merah aku terjumpa ain, kawan satu kompeni masa kat PLKN dulu.. dia pun pelik macamane aku boleh sampai sini.. kiranya hari ini hari aku berjumpa kawan – kawan lama agaknya..

di sana,sempat juga aku dan acap berlumba kereta daytona kat situ.. kami berada di bukit merah tak lama sebab tak dapat naik bot .. dalam jam 5 petang selepas siggah sebentar di rumah kak yana, kami terus balik ke kg. kuala muda..

sekali lagi aku drive untuk perjalanan balik.. sedang dalam perjalanan, lama-kelamaan mata aku rasa mengantuk, tapi aku terus laju sebab kalau slow lagi aku mengantuk.. tetapi, bukan setakat mengantuk saje,lama kelamaan kepala macam dah melayang-layang dah..

hmm, tak leh jadi ni.. aku tak leh teruskan drive macam ni”,berkata didalam hati..

keluar saja dari simpang sungai dua, aku meminta mun untuk ganti tempat aku.. dah mengantuk sangat dah drive dari pagi.. Alhamdulillah, selamat sudah tiba di rumah..

IZWAN HILANG MOOD..

Malam itu,selepas solat isyak di masjid.. kami para peserta berkumpul di OR.. taklimat mengenai malam kebudayaan.. malam itu aku terasa begitu letih,membuatkan aku takde mood nak dengar apa taklimat yang disampaikan..

esok kita akan buat teater..ada 3 babak..bla..bla..bla..bla.. setiap biro diminta hantar 4 orang untuk masuk teater

nama seorang demi seorang dipanggil.. tiba je bahagian prep n tech.. nama aku pun disebut.. Arghh!!.. i hate acting n theatre.. ntah kenapa aku rasa geram.. aku tak minat pun dengan lakonan.. cukup la aku masuk nasyid sahaja.. berlaku juga salah paham kerana mat yi diberitahu acara nasyid dibatalkan dan buat dia hilang semangat nak bernasyid, tapi pengarah teater cakap dalam tentatif ada termasuk persembahan nasyid..

setelah bersurai, mereka yang terlibat teater berkumpul di dalam OR tetapi aku masa tu memang tak nak dan tak nak masuk teater.. entah kenapa,aku malam tu memang nak ikut kepala sendiri je..aku tak suka berlakon.. jiwa aku sedikit keras malam tu..aku terus keluar,lepak di luar dan jalan-jalan..

setelah beberapa perbincangan, nasyid tetap diteruskan.. bermakna esok je aku ada masa untuk berlatih sebelum malam persembahan.. sebelum-sebelum tu acap ada juga ajar nak keluarkan suara perut.. entah macamane ntah..susah juga nak nyanyi ni..

untuk jadual esok,sepatutnya satu hari diluangkan bersama keluarga tetapi segalanya berubah.. jam 9.30 pagi dah berada di OR untuk latihan malam kebudayaan.. lagi satu tekanan yang buat aku geram.. sepatutnya dalam jadual esok cuti,kami dah cakap kat mak selasa pagi cuti,leh jalan-jalan..tapi lain pula jadinya.. bagus juga aku cabut siang tadi..kalau tak, tak dapat berjalan-jalan dengan keluarga..

jam 12.30 tengahmalam.. aku,acap,mun dan nani duduk di luar sambil ditemani mak.. mak nak bawa ke pantai merdeka esok.. tapi.. hmm..macamane ye.. masa tu mun dan nani memang akan ikut,aku dengan acap mungkin tak dapat ikut sebab kami kena buat latihan untuk nasyid..banyak lagi tak diselesaikan.. aku pun kena siapakn design yang aku janjikan tu..

ahhh,mengantuk dan mengantuk... jam 1.30 pagi.. aku buka laptop dan tengok gambar-gambar yang dipilih.. aku mula buat background untuk design yang aku janji untuk disiapkan.. tetapi mata tak leh bertahan lagi..

laptop dibiarkan terbuka dengan aplikasi adobe photoshop yang belum ditutup..

jam 2.00 pagi..
aku tertidur..
esok,aku mesti siapkan design tu...
mesti..

hari 4.. tamat..

15 May 2010

Episod 4

11 April 2010.. Hari 3..

Pagi tu semua berkumpul di dataran.. karnival pada hari ini melibatkan beberapa jabatan kerajaan dan bukan kerajaan antaranya Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, BOMBA serta lain-lain.. serta dari UIAM sendiri.. pagi tu aku dan fadir pusing pusing satu kampung membawa beberapa helaian kuning untuk diedarkan kepada penduduk kampung.. jauh juga kami berdua pergi.. Setelah selesai, kami pulang ke tapak kernival..

hmm, aku tak ada gambar untuk acara karnival ini, dan tak banyak pun yang hendak diceritakan.. bosan juga masa karnival tu.. sebelum pulang ke rumah untuk makan tengahari,aku dan zarul ada bincang beberapa perkara untuk persediaan malam ni, acara yang akan dikendalikan oleh biro dakwah.. forum perdana..

zarul nak aku jadi p.i.c untuk persediaan malam ni, kerja sekali dengan prep n tech dakwah.. aku pun ok je,tengok zarul dah banyak kerja dia buat..ke sana ke mari sentiasa.. setelah bincang sedikit kedudukan khemah, peralatan teknikal dan sebagainya.. Kak Alia cakap kat aku untuk ambil barang petang ni jam 5.. bermakna petang ni aku ada janji jam 5 untuk berada di dataran, dan aku tak boleh tidur petang ni sebab kalau aku tidur aku akan terlewat untuk janji itu..

Ok,semua dah dibincangkan.. perut dah lapar,tertanya-tanya apakah lauk di rumah.. hehehe..

Lauk makan tengahari nampak sedap,ditambah dengan perut yang lapar..
Sedang kami 4 kembar makan tengahari, aku terlintas satu idea..

“ eh,hadiah untuk family ni nak buat ape?”
“ kami dah beli dah kasut untuk mak masa keluar tadi” .. mun dengan nani memang selalu keluar ke bandar dengan mak..
“ buat design nak?.. letak gambar kita.. pastu frame”
“ok je..”
“ nanti aku design.. tapi kene ada laptop ..pinjam laptop yuhu r”

...............................................................................

“ esok korang berdua nak ikut tak?.. mak nak ajak g umah kak yana pagi sok”,pertanyaan dari munirah..
“pagi ?.. hmm,esok bukan ke gotong royong..wan tak tau lagi r,esok event prep n tech.. takkan nak cabut plak.. tak sedap r ”
“aku tak pe..umah dekat je..tak kesah g bile2”,jawab ashraff..
“ dah mun dengan nani tak g gotong royong ke?”
“ g jugak la kejap..dalam pukul 10 tu cabut r”..

aiseh.. diorang ni memang senang nak cabut.. yang laki prep n tech tak ramai..

“hmm.. tak g kot.. korang g r”... aku menjawab dengan hampa sebab sebenarnya aku pun malas nak ikut program sangat.. lebih suka jalan-jalan je.. lagi la tempat yang tak pernah aku pergi..

petang tu aku pinjam laptop yuhu.. aku mencari mood nak design tapi... tak ada feel nak design.. tutup laptop dan turun berehat di bawah..

Photobucket

jam 5 petang.. sampai je di dataran.. semua sedang membuat persiapan..sudah tentu biro dakwah yang paling sibuk ketika ini.. aku berjumpa dengan kak alia dan segalanya sedang berjalan seperti yang dirancang.. ambil rostrum,kerusi,pasu dan sebagainya..


tiba masa untuk menyusun khemah, perancangan berubah-ubah.. masa aku,zarul dan kak alia bincang tengahari tadi lain susunannya, petang ni bila dah ramai yang campur jadi lain susunannya...
bosan gak macam ni kata putus yang berubah di saat-saat akhir.. melihat pada keadaan,biar je la.. susunan yang baru diubah ni pun ok gak..

setelah segala persediaan penting selesai.. masa untuk pulang ke rumah.. aku memilih baju melayu teluk belanga berwarna biru.. aku nak pakai malam ni tapi tak gosok lagi.. aku capai baju dan terus ke tempat gosok baju,buka iron number 2.. letak ke kat bahagian lengan,berasap plak.. ahh sudah ..

sedikit lubang kelihatan.. mak yang perasan aku masa tu cakap yang iron tu boleh bukak sampai number 1 je.. ada masalah sikit.. nak wat camane,layan je la.. kurangkan kepada number 1 dan teruskan menggosok baju..kesian baju aku yang dibeli di MYDIN dua tahun lalu..

Selepas solat isyak di masjid,aku dan acap terus ke dataran.. aku mencari fazli,prep n tech dari biro dakwah..semua nya berjalan lancar untuk bahagian teknikal.. penceramah pun dah datang dan tengah makan.. tinggal tunggu masa untuk dimulakan forum saje..




“Rasulullah Pemangkin Ummah”


tajuk yang dipilih pak lah,selaku ketua kampung.. mula-mula aku rasakan tajuk ni macam biasa sangat.. tapi bila dengar ahli panel buat huraian..ia jadi menarik..ahli panel yang dijemput merupakan pegawai –pegawai dari JAIP... sedikit perkongsian tentang isi forum yang aku catat..


Dalam membina kekuatan kita perlu menjaga 2 hubungan :

1. Hubungan dengan Allah
2. Hubungan sesama manusia

Zaman sekarang, berlaku perpecahan yang ketara dalam kalangan umat islam, antara puncanya :

1. tidak menyembah Allah
2. Tidak menerima saudara beriman sebagai saudara
3. Tidak solat berjemaah di masjid.. solat berjemaah merupakan teras perpaduan..
4. Institusi zakat tidak diperkukuhkan.. zakat merupakan jambatan penghubung antara yang kaya dan yang miskin..


5 Cabaran yang perlu ditempuhi oleh kita seperti yang diperkatakan oleh Rasulullah :

1. ada yang hendak melakukan kebaikan tetapi terdapat golongan yang dengki terhadap usaha ke arah kebaikan itu.
2. Dibenci oleh orang munafik.
3. Orang kafir sanggup membunuh jika kita ingin menyatukan umat islam.. lihat saja situasi dunia sekarang..
4. Hasutan dari syaitan yang tidak pernah habis.
5. Hawa nafsu yang sering menimbulkan kekeliruan.

apa yang disampaikan pada forum malam itu sungguh menarik.. tentang bagaimana untuk mengelakkan perpecahan umat pada zaman ini..
sedang aku mendengar forum,ada beberapa orang kanak-kanak kecil di sekeliling aku, macam biasa..kamera yuhu ada pada aku, dan inilah mereka..


selesai forum, kemas-kemas..taklimat untuk hari esok iaitu gotong royong.. pulang ke rumah..
aku masih berfikir untuk hari esok.. nak cabut time gotong royong ke tak ek?.. hmm..

Hari 3.. tamat..











29 April 2010

Episod 3

10 April 2010..Hari 2..

pagi itu,bangun dalam keadaan mengantuk.. terasa tak cukup tido sangat.. untuk aktiviti hari kedua ni,banyak kepada aktiviti luar dan bersukan.. pagi ini seperti yang dijadualkan ada senamrobik kat dataran..

Setelah bersiap,aku dan acap turun untuk bersarapan.. Semua telah ada di atas meja di ruang tamu luar rumah.. Nasi bungkus,kuih dan air teh.. Kami 4 orang bersarapan dan berbual-bual.. Mak kebiasaannya tak makan pagi katanya,lewat sikit baru makan..

Nani dengan Mun tak join je program senamrobik pagi tu, diorang terlibat dengan program SKOR A untuk pelajar sekolah rendah.. Acap pagi tu berubah fikiran nak join Skor A nak jadi fasi.. dari malam tadi dia tu delima nak join Skor A ke tak.. Aku memang tak leh lari untuk tak join mane-mane aktiviti sebab biro “prep n tech” terlibat dalam setiap acara untuk persediaan..

Setibanya di dataran,hanya beberapa orang sahaja perserta baktisiswa yang telah sedia menunggu.. kelihatan kehadiran makcik-makcik dan jurulatih senamrobik itu lebih ramai dari jumlah kami semua (^_^) ... Biasalah, program bersama keluarga angkat ni pagi-pagi mesti keluarga ajak sarapan dulu.. dan mesti makanan yang sedap-sedap.. tak hairan la nanti ada yang datang dalam keadaan kekenyangan , buat senamrobik beberapa step dah letih..


Zarul, HeadCom aku seperti biasa sedang sibuk menurunkan barang-b arang teknikal..dah keadaan macam tu aku pun tolong r setup sekali.. Senamrobik bermula..

Berbagai-bagai rentak lagu dimainkan.. aku tengok makcik-makcik ni aktif betul senamrobik.. senamrobik nampak macam simple je setakat gerak sane gerak sini tapi boleh letih gak yer..

Masa tu mereka-meraka yang baru sampai selepas bersarapan di rumah pun aktif bersenamrobik.. lama kelamaan seorang demi seorang duduk tepi.. tapi makcik-makcik yang hadir tetap setia bersenam.. wahh !!.. malu warga muda neh..hahaha.. Turut dimainkan lagu poco-poco... best !!.. rentak-rentak sebelum ni aku amik masa nak ikut step tapi poco-poco aku dah biasa buat masa PLKN dulu.. cuma,lagunye tak same la macam kat PLKN,yang dulu lagi best..tapi layan je la..Acara selesai..

Seterusnya sukan rakyat di tepi pantai.. yang putih kurang putihnya,yang gelap makin gelap..hahaha..

Oh ya,hari kedua merupakan hari permulaan semua biro bekerja ikut acara masing-masing.. macam program Skor A, dikendalikan oleh biro Modul.. aku tak tau ape yang berlaku di sana sebab aku tak join.. Program sukan rakyat dikendalikan oleh biro Sukan.. hari ini ada dua biro yang buat acara.. Aku baru paham sikit-sikit la macamane diorang punya stail pengurusan program, acara ikut biro..hmm..ok gak,maknanya ada acara yang boleh dijalankan pada masa yang sama.. kalau program-program sebelum ni dengan PKPIM atau KPIJ paling maksima 3 hari 2 malam.. Baktisiswa yang memakan masa agak lama 6 hari 5 malam ni program pertama aku sertai yang memakan masa agak panjang.. Dan cara pengurusan yang sedikit berbeza pada diri aku.. tapi bila terlibat dengan “prep n tech”,mana-mana program pun sama stailnya..perlu terlibat dengan semua acara..

sebelum bermula sukan,aku pegang kamera Amirul Faaizz a.k.a YuHuu.. sempat la aku shoot beberapa gambar kat pantai tu.. antaranya gambar bot ni..aku suka gambar ni..




Juga kanak-kanak yang sedang bermain pasir pantai.. pantai.. seronok pagi tu dapat tengok pantai..tenang je.. Sungai dan pantai,tempat yang paling aku suka..



..terjumpa mereka sedang membina istana pasir agaknya..

.. puas hati tengok gambar ni...

.. juga gambar yang ini ..

Sukaneka dimulakan.. begitu ramai kanak-kanak yang terlibat.. dengan commitee skali main sama.. aku malas nak join.. mencari ruang-ruang menarik untuk shoot gambar.. macam biasa,kamera yuhu aku gunakan..



.. penat aku tunggu budak ni nak toleh kamera,tak jugak..tapi boleh la ..



Tamat sukaneka, sukan dewasa pula seperti bolasepak pantai untuk lelaki dan bola tampar pantai untuk wanita.. Bolasepak pantai, amat payah nak kalahkan pasukan-pasukan orang kampung.. masa tu semua masih ingat sorang budak berbaju kuning.. main atas pasir macam main atas padang rata.. siap gelecek,pass bola semua lekat.. lagi pun stamina diorang ni mantap-mantap.. Acara terakhir, tarik tali.. Oleh kerana bosan,aku pun masuk..

Pusingan pertama, wakil UIA semua besar-besar belaka.. wakil orang kampung remaja-remaja sekolah dan ada la 3,4 orang dewasa.. Tarikkk !!.. Tarikk !!.. pusingan pertama bermula..

yang peliknya aku rasa tak berganjak kebelakang pun.. tak boleh nak tarik apa-apa.. keadaan makin kritikal bila ada seorang dari kami dan tersungkur..masa tu aku rasa dah semakin kehadapan.. “ ahh sudah...dah kene tarik ni”... Tiba-tiba, kesemua kami dari uia terbaring.. memang confirm la kena tarik... pusingan pertama orang kampung menang.. tu pun budak-budak ni ada gak yang masuk main tipu..dush3!!..hahaha...

Pusingan kedua dimulakan.. kali ni aku rasa dapat la tarik sikit kebelakang.. sorakan semakin kuat..

“1..2..3..tarikkkk!!..1..2..3.. tarikkk!!”

payah nak menang pusingan ni.. akhirnya menang juga.. gila letihhh la.. urat dawai tulang besi gak pihak lawan ni.. tekong diorang yang baru sampai aku sempat tegur katanya baru turun dari laut.. peh,stok-stok tarik kapal punya..patut la.. nak pergi pusingan ketiga,ada rehat 5 minit.. semua dah macam ape dah keletihan.. ada yang give up nak bagi menang gitu je.. haha.. last skali izzaz ajak gak la semua turun,bagi je la menang.. pusingan ketiga orang kampung menang..

Acara sukan rakyat tamat,kami yang prep n tech ni kena la kemas sikit wayar-wayar dan PA System semua.. selepas ambil makanan di masjid,pulang ke rumah..
Sampai di rumah,aku duduk kat luar kejap borak-borak dengan acap..letih jalan kaki weh..

“aku rasa macam dah lama je duduk sini kan”

“ tu la pasal.. tak rasa macam rumah orang.. rasa macam rumah sedara sendiri plak”

“hari ni brape haribulan?”

“ 10hb”

“baru dua hari rupanya.. rasa macam dah lama je kat sini”

Baru perasan yang kami baru dua hari kat kampung kuala muda, dan baru dua hari kat rumah ni tapi tak rasa macam baru je sampai.. kesan yang lebih mendalam menjelang hari terakhir nanti..petang tu dah siap mandi,solat semua..Apa lagi.. tidooo..

Jam 4.45 petang.. baru aku bangun.. selesai solat asar dengan acap.. kami turun, ayah masa tu dah ada kat rumah.. Mak dan beberapa orang jiran terdekat duduk di luar rumah,mun dan nani ada juga.. aku dan acap nak ke padang telekom,ada acara main bolasepak padang petang ni..aku tak plan nak main pun,tengok je.. masa tu ayah bagi kami berdua guna motor besar dia.. motor apa ntah tapi amat besar la,macam motor polis gitu.. ayah kerja kastam kan.. biasa la motor stail polis macam tu.. acap nak bawak motor tu,aku duduk belakang je..kami pusing-pusing dulu kampung.. g rumah yuhu..jalan-jalan jap baru g padang..

sampai-sampai kat padang,beberapa orang je ada.. dah pukul 5 lebih dah.. Acara bermula lewat,jam 6.20 petang sebab orang kampung biasa main jam 6.30 petang.. aku dan acap tak tunggu lama,dalam jam 7 kami pulang.. keputusan akhir perlawanan tu yang aku dengar,UIA kalah lagi dengan team kampung kuala muda.. huhuhu..

Malam tu aku dan acap ke masjid.. selesai solat maghrib,ada tazkirah dari Dato’ Rizal Merican.. program dengan Dato’ Rizal salah satu kerjasama baktisiswa dengan alumni uiam..

.. tekun dengar tazkirah ..



.. dato' rizal merican..




Pengisian lebih kepada peranana generasi muda dalam menghadapi cabaran akan datang.. Persiapan diri, kepimpinan dan sebagainya..

Selesai solat isyak, semua peserta baksis berkumpul di OR.. ada la taaruf antara committee, post-mortem ( dislike this ), dan taklimat untuk esok hari..

Selepas selesai perjumpaan, daoh,mat yi, li, fadir, acap practice nasyid untuk persembahan malam kebudayaan.. aku masa tu tak dapat nak ikut practice sebab.. “prep n tech” kan..kene tolong setup khemah kat dataran untuk karnival esok.. aku ?.. masuk nasyid ?.. tak pernah-pernah menyanyi masuk nasyid.. hahaha..

Hari 2.. tamat..



28 April 2010

Episod 2



9 April 2010, 6.00 pagi.. Hari 1..
“Allahuakbar Allahuakbar”..

Sedang nyenyak tido dalam bas aku terjaga dan melihat ke tingkap,bas berhenti di perkarangan sebuah masjid di pulau pinang. Letih semalam membuatkan aku lena didalam bas. Mane taknye,semalam nak angkat slide putih yang besar tu dari CPD, kemas-kemas barang nak kosongkan bilik, angkat-angkat barang ke bas dengan mereka yang lain.

Kami berhenti di masjid tersebut untuk solat. Sebelum turun, PC dah pesan untuk cepat sedikit sebab kami kena tiba di kg. kuala muda pada jam 7.30 pagi untuk majlis pembukaan. Setelah selesai semuanya dalam jam 6.30 pagi, kami bertolak ke destinasi yang dituju. Pada waktu ini aku tidak dapat melelapkan mata lagi sedangkan rakan-rakan yang lain sudah berlayar menyambung tidur..

aku hanya memerhati ke luar tingkap, melihat pemandangan di waktu pagi. melalui kawasan bandar, kelihatan mereka-mereka yang telah keluar awal pagi untuk ke tempat kerja,memerhatikan papantanda jalan.. “Butterworth”, “Kulim”.. hmm,kedua-dua kawasan ni memang dekat...
Memasuki kawasan kampung, bas melalui jalan yang amat sempit, tapi agak lain macam keadaannya..

Bas berhenti,namun di hadapannya ialah jalan mati yang berada di tepi sungai.Pelik dan pelik ?.. timbul pelbagai persoalan. Rupanya tersilap jalan, Aizat yang menjadi penunjuk arah terlupa simpang yang sepatutnya dilalui.. Aish,lambat la nak ke majlis ni.. Dua buah bas yang membawa nama UIAM ini berpatah balik keluar dan mengambil simpang yang berlainan..
Tidak jauh dari kawasan tersebut, sekali lagi bas melalui jalanraya yang sempit.. tiba – tiba kelihatan sebuah masjid di sebelah kanan, dataran di sebelah kiri berlatarbelakangkan laut..

“sampai la kot ni”,bisik aku..


“Ok,kita dah sampai..kita akan berhenti sarapan di masjid ini, yang lelaki tukar pakaian sahaja dan kita akan loading barang di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak ( PAKK ) yang akan dijadikan Operating Room ( OR ) program”, terang Afiq selaku PC program..
Cantik pantai tersebut, tempat yang aku nanti-nantikan selama ini.. setelah selesai semuanya,sarapan,loading barang di OR kami ke dataran untuk majlis perasmian..

ANAK ANGKAT




Majlis perasmian berjalan lancar, VIP dan ADUN Penaga disambut dengan paluan kompang dari kanak-kanak sekolah rendah yang berhampiran.. yang uniknya, kompang dimainkan oleh kanak-kanak perempuan.. aku dulu masa sekolah pun tak pernah masuk kompang..aiseh..hahaha..

Selesai ucapan – ucapan dari brape orang ntah,aku pun bukan dengar sangat.. dengar ucapan paling membosankan.. Kami dibahagikan kepada keluarga angkat.. Pembahagian secara rawak, terpulang kepada keluarga tersebut nak berapa orang anak angkat,berapa lelaki ada berapa perempuan.. ada yang minta 4, 5 lelaki.. ada yang minta 2,3 perempuang.. ada yang minta 3 lelaki 2 perempuan.. tapi masa tu lelaki je yang ramai jadi pilihan.. maka perempuan kelihatan kurang mendapat tempat.. keh3..

Pengacara majlis terus mengumumkan seorang demi seorang..
”Ibu angkat seterusnya,Puan Rosilla..beliau meminta 2 siswi dan 2 siswa, dijemput Nurmunirah bt. Ramli, Hanani Husna bt. Ahmad Nor Bakri, Mohamad Izwan b. Mohd Yusof dan Muhamad Ashraff b. Zainal Alam”..
fuhhhh, masa dia sebut nama 2 orang perempuan tu aku dah cuak dah,ntah dengan sape la aku ditempatkan ni, dah r tak kenal.. mau ku membisu kaku dalam rumah tu.. baik gak ada member yang dah lama kenal,ashraff..Setelah berkenal seketika..sesi pembahagian anak angkat pun selesai, majlis bersurai kerana tengahari nanti perlu bersiap untuk solat jumaat..

“ weh, mane mak kita hah?..aku siyes tak cam yang mane satu..ko cam tak?”,aku bertanya kepada acap..
“ntah,aku pun tak cam..hahahaha..tunggu je la,cari satu-satu”,balasnya..

terbaik.. memang terbaik.. dua-dua tak cam..yang perempuan tu pun aku tak nampak dah kat mane,bukan tak nampak,hakikatnya tak cam lagi.. ntah sape ntah..aku amat payah cam orang yang aku tak pernah tegur..
Sedang berdiri dekat dengan beg,terlihat dari jauh 2 orang perempuan tadi memanggil..

“aish, ni ke adik bradik aku tadi,macam betul je.. ye la tu kot”

aku pun pergi ke tempat mereka di bawah pokok besar.. setelah membuat kepastian,sah !!..betul la tu..Masa tu mak datang dengan motor,tak leh bawa kami berempat, so balik dengan sorang sister ni dengan motor nak amik kereta.. Nama diorang berdua, aku pun tak tau.. aku hanya kenal acap je dalam rumah aku sekarang ni.. aku tengah nak membiasakan diri dengan suasana baru.. ( buat muka baik dan tidak bersalah, sopan santun dan amat berbudi bahasa..dan segala sifat-sifat baik terserlah.. hahahahaha )..

Kelihatan Toyot Avanza hijau datang ke arah kami, mak dan sister tadi tu ada di dalamnya.. setelah memasukkan barang-barang, kami bertolak ke rumah.. berhampiran dengan OR rupanya.. Tengahari itu,kami berehat dahulu sebelum bersiap untuk solat jumaat..


Munirah : eh,kita ni tak kenal lagi kan sape.. taaruf la kejap..

Hani : ha’ah..

Izwan : korang start r dulu..

Munirah : Nama kite Nurmunirah bt. Ramli, 3rd year econs,economics..asal shah alam..panggil Mun..

Hani : Hanani Husna bt Ahmad Nor Bakri, 2nd year QS ( quantity survayor )..asal greenwood..panggil je nani..

Izwan : lorh.. greenwood je,dekat je ngan uia.. Mohamad Izwan bin Mohd Yusof..panggil je wan.. 1st year engineering,mechatronics..asal kluang,johor..

Ashraff : Muhamad Ashraff bin Zainal Alam.. 1st year engineering,automotif..asai penang,teluk air tawaq.. dekat je ngan sini..

Munirah : korang 1st year ke?..sebenarnya kita sume sebaya.. tahun 89..


Serba ringkas perkenalan itu.. adik beradik angkat kembar tapi langsung tak seiras serupa.. ha..ha..ha..
Hari itu solat jumaat di masjid kg. Kuala Muda.. terasa mengantuk mata aku ni, letih pagi tadi masih belum hilang lagi.. selesai solat jumaat,aku dan acap pulang menaiki avanza hijau..baru-baru kenal dah diberi kepercayaan untuk menggunakan kenderaan keluarga angkat..memang aku agak terkejut..selepas makan nanti,ada lagi perkara yang mengejutkan..

Tiba di rumah,kami semua makan beramai-ramai di luar rumah..keadaan perkampungan berhampiran pantai memang agak panas sedikit,mak memang biasa makan di ruang luar rumah sebab ada angin semulajadi..ketika kami makan, mak dan ayah berbual tentang sesuatu dan akhirnya mak berkata, “ lepas ni jom kita ke pekan penaga,cari kipas 2 biji.. nanti kamu ( aku dan acap ) tidur kat atas tu panas plak takde kipas..kipas lain belum baiki lagi”..

wahhh,sanggup cari kipas sekali 2 biji hanya sebab kami datang ke rumah itu.. aku macam tak percaya tapi itulah hakikat.. baik sungguh keluarga ini..baru hari pertama..tak sampai 24 jam..
balik dari pekan penaga,aku dan acap melayan mata yang ngantuk di ruang tamu sebab tempat tidur kami kat atas mak belum kemas sangat,kami nak kemas sendiri dia cakap tak payah..kitorang laki pe de hal..tapi tak pe la...mata yang mengantuk disorong bantal..sebab memang mak bagi bantal pun time tu.. dengana aku yang penat,drive lagi g penaga tadi... zzzzzzzzzz.. ( tido mati pnyer )..

5.05 pm..
“ oit,kul 5 dah..peh tak sedo seh”,aku bangun dengan terkejut.. “Aku 4.30 tadi jaga dah..kejut ko tak bangun-bangun”,acap membalas.. “ngantok giler seh..”
Selesai solat asar,kami ke OR untuk taklimat.. petang ini,apa yang akan berlaku ialah ziarah mahabbah.. kami dibahagikan kepada 4 kumpulan ikut suka hati nak pilih sape-sape..tugasnya akan berjalan keliling kampung untuk menyebarkan risalah kuning dan menerangkan kepada orang ramai akan kehadiran kami dan aktiviti-aktiviti yang berlangsung.. tanpa disedari,kumpulan aku tu,kami 4 beradik kembar tak seiras ada dalam satu kumpulan.. semangat serumah plak yer..




macam-macam orang kami jumpa untuk terangkan benda ni.. satu-satu rumah disinggahi..ada bangla tengah jual karpet kat mak cik tu,kami singgah jap..hold bangla tu punye part.. kedai-kedai pisang goreng jalanan,warung-warung,kedai runcit.. sampaikan ada makcik tengah menunggang basikal pun diorang tahan,nak bagi risalah ( tak leh tahan kelakar aku tengokkan )..



ada yang jumpa dengan Pak Belalang ( mereka-mereka yang terlibat saja paham ) dan sebagainya..akhirnya risalah kuning habis jua..




BBQ

Aktiviti seterusnya selepas solat isyak,barbeque.. Seafood beb.. fresh punyerr.. dan dengan kuantiti yang amat banyak.. mula-mula cadangan nak buat kat tepi pantai, tapi ramalan kaji cuaca para nelayan menyatakan akan turun hujan lebat sebab angin kuat dan hujung laut tu nampak begitu gelap..jadi lokasi ditukar ke dataran.. Akhirnya hujan turun dengan lebatnyerr..

sebelum kami keluar rumah, mak dah masak dah makanan.. tapi kami tak sempat makan,terus keluar.. aiseh,cam tak sedap plak.. aku masih lagi dalam keadaan segan-segan ketika itu..


Acara membakar makanan laut seperti ikan,udang,sotong serta makanan bukan laut seperti ayam dan sosej rancak berlangsung.. bakar-bakar mane yang tukang bakar ngap kat mulut sendiri sikit..biasa la tu kan.. aku masa sotong dibakar,aku tak makan pun..takut sikit nak makan,allergi.. sental ikan dengan ayam dan sosej je la.. tu pun dah lebih dari kenyang..tiada apa yang menarik..BBQ..macam biasa.. selesai taklimat untuk esok,kami pulang..

sampai rumah dekat jam 1 pagi..aku dan acap duduk di dapur sekejap berbual-bual kosong..minum air masak sejuk dalam peti ais.. bukak-bukak kuali,eh?..ada nasi goreng mak masak untuk malam ni.. aku pun.. satu round r.. hahahahaha.. makan nasi jam 1 pagi.. huh !!...

Malam tu..aku tak leh tido lena.. nyamuk banyak.. nampak dah tadi ada ubat nyamuk elektrik tapi tak tau pun untuk kitorang yang kat atas ni..jam 4.30pagi aku terjaga..allergi menyerang.. owh,silap makan ape ntah.. selesai makan ubat,mujur ada bawak..tido kembali..


Hari 1..tamat..