24 November 2010

SPM 2010 : Berbincang Lepas Jawab Exam ? Oh Tidak !

Sikap berbincang lepas jawab exam ni pada aku macam tak boleh nak dielakkan. Sepanjang 3 tahun aku jawab final exam kat kampus ni, kertas jawapan tu belum kutip lagi, dah ramai yang berbincang. ( mane lah tau untung nasib boleh tukar jawapan yang salah.. hehehe )

Tapi perbuatan ni memang tak boleh diamalkan. Serius ! Sekarang musim SPM 2010 dah mula kan, so aku tau korang yang amik SPM ni mesti berada pada tahap tekanan merkuri yang tinggi. Kalau taknak tambah tekanan, jangan berbincang lepas jawab exam ye atas sebab-sebab yang munasabah.. Antaranya..



1. Hilang Mood, Silap – Silap Boleh Menitis Air Mata

Ini benda basic yang semua dah tau kesannya kalau kita berbincang lepas jawab soalan. Paling terkesan bila jawapan kita salah, member punya jawapan betul. Dah la masa tu katakanlah lepas paper Maths, core subjek bagi student sains. Mahu tak rasa gelap gempita hidup memikirkan jawapan yang salah tu. Hancur remuk hati mengenangkan jawapan yang salah. Bahaya jadi macam tu kan ?

2. Fokus Beralih Arah

Ini pun boleh terjadi. Lagi-lagi kalau hari tu ada exam untuk dua subjek. Selepas berhempas pulas dengan exam waktu pagi, fikiran terganggu dengan jawapan yang salah. Petang tu katakanlah ada exam subjek Sejarah yang memang banyak fakta nak kena ingat. Dah hilang dah fokus bila memikirkan jawapan yang salah tu. Rugi dah kat situ.

Dua perkara ni yang paling mudah terganggu dan kena jaga betul-betul bila musim peperiksaan. Sebab bila persediaan dah cukup sekalipun, bila emosi dan fokus terganggu sekelip mata je kita lupa perkara-perkara yang kita dah biasa buat ( latihan sebelum peperiksaan ).

Habis tu kalau kawan datang dan bukak topik nak bincang, nak buat pe ?

1. Jangan tunggu lama-lama, segera kemas beg dan pulang dengan senyuman. atau...

2. Menjerit dengan sekuat hati, “baiklah kawan-kawan.. kita dah selesai subjek ####. Mari tumpukan kepada subjek ##### pula.. Gambate OHH!! “ .. atau...

3. Memberi nasihat supaya bertawakkal dengan usaha yang dilakukan. Sedarkan mereka kalau berbincang sekalipun tidak akan merubah jawapan yang telah dihantar tadi. Tapi jangan tegur dengan kasar, tegur dengan berhemah dan ajak untuk fokus pada subjek seterusnya.

Apapun, untuk semua calon-calon SPM kali ni, yakinlah dengan apa yang telah anda usahakan selama ini. Gunakan setiap ilmu yang ada dari tingkatan 4 sampai tingkatan 5 tu sepenuhnya. Satu inci pun kalau boleh jangan tertinggal sebab peluang ini hanya sekali. SEKALI. Sentiasa pastikan diri dalam keadaan tenang dan rileks.



Ingat, jangan berbincang ye selepas keluar dewan. Kalau ada unsur-unsur ke arah itu.. Emm, mungkin boleh buat lompat bintang 50 kali kot.. Hahahaha.. ALL THE BEST !

*nota kecik : owh ~ rindunya zaman sekolah ~ owh ~~

4 comments:

Soutu Qalbie said...

salam..
sy stuju!!!
sy pun jenis xsuke bincang lps jwb exam..huhu
thumbs up! =D

sYaFuaD said...

Hmm.. Owh, ya.. Huhu..

zikeryhassan said...

kalau berbincang time menjwab macam mana pula. hehe

izwanyusof said...

to zikeryhassan : tu namenyer group discussion.. hehe