11 August 2010
Saya sayangkan blog saya
Salam..
Jam menunjukkan 1.47 minit pagi. 1 Ramadhan 1431 H. Bermakna esok adalah hari pertama seluruh umat islam bakal menunaikan kewajipan berpuasa.
Alhamdulillah, tadi aku berkesempatan solat tarawikh pertama di masjid UIAM. Hari pertama tarawikh, jemaah yang memenuhi saf sampai ke belakang. Agak ramai ditambah dengan bilangan saf wanita di tingkat 2 dan 3 masjid. Selesai menunaikan 8 rakaat, aku pulang kerana ada tugasan lain perlu diselesaikan.
Fikiran agak tertekan ! itu yang sebenarnya bila memikirkan urusan dunia yang tidak pernah putus. Aku hanya menganggap ia perkara mudah dan bukan perkara besar bagi mengurangkan bebanan di fikiran. Untuk meredakannya aku menaip coretan ini untuk blog, sebab ‘saya masih sayangkan blog saya ‘...
Perihal akademik yang bukan akademik mesti dilunaskan.
Sejak minggu lepas lagi, aku dah merasakan ia minggu kritikal. Quiz hampir setiap hari untuk subjek signals and systems, thermofluids,perlu siapkan report mechatronics workshop yang tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Satu persatu dilalui namun aku tidak berpuas hati. Ya ! tidak dapat memberi 100% penglibatan dalam hal itu. Minggu ini, keadaan hampir serupa. Esok akan ada quater-semester exam untuk Signals And Systems, quiz thermofluis. Lusa, quiz Calculus 3 dan assignment quiz thermofluids. Memikirkannya membuatkan aku hilang selera makan [ boleh kurus.. hahaha ].
Tahun kedua ini baru aku memilih untuk kembali ke alam berpersatuan. Selepas di pusat asasi, aku senyap dari mana-mana pesatuan ketika tahun pertama yang lalu. Malas, Letih juga. Mahu hidup bebas namun bebas itu membuatkan fikiran melayang entah kemana. Bermula dengan permohonan sebagai sub-committee untuk IIUM Convocation Fiesta 2010, permohonan aku diterima. Selepas itu, tanpa diduga dapat satu lagi komitmen dalam Mahallah Representative Committee ( MRC ) sesi 2010/2011. Aku tak tahu sejauh mana kemampuan aku, hanya boleh mencuba sebagai orang kecil dalam Information and Multimedia Bureau . Komitmen ketiga, sub-committee untuk Sponsorship Bureau EngineTex 11 yang akan berlangsung pada bulan 2 tahun hadapan insyaAllah. Ya, sedikit je kalau nak dibanding dengan orang lain yang jauh lebih banyak komitmen mereka .
Komitmen ini sudah tentu ada perjumpaan untuk sesi perbincangan dalam pengurusan program dan sebagainya. Cuma akhir-akhir ini perjumpaan itu seringkali bertindih dalam waktu yang sama. Minggu lepas, perjumpaan untuk EngineTex bertindih dengan program Cleanliness Competition untuk MRC. Terpaksa memberi keutamaan kepada program yang lebih penting. Minggu ini, Mrc Leadership Trainning dijadualkan pada 13 – 15 Ogos 2010 dan dalam masa yang sama 15 Ogos jam 2 petang ada Induction Course EngineTex. Terdiam dan berfikir panjang seketika. Memang tidak disangka semua itu akan berlaku serentak, itu normal. Tetapi harapan aku, aku akan cuba menyantuni semua komitmen di MRC, Convest dan EngineTex. Mereka-mereka yang berada di situ kenalan baru atau kenalan lama akan cuba aku santuni semampunya. Rasanya bukan mudah nak menjaga hati orang dalam setiap perkara, namun kita boleh mencuba.
Masa terasa tidak cukup tetapi benarkah tidak cukup atau aku yang tidak menggunakan masa sebaiknya ? Haa, persoalan yang aku kena fikirkan tu. Moga segalanya dapat berjalan dengan lancar . Ada yang cakap berpersatuan menyebabkan pelajaran merosot, pointer jatuh. Betul ke ? Pada aku bukan persatuan itu yang menjadi salah pelajaran merosot, tetapi diri sendiri punca utama. Kan ?
Okey, selamat bersahur sebentar lagi (“,)
*nota kecik : coretan ini ketika kepala agak pening, ayat mungkin tak sedap tetapi ‘ saya sayangkan blog saya ‘. . .
11 Ogos 2010
Mahallah Uthman, IIUM.
category
convest,
coretanku,
kehidupan kampus,
UIAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Hehe..engintex aku dah agak, xnak gtau aku...hehe..ala ko sama dgn aku convest, engintex, brc ( MRC bz sgt)..hehe...jom sama2 kita berusaha...kasi dean list sem ni
salam perkenalan..hmm...sy pon rase berpersatuan tu bkn penyebab akademik trok..tp care kte manage yg jd problem...plus if da tau kte xmampu nk manage wisely, better never than it's too late to recover...
to Umi :
enginetex tu memang masuk last minit, member mintak tolong, dia bagi masa aku 2 hari utk pk, then aku accept.. dean list?.. 1st year aku tak aktif pun tak dpt dean list, ni kan plak dah busy gini.. dapat maintain cgpa skrg ckup r..
to noor hasnizam :
salam..
maksudnya kalau dah tau kita tak leh urus dengan baik jangan berpersatuan ke?..kalau itu maksudnya sy kurang setuju.. banyak kelebihan aktif dalam persatuan tetapi perlu pandai kawal masa dan tidak terlalu banyak memegang jawatan.. pengalaman itu yang penting dan dapat memperluaskan kenalan.. =)
bkn xboleh berpersatuan lgsung..bole..tp kna tau kemampuan kite..tu mksd sy..x msuk persatuan pape pon xbgus jugak..mandom je kat bilek..dpt dean list pon xgune juge tp experience xde..
to noor hasnizam :
yup.. betul..setuju...
Post a Comment