Showing posts with label puitis. Show all posts
Showing posts with label puitis. Show all posts

04 October 2010

pada-Mu ku bersujud - Afgan

... captured and edited by me ( izwanyusof ) ...

Salam.

Sedang mencari-cari lagu apa yang nak didengar lewat tengah malam ni, aku memilih lagu padaMu ku bersujud nyanyian Afgan. Relaks sikit lagu ni, lepas ni boleh sambung siapkan assignment tadi.
Mari hayati lirik lagu ini...



" Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa kulihat
Selain hanya namaMu, ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari
Segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari
Segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
PadaMu "

Sumber lirik : http://www.lyricsmode.com/lyrics/a/afgan/#share

muaturun padamu ku bersujud - Afgan di sini.

*nota kecik : hmm, entah la.. aku pun tak tahu..

0056
4 Oktober 2010
Mahallah Uthman

30 June 2010

entri lama yang dipinggirkan



... picture by ArtistWithin.Deviantart ...

Salam.

Kekerapan seorang blogger mengemaskini blog mereka setiap hari kadangkala menjadi kayu pengukur pembaca. Ada blog yang dikemaskini sekali sehari, 2 kali sehari malahan dikemaskini setiap jam pun ada.
Sememangnya pembaca meminati blog yang kerap dikemaskini ( tapi isi blog itu yang utama ), namun jika kita kerap post entri-entri baru,apakah kita ingat kembali akan entri-entri lama dahulu? Apakah ia dipinggirkan begitu sahaja ?


Petang tadi, aku mengemaskini label-label setiap entri di blog ini. Ada sedikit gangguan bagi orang yang cerewet macam aku sebab bila aku letak label [ coretanku ] dan coretanku, ia akan diklasifikasikan sebagai dua label berbeza. Jadi aku pun mengubah satu persatu.

Ketika mengubah setiap label yang berada di entri-entri yang aku post dua atau setahun yang lalu,sempat juga aku membacanya seketika. Cerita ketika di pusat asasi, lepas aku habis exam, pergi mandi sungai dengan rakan-rakan, menyiapkan assignment C programming dan lain-lain. Membacanya membuatkan aku tersenyum seketika. Terkenang kenangan lalu itu menyeronokkan. Tambahan pula dengan corak blog peribadi dan umum yang aku pilih ini, banyak entri aku, aku ceritakan dari kisah hidup aku sendiri.

Lalu aku terfikir, kenapa aku tidak melihatnya sebelum ini, kenapa entri-entri lama ini semakin dilupakan. Apa yang ada dengan yang lama?

Sebenarnya, yang lama itulah permulaan kita. Tiada yang lama, maka tiada yang baru. Melihat entri-entri itu, aku melihat diri aku sendiri. Bagi blogger yang memilih tema peribadi ini, lazimnya apa yang ditulis, itulah diri dia. Perhatikan blogger yang mempunyai latar belakang tarbiyyah yang banyak, setiap entrinya pasti diselitkan unsur-unsur kerohanian. Apa yang ditulis di dalam blognya, ialah dari segi pemikirannya. Mungkin benar kata blogger ariff, biasanya orang yang pendiam ini lebih banyak berfikir dan berkata-kata di blog, orang yang banyak cakap pula hanya bercakap tanpa berfikir.

Jadi, bila membaca entri lama aku, aku melihat yang diri ini sudah banyak berubah. Menjadi lebih positif atau negatif, aku tidak tahu. Namun, kadangkala aku rindukan diri aku yang dahulu.

*nota kecik : kalau orang tanya kepada anda,”ko yakin ke boleh berubah?” dan anda menjawab tidak, itu ialah penipuan sebab setiap saat anda telah berubah.

- malam ni Showdown 2010 top 5 la beb !!.. support Wakaka Crew & HMC Phlow Crew !! Yeah !!

... picture by google images ...

2004
30 Jun 2010
rumahku...

18 June 2010

Hidup = Pilihan .

.. picture by Coontz deViant Art ..


Hidup = Pilihan

Salam.. mata tidak boleh dipejam lena membuatkan aku kembali membuka laptop yang baru 15 minit ditutup.

Kembali melayari internet, terasa mahu menulis sesuatu yang secara khususnya untuk diri aku sendiri.

Masih kabur dalam mencari tajuk, buntu memikirkan bait-bait kata yang hendak aku tulis.. Membuatkan aku mahu mencari gambar yang sesuai dahulu. Sesuai?.. aku tidak tahu gambar apa yang hendak dicari.

Laman web Deviant Art sering aku kunjungi akhir-akhir ini. Banyak gambar menarik yang boleh diperolehi. “Keputusan”, “Decision”, “ Serabut” antara kata kunci yang aku masukkan untuk memilih gambar. Tidak aku temui gambar yang menarik, kemudian tergerak untuk menaip “pilihan” sebagai kata kunci. Lalu aku menemui gambar seperti di atas.

Hidup = Pilihan. Rekaan yang cukup ringkas tetapi kenapa aku rasakan macam bermakna?

Apa kaitannya dengan apa yang aku rasa untuk ditulis ketika ini?

Tidak perlu dirumitkan persoalan, aku teruskan menulis.

Menjalani kehidupan sejak awalnya memang tidak boleh lari dari pilihan. Kita perlu memilih untuk itu, ini , di sana,di sini, mereka mahupun kami. Melibatkan banyak perkara,banyak situasi, banyak keadaan.

Kadangkala pilihan menjadi rumit, terutama bagi orang yang agak cerewet macam aku. Yang dari sekecil-kecil keputusan hingga sebesar-besar perkara.perfectionist @ cerewet ?

Teringat dahulu selepas SPM 2006, memilih ipt mana yang hendak aku teruskan pengajian salah satu keputusan paling sukar.
Penilaian demi penilaian,pertanyaan diajukan kepada sesiapa yang berpengalaman. Namun aku hanya mengikut gerak hati. Bila aku rasa hendak melakukan itu, itulah yang menjadi pilihan aku.
Owh.. cerewet dan terlalu memikir dengan banyak..Tapi tidak boleh diamalkan untuk sesetengah perkara kot.pilih calon?..hehe

Namun, ada sesetengah perkara yang jika kita memilihnya, ia amat menyakitkan tapi ia punya kebenaran. Punya kebaikan. Tinggal diri kita saja untuk mencorakkan pilihan itu agar boleh menyantuni semua orang. Sukar bunyinya, sukar lagi jika mahu dipraktikkannya. Malu? Bersalah ? Tidak berani ? . Perasaan yang hadir bila pilihan itu kita rasakan akan memberi kesan negatif pada orang yang mendengar. Kita berperasaan begitu,namun dalam hati kita,ia adalah terbaik untuk semua. Bukan mudah untuk membina kekuatan bagi menyatakannya kerna kekuatan itu mungkin hadir pada awalnya atau mungkin di minit akhir. Namun ia perlu diteruskan.

Situasi yang sukar ini,perlukan sikap berterus terang agar segalanya jelas tanpa satu pun keraguan atau rasa tidak puas hati. Emosi perlu dikawal kerana keputusan atau pilihan dengan emosi natijahnya penyesalan di kemudian hari. Senangkah mengawal emosi?. Kelihatan sukar namun di situlah masa memainkan peranan agar boleh berfikir dengan jauh dan tenang. Pilihan yang dilakukan, cuba juga untuk menyantuni ramai orang semampunya.

Untuk aku, lebih suka mengikut gerak hati jika ingin melakukan sesuatu. Dan perlu tenang dalam mendengar pendapat orang lain. Itulah pengalaman.

Benar, ketenangan itu boleh dicari.

*nota kecik :
- pernah berasa serba salah juga dengan pilihan yang dilakukan,namun segalanya telah terjadi, apa yang dilalui sekarang mesti diteruskan.

- sedang belajar untuk tenang,untuk aku ia agak sukar. Tenang seperti Si Tenang.

- ini bukan sesi motivasi,hanya sekadar nukilan aku secara tiba-tiba. Terasa lega bila telah menulis di sini. =)

0205
18 Jun 2010
rumahku..

17 June 2010

Nukilan : Jauh Terpisah


Salam..

Jauh Terpisah. Seringkali berkait rapat dengan kitaran hidup manusia sesama manusia. Orang selalu mengatakan,”adat pertemuan, pasti ada perpisahan”. Dan apa yang lebih tepat pada aku, ia seringkali berlaku di dalam hubungan persahabatan.

Saban hari, setiap detik dan waktu kita menemui insan-insan baru dalam hidup kita. Bermula detik perkenalan, lama kelamaan kepada gelak tawa dan kesedihan dikongsi bersama. Di waktu usia remaja kebiasaannya,kita lebih senang untuk berkongsi sesuatu dengan rakan sebaya. Pengaruh persefahaman, jarak usia dan persekitaran kehidupan yang sama membuatkan kita begitu selesa dengan mereka.

Ya, ada tika nya dia adalah segala-galanya. Jika tiada mereka yang telah lama mesra dan akrab dengan kita, kita rasakan diri tidak bermaya. Tiada teman-teman yang dalam istilah pasarnya “satu kepala” membuat kita berasa sendirian. Bila mereka ada, diri terasa girang gembira..

Namun, kebiasaanya ia tidak kekal lama. Persekitaran kita berubah, dari semasa ke semasa kita menjalani kehidupan dengan fasa yang berbeza. Yang boleh aku umpamakan, hari ini kita di Johor,esok di Pulau Pinang, lusa di Kelantan, seterusnya di Sabah dan sehinggalah ke ahkir hayat perubahan kehidupan pasti berlaku. Mana mungkin lagi kita bersama-sama dengan sahabat akrab yang dahulunya selalu bersama kita. Kita pasti, merindui mereka. Pasti .

Bagi aku, mengenali rakan-rakan baru itu menyeronokkan. Namun, bila jauh terpisah, komunikasi menjadi hambar dan menyebabkan ukhwah itu menemui titik noktah. Maaf jika tidak mampu menghubungi kamu semua kembali. Teringat, hanya sekadar teringat. Cuba menghubungi, namun jika telah lama tidak berkomunikasi, pastinya sukar untuk dihubungi kembali.

Apapun, rakan yang ada mesti dihargai. Yang telah lama kita kenali mesti disantuni. Mungkin tidak mampu untuk menghubungi kesemuanya disebabkan keterbatasan waktu, kehidupan yang baru serta komitmen terhadap kerjaya. Namun berdoalah ke hadrat Ilahi agar mereka semua mendapat kesejahteraan dalam menempuhi hidup ini.

Aku, adalah seperti dulu. Cukup biasa. Namun kamu, bukan yang biasa bagi aku. (^_^)


*nota kecik : ilham yang datang bila mengenangkan sesuatu yang bakal berlaku, yang memerlukan aku memandangnya dari perspektif berbeza dari insan lain..mungkin sebab baru lepas layan lagu Adamaya kot mood macam ni

gambar diambil dari www.deviantart.com

0021
17 Jun 2010
rumahku..

18 May 2010

Kisah Cinta ini ... hayatilah ..



Salam..

Ok, tengok tajuk.. korang akan ingat aku ni mat jiwang?..

Huh?.. pe pasal plak kan.. mane ada !!..

tapi aku cukup tersentuh dengan kisah ini..

terutama kepada pelajar aliran SAINS.. elok sangat la baca.. sebab aku for sure korang lebih memahami kisah ini..

yang bukan aliran sains,takpe.. baca je.. ini kisah bacaan umum..

klik yerr untuk baca !!

* korang baca sampai habis karang baru komen.. tak kesah la komen pape.. =)


............................................................................................

Encik Sains : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi
isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Puan Sains : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk
menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Encik Sains : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku
dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Puan Sains : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan
kesetiaan yg kuberikan.

Encik Sains : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Puan Sains : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau
berikan masih lagi belum sahih.

Encik Sains : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak
balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Puan Sains : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah
'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Encik Sains : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses
pencaran dan perolakan.

Puan Sains : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan
kita mengalami rintangan?

Encik Sains : Aku harus menggunakan perintang boleh laras
untuk mengurangkan rintangan itu.

Puan Sains : Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Encik Sains : Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti
dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Puan Sains : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan
bertindak balas dengannya.

Encik Sains : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan
hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Puan Sains : Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali.
Masihkah kau tidak percaye?

Encik Sains : Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Puan Sains : Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan
kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Encik Sains : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Puan Sains : Tapi, imanku adalah infiniti!

Encik Sains : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya
dengan 6x10^23.

Puan Sains : Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi
tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Encik Sains: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Puan Sains : Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi
rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........


Ok..

Selesai..

Aku rasa diorang ni top student la..

Boleh komen kalau rasa nak komen.. (^_^)

Sumbangan cerita dari Faaizz D Zul sewaktu aku ke rumah dia nak amik beberapa software..

02 April 2009

++ Sahabat ... Teman ++

Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya

Andai kau ingin sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin kan menyalahkannya.

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa

Jangan diharapkan sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna..
Tiada yang biasa-biasa
Menjadi satu yang sempurna.

Tapi bersahabatlah kerana Allah
Bersahabatlah kerana aqidah Islam
Bersahabatlah kerana kita saudara fillah,
Yang sama-sama dinaungi Islam
InsyaAllah...

++ END ++