... kesesakan trafik di jalan tidak sama dengan kesesakan trafik di blog - picture by trappedinreality.deviantart ...
Salam..
Trafik blog aku sekarang telah menurun dengan mendadak, tidak seperti bulan lepas..
Penurunan yang dikelaskan pada tahap kritikal !!
Kalau sebelum ni satu hari boleh jejak 100 pageviews ( kira ok la untuk blog tak hebat macam aku ni ), sekarang dalam 30 – 50 pageviews sahaja.
Sebabnya ?..
Hari ini 21 Julai 2010, bermakna sudah 2 minggu aku memulakan semester baru di kampus. Minggu pertama yang lalu, kelas aku telah bermula pada hari pertama lagi. Ada yang pelik sebab pensyarah semangat sangat masuk kelas pertama, tapi pada aku itu perkara biasa sebab selalunya silibus tak pernah nak habis bila tiba akhir semester ( terutama untuk kuliah kejuruteraan.. haish! )
Minggu pertama juga aku telah mendapat tugasan yang agak banyak. Hujung minggu terpaksa duduk di bilik menyiapkan tugasan ( walaupun tak berapa nak siap ), terbatas idea nak menulis dan juga keluar berjalan-jalan. Memasuki minggu kedua ini, tugasan semakin bertambah dan ia akan terus bertambah. Aku perlu bersedia untuk semua itu !.. Yeah !!
Tanggungjawab tidak terbatas kepada pelajaran sahaja, aku punya tugas lain untuk beberapa program. Aku tak akan mengkhabarkannya selagi tiada apa-apa makluman susulan. Tidak la banyak pun program, sikit je, cuma menunggu jawapan mane la tau tiba-tiba ada meeting, perlu lagi persediaan mental disitu.
Benar juga kata-kata blogger hebat dan handal, nak kekalkan berblogging ni perlu kekuatan, ada masa kita akan jadi rajin dengan blog, update hari-hari, setiap jam namun ada masa blog semakin kurang untuk dikemaskini dan lama kelamaan ia dibiarkan begitu saja. Timbul la ayat “ blog usang”, “blog berhabuk”. Aku pernah sekali macam tu dan harapnya ia tidak berlaku lagi. Aku akan terus update semampu yang boleh.
Akhir kata, itulah punca trafik blog aku menurun, kekangan waktu untuk meluahkan idea dan mengemaskini blog. Menulis ini perlukan ketenangan, idea tidak akan datang bila kita dalam keadaan otak berserabut. Betul ?. Haa, jadi aku akan cuba mencuri sedikit masa dan ruang untuk kembali dengan blog. Blog aku ada pembaca setia ke ?. Mungkin ya mungkin tidak. Hahaha..
*nota kecik : aku jumpa ayat baru ketika kelas Signals And System,”beyond our abilities”. Jadi, aku gubah kepada ayat ini :
“ beyond boundaries, beyond our abilities “
1043
21 Julai 2010
Cafe Edu, IIUM.
5 comments:
sila check blog saya. cari guna google=internetpeers.blogspot
saya suka recent post awk..arap share ngan sy
live traffic widget tu xperlu kot sbb beratkan blog jer.bleh pantau dengan nuffnang
to zerOnymous :
sekadar entri biasa je ni..haha..
yup, memang apa-apa widget leh beratkan blog..
cuma pada pandangan saya, kita nak log in nuffnang akan mengambil sedikit masa, hasilnya sama dengan kita letak feedjit di blog..sebb tu saya pilih feedjit..
lagi satu,boleh check stats blog kat draft.blogger.com.. search kat google draft blogger..
thanx 4 sharing ur info..
kita dalam situasi yg sama la bro, aku punya blog mmg menurun gier trafik, bru masuk kolej, 2 minggu aku xjenguk blog ak.ni bru ade free sket. xpe, asal semangat berblog xpudar.hehe
to Eyl :
yup ! betul, semoga semangat berblog tidak pudar.. =)
mmg memeningkan kepala bila trafik ke blog kita menurun..namun semangat kita perlu kuat..baru boleh berjaya...
Post a Comment