14 November 2010

Nikmati Pakej Hebat BlackBerry Torch 9800 dengan CELCOM


Blackberry.
Satu jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada mereka yang amat cintakan dunia teknologi. Mempunyai ciri-ciri khas dan dikategorikan sebagai “smart phone”, jika anda memiliki BlackBerry Torch 9800 seolah-olah anda berada di satu kelas yang tersendiri.

Pada 29 Oktober 2010 yang lepas bertempat di Bukit Bintang Entrance, Pavilion KL, CELCOM telah melancarkan BlackBerry Torch 9800 bersama pakej jalur lebar yang cukup berpatutan untuk dimiliki. Ramai yang mengatakan BlackBerry Torch 9800 ini berbeza daripada generasi BlackBerry sebelumnya ?. Kalau anda seorang blogger tegar, sudah pasti dunia realiti dan dunia maya anda dihubungkan dengan mudah dengan Torch 9800 ini. Persoalan mudahnya, mengapa ?




Kita lihat kepada skrin Torch 9800 ini. Berbeza dengan BlackBerry Bold 9700c, kali ini Blackberry muncul buat pertama kali dengan skrin sesentuh bersaiz 3.2 inci yang meliputi hampir keseluruhan Blackberry ( lid ditutup ) yang tingginya 4.37 inci. Dengan skrin selebar ini, sudah pasti kita dapat mengakses internet dengan mudah kerana fungsi sesentuhnya dapat digunakan dengan lebih efisyen bersama paparan warna 480 x 360 pixel . Proses menaip juga dapat dibuat dengan mengakses papan kekunci QWERT digital yang terdapat pada skrin dan saiz tulisan dapat ditentukan sendiri oleh pengguna.

Jika anda seorang yang lebih selesa menggunakan papan kekunci sebenar, dengan membuka lid Torch 9800 anda boleh menggunakan papan kekunci fizikal QWERT pada bahagian bawah lid tadi. Mempunyai ciri-ciri agrodinamik sedia ada, bahagian QWERT dan YUIOP direka dengan sudut kecerunan yang berbeza. Fungsinya untuk memudahkan butang papan kekunci ditekan dengan lebih kemas dan selesa oleh pengguna.


 Setelah lengkap ciri utama dengan skrin sebesar 3.2 inci dan papan kekunci yang mudah diakses, sudah tentu laman sosial popular ketika ini boleh dikatakan wajib ada pada Operating System Torch 9800. Lagi-lagi hidup seorang blogger,mana boleh terpisah dari dunia internet. Fungsi Facebook dan Twitter telah pun sedia jika anda memiliki Torch 9800 ini. Senang nak kemaskini status Facebook, Twitter, buat live blogging ditambah dengan pakej jalur lebar dari CELCOM.




Selain itu, pelbagai laman web boleh dibuka dalam satu-satu masa kerana Torch 9800 menyokong pelbagai tab internet dan boleh bookmark mana-mana laman web kegemaran seperti mana kita mengakses internet di laptop.





Fungsi kamera 5.0 megapixel dengan kebolehan 2 kali zoom, fokus secara automatik serta dilengkapi fungsi penstabil imej memberi kepuasan ketika mengambil gambar mahupun video. Dengan fungsi internet mudah alih, video tadi boleh dimuatnaik ke youtube serta merta. Bila banyak gambar dan video nak disimpan, bagaimana pula dengan kapasiti memori ?.




Untuk pengetahuan, memori yang ada pada Torch 9800 ini boleh dinaiktaraf dari 8Gb kepada 32Gb. Satu kapasiti yang besar. Cukup untuk anda menyimpan 4 buah blue-ray movie di dalamnya.




Seperti yang dinyatakan di awal entri ini CELCOM secara rasminya telah melancarkan BlackBerry Torch 9800 ini pada 29 Oktober 2010 yang lalu bertempat di Bukit Bintang Entrance, Pavilion KL dengan satu hari tawaran harga runtuh.

Dengan harga serendah RM 8, BlackBerry Torch 9800 boleh dimiliki oleh 10 orang paling awal mendaftar pelan Celcom Exec atau Celcom Biz. 100 orang yang seterusnya boleh memiliki Torch 9800 dengan harga RM 488 dan diikuti dengan RM 888 bagi 100 orang berikutnya.

Sudah terlepas tarikh hebat ini ? Masih lagi ada harapan kerana bermula 3 November 2010 Blackberry Torch 9800 boleh dimiliki dengan pelbagai pakej istimewa seperti yang tertera di bawah ini :



Menarik ? Mampu dimiliki ?
Kalau rasa bajet bulanan mencukupi, segera ke pusat tekomunikasi Celcom terdekat dan nikmati tawaran hebat ini. Dengan rangkaian jalur lebar yang luas, komuniti BlackBerry No. 1 di Malaysia ia menjanjikan kelainan tersendiri sebagai pengguna smartphone. Menjadikan dua dunia anda sebagai satu kepuasan yang nyata. =)


3 comments:

dorayaki said...

xmampu deng nak beli..

cukuplah dengan sony sengal tu..

izwanyusof said...

bukan dia tu kaya ke?

amy shuhada said...

BB torch makes me damn crazy!! huhuhu