Showing posts with label aidilfitri 1431H. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri 1431H. Show all posts
08 September 2010
Salam Aidilfitri 1431H
Salam..
Baru saja aku selesai menyiapkan e-card aidilfitri untuk diletakkan dalam laman facebook.. Habis tag rakan-rakan, aku terfikir akan sesuatu...
Penggunaan kad raya digital seperti ini seolah-olah menghilangkan suasana dan seri Aidilfitri pada waktu dulu-dulu. Dahulu, kad raya dikirim melalui pos, posmen tu boleh kata kena kerja overtime bila hari raya aidilfitri bakal menjelang. Setem-setem akan meningkat penjualannya bila hampir waktu Syawal. Kalau posmen sampai kat rumah hantar kad raya, seronok sungguh ! Satu benda yang boleh dilihat depan mata, diamati dan dihayati kata-kata di dalamnya. Masa raya penuh rumah kita gantungkan semua kad yang kita dapat kan ?
Kini, teknologi semakin maju dan ramai daripada kita memilih untuk menghantar email atau tag rakan-rakan dengan kad raya maya kita di mana-mana laman sosial. Cara itu kelihatan lebih menjimatkan masa, ringkas, tidak perlu beratur panjang membeli setem, menulis kata-kata maaf dalam kad raya. Cepat dan Mudah. Tetapi suasananya pasti berbeza jika kita mendapat kad raya dari posmen.
Namun itu bukanlah isu utama. Yang utama nilai kemaafan bila tiba syawal nanti. Bukan bermakna bila tiba aidilfitri sahaja baru minta maaf, setiap masa perlu cuma suasana aidilfitri ini berbeza. Suasana pagi syawal, takbir raya, keriuhan saudara-mara itu semua budaya dan adat masyarakat kita. Masyarakat melayu di bumi Malaysia. Itu semua membuatkan kita lebih dekat dengan diri kita yang sebenar. Tetapi ucapan " maaf zahir batin " itu harapnya bukanlah hanya cakap kosong kerana ia sudah menjadi adat. Orang sebut kita pun sebut. Tidak ! Biarlah ucapan itu dari hati yang ikhlas sebenar-benar ikhlas.
Akhir kata, Salam Aidilfitri 1431H buat semua kenalan-kenalan aku di simpang renggam, kenalan di UIAM serta kenalan-kenalan blog. Yang kenal aku dengan dekat, aku ni agak pelik-pelik sikit kah?.. hehe .. Hmm, mungkin tahun depan aku nak cuba bagi kad raya pakai setem, kena ambil alamat siap-siap la camni.. Hahaha..
*nota kecik :
- maaf, syawal kali ini berbeza mungkin.
- menyambut syawal ketika kanak-kanak dahulu sungguh meriah.
- tidak pernah menghadapi masalah balik kampung sebab dua-dua kampung aku berada dalam jarak 1 - 2 KM dari rumah aku.
1725
8 September 2010
di ...
category
aidilfitri 1431H,
coretanku,
Edit,
kehidupan kampus,
SMKSR,
UIAM
Subscribe to:
Posts (Atom)