.. picture by devujea[at]deviantart ...
Salam..
Tajuk kat atas tu merupakan kata-kata pensyarah aku untuk subjek Ethics & Fiqh in Everyday Life. Kata-kata yang aku sendiri rasakan ia punya maksud yang mendalam.
Sebab dalam tidak sedar, perlakuan yang nampak kecil ( tidak datang kelas ) itu menyebabkan hilangnya semangat seorang guru.
Rabu lepas ( 20 Oktober 2010 ), aku dan rakan sekumpulan buat pembentangan tentang tugasan kumpulan untuk menghuraikan tajuk “islamic financial system”. Pembentangan dibuat pada minit-minit akhir kelas sebab bila kumpulan aku dah buat pembentangan, tak perlu nak diadakan kelas ganti pada hari jumaat. Pembentangan tu berjalan lancar.
Sebelum keluar kelas, kami semua diberitahu tidak akan ada kelas hari jumaat sebab hari isnin nanti dah boleh habiskan semua pembentangan dan pensyarah akan gulung semua tajuk dan apa yang telah dipelajari untuk subjek ni.
Sebelum keluar kelas, pensyarah aku sempat juga berkata :
“ you know what, your attendance is very poor. By looking to your attendance, it’s realy de-motivate me to have make a class or make-up class. I don’t know what is your purpose taking this course ( Ethics and Fiqh In Everyday Life ). Maybe your aim is just only to pass this course and get A in your final exam. I don’t know ”
Ayatnya lebih kurang begitu. Masa aku dengar dia cakap macam tu, terlintas macam-macam di fikiran. Tak sangka kehadiran pelajar begitu penting bagi sesetengah guru. Mendalam kata-kata dia tu. Baris-baris terakhir tu memang agak mendalam. Yang mana ramai pelajar sekarang lebih menumpukan untuk lulus cemerlang tanpa memikirkan ilmu yang diperolehi. Kalau kedatangan penuh sentiasa, cukup untuk menunjukkan bahawa kita ni ke kelas kerana benar-benar mahukan ilmu.
Sukar nak lawan godaan nafsu bila menuntut ilmu. Malas nak ke kelas tu mesti ada, dengan ngantuknya dan macam-macam lagi. Aku pun kadang-kadang macam tu sebab aku ni bukanlah kategori rajin sangat.. sikit je kot rajinnya.. haha.. kadang-kadang aku jadi down gak atas sebab penat dengan hal-hal selain akademik,program tapi aku fikir balik betapa pentingnya ada sifat ikhlas bila nak menuntut ilmu, sebab apa kita ke kelas dan di mana kita aplikasikan ilmu yang kita dapat. Bila datangnya ikhlas, semangat belajar akan datang dengan sendirinya.
Akhir kata, sifat ikhlas itu boleh untuk diperolehi jika kita benar-benar mahukannya. Bila terasa kurangnya ikhlas, dah malas tahap maksima, duduk dan bertenang. Renungkan kembali apa yang kita lakukan selama ini. Sebabnya, apa yang dilakukan dalam kehidupan seharian itu amanah dan amanah sesuatu yang berat...
*nota kecik : kadangkala sedikit rasa bersalah...
Jam 2006
23 Oktober 2010
Uthman D
No comments:
Post a Comment