04 October 2010

Convest ’10 : IIUM Chocolate Fair 2010, Oh Coklat !!

Salam.

Hari ni baru aku berkesempatan pergi ke satu program dalam CONVEST ’10 ( Convocation Fiesta ) UIAM, iaitu Pesta Coklat. Pesta ?

Program ni dah start lama dah, hari sabtu lepas tapi aku tak berpeluang ke sana. Sibuk sikit dengan urusan duniawi yang kian banyak. Huh !

Aku pergi hari last ni dengan harapan nak dapat diskaun..

... maskot Convest '10 ...


Kalau pergi PC Fair hari last mesti banyak diskaun, aku pun harap macam tu la kat Chocolate Fair ni. Hehe.. Tapi mana ada diskaun, ada kot cuma sikit je la dalam RM 3 – 5 macam tu.

Segala cerita untuk aku di chocolate fair ni aku terangkan melalui gambar-gambar ini..

... brand luar negara rasanya, bentuknya lawa ...



... kaum wanita sedang membelek cincin, gelang.. ala,macam biasa ...



... persatuan silat cekak buat persembahan ...





Macam – macam coklat ada kat sini, semuanya keluaran tempatan, ada la satu tu dari oversea rasanya. Jenama-jenama popular yang selalu orang lain makan seperti ferrero roche, choclairs takde kat sini. Aku tak makan coklat mahal, roka yang 20 sen tu pun coklat gak. Kalau ada pun jenama mahal tu, macam la aku mampu nak beli. Ni nak cari coklat pun aku pusing 3 – 4 kali, cari coklat yang besar, sedap tapi murah !.. dah akhir sem beb,jimat bukan bermakna kedekut..

... coklat yang aku beli ...



*nota kecik : Hanya berhabis RM 10 untuk 7 bungkus coklat. Ada yang minta belanja, tengok mood la camane eh.. Hahaha

1855
4 Oktober 2010
Mahallah Uthman


4 comments:

kamila said...

wah,ada diskaun ea..rugi dtg awal2..hehe..x silap, semua coklat kat situ produk muslim sbb 2 x de jenama ferrero roche..

izwanyusof said...

to kamila :
tak de la diskaun byk sgt pun.. cam yg aku crite...tadi dah nak tutup aku g lagi.. less pn tak de la runtuh sgt.. brg leh tahan lama..
ha'ah ek, patut r takde jenama tu.. hahaha..

kamila said...

wah, sanggup gi lg semata-mata nak harga murah..bgus2..haha

harga2 coklat kat booth tu sama atau lg mahal dr homemade coklat walaupun diorg dah ada kilang sendiri..sbb nak buat nya susah sikit lg2 bab2 mewarna coklat..sbb tu x bleh ltk harga murah sgt..

kira ok la tu dpt diskaun walaupun sikit..drpd aku yg x dpt apa2 diskaun..hehe

izwanyusof said...

ala..tak byk pun diskaun..
lagipun aku beli sikit je..
duit byk baru sedap shopping coklat.. hehe

lagipun coklat tahan lama, kalau kuih raya baru r harga turun gile2..