20 July 2010
Ziarah Keluarga Angkat
Salam..
Anda pernah ada keluarga angkat ? Ya ? Tidak ?
Ada beza ke keluarga angkat dengan keluarga sendiri ?.. Memang berbeza, tapi itu dari pandangan mata kasarnya. Dari segi ikatan ukhwah sesama muslim pada aku tiada yang berbeza, luasnya kenalan kita dapat meluaskan rezeki kita.
Minggu lepas aku dan peserta baktisiswa yang lepas ( ashraff, hanani, munirah ) yang mana mereka satu keluarga angkat dengan aku pergi menziarah keluarga angkat kami di Hotel Concorde Inn, KLIA. Pertemuan itu perlu biarpun ia hanya 2 jam. . .
Ayah angkat kami bekerja sebagai kastam dan bakal bersara pada bulan depan. Jadi mereka menghadiri satu majlis persaraan yang berlangsung di Putrajaya pada 16 Julai 2010 yang lalu. Mulanya kami merancang untuk melawat mereka pada hari sabtu tetapi disebabkan mereka bakal pulang pada sabtu pagi, maka petang jumaat itu juga kami terus ke sana.
Berbekalkan sebuah perodua Viva kami menuju ke Hotel Concorde Inn KLIA dengan tiada seorang pun yang tahu jalan nak kesana, cuma berpandukan papan tanda jalan sahaja.. ==’
Syukur selamat tiba ke destinasi jam 4.15 petang. Setelah jumpa bilik mereka menginap, kami bersalaman. Seperti biasa mak menitiskan air mata berjumpa kami terutama dengan munirah dan hanani.. T_T
Pelbagai perkara dibualkan, kalau boleh rasanya banyak perkara yang nak diceritakan kepada meraka, keluar jalan-jalan dengan mereka, makan malam bersama tetapi jadual ayah tidak mengizinkan. Mereka perlu bertolak dengan bas ke Putrajaya jam 6.30 petang untuk majlis makan malam dan persaraan di sana.
Mulanya kami ingat nak makan di cafe dalam hotel tu bersama mereka tetapi melihat kepada menu yang harga makanan seorang sama dengan 4 orang makan jika di warung, hasrat itu dibatalkan. Lebih baik berbual panjang dengan masa yang singkat itu.. ^_^
Pantas masa berlalu, jam menunjukkan 6.30 petang. Mereka pun telah selamat bertolak ke majlis makan malam, kami melambai dari jauh. Perancangan seterusnya, kami akan ke Kg. Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang. Bila ? Akan difikirkan tetapi kami akan ke sana lagi.
Bagi yang pernah melalui program keluarga angkat, masih berhubung lagikah dengan mereka? Jika tidak teruskan menghubungi mereka ye.. Jika Ya, kekalkan persaudaraan itu.. =)
*nota kecik : masa program hari tu tak dapat jalan-jalan ke pulau, satu kerugian datang penang tak pergi ke pulau.. kepada cik hanani husna, kami sesat lorh selepas hantar kamu ke sekolah.. hahaha...
2103
20 Julai 2010
Mahallah Uthman..
category
baktisiswa permata '10,
coretanku,
kehidupan kampus,
UIAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment