14 November 2010
Nikmati Pakej Hebat BlackBerry Torch 9800 dengan CELCOM
Blackberry.
Satu jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada mereka yang amat cintakan dunia teknologi. Mempunyai ciri-ciri khas dan dikategorikan sebagai “smart phone”, jika anda memiliki BlackBerry Torch 9800 seolah-olah anda berada di satu kelas yang tersendiri.
Pada 29 Oktober 2010 yang lepas bertempat di Bukit Bintang Entrance, Pavilion KL, CELCOM telah melancarkan BlackBerry Torch 9800 bersama pakej jalur lebar yang cukup berpatutan untuk dimiliki. Ramai yang mengatakan BlackBerry Torch 9800 ini berbeza daripada generasi BlackBerry sebelumnya ?. Kalau anda seorang blogger tegar, sudah pasti dunia realiti dan dunia maya anda dihubungkan dengan mudah dengan Torch 9800 ini. Persoalan mudahnya, mengapa ?
03 October 2010
buta ketidakadilan depan mata
Aku sedang dalam proses menyiapkan 8 soalan assignment linear signal and system, sikit je soalan tapi nak buat jalan kira panjang berjela. Satu-persatu belek buku nak tengok jalan kira, letih mata dan otak. Jadi aku stop kejap.
Sistem. Bukan nak cerita pasal subjek aku,sebab aku pun bukan paham sangat. Hahaha..
Tapi dengan perkataan sistem, aku teringat satu kisah. Yang mana sistem itu ciptaan manusia, tetapi bila sistem itu tidak berlaku adil, manusia duk ikut je macam lembu kena cucuk hidung..
Satu hari, aku lepak kat satu CC ni, masa tu time cuti raya dan dengan laptop takde lagi masa tu sebab meletup tu, aku pun hang out je la kat CC.
Satu jam RM 2.00. Okey, korang ingat harga yang aku bagitau ni RM 2.00.
Kat tepi LCD tu ada dicatat masa berapa lama kita guna dengan harga sekali. Nampak canggih la macam tu. Aku lepak punya lepak, sampai la masa penggunaan aku kat PC tu dah 58 minit. Nak dekat sejam aku log out la semua application yang aku bukak. Duit takde beb masa tu, lepak CC pun kena save-save la. Selesai je semua, masa yang tercatat 1 jam 1 minit. Okey, aku ke kaunter nak bayar.
Aku : “ PC 18 “
Penjaga kaunter : “ RM 2.50 “
Aku : “ hah ! tengok berapa lama masa tu. Satu jam kan ? “
Penjaga kaunter : “ satu jam 1 minit “
Aku : “ so ? RM 2.50 gak ? “
Penjaga kaunter : “ Takleh nak buat apa. Sistem dia dah macam ni “
Nampak apa yang aku cuba nak sampaikan ? tambahan 50 sen sepatutnya jika guna 1 jam 15 minit. Aku hanya lebih seminit sebab nak jalan keluar dari PC ke kaunter.
Masa nak bayar tu memang aku dah panas dah. Bukan kisah 50 sen tu, tapi cara diorang menipu dengan alasan ‘sistem dah memang macam tu’. Aku bagi duit dengan muka tak puas hati sikit, terus blah.
Okey la, bukan nak cerita sangat macamana aku sakit hati dengan perangai macam tu. Why not diorang dah tahu sistem tu macam tu, buat satu keputusan lain. Sistem itu siapa yang cipta ? Manusia kan. Jadi sejak bila ada hukum alam yang mengatakan kita tidak boleh mengubah hasil ciptaan kita sendiri. Aku tekankan dari konteks hasil ciptaan manusia.
Amik satu penyelesaian, bila dah tahu sistem tu akan automatik naik harga dari RM 2.00 ke RM 2.50 bila masa penggunaan mencecah 1 jam 1 minit, jangan digunapakai harga tu. Buat cara manual, amik saja masa pengguna pakai PC tersebut. 1 Jam. Seterusnya ikut harga asal yang ditetapkan iaitu 1 jam = RM 2.00. Kalau tak boleh, leceh la katanya kan nak kira-kira manual sebab kemudahan dah ada, tukar sistem lain. Modal la sikit sebab tukar software, daripada berlaku tidak adil kepada pelanggan kemudian pelanggan sakit hati, mana lebih baik ?
Zaman kian maju. Kita kena terima perubahan pesat teknologi. Tapi takkan la kalau dah teknologi tu berlaku tidak adil kepada manusia, depan mata pun kita nak biar dan terus melihat. Sebab hak itu masih ada, pada kita.
Apalagi ketidakadilan teknologi yang akan jadi pada masa akan datang ye ?
*nota kecik : baik aku lepak CC apek je, 1 jam 15 minit baru naik harga ke RM 2.50. Virus pun takde. Hahaha.
2019
3 Oktober 2010
Mahallah Uthman.
Gadjet & Remaja : contoh gadjet ? semua ni keperluan atau trend ?
Sementara menunggu jam 1 tengahari, sebelum aku naik bas pulang ke uia, otak tetibe bosan. Hajat nak study thermodynamics macam tak jadi, “ owh thermo, comes to me “, ayat orang takde mood study.
Gadjet & remaja. Apa itu gadjet ?
Nak tau apakah itu gadjet, marilah kita beramai-ramai ke plaza lowyat , dekat Jalan Imbi sana. Aku fokus kepada peralatan elektronik. Di situlah terkumpul pelbagai gadjet pilihan remaja masa kini.
Dari apa yang aku perhati, remaja sekarang kalau takde benda-benda ni memang tak sah :
1. Telefon bimbit
Of course la semua kena ada benda ni. Dunia dihujung telinga anda. Selain digunakan untuk menelefon keluarga, sahabat dan urusan-urusan penting ada juga yang guna buat main game. Yang peliknya ialah bila pelajar-pelajar sekolah boleh pakai handset mengalahkan CEO syarikat besar. Wow ! dari manakah income kamu ? Aku ada seorang member yang gilakan PDA atau smartphone. Boleh kata sejak dari pusat asasi sampai sekarang aku kenal dia, dah berapa kali setahun dia tukar-tukar smartphone. Apapun handphone amat penting dalam hidup manusia sekarang. Itu fakta zaman ini kan ?
Aku kelaskan sebagai KEPERLUAN.
2. Laptop
Tak semua orang perlukan laptop, kalau pelajar universiti pun sesetengah je yang amat-amat memerlukan laptop. Jurusan kejuruteraan, arkitek, medikal biasanya penting. Macam aku, laptop ini digunakan untuk siapkan lab report la, design CAD la, programming la serta sedikit unsur-unsur melalaikan minda .. ==”
Tapi bagi gamerz-gamerz sejati, confirm dia akan beli custom-made dekstop sebab kepuasan grafik itu amat penting.
Aku kelaskan sebagai KEPERLUAN untuk sesetengah pihak.
3. MP3 Player.
Daripada semurah-murah jenama hinggalah semahal-mahal jenama seperti iPod, MP3 player dilihat memang popular selepas hilangnya zaman Walkman yang menggunakan kaset.
Biasanya kalau mereka yang amat cerewet dengan sistem bunyi, mahukan kepuasan bila mendengar muzik, mereka akan habiskan wang untuk membeli earphone yang SuperBass Surrounding yang paling high quality punya. Kalau dengar lagu tu rasa nak henjut kepala ke tanah pun ada.
Bagi yang cukup sekadar ada mp3 untuk didengar, tak mementingkan sangat sistem bunyi yang penting dapat dengar lagu.
Aku kelaskan sebagai TREND.
4. Digital-Single Lens Reflect ( DSLR )
Kamera dalam bahasa ringkasnya. Ia merupakan salah satu gadjet yang pada aku kebanyakan remaja mesti nak beli satu. Yela, pergi mana-mana mesti nak snap gambar. Time bujang macam ni la kuat berjalan kan. Lepak dengan member-member, pergi mana-mana majlis, melancong, program keluarga dan sebagainya. Kebiasaannya kamera digital yang biasa tu pun dah memadai namun penggunaan DSLR semakin popular sekarang ni. Harga pun kalau nak banding dengan kamera digital kecil macam cybershot yang paling gempak dengan Nikon D3000 misalnya, cuma tambah beberapa ratus je. Ada yang guna DSLR sebab dia memang minat fotografi, nak belajar shoot gambar cantik-cantik. Yang ni memang aku salute la, tengok cara dia pegang DSLR dah leh agak dia ada ilmu fotografi. Ada juga yang beli suka-suka sebab trend, yang ni kalau remaja dari golongan berada kebiasaannya. Gambar biasa-biasa je namun salute juga la sebab dia ada DSLR. Aku ? masih menyimpan hasrat dengan DSLR, sekarang duk merempat je pinjam DSLR member kalau dapat. Boleh gian main DSLR ni.
Aku kelaskan sebagai TREND.
5. Internet jalur lebar ( broadband )
penggunaan yang kian popular. Dulu nak beli broadband ni dekat RM 500 sebab modem yang mahal. Sekarang dengan pakej yang murah di pasaran, remaja mampu memiliki broadband dengan serendah RM 150 pakej permulaan dan RM 48 bulanan. Wow ! ( dah macam promoter plak )
Broadband digunapakai bukan sahaja golongan remaja malah golongan usahawan mahupun professional. Pak cik aku yang seorang guru sekolah rendah pun cakap broadband penting bagi dia bila menghadiri seminar atau kursus. Bagi golongan pelajar IPT, broadband digunakan untuk mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan, tesis dan sebagainya. Penggunaan email juga perlu bagi mereka yang aktif berpersatuan. Tapi pelajar IPT ni lebih banyak guna broadband untuk akses Facebook je sebenarnya. Buat assignment guna internet boleh kira dengan jari dalam satu semester tu. Lagi satu blogger, kalau kerjaya sebagai blogger broadband mest penting kan ?
Aku kelaskan sebagai KEPERLUAN bagi untuk pihak.
Cukuplah 5 gadjet yang aku rasakan penggunaannya begitu melusa dalam kalangan remaja sekarang. Kalau mereka yang beli barang asing-asing macam ni, biasanya cerewet. Handphone hanya untuk telefon dan mesej orang je walaupun ada kamera dan MP3 player. Kamera nak gambar paling jelas dan gempak, MP3 nak kualiti bunyi paling mantap, internet nak yang paling laju bila akses internet.
Sekarang kan ada telefon yang sudah merangkumi semua di atas tapi susah juga kalau semua jadi satu. Kalau nak akses internet pada masa yang sama nak dengar lagu dan balas SMS, mana mungkin dapat buat dengan handset. Smartphone pun kalau boleh buat macam tu, bateri pula masalah, cepat habis power. Kan ?
So, anda ada gadjet lain selain di atas ?
*nota kecik : mula menaip entri ini sebelum menaiki bas dan menyiapkannya ketika di dalam bas. Antara gadjet di atas, DSLR je aku takde lagi.
1552
2 Oktober 2010
Di dalam bas Sky-View Transnasional
01 October 2010
5 bulan bersama MAXIS Broadband
Salam.
Berakhirnya bulan September menandakan aku telah pun menggunakan broadband selama 5 bulan.
Ataupun terus-terangnya, rebat aku dah HABIS. Arghh ! lepas ni kena bayar RM 48 setiap bulan.
Okey, sekarang nak cerita sikit pengalaman aku sepanjang 5 bulan menggunakan jalur lebar ini.
1. Kos pembelian
Aku memulakan karier sebagai pengguna jalur lebar ni bulan Mei yang lalu. Masa tu idea sengal datang dalam kepala nak habiskan duit ( dah takde duit, lagi nak membazir .. haha ). Bosan beb kalau nak ke CC ( cyber cafe ) je tiap hari. Lalu aku mula memilih pakej-pakej di pasaran. Pilih dan pilih ( dengan cerewet ) akhirnya amik la broadband hijau ni. Pakej yang ditawarkan RM 48/bulan untuk bandwidth 1.5Gb. Masa tu bayar RM 150 untuk rebat 5 bulan pertama. Jadi rebat satu bulan RM 30, RM 48 - RM 30 = RM 18. Aku perlu bayar RM 18 je sebulan. Jadi apa salahnya. Modem pun percuma.. Hehe..
2. Kualiti rangkaian
Kat rumah aku ni bukan kawasan bandar sangat, jadi paham-paham je la line camane. Aku perlu guna extension cable yang ada dalam kotak tu untuk cari line HSDPA. Kalau dapat line GPRS atau EDGE, baik la aku tido atau buat benda lain sebab bukan boleh pakai pun. Jadi semasa aku cuti semester dulu tu bersusah-payah aku menjalankan kegiatan blogging dengan keadaan “ langit tak selalunya cerah “. Tiba di uia, aku duduk tingkat 4, masa tu line memang mencanak tinggi. HSDPA dekat full bar. Download youtube pun laju. Tapi quota 1.5Gb pun laju gak la habis. Cuma line ni akan jadi amat perlahan bila waktu tengahari dalam 1 – 2 petang dan waktu 7 – 8 malam. Memang slow walaupun HSDPA ( suruh solat di awal waktu tu maksudnya ). Keseluruhannya, line ok dan ikut kawasan. Tapi kalau dah lebih limit jangan ditanya mengapa speed lembab.
3. Bil
Ni yang lemah ni. Hahaha. Tempoh sebulan untuk broadband aku ni dikira dari 28hb hingga 28hb berikutnya. Aku daftarkan email aku sebagai tempat untuk bil tu sampai. Biasanya bil akan diemailkan kepada pengguna dalam 1hb atau 2hb dan mesti masuk dalam kotak spam, aku pun tak tau la kenapa masuk kotak spam. Pembayaran senang je, cuma bagi nombor telefon dan siri simkad kita tu. Tak perlu print out bill yang diemail.
4. Rasa nak jual pun ada !
Haa, ini idea yang datang dah lama cuma dipendam di kalbu ( huh ! ayat ! ). Maklumlah dah habis rebat, dah sedap bayar RM 18, jual la. Bukan ada kontrak. Hahaha. Tapi tak kot, aku masih lagi menggunakannya. Nak jual dah hari tu sebab duit aku dah kritikal. Habis kat CQ 42 368 TX. Apakah itu ?. Hahaha.. Itu semua akibat entri ini. Tapi masih lagi terasa nak jual atau terminate line ni, cuma entah jadi ke tidak.
Keseluruhan, 4.03/5.00 je aku kasi kat sistem jalur lebar yang aku guna sekarang. Setakat ni memuaskan hati. Kalau sesiapa nak beli broadband, pilih je mana-mana, tak semua lengkap. Aku ceritakan pasal broadband ni tak semestinya yang ni terbaik, semua ada kelebihan dan kekurangan. Ikut la eh nak pakai mana-mana pun.
*nota kecik : malam ni perlu bayar bil untuk rebat bulan terakhir. Huh!
1647
1 Oktober 2010
Rumahku..
07 September 2010
Kabel LAN punca laptop meletup : Episod akhir aku & laptop
Imbas kembali, hari isnin 2 minggu yang lalu…
Aku baru pulang dari kelas waktu tengahari, dengan keadaan yang begitu meletihkan hari itu..
Sungguh.. letih entah kenapa..
Aku membuka laptop, memasang broadband dan kabel LAN ( Local Area Network, digunakan untuk menyambung rangkaian semua komputer di asrama ). Hari tu aku nak jual kasut yang baru aku beli beberapa hari lepas, sempit la pulak kan.
Aku buat iklan tentang kasut, aku post dekat LAN punya chatroom. Waktu tu guruh kuat kedengaran. Bila aku tekan ENTER untuk post iklan, “dummm !!”.. “plup!”..
Skrin laptop aku padam.. Aku pasang bateri namun tiada harapan untuk berfungsi lagi..
Maka hari itu, bermulakah episod terakhir, Izwan & laptop kesayangannya. . .
Sebelum-sebelum ni entah macam-macam perangai pelik laptop aku tu, tetapi hari itu sungguh tidak kusangka ia pergi buat selama-lamanya.
Gelabah amat la aku masa tu, lepas kena petir aku terbaring dengan paleotak yang buntu. Tidak terkeluar sebutir kata-kata dari bibir. Ikutkan hati mahu saja masa tu juga aku keluar ke lowyat tapi petang ada kelas. Mujur seorang rakan, Bob hendak menemankan aku keluar ke lowyat petang itu selepas aku habis kelas.
Bob menemankan aku dengan syarat aku ajar dia subjek dynamics. Ok saja lah demi menyelamatkan laptop aku ( tidak pasti ada harapan atau tidak ). Sambil menuju ke lowyat, aku membebel la pasal dynamics Chapter 12 dan 13 kepada bob untuk midterm dia esok malamnya. Harap-harap masuk la kat pale dia ape yang aku bebelkan tu.
“ U tolong check laptop ni, tadi tengahari kena petir “
“ okey, 8.30 I call U datang balik sini”
Selesai deal dengan satu kedai bangla kat lowyat, kami ke Time Square untuk berbuka di KFC. Sungguh, hilang selera makan aku nak berbuka hari tu. Ayam spicy KFC terasa takde cili, air coke terasa tawar macam takde gula.
Selesai solat maghrib, aku ke lowyat untuk mendengar khabar.
“itu CQ 40, U ada pasang internet ke kabel apa-apa ke tadi? Semua sudah terbakar. Motherboard, cip2 dalam semua dah habis. Kalau betulkan RM 900”
Daripada hilang selera makan aku terus jadi macam nak pengsan !
“okey2..takpe, thank you”
Aku ke sebuah kedai di Time Square, tadi bob ada survey kat kedai tu tentang masalah laptop aku ni.
“ sekarang nak tutup, tak sempat. U tinggal dulu, esok aku tengok macamane. Kalau boleh repair, RM 300”
“okey.”
Esoknya…
“hallo, U punya laptop sudah blown r. Semua habis terbakar. Motherboard, AMD processor, ATI cip semua habis. Betulkan mau RM 900 serupa U angkat laptop second-hand satu”
Maka aku mengambil laptop itu untuk disimpan ataupun di-frame-kan di dalam bilik. Syukur harddisk masih boleh digunakan dan dijadikan external. Jadi ini merupakan jawapan tambahan blog aku tidak dapat dikemaskini ketika cuti hari raya ini. . .
*nota kecik :
- ramai rakan-rakan yang bertanya,”ko pasang LAN ke masa petir tu”.. bila jawapan aku YA maka jawapan mereka,”owh, patutlah rosak semua”
- sayang sangat laptop itu sebab spesifikasi yang aku pilih khas untuk graphic editing dengan main game terutamanya. Main PES cantik gila gambar walaupun tak boleh support Need For Speed Undercover. Dah la Need For Speed Most Wanted ( game dah lama keluar tu ) aku tak complete lagi storyline.. Aish !!
- kredit kepada member yang bagi pinjam laptop untuk aku selesaikan kerja aku dan coret-coret sikit kat blog ini.
7 Semtember 2010
1053
Di …
25 June 2010
Panduan menjaga “hardware” laptop
Salam..
kita seringkali bimbang dan risau dengan virus-virus yang akan merosakkan system files, documents dan sebagainya.
Ada juga yang sanggup mengeluarkan belanja yang mahal untuk membeli antivirus yang terbaik di pasaran.
Itu dari segi penjagaan dalaman, dari aspek luaran laptop pula bagaimana ?
Jom ikuti panduan-panduan ini :
1. Pastikan permukaan skrin ( lid ) dan papan kekunci ditutup sepenuhnya.
kebiasaannya setelah selesai menggunakan laptop,kita akan merapatkan skrin ke papan kekunci seperti sediakala. Anda pasti ia tertutup rapat ?
Pastikan antara permukaan itu tiada apa-apa objek baik objek keras mahupun lembut. Contoh, jika ada pensil di atas papan kekunci,ia boleh membuatkan skrin anda tercalar. Lebih teruk lagi jika skrin anda PECAH !!
Semasa kita mengusung laptop dalam keadaan ada objek di antara skrin tersebut,tekanan yang diberikan adalah berbeza. Mungkin tekanan untuk memegang laptop terlalu besar, jadi ia berisiko untuk mencalarkan lapisan luar skrin laptop. Ingat !!, skrin laptop hanya diliputi satu lapisan di luarnya, bukan seperti Liquid Crytal Display ( LCD ) atau Cathode Ray Tube ( CRT ) yang mempunyai permukaan kaca yang keras.
2. Jangan mengangkat laptop dengan memegang pada skrin sahaja.
Perkara ini biasanya terjadi ketika kita sedang menggunakan laptop,tetapi ada gangguan dan memaksa kita untuk berpindah ke tempat lain. Disebabkan malas nak shut down, kita akan angkat laptop dengan memegang pada skrin.
Risikonya, tangan anda mungkin terlepas daripada skrin tersebut ataupun bahagian skrin akan longgar. Kecuaian ini menyebabkan anda terpaksa membayar sehingga RM 900 untuk membaiki skrin sahaja.
Jadi, sentiasa tutup dengan rapat laptop dan pegang dengan rapat ke bahagian sisi badan anda. Sanggup RM 900 terbang ?.. hehe..
3. Elakkan menyimpan laptop di dalam beg ketika kuasa masih lagi dibuka samaada dalam keadaan stand-by atau hibernate .
Jika anda melakukan perkara ini, kipas yang berfungsi untuk menyejukkan motherboard tidak dapat mengalirkan angin dengan sepenuhnya. Kedudukan laptop di dalam beg juga berbeza-beza. Menegak,melintang, senget dan sebagainya. Jadi penyejukan tidak berjalan lancar.
Ia mungkin mengakibatkan kepanasan yang akan merosakkan Random Access Memory ( RAM ), system board dan komponen lain di dalamnya.
Elakkan juga daripada membawa laptop dengan keadaan AC power supply, mouse, external hard disk atau pendrive yang masih belum ditanggalkan dari laptop.
4. Elakkan memusing wayar pada AC power supply atau apa-apa peralatan yang menggunakan wayar kerana ia boleh menyebabkan sambugan terputus.
5. Jangan membiarkan skrin LCD anda terdedah kepada cahaya matahari secara terus atau dalam jangkamasa yang lama. Juga jangan dibiarkan laptop di dalam kereta ketika cuaca panas kerana suhu yang tinggi boleh merosakkan skrin anda. Keadaan yang terlalu sejuk juga akan merosakkan skrin LCD tersebut.
6. Letakkan laptop di permukaan rata atau keras. Jangan sesekali meletakkan laptop di permukaan lembut seperti sofa, tilam karpet dan sebagainya. Ini penting bagi memastikan kipas dapat mengalirkan angin dengan cukup seterusnya dapat mengurangkan haba di dalam system board.
7. Jangan sesekali memasang plug dan beteri dengan serentak. Kita mungkin hendak menggunakan laptop sambil cas bateri tetapi pebuatan ini akan menyebabkan bateri hilang keupayaan untuk dicas semula. Sila asingkan penggunaan laptop dengan bateri atau dengan plug.
8. Jika berada di tempat-tempat awan, sila kunci laptop anda kerana terdapat banyak mata yang memerhati dan menunggu masa untuk “meminjam” laptop anda tanpa memulangkan kembali.
Ini saja yang dapat aku kongsikan, semoga menjadi panduan dan peringatan. Kalau rasa ada buat perkara-perkara di atas, BERHENTI SEBELUM TERLAMBAT… =)
*nota kecik :
- sumber daripada HP Customer Service
- kipas laptop aku dah buat hal baru aku tergerak nak cari info ni. hahaha..
1439
25 Jun 2010
rumahku..
22 June 2010
Padah pengguna laptop TEGAR !
Salam..
Dikerah keringat, namun bila ia melampaui batas.. buruk padahnya !
Laptop dan aku memang tidak dapat dipisahkan.
Dengan laptop ini aku menulis di blog, edit gambar menggunakan adobe photoshop CS 3, bermain DoTA, membuat suntingan video dan bermacam-macam lagi ( pengguna laptop tegar pasti paham ).
Bila laptop digunakan secara berterusan, bermain game sudah tentu akan menyebabkan ia cepat panas, maka kipas akan berpusing dengan laju. Rancaknya aku memenangi setiap game yang dimainkan, lagi rancak juga kipas laptop aku berpusing. Ligat macam gasing.
Akibatnya, umur kipas laptop ini tidak panjang. Dikerah dan dikerah akhirnya melampaui usia dan kemampuan. Kipas laptop aku disahkan TIDAK BERFUNGSI.
Sementara menunggu ia dibaiki, aku dengan tidak rela hati BERHENTI dari dunia maya ini. Tempoh yang dinyatakan 2 minggu. Sehari pun dah cukup lama jika tak ada laptop,2 minggu bagaimana ?..
Idea-idea yang aku sudah simpan untuk entri seterusnya di blog ini terpaksa ditangguhkan untuk sementara waktu .
Sekian..
*nota kecik :
- cuba untuk mencari kedai yang boleh membaiki dengan segera tanpa perlu mengikut jaminan dari pengeluar laptop.
- lagi 3 minggu nak masuk semester baru baru tergerak nak ke kedai untuk tanya masalah ni. aduhai..
- aku pengguna laptop TEGAR kah ?
2106
22 Jun 2010
impiana AnZ
17 June 2010
Virus Komputer : cegah dahulu sebelum terlambat
Salam..
Pengguna komputer kebiasaanya tidak boleh tidak, mesti akan berhadapan dengan fenomena diserang virus.
Cukup memeningkan kepala, jika ada fail-fail penting yang kita simpan. Kebiasaanya,Operating System Windows XP begitu senang menerima jangkitan virus ini.
Mungkin anda boleh mencuba Ubuntu yang dikatakan tidak akan dijangkiti virus. Tetapi penggunaannya kurang diperluaskan.
Jika anda seorang yang peka kepada penjagaan komputer,amalkan langkah ringkas ini :
1. Show Hidden Files
Dengan menunjukkan fail-fail tersembunyi ini, kita boleh lihat samaada virus itu ada atau tidak. Kebiasaannya, ia bernama recycler, system, spaQ atau lain-lain nama dan juga ikon yang pelik. Tetapi berhati-hati kerana ada sesetengah fail memang kepunyaan Windows. Untuk show hidden files :
- buka folder option
- klik view
- klik show hidden files,folders and drives
- klik Apply.
2. untick Hide extension for known file types
extension di sini bermaksud format file tersebut. Contoh bagi gambar mempunyai extension picture.jpg, picture.png,picture.gif. Perkataan yang diwarnakan itulah extension. Bila virus menyerang, extension akan berubah kepada .exe . Mana mungkin fail lagu seperti pelita.mp3 menjadi pelita.exe ?. Berhati - hati dan jangan klik fail tersebut. Untuk untick extension ini, lakukan seperti diatas cuma selepas langkah ketiga,lakukan :
- untick Hide extension for known file types
ia ada pada tab yang sama.
3. Sentiasa kemaskini data antivirus.
Rasanya perkara ini telah beberapa kali aku tekankan. UPDATE !! UPDATE !!
virus boleh dikatakan akan lahir setiap saat,jika anda pengguna internet TEGAR, dan tidak menggunakan sebarang perisian antivirus, risiko tinggi untuk anda format komputer banyak kali..hehe
Beli saja antivirus original yang sekarang sudah murah harganya. RM 30++ untuk setahun. Sekarang aku guna Kaspersky Internet Security 2010,orang cakap cerewet tapi aku rasa tiada masalah. Satu lagi antivirus yang mantap,Bit Defender. Tapi,jangan guna yang free atau crack .
4. Awas dengan Pendrive !!
Sentiasa cerewet jika ada orang masukkan pendrive ke dalam komputer anda. Suruh mereka scan dahulu ( tetapi antivirus anda mestilah up-to-date ). Perkara ni banyak terjadi,terutama bila kita cucuk pendrive kat cyber cafe atau pun makmal komputer
Kalau nak tahu pendrive tu ada virus atau tidak,klik kanan dan lihat atas sekali. Jika ada perkataan Autoplay... ataupun ikon pendrive bertukar kepada ikon folder, maka pendrive itu mengandungi virus. Jadi jangan la nak buka pendrive tersebut.
Sekadar perkongsian.. Sekian.. (",)
*nota kecik :
- boleh lihat petanda-petanda awal virus telah menyerang
- gambar dari Deviantart
1307
17 Jun 2010
rumahku..
09 June 2010
Widget Blog : Cantik + Lambat
Salam..
Perkongsian ini berkenaan dengan widget blog yang sering kita gunakan dengan tujuan untuk menghias blog kita.
Perasankah bila kita nak letak widget ni, perlunya letak “add html/java script” kat blog. berdasarkan secebis ilmu tentang dunia programming, HTML salah satu bahasa pengaturcaraan untuk..
23 May 2010
Edit : Buat collage pictures menggunakan PICASA
beberapa hari lepas aku mendapat mesej melalui YM dari seorang rakan yang minta tolong camtumkan gambar jadi satu.. nak buat frame katanya.. aku cadangkan guna picasa.. tak reti guna katanya.. jadi timbul idea untuk aku menulis kat sini cara – cara ringkas nak buat gambar tersebut..
Pertama sekali mesti korang mesti ada software picasa tersebut, bagi yang masih belum ada installer, sila muat turun di sini .. ataupun korang leh google je,taip picasa.. Jangan takut untuk muat turun sebab perisian ini percuma dari Google dan juga saiz yang tidak begitu besar, versi terbaru aku tengok cuma 12Mb sahaja.. pengguna berukband pun boleh muat turun =)
Selesai install semua, boleh buka perisian tadi..
Apa yang anda lihat adalah muka hadapan picasa, jangan terkejut kalau ada banyak subfolder di bahagian kiri sebab picasa akan detect semua jenis gambar yang tersimpan di dalam harddisk anda.. ceruk mane pun dapat detect punya..
Kumpulkan gambar yang anda nak satukan tadi ke dalam satu folder, kemudian klik pada folder tersebut,contoh aku pilih Rehlah 2, 29 Mac 2010.. Selepas itu perhatikan pada bahagian bawah icon collage.. di antara blog this dengan video, klik collage tersebut dan akan keluar menu seperti ini..
Pergi ke bahagian kiri ,setting.. ada 6 jenis susunan yang anda boleh pilih sesuka hati.. cuma perlu tekan sahaja satu persatu dan perhatikan susunan gambar akan berubah secara automatik..
kalau tidak berpuas hati dengan susunan yang ada, boleh tekan Shuffle Pictures di bahagian tengah bawah dan susunan gambar akan berubah secara automatik..
jika anda ingin membesarkan, mengubah pusingan atau kedudukan salah satu gambar,klik pada gambar tersebut dan akan ada satu bulatan seperti jarun kompas. tarik bulatan itu dan saiz gambar akan berubah mengikut kreativiti anda.. kedudukan gambar juga boleh diubah.. jika ingin gambar itu di atas gambar yang satu lagi,klik kanan dan pilih keutamaan gambar ..
untuk meletakkan tulisan pada salah satu gambar, klik pada gambar tersebut dan pergi ke bahagian view and edit, kolum sebelah shuffle pictures
anda boleh meletakkan teks, mengubah jenis tulisan dan sebagainya.. jenis tulisan mengikut apa yang terdapat dalam system komputer tersebut,jika anda banyak koleksi tulisan yang cantik-cantik, lagi bagus.. =)
Setelah berpuas hati dengan hasil kerja, pergi ke bahagian setting untuk pilih saiz imej tersebut.. untuk gambar ni aku pilih A4, jadi kalau print akan muat-muat saiz A4..
Kemudian, pada bahagian setting juga, klik create collage untuk hasilkan kerja anda tadi.. gambar yang telah siap akan disimpan ke dalam folder picasa.. semak pada folder pictures anda, cari folder picasa..
Siap !!.. boleh print sekarang juga.. kalau nak letak tulisan berbentuk penghargaan dan sebagainya, boleh gunakan adobe photoshop, kalau takde pun guna paint jadilah.. (^_^)
*nota kecik :
1. tutorial ni faaizz d zul yang ajar aku masa aku tengah buat slide show pkpim uiam.. oit yuhu, dah banyak aku masukkan nama ko dalam blog aku, next sem kasi ajar adobe photoshop CS 5 !!... lol
2. next punya entri berkaitan editing, software muvee reveal 8, cara mudah dan cepat nak buat slideshow bagi mereka yang nak cepat..
3. tengah cari mood dan feeling untuk tulis dua episod terakhir..
Okey, sekian..
23 Mei 2010
1334
Rumahku..
08 April 2010
FORMAT...
2. gagal untuk kali ini.
Salam.. dua hari lepas aku menerima satu laptop dari seorang rakan yang minta untuk format.. Compaq V3500 .. berwarna hitam AMD turion + Nvidia .. katanya dah banyak masalah.. suhu meningkat dengan mendadak sampaikan kene letak bawah kipas siling dengan kelajuan maksimum,kalau tak laptop mati dengan sendiri.. hmm..hmm..
aku balik dan membuka laptop seperti biasa.. sememangnya masalah.. pelbagai dialog box muncul secara automatik.. notepad di sana sini.. buka device manager pun keluar notepad !! ???.. cabaran ni..
Seperti biasa, aku keluarkan semua cd bootable yang aku ada.. aku mula dengan windows XP sp 3, pinjam dari roomate aku.. laptop ni datang dengan XP,jadi driver yang dia ada semua untuk XP,bila intall 7,haaa..ni masalah ni jap g...
segalanya nampak seperti biasa,aku delete semua pertition,buat partition baru..macam biasa aku buat.. proses berjalan lancar sampai la laptop restart untuk install bahagian dekstop [ hentam je ] pula.. sampai dot ke 3, 39 minutes remaining.. keluar ni.. haa, ni permulaan tekanan ni..
pelik.. pehal tak jumpe path nie.. aku klik ‘OK’ banyak kali tak jalan.. aku pun buka internet cari punca masalah.. dapat dah dari microsoft punye site.. masalah mungkin berpunca sebab setup tak dapat berkomunikasi dengan dvd drive.. hooohhhhhh, pehal pulak la ni.. 1001 kebuntuan datang menimbun-nimbun..aku tukar cd lain,yang peliknya semua cd XP tak detect..
wah,kesabaran kian hilang..pelbagai jalan digunakan untuk membaiki masalah ni.. cara kat intrnet dengan edit registry la ape la sume tak jalan.. tu yang aku post kat FB tu.. memang pusing pale aku time tu.. Last-last aku terduduk.. owhhhh..
*blank*
cuba menenangkan fikiran,memandang meja aku yang bersepah..tiba-tiba terfikir, “ cantik gak meja aku camni, leh try blajar jadi hacker pasni..hehe”.. owhhh,kerja jurutera nanti macam ni ke haa?..aku pun tak tau.. tapi ia mungkin jauh berbeza..
aku memandang page FB,terjumpa nama Mustakim Ahmad.. dia ni senior skolah aku,1st batch SPM tak salah.. aku batch 5..jauh beza,kenal dia pun masa aku beli laptop aku ni.. memang on the spot tanya dia.. berlaku perbualan ringkas di chat fb tapi tak lama..
Akhirnya..dengan masalah masih tidak selesai, aku keluar ke cafe.. [ susah ni,asal bosan cari makanan..cuti 3 bulan jadi ape la nanti ]
lupa,yang peliknya bila aku install win 7,boleh je detect dan proses tanpa ada masalah.. dengan XP je tak mau pula..
kat cafe,aku online fb lagi..tengok kat post aku tu,bro Mustakim ada la bagi link untuk buat pendrive sebagai bootable drive.. maksudnya format guna pendrive.. aku pernah dengar cara ni tapi tak pernah cuba.. cuma, yang ni untuk wn 7, win xp tak tau la..
sila baca link BOOT USB
dann...aku terus menerus mencuba pelbagai cara..XP gagal 7 boleh install.. masalahnya driver Nvidia tu tak de.. so grafik memang serius tak cantik.. pakai VGA je.. aduhai.. aku try download driver untuk 7,namun tak leh nak install.. huh,geram bila tak menjadi.. dan malam tu aku stuck,keluar dengan bob lepak danau nak cari seluar untuk g penang nanti..
paginya,jam 6.30 pagi pulang ke uia dan cuba untuk install XP direct dari my computer,tapi tak boleh gak.. tak support la kot kalau nak downgrade.. then,im lost~~~.. disebabkan fikiran aku nak setelkan design banner program KPIJ dan nak setelkan beberapa kerja untuk PERMATA 10, aku rasa ni je la mampu dilakukan..windows 7 dengan grafik VGA..dan memeranjatkan lagi,tiba-tiba drive dvd tak detect kat my computer.. tak tau nak buat pe,pelik..lalu dipulangkan..tu je la yang mampu... setelah dihubungi tuan laptop,lalu ia dikembalikan.. aku tak tau la ape kesan sampingan [ macam makan ubat ] jangka masa panjang..tapi dah cakap dah, hantar kedai je la jalan terbaik ..huhu =)
untuk kali ni,gagal..walaupun laptop tu boleh guna,tapi prestasi bukan pada tahap maksimum..
selepas ini, aku balik dari PERMATA, nak format dekstop tahun 2001 kat rumah untuk kali ke.. ntah la,dah buat hal lagi tu..
- end –
01378 April 2010Uthman, IIUM
29 March 2010
:: Tingkatkan prestasi “Internet Browser” anda ::
Salam pagi hari.. 10.41 am,pagi lagi la nie..
Semalam aku online kat cafe sampai jam 1 pagi, malas nak study sangat malam tadi, aku ber “yahoo messenger” dengan sahabat sekolah dulu, dalam facebook dia name Fique Arie.. itu bukan point utama,yang utama nya di akhir-akhir minit, dia bagi aku cara-cara nak lajukan browser..
Browser ialah software yang digunakan untuk akses internet..buka laman web..
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan :
Untuk Mozilla Firefox, boleh klik di [ link ] untuk muatturun software Mozilla Firefox 3.6.2 dan juga muatturun Mozilla Optimizer di sini.
Apepun.. buatla setting gempak camane sekali pun.. nak bagi pecah pc sebab nak lajukan browser pun buat la, tetapi kalau line broadband @ wireless slow,poor.. tak jadi apa gak... hahahahahaha.. [ bagi pengguna broadband ]
30 June 2009
PERMAISURI HATIKU
Di waktu petang sebegini, terdetik hati aku untuk mengisahkan tentangnya.. sudah 4 hari berlalu dan hatiku begitu senang setelah bersamanya...
Semua ini bermula selepas aku menamatkan pembelajaran di pusat asasi.. sebenarnya telah lama aku memerhatikannya, begitu lama.. sejak masih belajar lagi tapi aku pendamkan hasrat di hati kerna kutahu masanya belum tiba lagi..
Namun selepas menamatkan asasi aku selalu ternampaknya.. dimana-mana sering kuperhatikannya .. sepanjang 4 bulan cutiku ini boleh dikatakan saban hari dan waktu aku ternampak bayangannya... ohh, apakah petanda ini semua...
Dan pada minggu lepas aku menyatakan hasrat ini kepada keluarga dan mereka bersetuju..
Adakah benar keputusanku ini ??.. walaupun masih difikirkan tetapi aku teruskan niat ini juga..
Selang dua hari kemudian ayahku bertemu dengan pihak disana dan setelah segalanya dipersetujui, maka hari sabtu akan menjadi hari bermakna untuk aku..
Sabtu, 27 jun 2009.. selepas isyak.. aku telah pun memilikinya.. memang ciri-ciri yang ada telah lama menambat perasaan ku...
Inilah ciri-ciri yang aku maksudkan :
- AMD Turion X2 Dual – Core Mobile Processor RM-74
Clockspeed 2.2Ghz, 1 MB L2 cahce
- Free DOS ( tiada operating system seperti microsoft windows )
- Memory RAM 1024 MB
- hard disk drive 320 Gb Fujitsu
- 14.1” TFT WXGA high definition widescreen LCD with HP brightview technology
- ATI Radeon HD 3450 graphic with 256mb dedicated memory
- DVD +/- RW double layer with lightscribe
- Integrated webcam
- bluetooth, wireless 802.11b/g
RM 2049
Ok, kepada yang rasa tertipu sila simpan perasaan dan geram jika ada..hehehe..
Bukan maksud hendak menunjuk dengan kehadiran laptop ini tetapi ingin berkongsi kenapa aku memilih model ini yang pada aku sesuai untuk orang yang bajet RM 2000 tetapi inginkan performance best terutama gamerz-gamerz..
Ciri 1 :
Penggunaan Processor Advance Micro Devices ( AMD ) Dual core.. dual core bermaksud ada dua path untuk memproses data.. secara detail aku dah lupa istilahnya sebab benda ni aku belajar masa subjek Computer 1 dulu.. dual core lebih baik dari solo core diikuti ciri-ciri lain seperti clockspeed 2.2Ghz yang mana data dapat diproses sebanyak itu dalam sesaat.. jika tak salah r.. 1Mb L2 cahce.. saiz cahce penting jika memory processor dan RAM telah digunakan sepenuhnya, memory cahce akan mengambil alih untuk seketika.. jadi saiz cahce dan clockspeed yang besar semestinya lebih baik tapi tengok r harga dia camane.. mesti lagi mantap harga.. orang kata guna AMD cepat panas tapi teknologi baru ni kurang sket.. dulu memang AMD guna tenaga begitu tinggi..
Ciri 2 :
ATI Radeon HD 3450 256 mb dedicated memory..
Ok, kebiasaannya AMD processor akan dipasangkan dengan NVDIA Graphic tapi model baru era kini yang aku usha-usha dah menjodohkan AMD dengan ATI graphic... tetapi kene tengok gak ATI jenis apa..
Perhatikan dedicated memory bermakna memory graphic card tidak dikongsi dengan RAM... aku pakai 1Gb RAM jadi RAM aku tetap 1Gb berbanding kalauguna ATI share memory RAM korang akan jadi 744Mb sebab graphic card dah ngecek ( ambil ) sikit..
Buat pilihan tepat !!..
Ciri 3 :
1Gb ram maximun upgrade to 4Gb.. RAM juga memainkan peranan dalam ciri-ciri idaman aku kerana kalau ram kecik tak mantap.. lembab sikit la kan...aku bercadang nak tambah RAM tapi tunggu waranty dah habis la sebab tambah sekarang waranty hilang..
Fikir untuk jangkamasa panjang !!
Ciri 4 :
320 Gb hard disk.. ada orang kata hard disk sikit pun ok sebab boleh beli external hard disk.. tapi amik beso pun tak salah kalau harga mantap.. jangan pelik kalau anda dapat saiz tak sampai 320Gb sebab bila buat partition akan amik sikit saiz tu..
Aku buat 3 partiton sebab:
1. partition C untuk system dan software yang penting sahaja seperti antivirus dan
System utilities computer.. jangan install banyak-banyak dalam partition system kerana boleh lembab komputer..
2. partition D untuk software media player, games dan sebagainya..
3. partition E untuk backup dan juga fail lain..
Ok, ciri lain mungkin dah biasa ada pada kebanyakan laptop.. sekarang beralih pada software yang aku gunakan untuk menjaga “ permaisuri hatiku “.. hahahahahaha...
Aku memilih operating system WINDOWS VISTA ULTIMATE.. memandangkan kepada konfigurasi processor dan graphic card yang tinggi dan aku dah survey kat expert-expert diorang suggest pakai vista.. tak lembab pun, still ok.. tapi pirate r.. hehehe.. ingatan untuk semua, nak pakai vista kene paling kurang RAM 2Gb untuk best performance tetapi 1Gb pun boleh lagi..
AVIRA ANTIVIRUS menjadi pilihan aku..
mula-mula nak pakai KASPERSKY tapi orang kedai tu takde crack dia.. AVIRA pun ok sebenarnya, tak berat sangat lagipun agak mantap juga.. Cuma kene sentiasa update.. apa-apapun antivirus pastikan ia up-to-date.. ingat fesyen je ke nak up-to-date..
Tune Up Utilities 2009.. software yang memang bagus untuk semua.. ada disk defrag, clean up unnecessary files, dan macam-macam lagi.. lepas install banyak software, buat disk defragment sebab fail kat hard disk perlu disusun kembali untuk kelancaran system..
Ccleaner.. software ini akan buang fail-fail atau cahce yang tidak berguna.. ia juga akan betulkan registry komputer kita..
Dan kalau dapat anda install anti malware seperti MALWAREBYTES.. virus dan spyware dua parasit yang berbeza.. untuk mendapatkan software-sofrware ini korang tengok kat bahagian web muatturun kat kanan blog aku.. cari la download.com , softpedia atau filehippo.. kat sana search je software ape nak, pastu download.. nak crack tanya aku, mane ada aku kongsi..
Setakat ini dulu la kot... kepada yang nak beli laptop, tengok bajet anda dan survey di merata-rata kedai.. fikir dulu anda seorang gamerz atau skema..huhuhu.. kalau jenis buat kerja jer amik intel processor sebab intel wat men game gambar tak cantik walaupun Core 2 Duo + NVDIA ( pemerhatian dari laptop member aku ).. tapi power save bila guna intel.. tengok pada RAM dan graphic card jika ada.. aku tak tahu sangat tentang graphic card ni, survey kat website la yerrr...
Jaga laptop anda sebaik mungkin, susun fail jika selalu digunakan, update antivirus dan kurangkan startup untuk elak komputer boot telalu banyak applications.. kalau jenis yang harta berlambak tak per la tak nak jaga pun, rosak beli baru.. huhuhu..
Kalau ada info yang salah harap diperbetulkan... mane tau kot-kot ada otai komputer baca ke kan..
Dan kalau ada yang rase tertipu bila anda klik baca sepenuhnya... pada muka korang.. hahahahahaha.. ( gurauan semata-mata ) =)
See u again ..
1605
30 jun 2009
Rumahku...
25 June 2009
FORMAT KOMPUTER ANDA : tak payah hantar kedai laa…
Tengok tajuk diatas, ada kisah disebaliknya kenapa aku nak post tentang cara-cara format komputer nie. Dulu saudara reff fizan pernah mintak aku post tajuk nie tapi aku bagi dia gune email je.. hehe.. kali ni aku akan kongsi tentang cara- cara nya ..
Hmm, kisah disebalik pengeluaran artikel ini ialah.. aku baru lepas format komputer lagi .. padahal tak sampai sebulan hantar kedai, OS ( operating system ) aku wat hal.. pirate bese r.. nak complete g beli original la … tapi aku pengamal barang-barang pirate nie ( software ) .. hehe..
Aku dah lama detect komputer aku cam ada prob sebab terdapat makhluk-makhluk yang tak sepatutnya wujud tetapi wujud secara hidden.. huhuhu.. contoh RUNDLL.EXE dan EXPLORER.EXE yang wujud dalam pendrive aku..
Bila aku scan kat cc hasilnya makhluk bernama W32/Virut.gen .. apa kelebihan dia ??.. merosakkan fail aku.. hampeh tol .. patut la aku tak leh nak install avira antivirus dengan k-lite codec pack.. kasihan aku mase tu ..
Berbekalkan RM 5 , aku membeli windows XP service pack 3.. buat sendiri jimat RM 35 .. dan install avira antivirus .. lepas tu aku scan external hard disk aku dan hasilnya :
Patut la game dota, need for speed carbon aku rosak..
So, disebalik kisah pendek itu, di sini aku khabarkan cara untuk format komputer ..
Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di sini.
Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:
(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)
1. Hidupkan komputer anda.
2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS.
3. Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.
4.Pilih Boot Sequence.
5.Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.
6.Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.
1. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.
2. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”. Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas Hard Disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke langkah 3.
3. “Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.
4.“Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.
5.Sekiranya Hard Disk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.
6.Sekiranya Hard Disk anda masih baru, dan masih belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8. Jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
* kalau hard disk korang diserng virus, delete balik semua partition yang ada dengan tekan butang D. Kemudian buat balik partition baru dan tentukan saiz yang korang nak sebab takut-takut virus tu dah masuk ke semua partition.
7.Buat satu partition dengan menekan butang C.
8.Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.
9.Pilih partition C: untuk install Windows XP.
10.Tekan butang C untuk setuju.
11.Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.
12.Tekan butang F untuk format Hard Disk.
13.Setup akan mula format Hard Disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.
* proses format bergantung kepada spesifikasi komputer, kalau mantap cepat la proses format.
1.Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.
2.Masukkan nama anda dan klik butang Next.
3.Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.
4.Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.
( tidak digalakkan )
5.Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.
6.Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.
7.Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.
8.Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.
1.Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.
2.“Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.
3.Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Kalau pakai windows pirate dan rajin menggunakan internet, jangan ngade-ngade nak turn on automatic updates, sekali microsoft detect korang penipu habis dia hack system korang kasi mati .. hehehe... tak jujur untuk ni tak per.. huhuhu..
4.Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Next.
5.Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next. Kalau pakai pirate software la…
6.Masukkan nama anda dan tekan butang Next.
7.Klik pada butang Finish.
8.Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.
Kemudian install la software-software lain yang penting.. jadi anda tak perlu buang duit paling murah pun RM 20 untuk format sebab boleh buat sendiri.
Arahan tak susah pun..
Pertama kali aku buat ni pakai dua laptop, satu nak format satu lagi nak baca manual.. hehehe..
Perempuan kebiasaannya rajin format laptop kat kedai.. sebab mase pc fair kat u dulu perempuan yang ramai kat tempat format komputer.. huhuhu..
Kepada sesiapa yang nak kan versi yang siap gambar sila tinggalkan email anda. Nanti aku send melalui email . Aku malas nak upload gambarnye, banyak sangat la …
Selamat mencuba .. (",)
04 April 2009
++ Virus PC !! .. Kenali Petanda-petanda Awal ++
* PC menjadi hang selepas dibuka, dan kerap plak berlaku.
* Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
* Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
* Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walaupun sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
* Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
* Ada program yang tidak pernah diinstall sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
* Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
* Kita tidak boleh menginstall sebarang program atau aplikasi baru.
* Windows seringkali reboot ketika digunakan dan proses reboot berlaku berulangkali.
* Utiliti cakera seperti scandisk melaporkan banyak error pada cakera selepas melakukan imbasan cakera.
* Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
* Drive partition bagi cakera keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
* Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua extension.
* Perisian antivirus hilang tiba-tiba atau tidak aktif secara tiba-tiba.
* Perisian Antivirus tidak boleh di install atau dibuang.
* Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
* Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
* Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
* Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun kita tidak pernah menginstall sebarang perisian sebelum ini.
* Muzik atau video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
* Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
* Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
* Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.
So, kalau dah ada tanda-tanda begitu, update antivirus anda dan scan keseluruhan komputer..
kalau dah kritikal sangat.. Format jerr... tak susah pun format komputer...
++ END ++
17 March 2009
++ Pilihan Anti-Virus ++
KASPERSKY
turut mencipta nama sebagai antivirus yang mantap sejak kebelakangan ni...namun, jika anda pernah install dan menggunakan Kaspersky ni, anda akan menyedari, bahawasanya antivirus ni akan memberatkan komputer anda sedikit sebanyak...untuk pengguna komputer terbaru spt Core 2 Duo dan sebagainya, tak terasa sgt kesannya, tetapi kalau sebaliknya komputer lama, Pentium 4 dan sebagainya maka akan nampak kesan pada sistem anda
Bukan sahaja komputer anda menjadi berat dan perlahan, malah anda sebagai pengguna mungkin akan merasakan Kaspersky menguji tahap kesabaran anda apabila ia asyik bertanya kepada anda tindakan yang wajar diambil setiap kali sebarang ancaman dikesan
Lebih daripada tu, beberapa operasi tertentu dalam komputer akan menjadi amat perlahan, sebagai contoh, kalau anda copy beberapa fail bersaiz 750MB dengan perlindungan Kaspersky, masa yang diambil untuk proses copy siap adalah selama 2 jam...sebaliknya apabila perlindungan kaspersky dimatikan, maka proses copy akan tamat dalam masa 15-25 minit sahaja!!!
Pilihan di tangan anda
AVG
antara antivirus percuma yang amat diminati ramai. Namun, antivirus ni tidaklah secekap yang disangka apabila ia tidak menawarkan perlindungan sepenuhnya...
Jika diuji AVG versi professional pula, anda akan mendapati perlindungan ditawarkan lebih bermutu, namun anda juga akan perasan terdapat lonjakan penggunaan page file. Kalau dalam keadaan normal, page file dalam komputer anda bersaiz 378MB, apabila anda scan menggunakan perisian AVG Pro, maka saiz page file tadi akan menjadi 1.5 GB !!!!
Ini secara tak langsung akan menyebabkan komputer menjadi perlahan. Pilihan masih di tangan anda
Norton...
Cite pasal Norton ni...rasenye sume orang pn dh tau...maklum la die versi pengguna rumah, jadi perlindungan yang disediakan tak lah power sgt...tambah tensen lagi, norton ni slalunye resource hungry, iaitu suke gune cpu/ram banyak...nk jadikan lagi teruk, suke sgt kluar soalan2 kt tepi tu, wat lembab komputer jer...rasenye sume orang pn dah tau yang norton bukanlah antara antivirus yang terbaik walaupun die antara antivirus top ranking...nape erk die top ranking walaupun die tak mantap mane, musykil2...
BitDefender...
merupakan antivirus yang sedang menaik namenye kebelakangan ni...sebab produk terbarunya dibuat dengan cukup teliti sehingga mampu mengancam kalbu sesiapa sahaja...
Versi terbaru pada masa ni, BitDefender Internet Security 2008 (versi 11), merupakan antara antivirus top ranking selain Nod32...bukan sahaja BitDefender ni menawarkan perlindungan yang mantap, malah ianya tidak menggunakan resource sistem kite seperti RAM, CPU dengan lahapnye...jadi komputer pn tak berat, sistem pn selamat...mmg mantap
cume, kelemahannya la...anda perlu beli versi original la, sebab sistem BitDefender menggunakan engin yang sukar untuk dicrack atau dipatch...semenjak daripada versi 8,9 sehingga versi terbaru 11, tiada sebarang crack atau patch yang dikeluarkan nampaknya...
Avira...
Avira ek...sebuah antivirus yang melonjak namanye tibe2 pada tahun ni...namun secepat namenya naik, sebegitu cepat pula namanye menurun...tak tau la naper...
namun dari segi perlindungan avira ni...nampaknya mmg mantap...hampir setiap jam ade update automatik utk avira ni, sama seperti Trand Micro PC Cillin versi terbaru...dgn kata lain, databasenye sangat la aktif...kemungkinan ia tidak mengesan virus terbaru amatlah tipis...
selain itu, avira juge merupakan antara antivirus pertama yang support vista...namun pada ari ni, dh banyak juge antivirus lain yang support vista, sebagai contoh bitdefender internet security dan symantec client security 10.0.38...
kelebihan khusus avira, ialah ia bukan sahaja kecil (tak memakan ruang yang banyak) malah ia juge tidak memakan keperluan sistem yang tinggi (seperti ram atau aktiviti disk)
Symantec Client Security
Merupakan antara antivirus termantap di pasaran...ianya menyediakan perlindungan yang amat meluas kepada anda, baik dari segi serangan virus, worm, trojan mahupun sebarang ancaman online lain seperti hackers dan intrusion...
Symantec client security ni selalunye disalah anggap sebagai Norton oleh kebanyakkan orang...namun, sebenarnye produk ini adalah jauh berbeza daripada norton...di kala norton disediakan khas untuk pengguna rumah, symantec client security dikeluarkan khas untuk syarikat yang menyediakan sistem network yang besar...dengan kate lain, perlindungan produk ini adalah amat mantap kerana ditujukan khusus untuk pihak korporat yang besar-besaran...
kelebihan produk ini ialah kemampuannya mengesan ancaman walaupun ia tidak diupdate dengan kerap...ini kerana ia mempunyai enjin scan yang mempunyai ciri2 heuristic, yang mana membolehkannya mengesan ancaman berdasarkan ciri dan pattern sesebuah fail itu sendiri...
namun bukanlah bermakna anda tak perlu update langsung antivirus ni...anda masih perlu update antivirus ni sekurang2nya sekali sebulan bagi memastikan ia dalam keadaan lebih selamat...
kelemahan produk ni? ia akan menyebabkan komputer anda start up dengan sangat perlahan...anda mungkin perlu membiarkan komputer anda tanpa mengusik ape2 sekurang2nya selama 15minit bagi membolehkan perisian ini scan komputer anda terlebih dahulu...selepas itu, ia tidak akan menggunakan sistem anda sama sekali (ia akan masuk silent mode - tidak mengganggu atau mengguna cpu/ram dengan kadar minima)
NOD32
Jika anda tidak ingin menggunakan Symantec Client Security kerana ragu2 prestasinya, dan jika anda mencari sebuah antivirus yang cukup mantap sehingga dapat detect hampir kesemua virus tanpa menggunakan cpu dan ram pada kadar yang paling minimum, maka antivirus yang paling sesuai untuk anda adalah NOD32...
Bukan sahaja Nod32 ni mantap, malah prestasinya melangkaui kemampuan Symantec Client Security...ini menunjukkan ia adalah antara antivirus terbaik yang anda boleh install...
Ia juga mempunyai enjin yang sangat efisien, di mana kadar cpu ketika scan virus adalah kurang dari 5% (yang mane biasanya antivirus lain memakan sehingga 20%)...kadar penggunaan ni mungkin berbeza dalam komputer anda, bergantung kepada spesifikasi komputer anda...
++ END ++
p/s : copy paste dari group friendster : hanya pasal komputer
saya dah cuba NOD32.. memg mantap cume update kene gune internet,ada crack tpi lupe websitenyer.. kaspersky pun dah try, mantap cume kne turn off startup scan untuk lebh laju pc.. bit defender??..memg payah cari crack dia.. AVG free baik jangan pakai.. benda free kan.. tapi yang pro pun x brape sgt..tp ok la..