04 October 2010

Maher Zain LIVE, Jelajah Malaysia - kampus UIAM Gombak



Salam.

Sebentar tadi kat berita TV9 ada disiarkan tentang Maher Zain yang telah pun tiba di Malaysia untuk tour albumnya. Konsert di Malaysia akan diadakan di Stadium MBSA, Shah Alam pada 14 dan 15 Oktober 2010.

Sebelum konsert itu berlangsung, hasil kerjasama CONVEST'10 UIAM dan MBSA, Maher Zain akan mengisi slot program Palestin Night : Tomorrow Will Be Free.


Terlibat sebagai sub-committee program coordinator central CONVEST'10 ni membuatkan aku tahu sedikit sebanyak perjalanan semua program sepanjang CONVEST'10. Untuk show nasyid malam tu, aku tak ditugaskan ke situ sebab aku ditugaskan ke program 9 - 10 Oktober nanti, program Intervarsity Futsal Tournament. Jadi tak tahu secara details la tentang perjalanan program.

Secara kasarnya, program yang bakal diadakan pada 6 Oktober 2010 nanti mengetengahkan konsep muzikal teater dan konsert nasyid. Menarik sebenarnya. Para penonton dapat melihat persembahan teater berkenaan dengan palestin dan diselangi nyanyian dari artis-artis nasyid terkemuka seperti Shoutul Harakah, In Team, Muadz & Shinji, Kashfy serta Al- Amin.



Di akhir slot itu, Maher Zain dijangka membuat sedikit persembahan sebelum majlis penutup. Kalau nak jumpa dia pun boleh gak, petang tu ada sesi bertemu peminat, kat mana tu aku tak tahu sebab petang tu aku ada kelas sampai pukul 6 petang, jadi tak amik kisah sangat la tentang ni, walaupun nak pergi sebenarnya.. hehe



Semoga objektif program ini tercapai, untuk meningkatkan kesedaran kita terhadap bumi Palestin, membantu mereka selagi termampu supaya isu ini tidak hanya menjadi isu yang 'hangat-hangat tahi ayam'.

Untuk committee-committee Palestin Night : Tomorrow Will Be Free, semoga program kalian berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif. Sorang member aku yang juga rakan sekelas, Mohd. Suhail Zulkifli terlibat dalam program tu dan nampak begitu sibuk akhir-akhir ni. All da best !!

nantikan 6 Oktober 2010, Pusat Aktiviti Kebudayaan, UIAM =)

*nota kecik : ini kali pertama terlepas show nasyid kat uiam, show gempak plak tu, keadaan tak mengizinkan... lagu Maher Zain aku minat sebab iramanya tak skema, pop sikit..

* UPDATE jam 10 47 malam, aku dapat tiket ke konsert tu ! yeay !.. Terima kasih Suhail ..

2212
4 Oktober 2010
Cafe AMMF Any


9 comments:

Kalamhati said...

rindunya nak tgk konsert nasyid kt cac..time kt uia dulu akak mmg tak penah miss

izwanyusof said...

to Kalamhati :
tak book tiket ke ?.. kami kat dalam ni pun sampai ada yang waiting list..hehe..

akak kos pe dulu ?

dorayaki said...

tiket dah habis la..

izwanyusof said...

to dorayaki :
ehh, ada lagi.. 500 lagi..

NURILHAM said...

waa cane korang jemput maher zain dtg uia?byk tak kena bayar kat dia??kami di UTP ni pun nk gak jemput maher zain...haha

izwanyusof said...

to Nurilham :
ni secara ad hoc kebetulan dapat dia..dia kan ada showcase kat MBSA 14-15 Oktober.. kitorang pnjam jap r.. RM 7K.. aku tak tau actual ke tak coz aku tak in charge program ni..dapat r 2 lagu..

Anonymous said...

wah..bestnya maher zain

NURILHAM said...

mak aihhh RM7k...2 lagu jer??
takpe2 rezeki dia..mai jauh2..

izwanyusof said...

to Salehudin Jaafar : agak best gak r.. hehe..

to Nurilham : itu kira murah..patutnyer satu lagu je... tech prob yg dpt 2 lagu tu..