08 September 2010

Salam Aidilfitri 1431H

... untuk kenalan di UIAM ...

Salam..
Baru saja aku selesai menyiapkan e-card aidilfitri untuk diletakkan dalam laman facebook.. Habis tag rakan-rakan, aku terfikir akan sesuatu...


Penggunaan kad raya digital seperti ini seolah-olah menghilangkan suasana dan seri Aidilfitri pada waktu dulu-dulu. Dahulu, kad raya dikirim melalui pos, posmen tu boleh kata kena kerja overtime bila hari raya aidilfitri bakal menjelang. Setem-setem akan meningkat penjualannya bila hampir waktu Syawal. Kalau posmen sampai kat rumah hantar kad raya, seronok sungguh ! Satu benda yang boleh dilihat depan mata, diamati dan dihayati kata-kata di dalamnya. Masa raya penuh rumah kita gantungkan semua kad yang kita dapat kan ?

Kini, teknologi semakin maju dan ramai daripada kita memilih untuk menghantar email atau tag rakan-rakan dengan kad raya maya kita di mana-mana laman sosial. Cara itu kelihatan lebih menjimatkan masa, ringkas, tidak perlu beratur panjang membeli setem, menulis kata-kata maaf dalam kad raya. Cepat dan Mudah. Tetapi suasananya pasti berbeza jika kita mendapat kad raya dari posmen.

Namun itu bukanlah isu utama. Yang utama nilai kemaafan bila tiba syawal nanti. Bukan bermakna bila tiba aidilfitri sahaja baru minta maaf, setiap masa perlu cuma suasana aidilfitri ini berbeza. Suasana pagi syawal, takbir raya, keriuhan saudara-mara itu semua budaya dan adat masyarakat kita. Masyarakat melayu di bumi Malaysia. Itu semua membuatkan kita lebih dekat dengan diri kita yang sebenar. Tetapi ucapan " maaf zahir batin " itu harapnya bukanlah hanya cakap kosong kerana ia sudah menjadi adat. Orang sebut kita pun sebut. Tidak ! Biarlah ucapan itu dari hati yang ikhlas sebenar-benar ikhlas.

Akhir kata, Salam Aidilfitri 1431H buat semua kenalan-kenalan aku di simpang renggam, kenalan di UIAM serta kenalan-kenalan blog. Yang kenal aku dengan dekat, aku ni agak pelik-pelik sikit kah?.. hehe .. Hmm, mungkin tahun depan aku nak cuba bagi kad raya pakai setem, kena ambil alamat siap-siap la camni.. Hahaha..


... untuk kenalan di desa ...


*nota kecik :
- maaf, syawal kali ini berbeza mungkin.
- menyambut syawal ketika kanak-kanak dahulu sungguh meriah.
- tidak pernah menghadapi masalah balik kampung sebab dua-dua kampung aku berada dalam jarak 1 - 2 KM dari rumah aku.

1725
8 September 2010
di ...

9 comments:

dorayaki said...

tak kisah sangat pasal e-card..
sb selalu buat e-card
tp still lg prefer yang ori punyer yang tampal2 setem tu..

tahun nie pecah rekod..tak hntr kad raya kat kwn2 n family..

sebab tak sedar dengan masa yang berlalu...

haish bertapa sibuknyer dengan kuliyah..

p/s:tahun depan bg kad raya kt kite..nk yg da setem bukan yang 'lukisan maya'.. ^_^~

izwanyusof said...

to dorayaki :
owh..rajin r slame ni hantar manual ek..
bese r..kaedian yg sibuk..

sy tak sedar langsung pose nak habes,tiap2 minggu weekend ada program..

nak kad betul2,meh alamat.. dapat lukisan maya kire beruntung dah..haha

dorayaki said...

sibuk bebenor nmpk..
budak enginian kan....

dasyat smpai xsedar pose nk abih dah..hish2..

bulan pose tahun depan sy bg alamat..
hah catat dlm journal tu...
dorayaki tempah satu kad raya yg da setem..

lukisan maya xmo..xda nostalgia gitu..

izwanyusof said...

to dorayaki :
bukan sibuk ngan engin sangat, sibuk ngan benda lain gak..
mane leh dia sorang je,nak gak kad yer.. paling kreatif.. kata kaed.. haha

ceh,nostalgia2 plak.. alahai.. haha

dorayaki said...

ek elleh..sebut kaed..kreatif la yerk.. *_*'
erk..nak jugak...kad raya budak nie..

ye la nostalgia..menambahkan koleksi-koleksi kad raya simpanan..jadi lah nostalgia..

lain la klu "lukisan maya" kan..selalu kena makan virus....

yang orinyer..leh simpan,letak dalam kotak..nt time nak kemas2 kan..terbaca..teringat balik..

hah nie la member aku yang pelik tu yang hantar kad raya nie..

kenangan tiada bayaran tau..

izwanyusof said...

to dorakayi :

lukisan maya leh je jadi nostalgia..g r print satu, then laminate.. kekal ke akhir hayat..

"hah nie la member aku yang pelik tu yang hantar kad raya nie.."

pelik ?.. me?.. =="

dorayaki said...

ceh kedekut..org lain plak kena print+laminate??

pelik??
mungkin..

izwanyusof said...

to dorayaki :
bukan kedekut.. jimat..
mungkin?.. yela tu..

rahmah said...

salam..slmt hari raya,maaf zahir batin juga izwan..