Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

21 November 2010

Filem 2 ALAM. Aku Tak Tengok Tapi Nak Komen.


Jantung Rakyat Malaysia Bakal Terhenti !


Polis dan Tentera sudah bersiap sedia !

Ehem, saje je tu. Kalau korang ada baca kat akhbar Kosmo tentu faham ayat yang aku tulis kat atas tu. Fenomena 2 Alam ni yang semua orang tahu mencetuskan kontroversi, sepatutnya ditayangkan pertengahan tahun ni tapi akhirnya selamat ditayangkan bersama-sama dengan filem Harry Potter kelmarin.

Pada aku, aku memandang hal ni dari 2 aspek yang berbeza.

13 November 2010

Peningkatan Keputusan UPSR 2010, Berdaya Saing Itu Perlu !

...5A !...

Akhirnya debaran 482,334 orang bekas pelajar darjah 6 seluruh Malaysia telah berakhir. Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan tahniah kepada 48,327 pelajar yang baru saja mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Menengah Rendah ( UPSR ) tahun ini.

Bila dengar tentang keputusan peperiksaan UPSR 2010 malam tadi kat TV3, aku terkejut dengan peningkatan yang agak ketara. Jadi, hari ini aku beli 2 buah akhbar bagi melihat statistik peningkatan keputusan tersebut. Harian Metro dan New Straits Times aku beli sekaligus. Nasib baik duit tak banyak bawak, kalau tidak mau semua jenis akhbar aku sapu. Haha..

Jom review kat statistik yang dicatat oleh adik-adik kita ni..

09 November 2010

Susulan Banjir Di Utara Semenanjung, ABIM Lancar Tabung Bantuan


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah melancarkan misi kemanusiaan membantu penduduk-penduduk Kedah, Perlis, Kelantan serta Terengganu, yang terlibat dalam musibah banjir besar yang melanda negeri-negeri terbabit. Misi kemanusiaan ini akan digerakkan menerusi Skuad Prihatin, akan mengagihkan barang keperluan asas seperti air mineral, set kebersihan diri, selimut, tikar serta barang-barang keperluan asas serta penjagaan bayi.

03 November 2010

Hillary Clinton singgah ke UIAM.


Sedang aku belek-belek helaian facebook home aku, ternampak status dari seorang rakan.

“ish... hillary clinton dtg uia ke kelmarin????”

Memang aku ada dengar berita kedatangan Hillary Clinton, Setiausaha Amerika Syarikat ke Malaysia untuk lawatan kerja tapi yang peliknya ada ke dia singgah kat uia gombak? Kalau ada dia datang, mesti dah penuh polis dengan guard macam masa Maher Zain datang uia bulan lepas.