Tahun ni bilik aku kat tingkat 4. Paling atas. Mula-mula aku masuk bilik tu, sungguh bersepah dan berbau busuk !.. Ditambah plak ada squatter ( penghuni tidak berdaftar ) buat port kat bilik aku tu. Katil aku pun diorang buat port gak, aku memang panas hati betul bila masuk bilik hari tu.
Haa, aku pun bekerja keras untuk membersihkan komparment sendiri macam gambar kat bawah ni. Nak tahu apa aku jumpa kat kompartment aku tu ? Mengerikan !!.. Jom baca..
... sebelum makeover ...
... selepas makeover ...
Sebelum tu, dalam satu bilik ni ada 4 orang boleh duduk dan setiap orang dapat satu kompartment. Kira lebih privasi la ada tempat sendiri. Masa aku masuk bilik memang pening kepala sungguh. Nak muntah pun ada. Busuk yang amat. Memang tak boleh jadi la macam ni, aku pinjam motor kawan terus ke Giant Batu Caves cari mop sebijik. Memang hari tu dalam sejarah la aku beli mop. Nak pinjam budak laki? Cari satu hostel pun belum tentu jumpa, nak pinjam member perempuan dulu pernah sekali tapi hari tu mop dia dah patah plak. Nak tak nak terpaksa la beli sendiri.
Selesai dengan kelengkapan, aku keluarkan satu persatu barang-barang ‘orang’ tu kat kompartment aku. Macam-macam aku jumpa, pisau, mesin tebuk dinding, lilin, pita ukur, paku, tukul besi dan lain-lain. Memang tak tercapai akalku ini apa yang dibuat dengan barang-barang macam tu. Aku asingkan semua barang sambil menutup hidung. Aku tutup hidung sebab bau baju yang dilonggok kat tepi katil tu, terlampau busuk. Aku memang cerewet dengan bau busuk ni. Arghh !
... gerudi ? ...
... pisau ?!! ...
Okey, dah setel semua aku mulakan dengan menyapu lantai dengan
Siap dengan menyapu lantai, seterusnya tuala good morning yang baru beli kat kiosk digunakan untuk bersihkan kipas, loker, rak buku, katil, meja belajar dan kerusi. Habis semua aku lap. Masa nak lap kipas la paling seksa. Habuk setebal... tak payah cakap la tebal mana, bayang je kalau bertahun-tahun kipas tak lap jadi camane. Bersungguh aku lap masa tu. Dah habis lap habuk, sapu balik lantai, proses terakhir mop lantai. Sental segala kekotoran dengan Dynamo ( pencuci baju aku buat cuci lantai ). Selesai semua tu ada lah dalam sejam lebih. Siap semua tu aku mulakan proses hiasan dalaman. Tak de lah gempak macam kat tv tu, aku pasang tikar getah, langsir, jam dan alas kaki je. Boleh la kan, tempat orang bujang kisah apa asalkan sedap mata sendiri memandang cukup la. Dan ini hasil selepas siap semua proses mengemas hingga lah menghias. Percaya atau tidak ?.. hehehe.. Lepas tu bukak kipas sampai 5, tido.. ZzzzZZzZz...
... baru best ...
Tapi hakikatnya memang itu lah aku. Cuma kalau bilik aku tu serabut, baju tak berlipat, buku atas meja bersepah tandanya minggu tu aku banyak meeting, assignment dan quiz. Serabutnya bilik aku menggambarkan otak aku yang serabut masa tu. Agak-agak aku duduk termenung bosan tengok bilik yang bersepah, maka jadilah aku seperti step pertama kat atas tadi. Amik mop dan baldi dan lepas tu habis semua benda aku nak lap. Ni nasib baik mengecat tak boleh ni, kalau tidak aku make over lagi ni..
Sebenarnya, itu fitrah semua orang suka benda bersih dan cantik. Ingat cari awek je ke nak cantik, dah bilik takkan tak nak cantik. Hehe.. Tapi memang biasa lah lelaki tak rajin mengemas macam perempuan. Perempuan ni hari-hari menyapu bilik. Lelaki ni maggi cup pun ada bawah katil even sampai satu semester. Masa aku ada program cleanliness campaign hostel dulu macam-macam aku jumpa bilik lelaki ni. Yang bersih memang bersih sungguh, kalah kompartment aku tu, serius !.. Yang kotor memang.... haa,macam tu lah..
Jadi kalau rasa balik bilik lepas habis kelas tu tak nak rasa penat, otak serabut rajin-rajin lah mengemas bilik. Kalau lah kelas pagi sampai petang, balik bilik je tunggang langgang bertambah penat rasanya. Penat dengan kelas satu hal, penat mata memandang dua hal. Oleh itu, jadilah seorang yang.. pembersih ! Yeah !
*nota kecik : tak paham dengan sesetengah orang yang boleh hidup dengan bilik yang kotor.
6 comments:
Lain mcm lak ek.. biasanya yg keluar la lena kena kemas.. so kita yg masuk xde la susah payah sgt.. lepas tu mesti blik dah berseri2 kan2.. :)
yg duduk sblm ni tak berdaftar..student luar negara..culture diorang ngan kita lain..
1) blik ak menang program tue...
2) porener sayang ko
3) ko rase ko kurus ko ensem ea?
hehe nnti ak gtaw org len..
eceh ko..next year wt lagi cleanliness competition tgk leh kekalkan kejuaraaan atau tak.. hahaha
mane aci..ko amek gamba sblum make over kat len..slpas make over kat len..huhu..
to Intan Azu : alah ko ni..macam la kompartment bilik ni beso sgt.. cam tak paham2 je.. kita same la tu tempat sblm n selepas...sipi2 je.. hahaha
Post a Comment