13 November 2010

Peningkatan Keputusan UPSR 2010, Berdaya Saing Itu Perlu !

...5A !...

Akhirnya debaran 482,334 orang bekas pelajar darjah 6 seluruh Malaysia telah berakhir. Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan tahniah kepada 48,327 pelajar yang baru saja mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Menengah Rendah ( UPSR ) tahun ini.

Bila dengar tentang keputusan peperiksaan UPSR 2010 malam tadi kat TV3, aku terkejut dengan peningkatan yang agak ketara. Jadi, hari ini aku beli 2 buah akhbar bagi melihat statistik peningkatan keputusan tersebut. Harian Metro dan New Straits Times aku beli sekaligus. Nasib baik duit tak banyak bawak, kalau tidak mau semua jenis akhbar aku sapu. Haha..

Jom review kat statistik yang dicatat oleh adik-adik kita ni..



...picture from thester.com...

Tahun ini jumlah pelajar yang mendapat 5A meningkat ke 10.02 % berbanding tahun 2009 sebanyak 9.51 %. Peningkatan pelajar yang mendapat gred terbaik ini sedikit sebanyak telah menurunkan peratusan pelajar yang dapat gred C ( 1.37 % ) serta bilangan pelajar yang gagal juga berkurang dari 3.99 % kepada 3.39 %. Nampaknya dah semakin ramai pelajar pintar di Malaysia, satu peningkatan positif di situ.

Daripada statistik kat atas tu, pecapaian cemerlang pelajar sekolah luar bandar meningkat sebanyak 0.8 % manakala pelajar sekolah bandar pencapaian meningkat ke 0.35 %. Jelas menunjukkan faktor luar bandar atau bandar bukan perkara utama kalau nak berjaya. Tak perlu anggap duduk di luar bandar tak boleh berjaya, persepsi itu kan dah terbukti salah. Nak berjaya kat mana-mana pun boleh yang penting kemahuan. Huh, ayat lebih la aku ni. Terasa amat bangga poyo pula.. Hohoho..

Okey, sikit-sikit je la aku review statistik UPSR 2010 ni. Keputusan dah dapat, apa nak buat ye lepas ni?
Aku yakin dan amat pasti ketika ini adik-adik yang cemerlang keputusannya mesti tengah tunggu surat tawaran dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara ( MRSM ), Sek. Men. Keb. Agama ( SMKA ) juga Sekolah – Sekolah Elit seperti Sekolah Tunku Abdul Rahman ( STAR ), Sekolah Tun Fatimah ( STF ), Sekolah Sri Puteri ( SSP ) dan lain – lain. Macam aku dulu dapat gak ke satu sekolah ni ( rahsia ), tapi aku tolak sebab takut nanti homesick kat sana. Hahaha..Last-last aku pilih sekolah harian je..lagi sempoi !

Sebenarnya sekolah kat mana-mana pun serupa je. Diorang pakai Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ) yang sama, exam SPM pun dibuat pada hari yang sama nanti ( kecuali kalau banjir ). Takde beza sangat pun sekolah berasrama dengan sekolah harian sebab kalau takde semangat nak bersaing dengan member-member tak jadi gak. Jadi, kalau tak dapat tawaran tu jangan lah bersedih hati.
Life is not about boarding or daily school beb !

Memang aku tak membezakan sangat antara sekolah gempak dan sekolah biasa-biasa ni, yang lebih menarik pada aku ialah Biasiswa. Ada pendapat mengatakan pelajar sekolah ternama ni senang dapat biasiswa berbanding sekolah harian. Entah,aku rasa kalau dah korang punya result layak cuba je mohon. Cuma, kalau tengok kat statistik yang membanggakan Kementerian Pelajaran Malaysia tu, ramai dah yang tamak mampu mendapatkan 5A sekarang. Jadi kalau takde daya saing yang kuat, mana mungkin nak mohon biasiswa untuk tampung pelajaran. Sekurang-kurangnya dapat ringankan beban ibu bapa. Kalau adik-adik ni masuk U nanti, ramai dah pelajar boleh dapat Dean’s List. Masa tu nak dapat biasiswa punyalah payah,sebab zaman aku sekarang ni member 3.5++ pointer pun tak dapat biasiswa apatah lagi aku yang below that range. ( sape suruh aku banyak study tido kat kelas.. dush ! )

Asyik cerita yang cemerlang je, yang result tak gempak ni camane ?
Aish, bukan result tu tak gempak. Mungkin itu yang setimpal dengan apa yang kita usahakan. Ini yang aku selalu fikir bila dapat result exam. Apa yang aku dapat tu menunjukkan sejauh mana usaha aku, kalau banyak usaha baiklah jadinya dan sebaliknya. Tak cemerlang dalam UPSR bukan penamat segala-galanya. Itu kertas atas dunia,banyak lagi perkara kita boleh belajar. Jadi di peringkat menengah nanti teruskan usaha.
Once again, life is not about examination only !.. hehe..

Last but not least, tak lama lagi PMR nak dimansuhkan dan Math & Sains akan diajar balik dalam Bahasa Melayu ( ini lebih baik ). Bermakna lepas ni jumpa terus SPM yang akan menentukan jalan hidup bagi mereka yang bergelar pelajar. Bermula dari peringkat awal ni, cuba untuk konsisten dalam belajar. Tak dapat kejar semua,sikit-sikit pun boleh yang penting ada peningkatan. Harapan itu masih ada.

...reach the top !, picture by hlviethung[at]deviantart...

Kenapa aku rasa entri ni macam simple ( simple ke ? ), aku nak tuju kat mereka yang baru lepas amik result UPSR ke ? Aish, macam lah diorang ada blog ( tak mustahil ).. Hehe.. Apapun, berdaya saing itu perlu ada sebab dunia oh dunia.. memang kuat cabarannya..

*nota kecik : kepada diri aku , bacalah entri ini berulang kali kerana kau kehilangan sesuatu sekarang ini ~

4 comments:

Hazlin Nazri said...

salam izwan,
tidak dinafikan kemudahan semua segi bila dapat masuk boarding school. tp sistem pendidikan di malaysia terlalu exam oriented..

bayangkan satu sekolah boleh bincang soalan dan jawapan untuk subjek esoknya..
apa hal??

bila masuk u, masalah plagiat dah berleluasa.. sbb idea bukan original!!

izwanyusof said...

salam..yup,memg betul.mula2 entri ni nak sentuh sket antara boarding n daily school tapi sy hold dulu..
bnda ni sy prasan ble sy form 5,ada sorg kawan kne out dari stu skolah elit,ada kes.dia cerita time PMR diorang dh discuss soklan sbb nk jaga standard.it's not fair for student like us ( daily school ),kitorg wt latihan byk2,analyze past year to get best result.ble masuk U,member2 dari sbp kebanyakan terlalu berharap kpd sumber2 utk dpt result terbaik. exam oriented pn satu hal,ilmu tu dikecikkan skop,tak leh skor confirm tension.praktikal tak same byk dgn teori.nak kasi balance degnan exam oriented tu,student kena ada satu added value masa kat U,cari experience melalui komunikasi sosial.. nice,i like ur comment.. =)

anamizu said...

negara kita takmo tukar system...
dr dulu smpai skrg sume exam oriented..
yyg boarding school sllu ada advantage sbb dah tau soklan ape nk kuar sbb kes nk jage stndard...
yg skolah biase mcm sy ni meraba2 la nk skor...
mmg double stndard sejak azali..
hishhh~~~

izwanyusof said...

to Anamizu :
on the other side,itulah kelebihan di sekolah harian.mereka berdikari.Nak result baik,kena hardworking,tak wt camtu ketinggalan.sy dlu skolah harian gak.