31 October 2010
Piala Malaysia 2010 milik Kelantan : Mereka bangkit semula.
Semalam bagai nak roboh rasanya setiap restoran atau kedai mamak yang ada sebuah TV. Kecik ke besar ke TV tu tak kesah asalkan dapat menonton siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia 2010. Satu perlawanan yang mendebarkan, ulangan final Piala Malaysia 2009 semalam cukup meriah dengan saingan yang sengit dari kedua-dua pasukan.
Tahniah kepada pasukan bolasepak Kelantan atas kejayaan 2 – 1 menewaskan Negeri Sembilan semalam. Walaupun Negeri Sembilan membuka jaringan awal ( minit – 13 ) menerusi sepakan penalti oleh Shahurain Abu Samah, namun Kelantan bangkit pada separuh masa kedua dengan jaringan Hairuddin Omar ( minit – 57 ) dan Mohd Badhri Mohd Radzi ( minit – 65 ). Tak tahu la macamana keadaan stadium bukit jalil semalam sedangkan kat UIA ni pun dah kuat sorakan “gomo klate gomo”.
Situasi ni mengingatkan aku masa kat kelas Linear Signal & System beberapa minggu lepas. Lecturer aku ni suka sangat kasi tengok video motivasi sebelum kelas. Ada satu video tentang perlawanan akhir piala juara-juara Eropah, melibatkan Liverpool dan AC Milan. Dah lama dah match ni, masa zaman sekolah ke ape kalau tak salah. Separuh masa pertama Liverpool ketinggalan 3 – 0, satu jaringan cukup besar. Namun mereka bangkit pada separuh masa kedua dan berjaya menyamakan jaringan seterusnya memenangi perlanawan. Mereka bangkit semula, menggunakan sepenuhnya masa yang ada.
Tidak ada yang mustahil, kalah di awal tidak semestinya tersungkur di pengakhiran.
*nota kecik : Kelantan dapat cuti umum hari ahad, UIA tak nak tambah cuti ke? Postponed exam ke sehari dua, ala mood bola ape la salah.. haha
category
belia,
kehidupan kampus,
piala malaysia 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment