Showing posts with label Edit. Show all posts
Showing posts with label Edit. Show all posts

31 October 2010

Robot budak mekatronik.

... litar yang digunakan ...

Entri ini sambungan dari entri tentang robot yang aku dah ceritakan. Malas nak cerita panjang, just enjoy the pics. =)

08 September 2010

Salam Aidilfitri 1431H

... untuk kenalan di UIAM ...

Salam..
Baru saja aku selesai menyiapkan e-card aidilfitri untuk diletakkan dalam laman facebook.. Habis tag rakan-rakan, aku terfikir akan sesuatu...


Penggunaan kad raya digital seperti ini seolah-olah menghilangkan suasana dan seri Aidilfitri pada waktu dulu-dulu. Dahulu, kad raya dikirim melalui pos, posmen tu boleh kata kena kerja overtime bila hari raya aidilfitri bakal menjelang. Setem-setem akan meningkat penjualannya bila hampir waktu Syawal. Kalau posmen sampai kat rumah hantar kad raya, seronok sungguh ! Satu benda yang boleh dilihat depan mata, diamati dan dihayati kata-kata di dalamnya. Masa raya penuh rumah kita gantungkan semua kad yang kita dapat kan ?

Kini, teknologi semakin maju dan ramai daripada kita memilih untuk menghantar email atau tag rakan-rakan dengan kad raya maya kita di mana-mana laman sosial. Cara itu kelihatan lebih menjimatkan masa, ringkas, tidak perlu beratur panjang membeli setem, menulis kata-kata maaf dalam kad raya. Cepat dan Mudah. Tetapi suasananya pasti berbeza jika kita mendapat kad raya dari posmen.

Namun itu bukanlah isu utama. Yang utama nilai kemaafan bila tiba syawal nanti. Bukan bermakna bila tiba aidilfitri sahaja baru minta maaf, setiap masa perlu cuma suasana aidilfitri ini berbeza. Suasana pagi syawal, takbir raya, keriuhan saudara-mara itu semua budaya dan adat masyarakat kita. Masyarakat melayu di bumi Malaysia. Itu semua membuatkan kita lebih dekat dengan diri kita yang sebenar. Tetapi ucapan " maaf zahir batin " itu harapnya bukanlah hanya cakap kosong kerana ia sudah menjadi adat. Orang sebut kita pun sebut. Tidak ! Biarlah ucapan itu dari hati yang ikhlas sebenar-benar ikhlas.

Akhir kata, Salam Aidilfitri 1431H buat semua kenalan-kenalan aku di simpang renggam, kenalan di UIAM serta kenalan-kenalan blog. Yang kenal aku dengan dekat, aku ni agak pelik-pelik sikit kah?.. hehe .. Hmm, mungkin tahun depan aku nak cuba bagi kad raya pakai setem, kena ambil alamat siap-siap la camni.. Hahaha..


... untuk kenalan di desa ...


*nota kecik :
- maaf, syawal kali ini berbeza mungkin.
- menyambut syawal ketika kanak-kanak dahulu sungguh meriah.
- tidak pernah menghadapi masalah balik kampung sebab dua-dua kampung aku berada dalam jarak 1 - 2 KM dari rumah aku.

1725
8 September 2010
di ...

14 July 2010

dimana anda tengok Final World Cup 2010 ?

... front seat bebeh.. yeah !! ...


Salam.

Masih ingatkah lagi detik-detik kemenangan Sepanyol dalam Piala Dunia 2010 ?
Juga lakonan-lakonan jatuh minta sepakan percuma ( boleh menang pelakon terbaik gak pemain bola ni.. hahaha )

Cukup meriah pagi 12 Julai 2010 yang lalu. Pergi Mc D penuh, kedai mamak pun penuh sampai tak cukup kerusi meja. Malam itu tokey-tokey kedai makan senyum sampai ke telinga sebab dapat ‘durian runtuh’.

Aku ?. agak lewat juga baru aku keluar untuk menyaksikan siaran langsung Final World Cup 2010.

Waktu tu dah jam 2.00 pagi, baru member aku ajak keluar sebab cafe mahallah ( kolej kediaman ) aku tutup. Peh ! nak cari port mane kul 2 pagi baru nak keluar, confirm penuh beb.

Dengan hati yang berdebar-debar nak keluar malam ( takut kena saman walaupun ptptn baru masuk ), kami selambe merempuh pintu pagar utama. Nasib kami baik sebab guard sorang pun takde kat sane, diorang pun nak tengok world cup kot. hahaha..

Pusing-pusing sekitar Batu Caves tak jumpe kedai yang ada kosong, ada tu ada cume skrin kecik la plak. Mc D dah masuk tapi penuh. Mujur ada satu restoren kat depan stesen minyak BHP tu, ada skrin besar. Dah la sampai lambat, kitorang dapat front desk lagi tu. So, layan World Cup..



... tengok bola tak makan mane bleh, lapar sehh ...

... robben kecewa ...

Anda pula ?.. tengok bola malam tu kat mane ek ?

*nota kecik : persembahan Belanda malam itu tidak kurang hebatnya. . .

1423
14 Julai 2010
Mahallah Uthman

13 July 2010

rambutan melengkapkan segalanya

.. inilah pakli, kami telah berkawan semenjak umur 6 tahun ..

Salam.

Musim buah rasanya yang semakin rancak kian menghampiri penghujungnya. Buah-buahan seperti durian pun dah makin kurang berbuah. Aku ? Cuti semester ditamatkan dengan lambakan rambutan yang.. Agak banyak la juga.. =)


9 Julai 2010, aku dan pakli ( fadzli ) ke rumah rakan aku, Agoi nama panggilan dia. Nak dipendekkan cerita, mak ayah dia suruh kitorang datang rumah sebab nak kasi buah-buahan yang banyak. Maklumlah, rumah dia tu anak-anak semua dah besar, dah kawin, jadi takde siapa nak habiskan buah-buahan yang banyak tu. Agoi tu la sorang yang masih belajar lagi.

Jadi, cerita seterusnya sila lihat gambar la ye..

... red dragon ?.. hohoho ...

... dahan perlu dipotong supaya pokok boleh menghasilkan tunas yang baru ...





.. rambutan di dalam besen ..

... bonet van aku penuh dah dengan hasil tanah ..

Alhamdulillah, rezeki kan.. Duriannye punyalah sedap..Isi kuning emas, pejal lagi tu.. Makan memang syok abiss..
Bila tengok suasana ni, seronok seh. Baru la ada realiti kehidupan di kampung. Dah lama aku tak rasa suasana macam ni, dulu masa kecik-kecik ada lah kat kampung sendiri.

Hari itu merupakan hari akhir aku di rumah sebab esoknya aku dah bertolak pulang ke kampus, jadi pengakhiran cuti sebegini membuatkan aku berpuas hati. Lengkap sudah cuti 3 bulan aku..

*nota kecik : malam aku sampai kat kampus, pergi shopping kat Giant Batu Caves, ada orang jual durian dalam bekas polisterin yang separuh.. harga 3 bungkus RM 10.. sebungkus tu ada la 3 ulas.. aduhai, wat taik gigi je la camtu.. Oh bandaraya..

13 Julai 2010
0108
Mahallah Uthman

07 July 2010

borong durian 30 Kg !!

... satu shoot kat bandar kluang ( gambar merepek ) ...

Salam.

Haa.. Marriii rapat mari dekat cik abang, adik, kakak-kakak, makcik-makcik.. Durian Gred 101 punya,
RM 6 sekilo.. Yang ni RM 3 sekilo, yang ni RM 2 sekilo tapi kurang sikit la kualiti. Boleh cuba boleh rasa.. Durian tembaga ada , durian susu ada.. Manis-manis punya..

Eik ?.. Durian.. Aku bukan nak jual durian, cuma hari ini nenek aku telah borong durian sebanyak berapa biji ntah aku pun tak kira tapi jumlah berat semua 30 Kilogram !!

... kasut sukan baru beli sebulan ( lagi gambar merapu ) ...


Pagi tadi aku bawak mak dan nenek ke bandar kluang. Ada urusan sikit. Balik dari bandar kluang, nenek suruh berhenti mana-mana nak cari durian, jadi aku berhenti la dekat kedai kecik nyonya ni. Dekat Sungai Sayong.

... see the "kuning" !! ...

... inilah kedai nyonya tersebut ...

... 2 guni bawak naik atas lori ...

... kamera aku tak leh zoom jauh, jadi tak nampak sangat yang hakikat bahawa begitu banyak durian di atas pokok itu ...


Boleh tahan la rasanya, pilih punya pilih sampai tak sedar dah 30 Kilo semua sekali.. Yang RM 3 sekilo ada dalam 16 kilogram, RM 2 sekilo ada la dalam 14 kilogram.. Jumlah dibeli 2 guni gak la..

Nak buat pe ek durian banyak-banyak ni?.. kembung perut la aku makan bubur durian sebelum balik UIA sabtu ni. Tak pun, DEMAM.

Mari-mari ramai-ramai DEMAM durian !!.. Hahaha..

... shoot kat bandar kluang ( gambar selingan 1 ) ...

... shoot kat bandar kluang ( gambar selingan 2 ) ...

*nota kecik : baru hentam 3 biji tadi dah rasa panas-panas je kepala ni. Aiseh !!..

2247
6 Julai 2010
rumahku..

03 July 2010

Ziarah ke sekolah lama, SMK Simpang Renggam.



Salam..

Aku baru saja selesai edit gambar-gambar yang baru aku tangkap tadi, sambil nyanyi lagu Mirwana ( rakaman vokal khas untuk diri sendiri ). Hari ni sekolah aku ada buat hari koperasi. Macam biasa la hari koperasi, pelbagai aktiviti dijalankan seperti gerai-gerai, tayangan video, cabutan bertuah, flying fox, futsal, pentanque, pameran sains dan lain-lain. Hari koperasi yang paling meriah masa aku tingkatan 2 dengan tingakatan 5. Kali ni pun boleh tahan juga la meriahnya, maju dah sekolah aku tu.

Apa yang ada bila melawat sekolah lama yer ?.


... peserta sedang sibuk dengan bot mereka ...

Aku sampai je dalam jam 11 pagi terus masuk dewan dengan member aku, Hakem. Jumpa dah seorang cikgu, Puan Norazah bt. Beduroding. Masa tu kat dalam dewan ada pertandingan bot, cikgu Azah kira person-in-charge la agaknya. Kalau aku tingkatan 5 dulu, ada gak aku buat pameran robotik Lego, masa tu kitorang dalam persiapan untuk pertandingan Olimpiad Robotik Lego.

Cerita tentang cikgu Azah ni, peh !! Satu sekolah kenal dengan dia punya garang tu. Berketurunan bugis, memang agak garang. Sape kelas fizik dengan dia memang kecut perut la kalau dia marah.
Pantang bagi dia bila buku nota fizik tu ada conteng-conteng kat bahagian belakang sebab buku member aku pernah kena baling ke luar kelas sebab ada contengan tu. Fuhh.. Ada juga kelas yang kena jalan itik keliling bangunan sebab ape ntah, ada la silapnya tu.

Tapi, garang-garang dan maki dia tu buat aku sedar dari mimpi. Masa tingkatan 5 dulu aku ni tak serius belajar. Bila dapat keputusan percubaan SPM teruk, lagi 2 bulan nak SPM baru aku study fizik dengan serius, duk jumpa dia hari-hari sampai naik jemu dia tengok aku ni. “ Awak ni, berapa kali saya nak terangkan, tak paham-paham lagi ke?”, memang tak lupa ayat tu. Hahaha. Tapi ada juga la hasilnya dengan kena marah masa sekolah dulu. Moral, jangan benci cikgu garang. (^_^)

... semangat Piala Dunia 2010 ...







Macam biasa, kalau nak beli barang kena beli kupon dulu RM 5. Transaksi akan guna kupon untuk barangan yang murah. Kalau nak beli buku ke,penapis air mahupun sebuah kereta Proton tu lain cerita la. 3 kali pusing gak aku dengan Hakem, tak tau nak beli pe. Makanan yang biasa aku tengok kat pasar malam, kecuali gerai-gerai yang di buka oleh pelajar, ada la benda-benda pelik sikit. Contohnya, awek jepun ni.

Ada beberapa orang pelajar cina siap kimono segala duk pusing-pusing. Dengan bawak heller siap, jual benda apa ntah macam cenderahati.

Sempat juga jumpa cikgu Nor Hayati, cikgu yang ajar aku matematik tambahan dulu. Masih lagi berniaga benda yang sama setiap kali aku jumpa dia kat hari koperasi sekolah. Cincin, keychain, minyak wangi, rantai. Aku tak dapat nak beli apa-apa kat kedai dia sebab aku bukan reti beli cincin, rantai ke ape tu. Tapi tak pe cikgu, singgah tetap singgah punyerr.

Cikgu Nik Hasni, ajar aku subjek EST masa tingkatan 5. Suami dia, cikgu Madzian ajar aku Bahasa Melayu, tapi tak nampak plak cikgu Madzian tadi. Macam biasa tegur dan bertanya khabar. Biasa setiap tahun bila hari raya aku dengan member-member akan ke rumah dia. Raya ke 4 mesti dia dah ada kat rumah selalunya.
wan, kalau nak borak-borak panjang datang la rumah”
“ okey cikgu, raya insyaAllah saya datang. Macam biasa”
cikgu mengakhiri perbualan sebab dia nak pergi bagi markah kat kat setiap gerai,ada pertandingan gerai tercantik .



Banyak yang telah berubah di sekolah ni, bangunan semakin cantik, dah ada gymnasium, dah boleh belah katak untuk subjek biologi sebab masa aku tingkatan 5 takde belah katak ni, peralatan-peralatan subjek kemahiran pun dah banyak. 4 tahun dah aku tinggalkan sekolah, dah tak kenal dah junior-junior sekolah ( fakta : aku memang tak dikenali ramai di sekolah ).

Akhir sekali cikgu Wan Mahera. Boleh plak dia bukak gerai main sumpit. Biasa orang main dart. Ini lain pula, bayar RM 1 untuk 2 kali sumpit. Aku mula-mula segan gak, tapi cuba je la. Belon tu tak pecah tapi sumpitan aku mengena la dua-dua. Dapat hadiah yang, comel la kot untuk orang pompuan. Hahaha. Terima kasih sebab mengiktiraf kemenangan saya. Hehe..


... skill mesti kena ada ...


... sasaran yang mesti pecah !! ...


... inilah hadiahnya ...

Dia ni cikgu kaunseling, budak-budak kelas aku yang laki ada gak la kena ‘basuh’ dengan dia. Aku pun sama, tapi masa tu aku yang cari dia. Otak buntu masa awal-awal tingkatan 5. Pernah aku cerita kat entri aku yang dulu-dulu pasal ni. Kira dah lepas sekolah ni setiap tahun memang datang jumpa dia gak duk borak-borak.

Fuh, penat dan puas hati. Dapat jumpa cikgu-cikgu dengan member-member. Paling best sebab menang sumpit ni la. Hahaha. Nanti kat entri selanjutnya aku ceritakan lagi satu konsep fizik, “ projectile motion” yang aku aplikasikan semasa menyumpit tadi. Fizik itu seronok bila diaplikasikan dalam kehidupan sebab dimana-mana ada fizik. =)


... Galeri Zaa'ba. Masa tingkatan 4, kelas aku belajar kimia kat sini 3 jam sebab nak cover silibus. Tajuk susah plak tu, berasap aku belajar kimia ni ...


*nota kecik : tak jumpa ramai member la sebab dah bulan julai ni, semua dah balik kampus masing-masing. Aku dengan hakem je balik minggu depan.


Cikgu yang aku tak jumpa lagi, cikgu Rosita ( sejarah tingkatan 3, agak rancak perbualan kalau jumpa dengan dia ), Ustazah Siti Azline ( istimewa sebab dia ajar bahasa arab batch aku sejak kami tingkatan 1 sampai tingkatan 5, 5 tahun dia jaga kelas kami, nakal-nakal setiap sorang dia dah tau dah ) dan ramai lagi nak jumpa, mungkin di kesempatan lain.

1543
3 Julai 2010
rumahku...

02 July 2010

IIUM Youtube Competition



Salam.

Peluang kepada pelajar-pelajar UIAM yang berbakat dalam seni video, fotografi, suntingan video dan segala-galanya pasal video !!

Satu pertandingan yang bertemakan,”kenapa UIAM menjadi universiti pilihan” telah dibuka. Kira macam nak buat video korporat la ni. Pertandingan ini...

telah dibuka sejak April 2010 dan ditutup pada September 2010 nanti. Aku cerita pasal ni pun sebab dah nak naik sem, jadi boleh la korang jumpa cik puan yang menguruskan pertandingan ni.

Hadiahnya wang tunai berjumlah berapa ribu ntah aku pun tak ingat. Tapi kalau dah bahagi dengan 3 atau 4 orang, cukup la duit tu nak bayar yuran mahallah ( hostel ) satu semester. Hahaha..

Info lanjut boleh rujuk laman web IIUM Youtube Competition.

Kat laman Alumni UIAM tu boleh muatturun sampel video sebagai panduan. Selamat bertanding !!

*nota kecik : erkk.. sampel video tu guna sister sebagai jurucakap, kumpulan aku perlu cari sister juga je ek?..

2015
2 Julai 2010
rumahku..

22 June 2010

Result = Original + Simple Editing + Simple Idea

.. gambar yang paling aku puas hati ..

Salam..

Entri ini kesinambungan daripada entri coretan Satu Hari Itu.

Aku tidak berapa mahir dalam edit gambar, ini saja yang termampu berdasarkan ilham yang tiba-tiba datang. Sedikit perkongsian.

Komen dari mereka yang amat pakar, sederhana pakar atau pun baru nak jadi pakar dalam seni fotografi amat dialu-alukan bagi proses penambahbaikan pada masa akan datang.

klik pada gambar untuk resolusi penuh..

Yang lain dipersilakan untuk menjengah di sini. (",)

.. ilham untuk edit datang tanpa diduga ..

.. di kala senja, pantai pengkalan balak ..

.. cuti sekolah + hari sabtu + sukma ..



.. ingat nak buat kulit muka novel, sesuaikah?..hehe ..

.. juga berpuas hati ..





.. rezeki halal harus dicari ..

0059
22 Jun 2010
rumahku..

21 June 2010

Coretan : Satu Hari Itu ..

Salam..

hahhhh.. mengeluh panjang seketika,sementara menunggu proses muat turun lagu senja nan merah – Awie & Ziana Zain, baru aku teringat nak menulis di blog ini. Dari petang sampai la rancangan mentor 4 habis, aku sibuk dengan Adobe Photoshop CS 3, edit gambar-gambar yang baru aku ambil semalam. kenapa dengan Semalam ?

19hb Jun 2010..

Aku ke Melaka dengan rakan sekolah menengah dulu. Hakem, Anuar,adik aku Hafiz dengan seorang lagi kawan dia.

Kalau diikutkan perancangan aku destinasi mana nak dilawat,cukup banyak.. nak ikut rancangan aku tu,sampai kena duduk melaka lebih dari satu hari rasanya . Tapi apa yang ada hari tu pun dah memadai.

Yang menariknya, malam sebelum kami bertolak,baru aku dapat tahu adik Anuar ada DSLR Nikon D3000. Peh !, mana mungkin aku tidak teruja.. hehe.. Nak tidur malam pun siap baca manual DSLR Canon .. Canon atau Nikon ?!!

.. percubaan pertama aku ..

Esoknya, perjalanan bermula jam 8.10 pagi. Sebaik saja keluar di tol Air Keroh,kami berhenti kejap untuk cari tandas. Aku pun masa tu cuba-cuba la nak amik gambar pakai dslr ni.Target aku nak buat gambar fokus kat objek,background blur. Disebabkan aku baru pertama kali gunakan dslr, puas belek itu belek ini tak dapat-dapat. Hampir setengah jam duduk situ je,tak masuk destinasi nak dilawat lagi tu.huh!!

Aku menelefon Zareep, member kat uia dan seorang pengguna DSLR juga. Bayangkan aku hanya belajar guna dslr buat pertama kali melalui telefon, lepas tu terus shoot gambar. Jadi tak berapa cantik sangat la kualitinya, kita tengok je nanti.

Taman Mini Malaysia & Asean

Inilah destinasi pertama kami. Lokasi tempat ni tak jauh dari plaza tol Air Keroh. Bayaran masuk RM 12 bagi orang dewasa, RM 10 bagi pelajar IPT/sekolah, dan RM 6 untuk kanak-kanak.

Agak mahal la pada aku,dah macam harga KFC X Meal pun ada tapi sekali sekala apa salahnya.

Menarik di Taman Mini Malaysia ni kita dapat lihat rekaan rumah-rumah tradisional setiap negeri di Malaysia. Pada aku, nilai – nilai seni yang ada di rumah tradisional ini cukup berharga. Dari segi rekaan,susun atur bilik,ruang tamu,dapur dan sebagainya cukup unik. Di bahagian hujung taman ada tasik buatan dan jambatan gantung. Dihiasi permandangan semulajadi, cukup menenangkan fikiran. Aku memang sukakan tempat-tempat semulajadi, memang di bandar itu seronok tetapi tiada ketenangan. Hakem dan Anuar jalan-jalan biasa je,cuma aku yang agak leka shoot gambar sampai lupa dah tengahari,destinasi banyak lagi ni nak dituju !!

Kota A’ Famosa

Tidak lengkap ke Melaka kalau tak singgah di bandar Melaka. Bandar yang cukup sempit tetapi unik. Lihat saja jalanrayanya, memang tidak boleh diluaskan,sempit dan sesak. Tapi jalan yang sempit itu,punya sejarah tersendiri. Dikelilingi bangunan-bangunan kedai lama membuatkan aku berasa seperti kembali ke zaman dahulu sebelum merdeka.

Hari itu,bandar Melaka cukup sesak. Nak cari tempat parkir kereta terpaksa pusing beberapa kali. Hari sabtu,cuti sekolah ditambah pula dengan hari penutup Sukan Malaysia ( SUKMA ) memang menambahkan lagi kesesakan kota Melaka. Kami di bandar tidak lama,sekitar satu jam setengah. Mula-mula kami melawat Istana Melaka. Hanya RM 2 seorang untuk bayaran masuk. Cukup murah dari Taman Mini Malaysia tadi.


Sebelum memasuki istana, aku ternampak sekumpulan ahli kaji sejarah sedang melakukan kerja-kerja penggalian. “ Projek Penyelidikan dan Ekskavasi Arkeologi Tembok Kota Melaka “, itu yang tertera di papan tanda yang diletakkan. Ada lagi rupanya tinggalan sejarah dalam era moden sebegini, menarik kalau aku dapat berbual dengan mereka tetapi masa tidak mengizinkan.

Istana Melaka cukup besar dan tersergam indah. Bayangkanlah pada zaman dahulu, itulah pusat pentadbiran utama di Tanah Melayu. Di dalamnya terdapat rekaan pakaian-pakaian tradisional mengikut negeri, patung-patung pedagang mengikut negara yang dahulunya pernah berdagang di Melaka serta kedudukan para hulubalang,laksamana,datuk bandar dan lain-lain semasa istiadat mengadap sultan.

Kota A’ Famosa pula memang sentiasa sesak. Itu perkara biasa. Ramai pelancong tidak akan melepaskan peluang mengambil gambar di kawasan tinggalan penjajah yang cukup kekal binaannya. Kekalnya penjajah ini bukan setakat monumen,namun pemikiran mereka juga telah kekal di Malaysia ini. Kenapa? Tidak perlu diterangkan,cuma perlu lihat dan fikir situasi sekeliling kita sekarang ini.

Masjid Tengkera


Dinyatakan sebagai masjid tertua di Malaysia. Aku tidak melepaskan peluang untuk melawat masjid Tengkera sambil solat asar di situ. Memasuki pintu utama cukup pelik, ukiran dipengaruhi seni ukiran jawa. Mimbarnya juga mempunyai ukiran yang pelik,ditambah dengan cat kuning keemasan cukup menyerlahkan lagi seni ukiran tersebut. Di Melaka, masjid dan surau memang terletak di tepi-tepi jalan dan jumlahnya cukup banyak. Jadi untuk solat di Melaka tidak menjadi masalah. Dan satu lagi,rekaan bumbung hampir kesemua masjid di Melaka adalah sama. Menarik ! Nilai tradisional dan sejarah yang perlu dikekalkan.

Pantai Pengkalan Balak
.. melihat pantai, memikirkan sesuatu..

Melawat Pantai Pengkalan Balak cukup menenangkan. Walaupun kami tiba agak lewat,sekitar jam 6.40 petang tetapi seronok dapat melihat pemandangan matahari terbenam. Kalau sampai awal mungkin sempat nak mandi sekejap, tapi aku dah cukup serik untuk mandi pantai. Ada memori pahit sewaktu tingkatan 2 dulu.

Melihat pantai membuatkan aku tenang seketika, desiran angin laut, ombak pantai dan segalanya cukup untuk menghilangkan penat. Sempat juga ambil gambar sambil melompat-lompat,nak buat freeze motion, jadi la juga sebab aku set shutter speed laju. Pantai Pengkalan Balak ini cantik persisirannya,air laut juga bersih. Jadi ia amat sesuai untuk percutian. Ditambah ada disediakan bilik untuk disewa,gerai makan,surau dan tandas. Rasanya lain kali tidak menjadi masalah kalau aku nak bercuti lama di tepi pantai sebegini.

.. terbang di udara ..

“ Percubaan pertama, usah diharap kesempurnaan. Belajar perlu bermula dari melihat isi kandungan,bukan terus kepada rumusan “

apa yang aku nyatakan itu,berkaitan dengan pengalaman aku yang pertama kali menggunakan DSLR. Aku memang tidak punya ilmu yang cukup dalam mengendalikan kamera ini. Bayangkan hanya belajar melalui telefon dalam 10 minit, terus buat praktikal.

Bila aku tengok balik gambar dalam laptop, cukup mengecewakan. Dalam 350 keping gambar. tidak sampai 30 pun rasanya yang sempurna dan menarik. Aku banyak menggunakan setting manual dari segi ISO,shutter dan aperture.

pertama kali guna tak reti-reti nak pakai auto mode”,itulah kata hati aku bila melihat kembali gambar tersebut.

Hahaha.. kelakar juga. Kecewa sedikit tetapi aku belajar sesuatu. Ya, mungkin percubaan pertama aku ini , banyak yang tidak sempurna. Itu normal pada aku, dari percubaan pertama kita tahu tahap kita. Kalau pertama kali dah terlalu baik,bimbang kesilapan tidak diketahui,lalu aku menyombong diri. Lepas ni,kena banyakkan lagi belajar dan bertanya. Mungkin aku boleh buat lagi baik dari gambar-gambar ini.

Dan lagi satu, nak belajar tak boleh lompat-lompat. Disebabkan terlalu ghairah nak guna DSLR, aku terus guna mode manual tanpa ada persediaan yang cukup. Kurang faham dengan kamera itu,fungsi-fungsinya sedikit sebanyak mendatangkan kekurangan pada kualiti gambar.

Perlu ingat dan mencuba lagi !!


Satu hari itu”.. pengalaman yang memberi pengajaran dan dapat punya masa yang lama dengan rakan yang sudah lama tidak bersua muka.

* nota kecik : - gambar adalah detik untuk merakam sejarah. Gambar mampu membuat kita ketawa,menangis,sedih dan gembira. - gambar yang telah aku edit akan dikongsi pada entri seterusnya.

0127

21 Jun 2010

rumahku..