Showing posts with label coretanku. Show all posts
Showing posts with label coretanku. Show all posts

08 July 2010

mari menyumpit

... 1st time try sumpit ...

Salam.

Sumpit adalah salah satu senjata tradisional yang berasal dari sarawak. Meskipun teknologi tidak sehebat M16, Ak – 47 mahupun Roket Soyuz ( kenapa roket ? ) tetapi ia mampu membunuh dengan sekali helaan nafas saja.

Entri ini bukan nak mengajak ke arah peperangan tetapi teknik untuk menembak sasaran. Entri kedua aku berkenaan fizik.


Minggu lepas, aku menghadiri karnival koperasi di sekolah menengah aku dulu. Sebelum balik tu, aku cuba bermain sumpit. Kali pertama aku tiup, tepat ke arah sasaran walaupun belon tu tak pecah ( lidi sumpit tu tumpul la ). Tekniknya mudah, hanya aplikasikan konsep “projectile motion”.

projectile motion’ secara ringkasnya boleh aku tafsirkan sebagai gerakan dalam satu sudut tertentu. Anda boleh lihat di mana-mana sahaja konsep ini diaplikasikan terutama musim World Cup sekarang ni. Bola yang disepak oleh pemain tidak akan sampai tepat ke arah gawang gol dalam keadaan tegak tetapi melencong sedikit di bahagian atas. Gerakan itu membuatkan bola pergi lebih jauh.

Ingin mencuba ?. Ambil sebiji batu dan lemparkan secara tegak dan lihat di mana batu itu jatuh. Kemudian ambil kembali batu itu, lemparkan dengan keadaan sedikit condong ke atas, kekalkan daya anda seperti permulaan dan lempar. Lebih jauh sedikit bukan?

Kenapa ye bila dicondong sedikit batu tersebut boleh pergi lebih jauh ?. Ini konsepnya setakat yang aku faham la.

... image from google images ...

Batu tersebut punya 2 halaju berbeza. Satu bergerak ke hadapan ( paksi – X ) dan satu lagi bergerak ke atas ( paksi – Y ). Halaju ini terbelah dua disebabkan oleh sudut yang kita ambil untuk mencondongkan batu tersebut. Yang memberi impak maksima terhadap batu ini ialah halaju ke atas ( paksi – Y ) sebab halaju ke hadapan ( paksi – X ) adalah sama dari awal pergerakan sehingga batu jatuh ke tanah. Jika sudut yang kita gunakan untuk mencondongkan batu adalah besar, bermakna halaju pada paksi – Y tinggi, itu membolehkan batu pergi lebih jauh. Selain sudut, jika kita melempar batu dengan daya yang tinggi juga membolehkan batu itu pergi lebih jauh.

Masa aku main sumpit tu, aku tak condong banyak sangat ke atas sebab lidi yang aku tiup tu objek ringan. Jadi kalau aku naikkan sumpit tu tinggi sangat, mesti jauh terlajak lidi tu dan tak kena sasaran. Aku pun naikkan sikit je sumpit dan tiup dengan kuat.

Konsep ni banyak aplikasinya seperti main golf, pancuran air oleh bomba ke arah api, lompatan ahli sukan X-Games ( skateboard, basikal GT ) dan apa-apa yang melibatkan pergerakan di udara. Kita juga boleh tahu masa yang kita ambil untuk sampai ke destinasi jika melompat guna kaedah ‘projectile motion’. Pernah tonton drama ‘My Boss My Hero’ ?. Ingat lagi babak lompatan dari bangunan ke bangunan sebab nak dapatkan puding yang poyo sedap tu ?. Haaa, kat situ pun boleh diaplikasikan, tapi jangan buat aksi tu kat rumah. Hahaha.

... si sengal yang terbang nak dapatkan puding ...

... rumus trigonometri, pening giler ...

Ok, aku tak cerita sangat la secara terperinci konsep ni dengan rumus semua sebab tak perlu pun. Bukan aku nak jadi lecture ke bukak kelas tuisyen ke kat blog ni. Cuma sedikit perkongsian ringkas. Kepada adik-adik yang masih bersekolah, nak amik SPM tahun ni terutama pelajar aliran sains tulen, kalau korang belajar fizik, kimia, biologi ( aku tak suka biologi.. haha ), jangan sempitkan ilmu itu hanya di atas kertas. Nanti korang study untuk kertas je nak watpe.

Aplikasikan dalam kehidupan. InsyaAllah korang boleh faham sebab nampak bukti yang jelas. Try r, seronok beb dan nanti korang nampak begitu luasnya ilmu milik Allah di dunia ini.. Wahhh, bajet pakar motivasi plak aku..

*nota kecik : 2 days left, 1 day left and then no more holiday.

1808
8 Julai 2010
rumahku..

07 July 2010

borong durian 30 Kg !!

... satu shoot kat bandar kluang ( gambar merepek ) ...

Salam.

Haa.. Marriii rapat mari dekat cik abang, adik, kakak-kakak, makcik-makcik.. Durian Gred 101 punya,
RM 6 sekilo.. Yang ni RM 3 sekilo, yang ni RM 2 sekilo tapi kurang sikit la kualiti. Boleh cuba boleh rasa.. Durian tembaga ada , durian susu ada.. Manis-manis punya..

Eik ?.. Durian.. Aku bukan nak jual durian, cuma hari ini nenek aku telah borong durian sebanyak berapa biji ntah aku pun tak kira tapi jumlah berat semua 30 Kilogram !!

... kasut sukan baru beli sebulan ( lagi gambar merapu ) ...


Pagi tadi aku bawak mak dan nenek ke bandar kluang. Ada urusan sikit. Balik dari bandar kluang, nenek suruh berhenti mana-mana nak cari durian, jadi aku berhenti la dekat kedai kecik nyonya ni. Dekat Sungai Sayong.

... see the "kuning" !! ...

... inilah kedai nyonya tersebut ...

... 2 guni bawak naik atas lori ...

... kamera aku tak leh zoom jauh, jadi tak nampak sangat yang hakikat bahawa begitu banyak durian di atas pokok itu ...


Boleh tahan la rasanya, pilih punya pilih sampai tak sedar dah 30 Kilo semua sekali.. Yang RM 3 sekilo ada dalam 16 kilogram, RM 2 sekilo ada la dalam 14 kilogram.. Jumlah dibeli 2 guni gak la..

Nak buat pe ek durian banyak-banyak ni?.. kembung perut la aku makan bubur durian sebelum balik UIA sabtu ni. Tak pun, DEMAM.

Mari-mari ramai-ramai DEMAM durian !!.. Hahaha..

... shoot kat bandar kluang ( gambar selingan 1 ) ...

... shoot kat bandar kluang ( gambar selingan 2 ) ...

*nota kecik : baru hentam 3 biji tadi dah rasa panas-panas je kepala ni. Aiseh !!..

2247
6 Julai 2010
rumahku..

05 July 2010

permohonan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara 2010 dibuka


... picture by google images ...

Salam.

Sebelum tidur, aku teringat nak semak bila tawaran biasiswan JPA dalam negara dibuka. Hasilnya positif.
permohonan dalam talian bagi biasiswa JPA, Program Ijazah Dalam Negara 2010 telah dibuka. sila layari laman web http://esilav2.jpa.gov.my/.
Tarikh permohonan dari 2 Julai 2010 - 16 Julai 2010. Aku rasa kalau yang tengah buat degree tetapi bukan tahun pertama pun boleh mohon lagi. Sekian dan semoga berjaya.

*nota kecik : pernah patah hati dengan istilah "biasiswa"
0111
5 Julai 2010

- Entri Tamat.

04 July 2010

Diddy’s Pizza : Sedap, Murah dan Tanpa Cukai !!

... Diddy's Pizza [at] Simpang Renggam ...

Salam.

Malam ni aku tak makan nasi ( peh! diet !!! ) tapi teringin nak makan pizza. Keluar ke pekan tu singgah jap kedai pizza kecik ni. Diddy’s Pizza, terletak di sebelah perhentian teksi Simpang Renggam dan dibuka pada waktu malam je.

Apa yang istimewa?. Jom aku cerita..



... memakai sarung tangan semasa letak isi kandungan pizza ...

Pizza ni dibuat secara langsung di depan mata pembeli. Orang yang letak bahan-bahan untuk pizza ni menjaga kebersihan dengan teliti. Aku cerewet sikit benda kotor ni. Dibuat secara perlahan-lahan dan teratur. Nice !!

Isinya juga banyak. Aku tengok dia letak kepingan daging ayam tu penuh bulatan roti tu. Dengan sayur-sayur lagi,mampat ah pizza tu !!



Harga murah sebab tak dikenakan cukai 5 % seperti jenama-jenama terkenal yang korang semua tahu. Pizza bersaiz biasa cuma RM 10 dan saiz keluarga cuma RM 19.90. Aku order dua, pizza tuna ( biasa ) dengan paparoni chicken ( family ). Semua sekali RM 29.90, balik aku makan dengan family. Sape tak nak kalau murah beb.

Cuma, pizza ni takde cawangan kat sekitar KL atau Selangor la plak. Ada pun kat Bt. 26, Kelapa Sawit.
Lain kali la beli lagi.

... adik aku ngadap pizza, beberapa minit sebelum German sumbat gol ke 4 ...

Owhhh~~~ Pizza yang Sedap, Isi banyak dan Tebal Mampat ~~~

*nota kecik : Brazil, Argentina selamat. Siapa pula selepas ini ?

0037
4 Julai 2010
rumahku..

03 July 2010

Ziarah ke sekolah lama, SMK Simpang Renggam.



Salam..

Aku baru saja selesai edit gambar-gambar yang baru aku tangkap tadi, sambil nyanyi lagu Mirwana ( rakaman vokal khas untuk diri sendiri ). Hari ni sekolah aku ada buat hari koperasi. Macam biasa la hari koperasi, pelbagai aktiviti dijalankan seperti gerai-gerai, tayangan video, cabutan bertuah, flying fox, futsal, pentanque, pameran sains dan lain-lain. Hari koperasi yang paling meriah masa aku tingkatan 2 dengan tingakatan 5. Kali ni pun boleh tahan juga la meriahnya, maju dah sekolah aku tu.

Apa yang ada bila melawat sekolah lama yer ?.


... peserta sedang sibuk dengan bot mereka ...

Aku sampai je dalam jam 11 pagi terus masuk dewan dengan member aku, Hakem. Jumpa dah seorang cikgu, Puan Norazah bt. Beduroding. Masa tu kat dalam dewan ada pertandingan bot, cikgu Azah kira person-in-charge la agaknya. Kalau aku tingkatan 5 dulu, ada gak aku buat pameran robotik Lego, masa tu kitorang dalam persiapan untuk pertandingan Olimpiad Robotik Lego.

Cerita tentang cikgu Azah ni, peh !! Satu sekolah kenal dengan dia punya garang tu. Berketurunan bugis, memang agak garang. Sape kelas fizik dengan dia memang kecut perut la kalau dia marah.
Pantang bagi dia bila buku nota fizik tu ada conteng-conteng kat bahagian belakang sebab buku member aku pernah kena baling ke luar kelas sebab ada contengan tu. Fuhh.. Ada juga kelas yang kena jalan itik keliling bangunan sebab ape ntah, ada la silapnya tu.

Tapi, garang-garang dan maki dia tu buat aku sedar dari mimpi. Masa tingkatan 5 dulu aku ni tak serius belajar. Bila dapat keputusan percubaan SPM teruk, lagi 2 bulan nak SPM baru aku study fizik dengan serius, duk jumpa dia hari-hari sampai naik jemu dia tengok aku ni. “ Awak ni, berapa kali saya nak terangkan, tak paham-paham lagi ke?”, memang tak lupa ayat tu. Hahaha. Tapi ada juga la hasilnya dengan kena marah masa sekolah dulu. Moral, jangan benci cikgu garang. (^_^)

... semangat Piala Dunia 2010 ...







Macam biasa, kalau nak beli barang kena beli kupon dulu RM 5. Transaksi akan guna kupon untuk barangan yang murah. Kalau nak beli buku ke,penapis air mahupun sebuah kereta Proton tu lain cerita la. 3 kali pusing gak aku dengan Hakem, tak tau nak beli pe. Makanan yang biasa aku tengok kat pasar malam, kecuali gerai-gerai yang di buka oleh pelajar, ada la benda-benda pelik sikit. Contohnya, awek jepun ni.

Ada beberapa orang pelajar cina siap kimono segala duk pusing-pusing. Dengan bawak heller siap, jual benda apa ntah macam cenderahati.

Sempat juga jumpa cikgu Nor Hayati, cikgu yang ajar aku matematik tambahan dulu. Masih lagi berniaga benda yang sama setiap kali aku jumpa dia kat hari koperasi sekolah. Cincin, keychain, minyak wangi, rantai. Aku tak dapat nak beli apa-apa kat kedai dia sebab aku bukan reti beli cincin, rantai ke ape tu. Tapi tak pe cikgu, singgah tetap singgah punyerr.

Cikgu Nik Hasni, ajar aku subjek EST masa tingkatan 5. Suami dia, cikgu Madzian ajar aku Bahasa Melayu, tapi tak nampak plak cikgu Madzian tadi. Macam biasa tegur dan bertanya khabar. Biasa setiap tahun bila hari raya aku dengan member-member akan ke rumah dia. Raya ke 4 mesti dia dah ada kat rumah selalunya.
wan, kalau nak borak-borak panjang datang la rumah”
“ okey cikgu, raya insyaAllah saya datang. Macam biasa”
cikgu mengakhiri perbualan sebab dia nak pergi bagi markah kat kat setiap gerai,ada pertandingan gerai tercantik .



Banyak yang telah berubah di sekolah ni, bangunan semakin cantik, dah ada gymnasium, dah boleh belah katak untuk subjek biologi sebab masa aku tingkatan 5 takde belah katak ni, peralatan-peralatan subjek kemahiran pun dah banyak. 4 tahun dah aku tinggalkan sekolah, dah tak kenal dah junior-junior sekolah ( fakta : aku memang tak dikenali ramai di sekolah ).

Akhir sekali cikgu Wan Mahera. Boleh plak dia bukak gerai main sumpit. Biasa orang main dart. Ini lain pula, bayar RM 1 untuk 2 kali sumpit. Aku mula-mula segan gak, tapi cuba je la. Belon tu tak pecah tapi sumpitan aku mengena la dua-dua. Dapat hadiah yang, comel la kot untuk orang pompuan. Hahaha. Terima kasih sebab mengiktiraf kemenangan saya. Hehe..


... skill mesti kena ada ...


... sasaran yang mesti pecah !! ...


... inilah hadiahnya ...

Dia ni cikgu kaunseling, budak-budak kelas aku yang laki ada gak la kena ‘basuh’ dengan dia. Aku pun sama, tapi masa tu aku yang cari dia. Otak buntu masa awal-awal tingkatan 5. Pernah aku cerita kat entri aku yang dulu-dulu pasal ni. Kira dah lepas sekolah ni setiap tahun memang datang jumpa dia gak duk borak-borak.

Fuh, penat dan puas hati. Dapat jumpa cikgu-cikgu dengan member-member. Paling best sebab menang sumpit ni la. Hahaha. Nanti kat entri selanjutnya aku ceritakan lagi satu konsep fizik, “ projectile motion” yang aku aplikasikan semasa menyumpit tadi. Fizik itu seronok bila diaplikasikan dalam kehidupan sebab dimana-mana ada fizik. =)


... Galeri Zaa'ba. Masa tingkatan 4, kelas aku belajar kimia kat sini 3 jam sebab nak cover silibus. Tajuk susah plak tu, berasap aku belajar kimia ni ...


*nota kecik : tak jumpa ramai member la sebab dah bulan julai ni, semua dah balik kampus masing-masing. Aku dengan hakem je balik minggu depan.


Cikgu yang aku tak jumpa lagi, cikgu Rosita ( sejarah tingkatan 3, agak rancak perbualan kalau jumpa dengan dia ), Ustazah Siti Azline ( istimewa sebab dia ajar bahasa arab batch aku sejak kami tingkatan 1 sampai tingkatan 5, 5 tahun dia jaga kelas kami, nakal-nakal setiap sorang dia dah tau dah ) dan ramai lagi nak jumpa, mungkin di kesempatan lain.

1543
3 Julai 2010
rumahku...

02 July 2010

babak penting Piala Dunia 2010



Salam,wan.. Ko wat pe malam ni?.. tengok bola tak? “, Rahim.
Tak tau lagi r.. transport takde ni, family aku kuar.. Match pe malam ni ? ”, Aku.
Lorh. Brazil ngan Netherlands la. Ko tak tengok bola ke?”, Rahim.
.
.
.
Hahaha.. nanti kul 9.30 aku roger balik.. Aku takde hal punyer “, Aku.

Aku tak tengok piala dunia ?. Itulah kenyataan sekarang. Orang sibuk dengan Piala Dunia tapi aku tak tengok. Petang tadi entah macaman berangan tentang World Cup ni, datang pulak ilham ringkas. Babak penting Piala Dunia 2010.

Punyalah dalam masa lebih kurang sebulan ni, ramai yang sibuk tengok dari perlawanan pembukaan hinggalah pusingan kedua yang hampir tamat sekarang ni. Konklusinya hanya satu, mencari siapakah juara Piala Dunia 2010.

Jadi, aku rasa babak paling penting ialah perlawanan akhir Piala Dunia. Tengok final match je dah cukup , kat match tu nanti terjawab semua persoalan yang wujud. Hahaha.. Siapa juara, penjaring terbanyak, penjaga gol terbaik dan paling best lepas final akan keluar senarai pendek video 10 gol tercantik Piala Dunia 2010. Karang tengok dari awal, duk buat judi bola, jap lagi pasukan yang dipertaruhkan kecundang. Aduhai.. ( betting live di warong2 bdekatan. trust me, it's everywhere, every now n then - Faaizz d. zul )
Tu yang aku fikir, tengok dari awal pun nak wat pe. Nanti tukar-tukar sokongan plak, mula-mula sokong England tapi sebab England dah dihantar pulang awal ( eh,gol tu masuk la..hehe ) , tup-tup tukar pula sokongan kepada pasukan lain..


Apapun, sokonglah pasukan bola sepak Malaysia. Kita mampu pergi jauh, sejarah telah membuktikannya tetapi kesilapan kita ialah terlalu berbangga dengan sejarah. Bila berjaya, telalu gembira namun bila gagal.. Hmm..

Kejayaan masa lalu bukan sesuatu yang patut diagung-agungkan kerana berjaya belum tentu sempurna.

*nota kecik : aku tak tengok world cup ni sebab takde Astro satu hal, TV1 kat rumah aku plak tak berapa jelas. Bising je bunyinyer. So, final world cup nanti 12 Julai aku dah balik hostel,harap dapat la tengok nanti..

2114
2 Julai 2010
rumahku..

IIUM Youtube Competition



Salam.

Peluang kepada pelajar-pelajar UIAM yang berbakat dalam seni video, fotografi, suntingan video dan segala-galanya pasal video !!

Satu pertandingan yang bertemakan,”kenapa UIAM menjadi universiti pilihan” telah dibuka. Kira macam nak buat video korporat la ni. Pertandingan ini...

telah dibuka sejak April 2010 dan ditutup pada September 2010 nanti. Aku cerita pasal ni pun sebab dah nak naik sem, jadi boleh la korang jumpa cik puan yang menguruskan pertandingan ni.

Hadiahnya wang tunai berjumlah berapa ribu ntah aku pun tak ingat. Tapi kalau dah bahagi dengan 3 atau 4 orang, cukup la duit tu nak bayar yuran mahallah ( hostel ) satu semester. Hahaha..

Info lanjut boleh rujuk laman web IIUM Youtube Competition.

Kat laman Alumni UIAM tu boleh muatturun sampel video sebagai panduan. Selamat bertanding !!

*nota kecik : erkk.. sampel video tu guna sister sebagai jurucakap, kumpulan aku perlu cari sister juga je ek?..

2015
2 Julai 2010
rumahku..

Tutorial Asas : 6 sebab mengapa blog dibina

Salam.

Sebab atau tujuan pembinaan blog ini aku kategorikan sebagai tutorial asas kerana untuk permulaan amat penting bagi kita mengetahui tujuan sebenar membina blog. Jika tiada tujuan, maka kita akan kehilangan identiti dan menyebabkan blog itu mati begitu saja. Aku pernah mengalaminya ketika rasa macam nak padam je blog ni. Tapi, tak jadi. Hahaha..

... picture by kekszfolt.deviantart ...

Pernahkah bertanya kepada diri anda sebab anda buat blog tersebut ?. Mari lihat 6 sebab utama berdasarkan pemerhatian aku sendiri.

01 July 2010

Laman ‘exchange link’ aku siap !!

Salam.

Seperti yang aku telah nyatakan di entri maaf sebab buang blog list, aku telah pun selesai membina ruagan ‘exchange link’..

“membina” ? Ayat nak gempak, bajet aku buat laman web sendiri la plak. Hahaha

laman web sendiri? Masih lagi jauh untuk itu. Ruangan ‘exchange link’ ini aku gunakan...

untuk saling bertukar-tukar URL dengan mereka yang berminat. Rasanya telah aku nyatakan sebab aku membuat ruangan ini kat entri maaf sebab buang blog list. Tak de la susah mana pun, aku buat yang ringkas-ringkas je. Letak nama,letak URL. Aku malas nak guna widget mistic-mistic ke pebenda alah ntah nama tu sebab cuma keluar nama je. Kalau letak URL ni macam best sikit sebab URL orang ni pelik-pelik dan unik.

Tapi, terus-terang aku cakap, blog aku ni ranking tak tinggi mane pun, kalau ada yang mengharapkan trafik tinggi kat laman ‘exchange link’ aku tu, aku tak boleh jamin la. Aku ni blogger biasa je. Mencari pengalaman itu lagi menyeronokkan.

Makluman lanjut boleh klik bahagian exchange link kat atas tu, ataupun klik kat SINI. =)

*nota kecik : takde gambar la plak entri kali ni..

0050
1 Julai 2010
rumahku..


30 June 2010

entri lama yang dipinggirkan



... picture by ArtistWithin.Deviantart ...

Salam.

Kekerapan seorang blogger mengemaskini blog mereka setiap hari kadangkala menjadi kayu pengukur pembaca. Ada blog yang dikemaskini sekali sehari, 2 kali sehari malahan dikemaskini setiap jam pun ada.
Sememangnya pembaca meminati blog yang kerap dikemaskini ( tapi isi blog itu yang utama ), namun jika kita kerap post entri-entri baru,apakah kita ingat kembali akan entri-entri lama dahulu? Apakah ia dipinggirkan begitu sahaja ?


Petang tadi, aku mengemaskini label-label setiap entri di blog ini. Ada sedikit gangguan bagi orang yang cerewet macam aku sebab bila aku letak label [ coretanku ] dan coretanku, ia akan diklasifikasikan sebagai dua label berbeza. Jadi aku pun mengubah satu persatu.

Ketika mengubah setiap label yang berada di entri-entri yang aku post dua atau setahun yang lalu,sempat juga aku membacanya seketika. Cerita ketika di pusat asasi, lepas aku habis exam, pergi mandi sungai dengan rakan-rakan, menyiapkan assignment C programming dan lain-lain. Membacanya membuatkan aku tersenyum seketika. Terkenang kenangan lalu itu menyeronokkan. Tambahan pula dengan corak blog peribadi dan umum yang aku pilih ini, banyak entri aku, aku ceritakan dari kisah hidup aku sendiri.

Lalu aku terfikir, kenapa aku tidak melihatnya sebelum ini, kenapa entri-entri lama ini semakin dilupakan. Apa yang ada dengan yang lama?

Sebenarnya, yang lama itulah permulaan kita. Tiada yang lama, maka tiada yang baru. Melihat entri-entri itu, aku melihat diri aku sendiri. Bagi blogger yang memilih tema peribadi ini, lazimnya apa yang ditulis, itulah diri dia. Perhatikan blogger yang mempunyai latar belakang tarbiyyah yang banyak, setiap entrinya pasti diselitkan unsur-unsur kerohanian. Apa yang ditulis di dalam blognya, ialah dari segi pemikirannya. Mungkin benar kata blogger ariff, biasanya orang yang pendiam ini lebih banyak berfikir dan berkata-kata di blog, orang yang banyak cakap pula hanya bercakap tanpa berfikir.

Jadi, bila membaca entri lama aku, aku melihat yang diri ini sudah banyak berubah. Menjadi lebih positif atau negatif, aku tidak tahu. Namun, kadangkala aku rindukan diri aku yang dahulu.

*nota kecik : kalau orang tanya kepada anda,”ko yakin ke boleh berubah?” dan anda menjawab tidak, itu ialah penipuan sebab setiap saat anda telah berubah.

- malam ni Showdown 2010 top 5 la beb !!.. support Wakaka Crew & HMC Phlow Crew !! Yeah !!

... picture by google images ...

2004
30 Jun 2010
rumahku...

aku tak pentingkan trafik blog ?



Salam.

Bila bercerita soal trafik blog tinggi, ideanya cukup mudah iaitu jumlah pengunjung yang ramai. Mencecah ratusan mahupun ribuan orang dalam sehari. Tujuan utama tak lain tak bukan untuk menjana pendapatan dengan blog. Ya,itu tidak dinafikan. Pepatah moden mengatakan,”duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit”.

Itu pandangan normal, pada aku sekarang ni aku tak lawan untuk trafik tinggi tetapi lawan benda lain. Idea yang tiba-tiba terlintas bila chat dengan ‘orang itu’ semalam. Apakah yang kami pertandingkan ?

Imbas kembali perjalanan blog ini, aku mula membuat akaun blogger 2 tahun yang lalu. Masa tu,sebagai orang baru dalam blog aku tidak tahu apa-apa. Sekarang pun masih baru lagi, baru nak naiktaraf, dulu tu lagi “sengal” sikit la. Hahahaha..

Jadi,penambahbaikan aku dari segi layouts dan coding yang ringkas banyak merujuk kepada ‘orang itu’. Dia dah masuk dunia blog sejak dari sekolah menengah lagi, aku ni kira junior dia la. Perjalanan aku di blog terhenti seketika, aku bosan dan rasa nak padam akaun ( fenomena sesetengah blogger ). Jadi bermula JUN 2010 ni aku kembali aktif, banyak melakukan pembacaan tentang blogging, SEO, Alexa dan lain-lain. Cuba lihat arkib blog aku kat sebelah tu, bulan JUN ni aku paling banyak post entri. Perubahan itu membuatkan follower aku bertambah dan ranking alexa dari 27 juta telah naik seperti sekarang. Terima kasih kepada yang sudi membaca blog ini. (^_^)

Aku Ym ( yahoo mesennger ) dengan ‘orang itu’ akhir-akhir ini, saja je gurau nak lawan sape follower paling banyak dengan berat blog. Hahaha. Orang lain sibuk naikkan trafik,tapi aku sibuk benda lain pula.

BERAT BLOG


Dulu aku pernah cakap macam ni,”malas la nak g blog kamu,lambat loading,banyak widget..cuba timbang sikit blog tu”. Entah macamana dia serius pula tu !! Sekarang blog dia dah ringan dah. Masa aku guna layouts lama dulu blog aku 150kb, dia 110kb. Uish,kalah ?
Aku tukar layouts kepada sekarang ni,letak widget sikit dapat la turun kepada 90kb++, blog dia pun makin kurus gak tu 90kb++ gak. Wah,sengit !! Semalam aku buang blog list sebab nak ringan lagi, dapat la 75kb tapi blog dia pun dah turun kepada 80kb++ . Aku tak tau la dia wat pe. Betul-betul nak lawan berat ni. Hahaha..

JUMLAH FOLLOWER


Ini pun bukanlah serius,saja je suka-suka. Dia dah buat blog lagi awal dari aku,dia rasa “jealous” sebab aku post banyak entri bulan ni ditambah jumlah follower aku dah boleh “cucuk angin” dengan jumlah follower dia. Hehehe.
Katanya,follower ke 100 blog dia, dia nak bagi hadiah. Semakin hangat nampaknya ‘orang itu’ akhir-akhir ni. Bagus-bagus,persaingan sihat.
Pada aku nak klik follower ni biar ikhlas. Aku pun tak semua blog aku pergi,aku follow. Ikut citarasa juga kan?. Setiap orang tak sama.

Apa yang kami pertandingkan bukanlah perkara yang serius sampai dengki-dengki. Sekadar suka-suka dalam dunia blog. Dua perkara ni nampak entah apa-apa je kan, tapi aku rasa lagi gembira dan senang daripada lawan jumlah trafik. Ada sesetengah blog yang terlalu inginkan trafik tinggi sampaikan sanggup tiru artikel dari blogger terkenal tanpa meletakkan kredit, timbul isu hakcipta, wujud sengketa dalam blog. Kalau macam tu,mana perginya keseronokan di dalam blog ? Dicemari dengan insiden-insiden seumpama itu.

Blog aku tak tinggi pun trafik,paling kuat pun 50 hits sehari. Ala, blog ringkas je cuma lebih selesa untuk berkongsi pengalaman dan kalau ada yang punya pendapat menarik apa salahnya dikongsi kan ?

Kesimpulan pendek aku, manfaatkan blog !!

*nota kecik : nak ringankan blog ? elakkan aku buang je semua widget ni, karang yang tinggal cuma chat box je.. Ada chatbox pun dah kira untung.. hahahahaha..

1449
30 Jun 2010
rumahku...

29 June 2010

maaf sebab buang blog list



... picture by cheshiretherapyservices.com ...

Salam..
29 Jun 2010, aku baru saja selesai membayar bil broadband hijau ni. Broadband kat Malaysia ada hijau,biru dengan kuning. Faham-faham la ye. Jadi dalam masa sebulan akan datang ni harap-harap kurang la masalah "siput sedut",kalau jadi lagi cukup 5 bulan bayaran rebat aku terminate je service ni..haha

Ruangan blog list kebiasaannya diletakkan oleh pemilik blogger,namun hari ini aku membuat pilihan untuk membuang ruangan blog list tersebut di bahagian utama blog ini.. Bukan tak hargai member-member atau korang semua,tapi..

aku sedang dalam proses membina ruangan EXCHANGE LINK untuk blog ni. Jadi semua link-link tadi akan aku muatkan dalam bahagian exchange link tersebut.

Antara sebab lain ialah untuk mempercepatkan proses loading bahagian utama blog ni sebab aku dah buat perbandingan bila letak blog list banyak-banyak,blog aku semakin tembam. Kalau dah lambat nak loading,mesti bosan kan?

Kedua, disebabkan lambat loading,aku letak sikit je link kat bahagian utama pada asalnya. Tapi macam tak adil pula kat member-member yang letak link blog aku kat blog diorang,aku pula tak membalas pertukaran tersebut. Ruangan yang
aku sedang bina ni aku akan cuba letak semua blog kenalan-kenalan aku.

Kenalan saja ke ?
Tidak sama sekali,kalau ada mereka yang berminat nak bertukar link dengan blog aku yang sederhana rupanya ni,boleh juga cuma tunggu sehingga aku dah siapkan ruangan tersebut.Nanti aku akan beritahu.

Jika ada blogger yang aku masuk ruangan exchange link mereka,tapi aku masih tak letak link mereka di sini nanti,harap boleh ingatkan. Maaf sebab aku dah tak ingat ruangan exchange link yang mana satu aku dah masuk.

Sekian..

*nota kecik : terfikir,blog aku ni sape la yang selalu tengok ek selain beberapa orang 'insan itu'..hmm..hmm..

1821
29 Jun 2010
rumahku..

28 June 2010

Sebab selekoh tajam punca kemalangan

Salam..

Selekoh yang tajam memang ramai cakap BAHAYA !!.. kalau laju sikit je,”weh,slow sikit..slow sikit..tajam tu

tajam ?.. ada pisau ke ape kat selekoh tu ?.. hahahaha..

Bila memandu di selekoh tajam,pernahkah badan anda bergerak melawan arah selekoh tersebut?. Contohnya,jika selekoh yang diambil di sebelah kiri, bila anda melalui selekoh itu badan anda terasa ke kanan sedikit. Itulah punca kenapa kemalangan berlaku jika anda memandu laju di selekoh tajam.

Badan anda ke kanan bukan sebab ada hantu tolak, jauh sekali dendam orang minyak. Nak tahu kenapa?.. Jom kita aplikasikan pengetahuan sains dalam kehidupan !! (^_^)


...kita ada hidung tapi tak dapat nak bau kemalangan..




Lihat gambar di atas, garisan melengkung itu umpama selekoh, titik biru itu kereta anda.
Bila anda melalui selekoh, ringkasnya ada 2 daya utama yang bertindak ke atas kereta iaitu Daya Tangen dan Daya Normal.

Tangen tu umpamakan anda memandang terus ke hadapan dan normal itu ialah bahagian sisi anda.Jika selekoh di sebelah kiri,normal anda berada di kiri.

Daya tangen akan menolak kereta kehadapan dibantu dengan kuasa enjin manakala daya normal akan menolak anda keluar dari selekoh.

Apa kaitan daya-daya ini dengan kemalangan ?

F = ma


F = force m = mass a = acceleration

disebabkan kita ada 2 daya, maka ada dua persamaan F = ma. satu untuk tangen dan satu lagi untuk normal. Aku tak cerita untuk tangen, takut ada yang pening. Kita lihat pada daya normal sebab tajamnya selekoh mempengaruhi daya normal.

F ( normal ) = maN

Pecutan Normal
( aN ) = ( halaju kereta )*2 / jejari selekoh

*halaju kereta kuasa dua

jadi, jika kereta semakin laju, pecutan normal akan bertambah dengan dua kali ganda.
Begitu juga jika jejari selekoh itu kecil ( selekoh tajam ), pecutan normal akan bertambah.

Jadi bila anda memandu dengan laju di selekoh yang tajam, bayangkanlah berapa banyak daya yang bertindak ke atas anda. Itu yang menyebabkan anda terbabas, tambah plak kalau kereta datsun ke, kancil 550 ke kan. Itu belum lagi ditambah dengan jumlah isi kereta, lagi penuh kereta anda macam sardin lagi la bertambah daya ke atas kereta.

Moralnya, kalau nak buat drift tu,jangan pandai-pandai. Mereka yang buat drift tu ada hukum fizik lain yang menyebabkan kereta meluncur laju di selekoh tajam. Pensyarah aku pun tak terangkan sangat masa aku tanya pasal drift sebab tak masuk silibus final exam.. huahahaha..

Kalau tak paham persamaan fizik di atas tu, takpe.. Cuma ingat ni je !!

selekoh tajam + berat kereta + halaju kereta = kemalangan.


... sayangi keluarga ...


*nota kecik :
- tetibe plak nak bukak cerita sains ni.. mimpi ke ape aku ni?.. study malas..hohoho
- cerita ni aku paling suka masa dalam kelas, lecture cerita real giler.. kelas dynamics je aku tak pernah tido.. kelas lain aku (-.-)
- tegur aku kalau fakta ni ada kekurangan


1832
28 Jun 2010
rumahku..


Kenapa ‘disable right click’ ?



Salam..

tetikus komputer memang telah tersedia 3 fungsi penting iaitu klik kiri,kanan dan scroll di tengah-tengah tetikus.

setiap yang diciptakan, sudah pasti mempunyai fungsi tersendiri..

Tetapi bila kita nyahfungsikan sesuatu komponen, timbul kecacatan pada pengguna yang telah biasa menggunakan fungsi tersebut.

Pandangan peribadi aku, aku kurang minat untuk melihat laman sawang yang buat ‘disable right click’..

1. Fungsi buka URL di tab yang baru.

ini adalah salah satu fungsi yang aku suka gunakan bila melawat mana-mana blog. Jika ada URL yang disediakan di situ, aku lebih suka klik kanan dan pilih ‘open in a new tab’ .
Sebabnya, aku boleh kekal di laman blog yang aku lawat tadi dan pada masa yang sama dapat buka link baru. Jadi memudahkan aku nak rujuk blog tersebut danURL yang diberikan jika isinya berkaitan antara satu sama lain.

2. Takut artikel ditiru.

ini adalah tujuan utama kenapa pengguna blog akan memilih untuk buat ‘disable right click’. Disebabkan dengan klik kanan kita boleh “copy & paste”,bimbang artikel ditiru dan sebagainya. Tapi pada pendapat aku, salah satu cara yang lebih hormat-menghormati ialah meletakkan nota disisi atau di bawah blog berkenaan hak cipta artikel dalam blog tersebut. Pembaca yang datang mesti faham istilah hakcipta. Sebagai contoh lesen Creative Commons yang aku gunakan. Aku tak kisah sape-sape nak amik entri aku tetapi mestilah letak balik link aku sebagai rujukan dan bukan untuk tujuan komersial. Pada aku lesen macam tu lagi senang kan ?

3. Tetibe keluar ‘pop-up’

agak terkejut bila aku nak buka URL pada tab baru, keluar ‘pop-up’. Aish,pelik sungguh. Yang senyap je kira ok lagi, ada yang keluar pop-up dengan bunyi “ding!!” . Masa tu aku punya dua pilihan nak bersabar atau klik pangkah.. hehe..
Kalau tengah tak sibuk ok la kan, tapi kalau rasa banyak benda nak dibuat, tambah pula line internet
buat hal, kemudian ada pula pop-up selain widgeo... Lemah semangat ni nak membaca.. ==’

Ini pandangan peribadi aku, dan aku rasakan lebih mesra alam kalau tetikus aku boleh menjalankan fungsinya tanpa kecacatan. (^_^)

*nota kecik : modifikasi di blog adalah kehendak empunya blog..

1000
28 Jun 2010
rumahku..


27 June 2010

Masuk IPT, jadi pekerja ?



Salam..

Hari ni dah 27 Jun 2010, minggu-minggu akhir jun ni ramai yang sibuk membuat persiapan untuk mendaftar ke pusat-pusat pengajian tinggi. Baik lepasan SPM,STPM,diploma,sijil,matrikulasi mahupun asasi, semua punya impian dan matlamat masing-masing.

Cuma, perlu direnung kembali niat kita. Kenapa kita masuk IPT ?. hanya untuk belajar, kerja bagus-bagus dapat gaji lumayan lepas tu kahwin ?.

Bila terfikir perkara ini,aku teringat perbualan aku dengan seorang rakan di dalam bengkel. Waktu tu subjek Engineering Workshop.

I : ko ingat lagi tak pe yang ko blajar dulu-dulu ni. besekan kita study then abis exam lupe ape kite blajar.

A : kurang la gak, tapi ada la sikit-sikit. hmm, ko tau tak universiti ni tempat melahirkan pekerja.

I : hah?..asal plak?

A : dulu, masa zaman eropah diorang ni ada duit banyak. Kilang besar,kebun dan macam-macam. Tapi diorang takde sape pun yang nak uruskan. tu yang duit banyak,diorang buat universiti. latih orang-orang untuk kerja dengan diorang. beza dengan zaman ilmuan islam dulu,mereka kejar nilai ilmu.

I : owh, tu yang sekarang ni orang masuk U, kuar nak kerja je ek. asal boleh masuk je mane-mane yang penting dapat kerja.


Sesi perbualan ni aku pun hampir-hampir lupa dialog asalnya,tapi isinya lebih kurang macam tu la. Tentang tujuan orang barat menubuhkan universiti. Aku kurang pasti sahihnya fakta dia cakap tu,tetapi realitinya semua orang macam tu. Aku juga pernah merasakan begitu. Masuk U, jadi jurutera lepas tu kahwin. Ikut peredaran normal, pusingan hidup setiap manusia. Cuma lama-lama aku terfikir, takkan pengakhiran hidup cuma macam tu saja? Kenapa macam terlalu biasa ?

Sistem pembelajaran kita sekarang telah diprogramkan. Yang bijak masuk bidang gempak-gempak,yang kurang bijak masuk bidang biasa-biasa. Jadi kita mengikut aturan yang sememangnya bukan kehendak kita ( bagi sesetengah individu ). Sebab tu ada yang aku jumpa masuk je mana-mana tempat belajar yang penting boleh kerja.

Semasa dalam perjalanan ke kluang hari tu nak main bowling, sorang member aku ada cakap macam ni..

“ aku baru terfikir, masa sekolah dulu yang dapat result pmr gempak masuk kelas sains arab,kelas sains..yang biasa-biasa masuk kelas prinsip akaun,teknologi kejuruteraan..semua dah ditetapkan..kalau macam tu serupa tak payah ada pilihan kelas tu semua.. kita tak dapat nak buat apa yang kita inginkan “

Itu yang member aku rasa, itu juga yang aku terfikir..

Memang kerja itu penting, kita hidup pun nak mengimarahkan muka bumi ini. Cuma dalam masa yang sama,ketika di alam pembelajaran, ilmu itu adalah yang utama. Teroka ilmu dengan ikhlas dan cuba membuat sesuatu yang baik dengan ilmu tersebut.

Ada yang cakap kat aku,”ko study semua ni 4 tahun,masa kerja nanti bukan ko buat balik apa yang ko belajar ni,penat je study lama-lama”..

Mulanya,agak bersetuju juga. Betul gak kan, belajar lama-lama bukan semua masuk dalam bidang pekerjaan. Kalau aku terus berfikir belajar untuk bekerja,skop aku akan mengecil, bila aku fikir belajar untuk ilmu, skop itu menjadi luas.

Aku baru sedar, ilmu tiada batasan untuk kita perolehi. Walaupun belajar kejuruteraan, tak semestinya aku tak boleh nak cari kemahiran dan ilmu lain. Pengetahuan ini terbuka luas, terpulang pada kita nak membuat pilihan yang mana.

Adakah aku mahu menjadi seorang pelajar yang bangun tidur,pergi ke kelas,balik buat assignment dan tidur ?

Kemudian graduate dengan ijazah dan akhirnya.. menjadi pekerja biasa ?


*nota kecik :
- terkenangkan apa yang telah aku pelajari, di mana aku aplikasikan semua itu. Aku masih belajar mengenal kehidupan ini. =)
- kadangkala aku sedar dan kadangkala aku alpa.

1445
27 Jun 2010
rumahku..

dusun arwah atuk



Salam..

Dulu.. Ketika aku masih kecil lagi, sekitar umur 7 tahun.. Arwah atuk ada juga membawa aku ke kebunnya. Tidak jauh dari kampung aku, kebun tu di kawasan kampung seberang jalan sana.

Bila tiba di sana, yang aku tahu hanya bermain-main di kawasan sekitar, berlari-lari di sekeliling kawasan kebun sambil melihat atuk mengemaskan daun-daun kelapa sawit yang baru selesai dipotong. Kebun yang agak luas juga, dengan kelapa sawit sebagai tanaman utama di situ. Diselangi beberapa batang pokok durian dan cempedak.

Sudah lama aku tidak mengenang detik itu, terlalu lama..

Kini, musim buah kembali lagi. Kalau durian Balik Pulau menjadi kegemaran penggemar buah durian, aku hanya perlu menjengah ke kebun-kebun yang ada.

Siang tadi, aku bersama-sama mak dan nenek singgah kejap di kebun itu. Tercari-cari juga di bawah pokok durian kalau-kalau ada buah durian yang terjatuh namun tidak kelihatan. Pokok durian yang ada pun sudah tidak berbunga lagi. Kalau dulu, masa arwah atuk masih hidup dia yang selalu jaga kebun ni.Bila musim buah, cukup meriah di kampung. Durian,rambutan, manggis, rambai dan cempedak cukup banyak. Dengan jumlah cucu-cucunya yang ramai, sudah pasti memeriahkan rumah itu bila musim buah tiba .

Keadaan kebun itu sekarang tidak banyak bezanya berbanding dulu. Tadi masa aku jalan-jalan sekitar kawasan,sama saja seperti dulu. Cuma sudah lebih lapang dan kurang rumput-rumput tinggi yang menjalar. Buah cempedak juga banyak, cuma masih belum cukup masak untuk dimakan. Masih muda lagi. Cempedak ni makan macam tu je sedap, digoreng pun sedap. Ditambah bila waktu petang, minum teh sambil makan cempedak goreng yang masih panas.. Cukup mengasyikkan !!

Sebelum pulang, ada satu buah cempedak yang sudah terjatuh dari dahannya, nenek suruh ambil dan peram dahulu. Lama-lama nanti boleh la kopek cempedak tu dan makan. Geram juga melihat buah cempedak yang belum masak di atas dahan tu, cukup banyak !!
Lepas ni, kena pergi semula la nak ambil buah yang dah masak..

Semoga roh arwah atuk ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.. Al- Fatihah..

0035
27 Jun 2010
rumahku..

26 June 2010

Niat tukar ke domain percuma Wordpress terbatal !



Salam..

aku berada dalam domain .blogspot ni boleh dikatakan setahun lebih. Dalam jangkamasa itu, aku kurang menulis di dalam blog. Hanya tertumpu kepada programming HTML dan juga fungsi-fungsi yang terdapat pada .blogspot ini.

Akhir-akhir ini aku mula nekad untuk bertukar ke domain Wordpress..

Dah lama aku perhatikan mereka-mereka yang guna domain wordpress ini, blog lebih tersusun dan menarik. Nampak lebih professional. Plug-in di wordpress nampak lebih matang dan tidak nampak terlalu serabut.

Semalam,aku telah pun membuat satu akaun wordpress. Setakat ini masih lagi dalam kajian aku untuk mengetahui fungsi-fungsi domain percuma di wordpress.

Namun, agak mengecewakan bila aku terbaca beberapa forum mengenai domain percuma wordpress tidak lebih dari sekadar MENULIS ENTRI dan MENINGGALKAN KOMEN. Mungkin ada benarnya juga sebab aku masih lagi tidak jumpa bagaimana cara nak upload layouts dari luar. Juga untuk meletakkan widget dalam kod HTML. Biasanya, dalam .blogspot ada panel untuk HTML / Java Script tetapi di dalam wordpress aku tak tau macamana nak letak chatbox,freedjit dan lain-lain.

Menu Wordpress memang agak serabut sebab kesemua perkara dalam blog diatur dengan teliti satu persatu. Aku suka yang macam tu, lebih tersusun pada aku berbanding .blogspot, tapi kegunaannya amat terhad.

Entri di .blogspot aku boleh pindahkan semuanya ke wordpress,itu tiada masalah untuk dilakukan tetapi fungsi wordpress percuma yang terhad itu membataskan niat aku. Wordpress ni ada banyak versi yang aku masih lagi tak tahu..

Trafik Nuffnang dan Alexa JATUH ?

Itu mungkin terjadi, sebab bila aku bertukar ke wordpress semua data akan dikemaskini kepada asal. Itu aku tak kisah, duit kat Nuff tu pun baru berapa sen. Cuma agak kecewa sebab beberapa pengguna wordpress memberi cadangan self-hosting di wordpress lebih baik, bukan domain percuma.

Benarkah begitu ?
Aku nak beli domain sendiri pun, aku bukanlah blogger professional mahupun terkenal. Blog ni pun bukan ramai pengunjung.

Jadi hari ini, aku dengan tidak rela hati membatalkan niat untuk bertukar ke domain percuma Wordpress...

Kepada yang pakar dengan Wordpress, ada komen atau cadangan?. Betul ke domain percuma Wordpress tak banyak fungsi ?


*nota kecik :

aku memang suka tukar layouts blog, dah lama-lama tefikir nak tukar ke domain wordpress. Tapi dengan keadaan sedemikian.. Aish,geram aku dengan wordpress ni.. Saje hasut aku supaya masuk ke dunia self-hosting !!.. hahaha..

1441
26 Jun 2010
rumahku...

25 June 2010

Panduan menjaga “hardware” laptop



.. picture by pctailors.co.uk ..

Salam..

kita seringkali bimbang dan risau dengan virus-virus yang akan merosakkan system files, documents dan sebagainya.

Ada juga yang sanggup mengeluarkan belanja yang mahal untuk membeli antivirus yang terbaik di pasaran.

Itu dari segi penjagaan dalaman, dari aspek luaran laptop pula bagaimana ?

Jom ikuti panduan-panduan ini :

1. Pastikan permukaan skrin ( lid ) dan papan kekunci ditutup sepenuhnya.

kebiasaannya setelah selesai menggunakan laptop,kita akan merapatkan skrin ke papan kekunci seperti sediakala. Anda pasti ia tertutup rapat ?

Pastikan antara permukaan itu tiada apa-apa objek baik objek keras mahupun lembut. Contoh, jika ada pensil di atas papan kekunci,ia boleh membuatkan skrin anda tercalar. Lebih teruk lagi jika skrin anda PECAH !!

Semasa kita mengusung laptop dalam keadaan ada objek di antara skrin tersebut,tekanan yang diberikan adalah berbeza. Mungkin tekanan untuk memegang laptop terlalu besar, jadi ia berisiko untuk mencalarkan lapisan luar skrin laptop. Ingat !!, skrin laptop hanya diliputi satu lapisan di luarnya, bukan seperti Liquid Crytal Display ( LCD ) atau Cathode Ray Tube ( CRT ) yang mempunyai permukaan kaca yang keras.

2. Jangan mengangkat laptop dengan memegang pada skrin sahaja.

Perkara ini biasanya terjadi ketika kita sedang menggunakan laptop,tetapi ada gangguan dan memaksa kita untuk berpindah ke tempat lain. Disebabkan malas nak shut down, kita akan angkat laptop dengan memegang pada skrin.

Risikonya, tangan anda mungkin terlepas daripada skrin tersebut ataupun bahagian skrin akan longgar. Kecuaian ini menyebabkan anda terpaksa membayar sehingga RM 900 untuk membaiki skrin sahaja.

Jadi, sentiasa tutup dengan rapat laptop dan pegang dengan rapat ke bahagian sisi badan anda. Sanggup RM 900 terbang ?.. hehe..

3. Elakkan menyimpan laptop di dalam beg ketika kuasa masih lagi dibuka samaada dalam keadaan stand-by atau hibernate .

Jika anda melakukan perkara ini, kipas yang berfungsi untuk menyejukkan motherboard tidak dapat mengalirkan angin dengan sepenuhnya. Kedudukan laptop di dalam beg juga berbeza-beza. Menegak,melintang, senget dan sebagainya. Jadi penyejukan tidak berjalan lancar.

Ia mungkin mengakibatkan kepanasan yang akan merosakkan Random Access Memory ( RAM ), system board dan komponen lain di dalamnya.

Elakkan juga daripada membawa laptop dengan keadaan AC power supply, mouse, external hard disk atau pendrive yang masih belum ditanggalkan dari laptop.

4. Elakkan memusing wayar pada AC power supply atau apa-apa peralatan yang menggunakan wayar kerana ia boleh menyebabkan sambugan terputus.

5. Jangan membiarkan skrin LCD anda terdedah kepada cahaya matahari secara terus atau dalam jangkamasa yang lama. Juga jangan dibiarkan laptop di dalam kereta ketika cuaca panas kerana suhu yang tinggi boleh merosakkan skrin anda. Keadaan yang terlalu sejuk juga akan merosakkan skrin LCD tersebut.

6. Letakkan laptop di permukaan rata atau keras. Jangan sesekali meletakkan laptop di permukaan lembut seperti sofa, tilam karpet dan sebagainya. Ini penting bagi memastikan kipas dapat mengalirkan angin dengan cukup seterusnya dapat mengurangkan haba di dalam system board.

7. Jangan sesekali memasang plug dan beteri dengan serentak. Kita mungkin hendak menggunakan laptop sambil cas bateri tetapi pebuatan ini akan menyebabkan bateri hilang keupayaan untuk dicas semula. Sila asingkan penggunaan laptop dengan bateri atau dengan plug.

8. Jika berada di tempat-tempat awan, sila kunci laptop anda kerana terdapat banyak mata yang memerhati dan menunggu masa untuk “meminjam” laptop anda tanpa memulangkan kembali.

Ini saja yang dapat aku kongsikan, semoga menjadi panduan dan peringatan. Kalau rasa ada buat perkara-perkara di atas, BERHENTI SEBELUM TERLAMBAT… =)

*nota kecik :

- sumber daripada HP Customer Service
- kipas laptop aku dah buat hal baru aku tergerak nak cari info ni. hahaha..

1439
25 Jun 2010
rumahku..