28 June 2010

Kenapa ‘disable right click’ ?



Salam..

tetikus komputer memang telah tersedia 3 fungsi penting iaitu klik kiri,kanan dan scroll di tengah-tengah tetikus.

setiap yang diciptakan, sudah pasti mempunyai fungsi tersendiri..

Tetapi bila kita nyahfungsikan sesuatu komponen, timbul kecacatan pada pengguna yang telah biasa menggunakan fungsi tersebut.

Pandangan peribadi aku, aku kurang minat untuk melihat laman sawang yang buat ‘disable right click’..

1. Fungsi buka URL di tab yang baru.

ini adalah salah satu fungsi yang aku suka gunakan bila melawat mana-mana blog. Jika ada URL yang disediakan di situ, aku lebih suka klik kanan dan pilih ‘open in a new tab’ .
Sebabnya, aku boleh kekal di laman blog yang aku lawat tadi dan pada masa yang sama dapat buka link baru. Jadi memudahkan aku nak rujuk blog tersebut danURL yang diberikan jika isinya berkaitan antara satu sama lain.

2. Takut artikel ditiru.

ini adalah tujuan utama kenapa pengguna blog akan memilih untuk buat ‘disable right click’. Disebabkan dengan klik kanan kita boleh “copy & paste”,bimbang artikel ditiru dan sebagainya. Tapi pada pendapat aku, salah satu cara yang lebih hormat-menghormati ialah meletakkan nota disisi atau di bawah blog berkenaan hak cipta artikel dalam blog tersebut. Pembaca yang datang mesti faham istilah hakcipta. Sebagai contoh lesen Creative Commons yang aku gunakan. Aku tak kisah sape-sape nak amik entri aku tetapi mestilah letak balik link aku sebagai rujukan dan bukan untuk tujuan komersial. Pada aku lesen macam tu lagi senang kan ?

3. Tetibe keluar ‘pop-up’

agak terkejut bila aku nak buka URL pada tab baru, keluar ‘pop-up’. Aish,pelik sungguh. Yang senyap je kira ok lagi, ada yang keluar pop-up dengan bunyi “ding!!” . Masa tu aku punya dua pilihan nak bersabar atau klik pangkah.. hehe..
Kalau tengah tak sibuk ok la kan, tapi kalau rasa banyak benda nak dibuat, tambah pula line internet
buat hal, kemudian ada pula pop-up selain widgeo... Lemah semangat ni nak membaca.. ==’

Ini pandangan peribadi aku, dan aku rasakan lebih mesra alam kalau tetikus aku boleh menjalankan fungsinya tanpa kecacatan. (^_^)

*nota kecik : modifikasi di blog adalah kehendak empunya blog..

1000
28 Jun 2010
rumahku..


14 comments:

En. Epai said...

ada orang suka ada orang tak suka...macamana? inilah dinamakan manusia.....
salam ziarah

izwanyusof said...

yup..benar...
kelainan pendapat adalah keunikan manusia..

disitu bermula perkongsian pengalaman..

salam ziarah kembali.. =)

yebbit + . + said...

saye juga.

kadang2 kite nk share the info with others, tapi not allowed plak.

for sure kite akan link kan the owner skali.

otomaticcaly, dy di promot skali, ayte?

izwanyusof said...

yup,dah amik mesti link balik kat owner..
karang tak pasal-pasal kena marah..hehe..

respect skit kat blog yg diambil entri..melainkan kalau dia tak kasi amik,pn kne respect kat privacy dia.. =)

you may like this Panduan menjaga hardware laptop

yanmie said...

Salam,

saya sendiri tak suka fungsi disable right klik, sebab saya even buka blog sendiri pun suka buat open new tab. senang sikit saya nk refer entry lain2 kt blog. mcm tu jugak dgn blog kawan.

tp klu mmg dia x bg xleh nk buat apa lah, respect apa yg dia nk :) tp tulah blog tersebut x berkembang, duduk mcm tu je sbb xleh nk share ke nak bg kredit ke kat dia..

Cikbelog said...

agak kurang suka gak pop-up 2..tp, masing2 ada cita rasa kan ;)

Frantz-Senpai said...

Hurm, ye... agak menyakitkan limpa bila tetiba keluar pop-up dan terus je pangkah bila keluar widgeo. Aku lagi suka letak creative common dari letak anti copy paste. Lagi pro

syahrilhafiz said...

erm tak tawu la aku asal nak disable right click nih..pelik bin benar betul..
tapi tu pun salah satu tak nak bagi gambar2 ape ke dikebas orang...

izwanyusof said...

to yanmie :
yup,respect the owner.. =)

to dunspeak :
betul2,citarasa masing2.. modifikasi blog hak tuan blog tersebut.. =)

to Frantz :
hoh?.. limpa?.. (@_@)

to syahrilhafiz :
ada banyak tutorial pasal ni, menjaga privacy gambar juga satu sebabnya...

Affan Ruslan said...

Salam ziarah bro.
Kalau right click tu, sllunya aku tekan CTRL+Left click, tak kesah lah right right click disable ke tak.

kuih dorayaki said...

erm..mmg kdg2 menyusah gak buat bende alah nie..tp tu lah pasai..
blog masing2..suka hati diorang la nak buat cam ne..
tp yg pasti,klu org copy nyer dia post,maknernyer penulisan dia tu mantap la..

bangga weh..

izwanyusof said...

to Affan :
wa'slm..
ctrl + left click ?.. camne tu?..pe functionnyer ek?

to kuih dorayaki :
dah ada org copy entri kamu ke?..hehe

kuih dorayaki said...

ada..tp xpeduli pun sal bende alah nie..

tp td bru jer pi blog ariff..

berbisa la jugak bila baca post dia..

izwanyusof said...

to kuih dorayaki :
berbisa ?.. haha..blog dia mantap gak..