Showing posts with label wordpress. Show all posts
Showing posts with label wordpress. Show all posts

07 February 2011

Review Blog dan Menang RM 50 Top Up, Hosting + Domain Free 1 Tahun

Pakej hosting lengkap tajaan FIVIO Enterprise – Absolute Internet Freedom. Seperti yang sedia maklum, blog aku tengah running satu contest, Jom Review izwanyusof[dot]com. Disebabkan tarikh tutup contest tu nanti aku amat sibuk dengan exam, contest ni dilanjutkan sebulan lagi dan yang menariknya hadiah bertambah HEBAT !

Apa itu Blog Review ?

Blog review merupakan entri yang dihasilkan selepas menganalisa sesuatu produk. Untuk contest ini, produk itu ialah blogizwanyusof[dot]com. Korang boleh bedah siasat, pusing-pusing kat blog ni sehingga akhir bulan Febuari dan tuliskan review korang. Review jujur, berinformasi dan memberi manfaat kepada blogger-blogger lain. Hasil review korang tu nanti boleh jadi panduan untuk blogger-blogger lain secara tak langsung berkongsi ilmu. Betul tak ? :)

Hadiah utama seperti yang sedia maklum sebelum ni,tambah nilai prabayar ( top-up ) RM 50 ke telefon bimbit anda serta Pakej Lengkap Hosting + Domain dari FIVIO Enterprise. Memang berbaloi kalau sape-sape nak mula berblogging dengan self-hosted, peluang dan ruang telah ada. Tinggal anda tentukan mahu atau tidak.

Segala maklumat lanjut tentang contest ni, rujuk 11111 – Jom Review izwanyusof[dot]com Contest. Camane? Berminat ? Klik sikit button Facebook share dengan ReTweet kat bawah ni.. Owh, kalau penyertaan menggalakkan, mungkin ada hadiah misteri menanti peserta.

*Terima Kasih kepada En. Fadhlullah Abd Rahman selaku wakil FIVIO Enterprise kerana sudi menjadi penaja.

31 December 2010

Pesanan Untuk Follower Blog Saya. Widget Follower Baru.


Salam.

Perpindahan blog saya ke wordpress sudah mencecah usia sebulan. Namun akhir-akhir ini terdapat satu masalah dimana feed blog saya tidak berfungsi bagi follower-follower saya yang terdahulu. Maksudnya mereka yang follow blog saya sebelum saya bertukar ke Wordpress tak dapat update terbaru dari saya.

Setakat ini tiada penyelesaian untuk itu disebabkan hal-hal teknikal, jadi saya telah membuat satu lagi widget follower untuk blog izwanyusof.com. Jika anda masih lagi berminat untuk mengetahui entri terbaru dari saya, boleh layari http://www.izwanyusof.com/blog/.

Blog ini tidak lagi diupdate melainkan ada hal-hal tertentu seperti ini. Sekian, Terima Kasih =)

- izwanyusof

26 November 2010

Blog Ini Telah Berpindah Ke Tapak WORDPRESS.


Pengumuman malam hari.
Setelah 4 hari aku bersengkang mata ( tak sangat pun.. haha ) mengadap laptop akhirnya siap sudah blog aku di wordpress. Tercapai impian menggunakan Wordpress Self Hosted.

Apa yang terjadi selama 4 hari ni ?. Ikuti kisahnya di http://izwanyusof.com.

Kalau ada sesiapa yang dah link blog aku ni, boleh tukar alamat URL tu kat bloglist. Untuk blog blogspot ni, aku tak tahu lagi nak delete ke tak. Sayang weh nak delete. Okey, jumpa di sana..

26 June 2010

Niat tukar ke domain percuma Wordpress terbatal !



Salam..

aku berada dalam domain .blogspot ni boleh dikatakan setahun lebih. Dalam jangkamasa itu, aku kurang menulis di dalam blog. Hanya tertumpu kepada programming HTML dan juga fungsi-fungsi yang terdapat pada .blogspot ini.

Akhir-akhir ini aku mula nekad untuk bertukar ke domain Wordpress..

Dah lama aku perhatikan mereka-mereka yang guna domain wordpress ini, blog lebih tersusun dan menarik. Nampak lebih professional. Plug-in di wordpress nampak lebih matang dan tidak nampak terlalu serabut.

Semalam,aku telah pun membuat satu akaun wordpress. Setakat ini masih lagi dalam kajian aku untuk mengetahui fungsi-fungsi domain percuma di wordpress.

Namun, agak mengecewakan bila aku terbaca beberapa forum mengenai domain percuma wordpress tidak lebih dari sekadar MENULIS ENTRI dan MENINGGALKAN KOMEN. Mungkin ada benarnya juga sebab aku masih lagi tidak jumpa bagaimana cara nak upload layouts dari luar. Juga untuk meletakkan widget dalam kod HTML. Biasanya, dalam .blogspot ada panel untuk HTML / Java Script tetapi di dalam wordpress aku tak tau macamana nak letak chatbox,freedjit dan lain-lain.

Menu Wordpress memang agak serabut sebab kesemua perkara dalam blog diatur dengan teliti satu persatu. Aku suka yang macam tu, lebih tersusun pada aku berbanding .blogspot, tapi kegunaannya amat terhad.

Entri di .blogspot aku boleh pindahkan semuanya ke wordpress,itu tiada masalah untuk dilakukan tetapi fungsi wordpress percuma yang terhad itu membataskan niat aku. Wordpress ni ada banyak versi yang aku masih lagi tak tahu..

Trafik Nuffnang dan Alexa JATUH ?

Itu mungkin terjadi, sebab bila aku bertukar ke wordpress semua data akan dikemaskini kepada asal. Itu aku tak kisah, duit kat Nuff tu pun baru berapa sen. Cuma agak kecewa sebab beberapa pengguna wordpress memberi cadangan self-hosting di wordpress lebih baik, bukan domain percuma.

Benarkah begitu ?
Aku nak beli domain sendiri pun, aku bukanlah blogger professional mahupun terkenal. Blog ni pun bukan ramai pengunjung.

Jadi hari ini, aku dengan tidak rela hati membatalkan niat untuk bertukar ke domain percuma Wordpress...

Kepada yang pakar dengan Wordpress, ada komen atau cadangan?. Betul ke domain percuma Wordpress tak banyak fungsi ?


*nota kecik :

aku memang suka tukar layouts blog, dah lama-lama tefikir nak tukar ke domain wordpress. Tapi dengan keadaan sedemikian.. Aish,geram aku dengan wordpress ni.. Saje hasut aku supaya masuk ke dunia self-hosting !!.. hahaha..

1441
26 Jun 2010
rumahku...