28 June 2010

Sebab selekoh tajam punca kemalangan

Salam..

Selekoh yang tajam memang ramai cakap BAHAYA !!.. kalau laju sikit je,”weh,slow sikit..slow sikit..tajam tu

tajam ?.. ada pisau ke ape kat selekoh tu ?.. hahahaha..

Bila memandu di selekoh tajam,pernahkah badan anda bergerak melawan arah selekoh tersebut?. Contohnya,jika selekoh yang diambil di sebelah kiri, bila anda melalui selekoh itu badan anda terasa ke kanan sedikit. Itulah punca kenapa kemalangan berlaku jika anda memandu laju di selekoh tajam.

Badan anda ke kanan bukan sebab ada hantu tolak, jauh sekali dendam orang minyak. Nak tahu kenapa?.. Jom kita aplikasikan pengetahuan sains dalam kehidupan !! (^_^)


...kita ada hidung tapi tak dapat nak bau kemalangan..




Lihat gambar di atas, garisan melengkung itu umpama selekoh, titik biru itu kereta anda.
Bila anda melalui selekoh, ringkasnya ada 2 daya utama yang bertindak ke atas kereta iaitu Daya Tangen dan Daya Normal.

Tangen tu umpamakan anda memandang terus ke hadapan dan normal itu ialah bahagian sisi anda.Jika selekoh di sebelah kiri,normal anda berada di kiri.

Daya tangen akan menolak kereta kehadapan dibantu dengan kuasa enjin manakala daya normal akan menolak anda keluar dari selekoh.

Apa kaitan daya-daya ini dengan kemalangan ?

F = ma


F = force m = mass a = acceleration

disebabkan kita ada 2 daya, maka ada dua persamaan F = ma. satu untuk tangen dan satu lagi untuk normal. Aku tak cerita untuk tangen, takut ada yang pening. Kita lihat pada daya normal sebab tajamnya selekoh mempengaruhi daya normal.

F ( normal ) = maN

Pecutan Normal
( aN ) = ( halaju kereta )*2 / jejari selekoh

*halaju kereta kuasa dua

jadi, jika kereta semakin laju, pecutan normal akan bertambah dengan dua kali ganda.
Begitu juga jika jejari selekoh itu kecil ( selekoh tajam ), pecutan normal akan bertambah.

Jadi bila anda memandu dengan laju di selekoh yang tajam, bayangkanlah berapa banyak daya yang bertindak ke atas anda. Itu yang menyebabkan anda terbabas, tambah plak kalau kereta datsun ke, kancil 550 ke kan. Itu belum lagi ditambah dengan jumlah isi kereta, lagi penuh kereta anda macam sardin lagi la bertambah daya ke atas kereta.

Moralnya, kalau nak buat drift tu,jangan pandai-pandai. Mereka yang buat drift tu ada hukum fizik lain yang menyebabkan kereta meluncur laju di selekoh tajam. Pensyarah aku pun tak terangkan sangat masa aku tanya pasal drift sebab tak masuk silibus final exam.. huahahaha..

Kalau tak paham persamaan fizik di atas tu, takpe.. Cuma ingat ni je !!

selekoh tajam + berat kereta + halaju kereta = kemalangan.


... sayangi keluarga ...


*nota kecik :
- tetibe plak nak bukak cerita sains ni.. mimpi ke ape aku ni?.. study malas..hohoho
- cerita ni aku paling suka masa dalam kelas, lecture cerita real giler.. kelas dynamics je aku tak pernah tido.. kelas lain aku (-.-)
- tegur aku kalau fakta ni ada kekurangan


1832
28 Jun 2010
rumahku..


11 comments:

Amirah bte. Norjali said...

dah belajar fizik da kat sini

zarep said...

perghh..dynamic nih..hahaha

izwanyusof said...

to Amirah :
fizik berada di mana-mana,di sekeliling kita.. =)

to zarep :
sikit2 je celoteh..haha

MAZA AMFOTERIK said...

hm..bgs ko wan..mcm2 gy post ko..lptop,ipt, selekoh...byk idea ko..

izwanyusof said...

to MAZA :
ikut orang gak,kalau ko spesifik dalam tarbiyyah,ko kne tulis byk info pasal tu r,then promote blog ko..
aku takde spesifik genre,ikut minat aku je..hehe..
karang dah naik sem tak tau r sempat update ke tak...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ngeri~

T__T

tapi betul, konsep fizik tu~

izwanyusof said...

to Lord Zara :
memang ngeri,tu yang kena beringat..
yup,fizik berada di sekeliling kita..
(^_^)

botak said...

aku ingt aku belajar ni waktu fizik 1 kat matrix dulu..taifunisyam yg ajar aku..

izwanyusof said...

to Botak :
aku yg ajar dulu mdm. norliza zawi..
saje je refresh dynamics ni, best plak Dr. Sultan tu ngajo..

cikgu lizz said...

amboi izwan..ngalahkn cikgu plak..hehe..bagus3x..sebenarnyer kalo kite leh relate knowledge ngan alam sekitar, we will appreciate every single thing in this world..kite akan lebih rase rendah diri..dan lebih mensyukuri nikmat2-Nya...

izwanyusof said...

tak sangka plak madam masuk blog ni. hehe.. fizik ni dapat related dengan realiti best,kena cari balik tune2 camni.. btw blog saya dah pindah ke izwanyusof.com..