Salam.
Sebab atau tujuan pembinaan blog ini aku kategorikan sebagai tutorial asas kerana untuk permulaan amat penting bagi kita mengetahui tujuan sebenar membina blog. Jika tiada tujuan, maka kita akan kehilangan identiti dan menyebabkan blog itu mati begitu saja. Aku pernah mengalaminya ketika rasa macam nak padam je blog ni. Tapi, tak jadi. Hahaha..
Pernahkah bertanya kepada diri anda sebab anda buat blog tersebut ?. Mari lihat 6 sebab utama berdasarkan pemerhatian aku sendiri.
1. Blog sebagai hobi.
Menjadikan dunia blog sebagai hobi merupakan pilihan bagi sesetengah individu. Blog seumpama ini lazimnya berkonsepkan peribadi atau diari. Bagi mereka, blog digunakan untuk meluahkan segala-galanya dari persfektif mereka sendiri. Sesetengah pendapat mengatakan blog yang berkonsepkan diari ini tidak kekal lama. Aku kurang bersetuju sebab kisah hidup seseorang berbeza-beza. Mana mungkin setiap hari orang itu melalui situasi yang sama kan ?. Ya, ia mungkin akan mati jika kisah hidup itu dipandang dari satu sudut saja. Jadi, pelbagaikan kisah tersebut yang mungkin memberi pengajaran kepada pembaca. =)
2. Menjana pendapatan atau membuat perniagaan.
Bahasa mudahnya ialah buat blog sebab nak buat duit. Ini merupakan salah satu punca yang boleh dikatakan ramai orang bertujuan sedemikian. Yelah, mana ada orang tak suka duit kan? Pendapatan dapat dijana dengan mendaftarkan blog di syarikat-syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, Google Adsense, Youthsays dan lain-lain. Sebab tu entri pasal cara tingkatkan trafik biasanya mendapat hits tertinggi. Namun, ada juga yang meletakkan gambar-gambar atau tajuk berunsur lucah bagi menarik perhatian pembaca supaya klik ke link-link tertentu, yang akan menghasilkan pulangan wang ringgit. Perlu ke begitu ?. Membangkitkan syahwat pembaca semata-mata kerana DUIT. hmm..
Para peniaga juga sekarang ini gemar menggunakan blog sebagai medium pemasaran. Pepatah moden mengatakan,”dunia di hujung jari anda”. Jadi,transaksi dan penyebaran maklumat melalui blog dilihat cara yang paling pantas dan berkesan. Dengan satu klik, pengguna boleh mendapatkan info barangan tanpa perlu bersusah-payah pergi ke kedai.
3. Memperkenalkan nama persatuan atau Badan Bukan Kerajaan ( NGO )
Organisasi persatuan juga sekarang ini lebih selesa memilih blog sebagai flatform memperluaskan objektif mereka. Baik persatuan belia, wanita mahupun badan yang bercorakkan tarbiyyah pasti akan membina blog untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat dan ahli mereka. Aku meletakkan ini sebagai sebab utama kerana aku ada membantu dalam pembinaa blog KPIJ . Mudah untuk orang ramai mengetahui latar belakang, objektif, organisasi seta cara untuk menghubungi persatuan tersebut.
4. Sumber informasi bagi laman web agensi kerajaan.
Ini perkara biasa bukan?. Agensi-agensi kerajaan akan membuat laman web sendiri untuk membolehkan masyarakat menghubungi mereka seperti majlis perbandaran, pejabat kementerian dan lain-lain. Biasanya laman web sebegini hanya untuk menyampaikan informasi saja, bercorakkan satu hala komunikasi.
5. Medium untuk berdakwah.
Dakwah juga boleh dijalankan melalui blog. Aku perhatikan blog-blog yang berunsurkan tarbiyyah ini tidak kurang hebatnya. Jika disemak Alexa Rank blog sebegini, agak tinggi juga. Ini membuktikan masyarakat sekarang sudah mula meminati blog bercorak sebegini. Bagus juga kan, internet tidak disalahguna dengan mengajak orang ke arah kebaikan. Tetapi, pastikan penulis itu seorang yang tinggi ilmunya sebab hal akidah merupakan satu perkara yang serius. Contoh-contoh blog dakwah yang aku biasa baca ialah Saifulislam.com, Ust. Zaharuddin, Langit Ilahi serta Prof. Dr. Sidek Baba.
6. Pusat tuisyen online.
Sekarang ini pembelajaran juga boleh dilakukan melalui blog. Tidak perlu menghantar anak-anak ke pusat tuisyen, hanya perlu sediakan jaringan internet sahaja. Anak-anak boleh memuatturun soalan-soalan peperiksaan,tutorial dan cara pembelajaran. Kemudian, emailkan kepada guru tersebut dan keputusan akan diketahui. Golongan di bandar biasanya memilih cara sebegini disebabkan jadual harian yang sibuk. Aku tahu benda ni pun dari pensyarah fizik aku masa kat pusat asasi dulu. Baru-baru ni ada berhubung dengan beliau dan dia menyatakan dia buat tuisyen melalui blog. Menyampaikan ilmu dapat, income pun masuk. =)
Setakat apa yang aku perhatikan jenis-jenis blogger, 6 ini yang kerap aku jumpa. Kalau ada yang aku terlepas pandang, bolehlah tambah. Tujuan membina blog ini amat penting dan menjadi perkara asas bagi mengelakkan blog anda gelap dan bersawang di hari-hari mendatang.
Konklusinya, blog anda termasuk dalam kategori mana ye ?. Jom kongsi !
*nota kecik : ini permulaan bahagian tutorial dalam blog aku ni, dalam usaha membina blog banyak perkara yang aku belajar dan mungkin boleh dijadikan kisah untuk dikongsi. Itulah yang dinamakan,”bila pengalaman menjadi kisah.. “
0040
2 Julai 2010
rumahku...
8 comments:
no1...
dunia di hujung jari-cam pernah dengar jer ayat nie
^_^
nak buat tutorial apa??
to Durakhyar :
dah agak, saje wat2 tak tau.. haha..
banyak tutorial lagi, yang simple2 je.. tu yang dinamakan tutorial asas..
owh..
nk jd sifoo jugak la nie..
haha
xper,beljar coding kat bdk enjin mesti meletup nie..
p/s:asyik2 org sm jer komen..
to dorayaki :
tak bleh,nanti ada plak entri "lawan tokey buat tutorial".. hahaha..
engin blajar coding lain r..
haha..
tak terpikir pun ea..
erk lain ker coding dak enjin??
(mn tau budak enjin bljr pe..xmbik kisah+xpeduli XP)
p/s:suda2 la posting..cek skit berat post bulan nie...
to Durakhyar :
engine sane tu blajar C dan C++ mase 1st year, nanti ada la matlab ke ape ke ntah..tgk r mecha camne..
biar r nak post menda pun.. haha
nyemak jer post byk2..
eeeeeee...
to dorayaki :
jealous !!
Post a Comment