03 July 2010

Ziarah ke sekolah lama, SMK Simpang Renggam.



Salam..

Aku baru saja selesai edit gambar-gambar yang baru aku tangkap tadi, sambil nyanyi lagu Mirwana ( rakaman vokal khas untuk diri sendiri ). Hari ni sekolah aku ada buat hari koperasi. Macam biasa la hari koperasi, pelbagai aktiviti dijalankan seperti gerai-gerai, tayangan video, cabutan bertuah, flying fox, futsal, pentanque, pameran sains dan lain-lain. Hari koperasi yang paling meriah masa aku tingkatan 2 dengan tingakatan 5. Kali ni pun boleh tahan juga la meriahnya, maju dah sekolah aku tu.

Apa yang ada bila melawat sekolah lama yer ?.


... peserta sedang sibuk dengan bot mereka ...

Aku sampai je dalam jam 11 pagi terus masuk dewan dengan member aku, Hakem. Jumpa dah seorang cikgu, Puan Norazah bt. Beduroding. Masa tu kat dalam dewan ada pertandingan bot, cikgu Azah kira person-in-charge la agaknya. Kalau aku tingkatan 5 dulu, ada gak aku buat pameran robotik Lego, masa tu kitorang dalam persiapan untuk pertandingan Olimpiad Robotik Lego.

Cerita tentang cikgu Azah ni, peh !! Satu sekolah kenal dengan dia punya garang tu. Berketurunan bugis, memang agak garang. Sape kelas fizik dengan dia memang kecut perut la kalau dia marah.
Pantang bagi dia bila buku nota fizik tu ada conteng-conteng kat bahagian belakang sebab buku member aku pernah kena baling ke luar kelas sebab ada contengan tu. Fuhh.. Ada juga kelas yang kena jalan itik keliling bangunan sebab ape ntah, ada la silapnya tu.

Tapi, garang-garang dan maki dia tu buat aku sedar dari mimpi. Masa tingkatan 5 dulu aku ni tak serius belajar. Bila dapat keputusan percubaan SPM teruk, lagi 2 bulan nak SPM baru aku study fizik dengan serius, duk jumpa dia hari-hari sampai naik jemu dia tengok aku ni. “ Awak ni, berapa kali saya nak terangkan, tak paham-paham lagi ke?”, memang tak lupa ayat tu. Hahaha. Tapi ada juga la hasilnya dengan kena marah masa sekolah dulu. Moral, jangan benci cikgu garang. (^_^)

... semangat Piala Dunia 2010 ...







Macam biasa, kalau nak beli barang kena beli kupon dulu RM 5. Transaksi akan guna kupon untuk barangan yang murah. Kalau nak beli buku ke,penapis air mahupun sebuah kereta Proton tu lain cerita la. 3 kali pusing gak aku dengan Hakem, tak tau nak beli pe. Makanan yang biasa aku tengok kat pasar malam, kecuali gerai-gerai yang di buka oleh pelajar, ada la benda-benda pelik sikit. Contohnya, awek jepun ni.

Ada beberapa orang pelajar cina siap kimono segala duk pusing-pusing. Dengan bawak heller siap, jual benda apa ntah macam cenderahati.

Sempat juga jumpa cikgu Nor Hayati, cikgu yang ajar aku matematik tambahan dulu. Masih lagi berniaga benda yang sama setiap kali aku jumpa dia kat hari koperasi sekolah. Cincin, keychain, minyak wangi, rantai. Aku tak dapat nak beli apa-apa kat kedai dia sebab aku bukan reti beli cincin, rantai ke ape tu. Tapi tak pe cikgu, singgah tetap singgah punyerr.

Cikgu Nik Hasni, ajar aku subjek EST masa tingkatan 5. Suami dia, cikgu Madzian ajar aku Bahasa Melayu, tapi tak nampak plak cikgu Madzian tadi. Macam biasa tegur dan bertanya khabar. Biasa setiap tahun bila hari raya aku dengan member-member akan ke rumah dia. Raya ke 4 mesti dia dah ada kat rumah selalunya.
wan, kalau nak borak-borak panjang datang la rumah”
“ okey cikgu, raya insyaAllah saya datang. Macam biasa”
cikgu mengakhiri perbualan sebab dia nak pergi bagi markah kat kat setiap gerai,ada pertandingan gerai tercantik .



Banyak yang telah berubah di sekolah ni, bangunan semakin cantik, dah ada gymnasium, dah boleh belah katak untuk subjek biologi sebab masa aku tingkatan 5 takde belah katak ni, peralatan-peralatan subjek kemahiran pun dah banyak. 4 tahun dah aku tinggalkan sekolah, dah tak kenal dah junior-junior sekolah ( fakta : aku memang tak dikenali ramai di sekolah ).

Akhir sekali cikgu Wan Mahera. Boleh plak dia bukak gerai main sumpit. Biasa orang main dart. Ini lain pula, bayar RM 1 untuk 2 kali sumpit. Aku mula-mula segan gak, tapi cuba je la. Belon tu tak pecah tapi sumpitan aku mengena la dua-dua. Dapat hadiah yang, comel la kot untuk orang pompuan. Hahaha. Terima kasih sebab mengiktiraf kemenangan saya. Hehe..


... skill mesti kena ada ...


... sasaran yang mesti pecah !! ...


... inilah hadiahnya ...

Dia ni cikgu kaunseling, budak-budak kelas aku yang laki ada gak la kena ‘basuh’ dengan dia. Aku pun sama, tapi masa tu aku yang cari dia. Otak buntu masa awal-awal tingkatan 5. Pernah aku cerita kat entri aku yang dulu-dulu pasal ni. Kira dah lepas sekolah ni setiap tahun memang datang jumpa dia gak duk borak-borak.

Fuh, penat dan puas hati. Dapat jumpa cikgu-cikgu dengan member-member. Paling best sebab menang sumpit ni la. Hahaha. Nanti kat entri selanjutnya aku ceritakan lagi satu konsep fizik, “ projectile motion” yang aku aplikasikan semasa menyumpit tadi. Fizik itu seronok bila diaplikasikan dalam kehidupan sebab dimana-mana ada fizik. =)


... Galeri Zaa'ba. Masa tingkatan 4, kelas aku belajar kimia kat sini 3 jam sebab nak cover silibus. Tajuk susah plak tu, berasap aku belajar kimia ni ...


*nota kecik : tak jumpa ramai member la sebab dah bulan julai ni, semua dah balik kampus masing-masing. Aku dengan hakem je balik minggu depan.


Cikgu yang aku tak jumpa lagi, cikgu Rosita ( sejarah tingkatan 3, agak rancak perbualan kalau jumpa dengan dia ), Ustazah Siti Azline ( istimewa sebab dia ajar bahasa arab batch aku sejak kami tingkatan 1 sampai tingkatan 5, 5 tahun dia jaga kelas kami, nakal-nakal setiap sorang dia dah tau dah ) dan ramai lagi nak jumpa, mungkin di kesempatan lain.

1543
3 Julai 2010
rumahku...

2 comments:

Mohamad Nor Fais Mohd Azali said...

salam.. wan, ak g gak hr kantin td dlm kol 11..
tp xd plak terperasan ko di situ bersama2 ngan hakem~~

izwanyusof said...

to Fais :
aku nampak ko ngan yus tadi dari jauh, masa tu aku ngan hakem tengah duduk2 kat galeri zaaba tu..penat berjalan.. ehehe..

ble masuk kuantan ni?..esok?