26 June 2010

Niat tukar ke domain percuma Wordpress terbatal !



Salam..

aku berada dalam domain .blogspot ni boleh dikatakan setahun lebih. Dalam jangkamasa itu, aku kurang menulis di dalam blog. Hanya tertumpu kepada programming HTML dan juga fungsi-fungsi yang terdapat pada .blogspot ini.

Akhir-akhir ini aku mula nekad untuk bertukar ke domain Wordpress..

Dah lama aku perhatikan mereka-mereka yang guna domain wordpress ini, blog lebih tersusun dan menarik. Nampak lebih professional. Plug-in di wordpress nampak lebih matang dan tidak nampak terlalu serabut.

Semalam,aku telah pun membuat satu akaun wordpress. Setakat ini masih lagi dalam kajian aku untuk mengetahui fungsi-fungsi domain percuma di wordpress.

Namun, agak mengecewakan bila aku terbaca beberapa forum mengenai domain percuma wordpress tidak lebih dari sekadar MENULIS ENTRI dan MENINGGALKAN KOMEN. Mungkin ada benarnya juga sebab aku masih lagi tidak jumpa bagaimana cara nak upload layouts dari luar. Juga untuk meletakkan widget dalam kod HTML. Biasanya, dalam .blogspot ada panel untuk HTML / Java Script tetapi di dalam wordpress aku tak tau macamana nak letak chatbox,freedjit dan lain-lain.

Menu Wordpress memang agak serabut sebab kesemua perkara dalam blog diatur dengan teliti satu persatu. Aku suka yang macam tu, lebih tersusun pada aku berbanding .blogspot, tapi kegunaannya amat terhad.

Entri di .blogspot aku boleh pindahkan semuanya ke wordpress,itu tiada masalah untuk dilakukan tetapi fungsi wordpress percuma yang terhad itu membataskan niat aku. Wordpress ni ada banyak versi yang aku masih lagi tak tahu..

Trafik Nuffnang dan Alexa JATUH ?

Itu mungkin terjadi, sebab bila aku bertukar ke wordpress semua data akan dikemaskini kepada asal. Itu aku tak kisah, duit kat Nuff tu pun baru berapa sen. Cuma agak kecewa sebab beberapa pengguna wordpress memberi cadangan self-hosting di wordpress lebih baik, bukan domain percuma.

Benarkah begitu ?
Aku nak beli domain sendiri pun, aku bukanlah blogger professional mahupun terkenal. Blog ni pun bukan ramai pengunjung.

Jadi hari ini, aku dengan tidak rela hati membatalkan niat untuk bertukar ke domain percuma Wordpress...

Kepada yang pakar dengan Wordpress, ada komen atau cadangan?. Betul ke domain percuma Wordpress tak banyak fungsi ?


*nota kecik :

aku memang suka tukar layouts blog, dah lama-lama tefikir nak tukar ke domain wordpress. Tapi dengan keadaan sedemikian.. Aish,geram aku dengan wordpress ni.. Saje hasut aku supaya masuk ke dunia self-hosting !!.. hahaha..

1441
26 Jun 2010
rumahku...

13 comments:

Frantz-Senpai said...

beli dulu webhosting kerana lebih baik pakai wp self-hosted.. nak pakai webhosting sy tak?

email kat sy kalau berminat : ak4allz@live.com

fauziah hanum said...

tu la...kan dah kata..

erk tbe2 rasa nak pi usha wordpress lak..

izwanyusof said...

to Frantz-Senpai :
belum terfikir nak self hosting..tapi tawaran yg menarik.. =)

to Dur :
mane r tau..
haa,g r usha..tukar skali ehh..

Frantz-Senpai said...

wp domain percuma memang TAK BEST! Aku dah ada seorang kawan (syahrilhafiz.com) dan aku hasut dia supaya pakai wp-self hosted. Dia terima hasutan aku dan tak pndang belakang dah bro.. nak pakai, roger aku.. ko cuma cari domain je (beli).

fauziah hanum said...

xkuasa nak tukar..
duk mengadap WP berjam2 nak faham..
baik makan+tgk tv

izwanyusof said...

to Frantz :
ok beb.. kalau aku dah siyes nak blogging aku roger..

to Dur :
duk ngadap?..dah ada ke WP ?..

fauziah hanum said...

dah lama ada...
tp xaktif..

bukan setakat WP..BYK LAGI DOMAIN,,
brevenet,journal,livejournal byk tp yg xtfnyer blogspot jer..

hehe

syahrilhafiz said...

@ frantz hoho..dia ini lah yang hasut aku supaya pakai wp self host dan lepas itu aku mimpi..fulamak trima kasih frantz..haha


@ mohh izwan serius bro...berkat wp nih aku tak pandang belakang dah, kira apa serius tak serius janji kepuasan itu ada...baik bro ankat je wp..tak pun emel kat sy cam mana sy boleh terankatnya wp ini..

emel : xchainz_91_apis [at] yahoo.com

izwanyusof said...

to dur :
peh..memang senior dlm blog r,ok2..sy tak lawan tokey..cuma lawan berat blog je.. hehe..

to syahrilhafiz :
komen yg membuat aku terbakar-bakar nak self-hosted .. hahahaha..

lek2 dulu,aku ada benda lain nak dibeli.. thanks 4 comment.. =)

syahrilhafiz said...

@mohd izwan haha mikir apa lagi...beli benda apa..heee..
murah je..pakai hosting dr baitulbytes macam sy..macam2 pakej ada..
semua the best, diorg mmg laju buat kerja..


p/s berkat si frantz tu la bnyk membantu sy...wp memang best!!!

izwanyusof said...

to syahrilhafiz :

pe yg special bila self hosting ek?
kalau wat,pe yg perlu kite tau mcm cara nak arrange website,byar n lain2 yg penting?

Kaymama said...

betul la awak, saya pun lalui perkara yg sama, so blog wordpress sy tu terbiar gitu je, & saya terus dgn blogspot...

Kaymama said...

saya folow awk... letak la shoutbox... boleh jerit2... jom singgah blog saya :

http://kaymamablog.blogspot.com