09 February 2010

Alhamdulillah Syukur.. B.Eng in Mechatronics Engineering


Permulaan hari isnin ini, 8 / 2 / 2010 .. hari yang memenatkan..

tetapi rasanya baru hari ini aku merasakan betul-betul gembira.. senang hati dan sebagainya..
kertas mid term dynamics pembuka ceria aku pada hari ini…
sungguh tidak aku jangkakan keputusannya.. sebab aku tahu aku melakukan dengan amat teruk untuk soalan yang akhir dan kedua akhir.. bila lect menyebutnya aku lantas berkata, “ hah !??..biar betul ?? “.. beliau membalas, “ why??..you deserved to get more ??”.. aku tergelak.. sebab aku mahu nyatakan,” I thought I’ll not pass this mid term”.. Alhamdulillah.. ia penyeri sebab aku tahu paper-paper yang lain memang teruk.. tak mengharap pun sebab study pun blur-blur.. harap boleh lulus untuk calculus, electronics dan OOP.. namun, ini bukanlah masa untuk terus bergembira dan berkhayal dengan penuh keyakinan sebab pengalaman aku di Pusat Asasi walaupun mid term Calculus 2 amat baik, namun akhirnya final hanya dapat gred yang teruk..

cukup-cukup aku ingat peristiwa itu.. terlalu yakin, membawa padah yang amat bahaya… apa yang ada perlu berhati-hati dan usaha lagi.. kerana aku hanyalah pelajar biasa dengan kemampuan yang biasa.. usaha berdasarkan dengan kesedaran tentang di mana tahap kita… kalau diri ini biasa-biasa je nak study ikut cara budak genius, hmmm.. payah r.. hahaha…

kedua.. aku mendapat call tengahari tadi dari seorang rakan..

“ wan !!..ko dah check result major lum??”
“ blum lagi, dah kuar ke??”
“ dah,kat office student affairs”
“ ko dapat r pe yang ko nak??..auto??”
“ha’ah,karang dah check gtau r”
“okey….”

dengan penuh ketidaksabaran aku dan roommate aku, naz nak pergi tengok result prmohonan majoring… kalau boleh time tu gak nak gerak,



tapi rilek dulu.. mandi-mandi dulu solat zuhur baru gerak sekali nak g kelas….

Kegembiraan bertambah bila melihat keputusannya..Syukur sekali lagi.. cita-cita aku sejak dari tingkatan 5 telah memasuki jalannya.. Mechatronics Engineering.. Aku macam tidak percaya.. melihat board biru itu beberapa kalu untuk memastikan aku tidak tersilap.. 0914757.. MCT ..


Sejak dari tingkatan 5 aku merancang untuk belajar di UIAM dan mesti dimulakan di pusat asasi uiam dalam bidang kejuruteraan dan mengambil pengkhususan dalam mekatronik.. aku tidak menyangka laluan hidupku tepat dengan perancanganku… dulu aku ingin ke matrikulasi negeri Sembilan, juga permohonan diterima tetapi aku memilih UIAM.. Ini semua telah tertulis .. aku tahu.. Cuma kadangkala aku terfikir aku dapat apa yang aku impikan.. apakah petandanya ??.. kadangkala terlintas secara tiba-tiba… pernah terfikir jika aku tidak dapat apa yang aku inginkan, bagaimakah aku??...mampu menghadapinya??..

pernah juga terjadi bilamana dalam 5-6 permohonan biasiswa sebelum ke UIAM Gombak tidak ada satu yang berjaya, aku terima dengan terbuka.. mungkin belum layak bagi aku… jika ada peristiwa lain akan datang, aku tidak dapat apa yang dirancang, mampukah aku menghadapinya??..aku tidak tahu….

apa yang ada sekarang ialah peluang.. yang aku tidak boleh sia-siakan.. aku ada perancangan sendiri bidang mana yang aku mahu ceburi jika selepas tamat pengajian atau jika ingin menyambung ijazah sarjana… tapi itu tdak perlu diberitahu.. cukup sekadar berada di dalam diari maya aku sendiri.. kerana apa yang aku ada sekarang masih jauh untuk dikecapi.. dalam masa yang ada ini macam-macam boleh terjadi.. setiap keputusan selepas ini akan menjadi lebih mencabar… yang aku tahu, aku berada di jalan yang aku cita-citakan dahulu.. tidak boleh dipersiakan…

Mudah-mudahan aku pernah tidak lupa untuk bersyukur terhadapMU Ya Allah atas apa yang berlaku.. walau apa pun, perancangan manusia itu tidaklah sehebat perancangan Ilahi… tetapi harus berusaha untuk perkara yang lebih baik..
untuk diriku…………….

jam 1912
08012010
Mahallah Uthman

4 comments:

cik dur said...

tahniah!!!

doakan kita dapat archi lak..
pure architect

izwanyusof said...

thanks..

always pray for all my friends to achieve what they want to have..

faaizz d. zul said...

pergh, robotic.
w00t w00t!!!

izwanyusof said...

autobot ! transform !... tet..tet..tet..