Hidup = Pilihan
Salam.. mata tidak boleh dipejam lena membuatkan aku kembali membuka laptop yang baru 15 minit ditutup.
Kembali melayari internet, terasa mahu menulis sesuatu yang secara khususnya untuk diri aku sendiri.
Masih kabur dalam mencari tajuk, buntu memikirkan bait-bait kata yang hendak aku tulis.. Membuatkan aku mahu mencari gambar yang sesuai dahulu. Sesuai?.. aku tidak tahu gambar apa yang hendak dicari.
Laman web Deviant Art sering aku kunjungi akhir-akhir ini. Banyak gambar menarik yang boleh diperolehi. “Keputusan”, “Decision”, “ Serabut” antara kata kunci yang aku masukkan untuk memilih gambar. Tidak aku temui gambar yang menarik, kemudian tergerak untuk menaip “pilihan” sebagai kata kunci. Lalu aku menemui gambar seperti di atas.
Hidup = Pilihan. Rekaan yang cukup ringkas tetapi kenapa aku rasakan macam bermakna?
Apa kaitannya dengan apa yang aku rasa untuk ditulis ketika ini?
Tidak perlu dirumitkan persoalan, aku teruskan menulis.
Menjalani kehidupan sejak awalnya memang tidak boleh lari dari pilihan. Kita perlu memilih untuk itu, ini , di sana,di sini, mereka mahupun kami. Melibatkan banyak perkara,banyak situasi, banyak keadaan.
Kadangkala pilihan menjadi rumit, terutama bagi orang yang agak
Teringat dahulu selepas SPM 2006, memilih ipt mana yang hendak aku teruskan pengajian salah satu keputusan paling sukar.
Penilaian demi penilaian,pertanyaan diajukan kepada sesiapa yang berpengalaman. Namun aku hanya mengikut gerak hati. Bila aku rasa hendak melakukan itu, itulah yang menjadi pilihan aku.
Owh.. cerewet dan terlalu memikir dengan banyak..Tapi tidak boleh diamalkan untuk sesetengah perkara kot.
Namun, ada sesetengah perkara yang jika kita memilihnya, ia amat menyakitkan tapi ia punya kebenaran. Punya kebaikan. Tinggal diri kita saja untuk mencorakkan pilihan itu agar boleh menyantuni semua orang. Sukar bunyinya, sukar lagi jika mahu dipraktikkannya. Malu? Bersalah ? Tidak berani ? . Perasaan yang hadir bila pilihan itu kita rasakan akan memberi kesan negatif pada orang yang mendengar. Kita berperasaan begitu,namun dalam hati kita,ia adalah terbaik untuk semua. Bukan mudah untuk membina kekuatan bagi menyatakannya kerna kekuatan itu mungkin hadir pada awalnya atau mungkin di minit akhir. Namun ia perlu diteruskan.
Situasi yang sukar ini,perlukan sikap berterus terang agar segalanya jelas tanpa satu pun keraguan atau rasa tidak puas hati. Emosi perlu dikawal kerana keputusan atau pilihan dengan emosi natijahnya penyesalan di kemudian hari. Senangkah mengawal emosi?. Kelihatan sukar namun di situlah masa memainkan peranan agar boleh berfikir dengan jauh dan tenang. Pilihan yang dilakukan, cuba juga untuk menyantuni ramai orang semampunya.
Untuk aku, lebih suka mengikut gerak hati jika ingin melakukan sesuatu. Dan perlu tenang dalam mendengar pendapat orang lain. Itulah pengalaman.
Benar, ketenangan itu boleh dicari.
*nota kecik :
- pernah berasa serba salah juga dengan pilihan yang dilakukan,namun segalanya telah terjadi, apa yang dilalui sekarang mesti diteruskan.
- sedang belajar untuk tenang,untuk aku ia agak sukar. Tenang seperti Si Tenang.
- ini bukan sesi motivasi,hanya sekadar nukilan aku secara tiba-tiba. Terasa lega bila telah menulis di sini. =)
0205
18 Jun 2010
rumahku..
No comments:
Post a Comment