24 June 2010

wayang ? bowling? hari Rabu memang sesuai !



Salam..

Dua benda ni kalau pergi shopping complex atau lepak dengan member memang dikira perkara wajib la..

Bowling dengan menonton filem di pawagam.

Tapi,kalau nak buat dua perkara ni masa hujung minggu, pada aku tak payah la. ( biasa budak-budak sekolah je yang buat.. hehe )

hari Rabu tu secara am je..tapi rasa baik juga hari Rabu sebab :

1. tengah-tengah minggu

bila berada di tengah minggu ni, macam tak ada benda sangat nak dikejar. Kalau hari Isnin tu, awal minggu macam sibuk. Jumaat pula mungkin ada program lain untuk hujung minggu. Jadi gunakan hari bekerja terutama mereka-meraka yang sedang cuti semester.

2. Lengang dan tenang

Waktu tengah-tengah minggu ni, jalan tak sibuk, cuaca tak panas ( cuaca d Johor sekarang ) dan tak sesak berbanding hujung minggu.

Yang penting kalau mereka yang tak pandai main bowling atau juara longkang, pergi waktu macam ni. Dalam jam 11 pagi. Masa tu kat pusat bowling yang ada cuma cashier dan pekerja am pusat bowling. Jadi tenpin masuk longkang banyak kali pun tak de la malu sangat. =)

Wayang pula cukup mudah. Beli pagi-pagi untuk tayangan waktu petang mesti banyak tempat duduk kosong. Boleh duduk tengah-tengah nak elakkan sakit tengkuk. Kalau pergi hujung minggu,dah la kena beratur panjang, sampai kat kaunter, tiket filem box-office dah habis dijual. Kalau ada pun tinggal tempat duduk depan sekali. Tak ke macam nak patah tengkuk.

Ini cadangan aku sebab pagi tadi baru lepas buat dua perkara ni. Memang senang dan santai. Tak perlu beratur panjang. Masuk longkang atau terlajak ke lane sebelah pun tak de sape nak ketawa berdekah-dekah melainkan member kita sendiri.


*nota kecik :

- main 2 round,jadi juara pada pusingan kedua. Nasib baik tak lawan dengan member yang pro bowling.

- Karate Kid memang best. " karate is to make peace with enemy - Mr. Han ( jackie chan ) "

0040
24 Jun 2010
rumahku..

2 comments:

Mhamdan said...

hari mana2 pun sesuai...:)

izwanyusof said...

yup..bergantung pada individu.. =)