30 June 2010

entri lama yang dipinggirkan



... picture by ArtistWithin.Deviantart ...

Salam.

Kekerapan seorang blogger mengemaskini blog mereka setiap hari kadangkala menjadi kayu pengukur pembaca. Ada blog yang dikemaskini sekali sehari, 2 kali sehari malahan dikemaskini setiap jam pun ada.
Sememangnya pembaca meminati blog yang kerap dikemaskini ( tapi isi blog itu yang utama ), namun jika kita kerap post entri-entri baru,apakah kita ingat kembali akan entri-entri lama dahulu? Apakah ia dipinggirkan begitu sahaja ?


Petang tadi, aku mengemaskini label-label setiap entri di blog ini. Ada sedikit gangguan bagi orang yang cerewet macam aku sebab bila aku letak label [ coretanku ] dan coretanku, ia akan diklasifikasikan sebagai dua label berbeza. Jadi aku pun mengubah satu persatu.

Ketika mengubah setiap label yang berada di entri-entri yang aku post dua atau setahun yang lalu,sempat juga aku membacanya seketika. Cerita ketika di pusat asasi, lepas aku habis exam, pergi mandi sungai dengan rakan-rakan, menyiapkan assignment C programming dan lain-lain. Membacanya membuatkan aku tersenyum seketika. Terkenang kenangan lalu itu menyeronokkan. Tambahan pula dengan corak blog peribadi dan umum yang aku pilih ini, banyak entri aku, aku ceritakan dari kisah hidup aku sendiri.

Lalu aku terfikir, kenapa aku tidak melihatnya sebelum ini, kenapa entri-entri lama ini semakin dilupakan. Apa yang ada dengan yang lama?

Sebenarnya, yang lama itulah permulaan kita. Tiada yang lama, maka tiada yang baru. Melihat entri-entri itu, aku melihat diri aku sendiri. Bagi blogger yang memilih tema peribadi ini, lazimnya apa yang ditulis, itulah diri dia. Perhatikan blogger yang mempunyai latar belakang tarbiyyah yang banyak, setiap entrinya pasti diselitkan unsur-unsur kerohanian. Apa yang ditulis di dalam blognya, ialah dari segi pemikirannya. Mungkin benar kata blogger ariff, biasanya orang yang pendiam ini lebih banyak berfikir dan berkata-kata di blog, orang yang banyak cakap pula hanya bercakap tanpa berfikir.

Jadi, bila membaca entri lama aku, aku melihat yang diri ini sudah banyak berubah. Menjadi lebih positif atau negatif, aku tidak tahu. Namun, kadangkala aku rindukan diri aku yang dahulu.

*nota kecik : kalau orang tanya kepada anda,”ko yakin ke boleh berubah?” dan anda menjawab tidak, itu ialah penipuan sebab setiap saat anda telah berubah.

- malam ni Showdown 2010 top 5 la beb !!.. support Wakaka Crew & HMC Phlow Crew !! Yeah !!

... picture by google images ...

2004
30 Jun 2010
rumahku...

No comments: