23 June 2010

bukan Piala Dunia 2010 saja boleh jadi flatform judi.

.. art by iesnoth.deviantArt ..


90. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

91. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).

92. Dan taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul-(Nya) dan berhati-hatilah. jika kamu berpaling, Maka Ketahuilah bahwa Sesungguhnya kewajiban Rasul kami, hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.


Surah Al – Maidah : 90 -92

Salam.

Kemeriahannya dirasai, kejutan semakin bertambah dengan pasukan Perancis,Korea Utara dan juga Anelka yang telah pulang awal dari saingan Piala Dunia 2010 . England yang merupakan salah satu pasukan kegemaran aku juga bermain dengan aksi hambar.

Kegagagalan beberapa skuad terkenal dunia bukan sahaja mendatangkan kesedihan kepada penyokong, bahkan mendatangkan kemarahan kepada insan-insan yang meletakkan duit di atas nama negara-negara tersebut. JUDI BOLA.

Sibuk terpampang di muka hadapan akhbar sebuan demi serbuan. Ahh, malas aku hendak membacanya.

Aku lebih suka memikirkan,kenapa judi yang menjadi pilihan.

Cepat kaya !!..

aku bet team A menang, nah RM 10, sape lagi nak bet ?

Bermula dengan RM 10, itu jumlah yang biasa bagi taruhan kecil-kecilan,taruhan budak-budak hinggalah jutaan ringgit bagi taruhan tahap Super VVIP. Kewangan dan harta menjadi perebutan, semakin banyak harta semakin tidak cukup dirasakan. Ingin mencari cara mudah untuk lebih kaya.

Dulu,masa aku sekolah lagi aku bercampur dengan golongan-golongan yang kaki rempit dan arak. Hanya memerhati gelagat mereka ( bercampur tidak semestinya perlu mengikut ). Bila malam minggu, memang akan letak duit untuk lumba di jalan lurus ( drag ). Jumlahnya tidaklah banyak,paling minima RM 20 pun jadi,tapi sebab nak dapat duit cepat,nak kasi gempak motor apa pun sanggup.

Dalam situasi lain, sedang aku berbual-bual ada juga yang menceritakan diorang main badminton je. Tapi ada ayat berikut :

letak RM 10 kat net r, pe macam. Ada bran ?

Badminton pun boleh jadi landasan judi. Mungkin untuk suka-suka, tapi ia jelas berjudi.

Keadilan apa yang kita dapat dengan judi. Nasib yang tidak diketahui. Penindasan berlaku. Kalau menang ye kaya,bila kalah tak dapat apa pun. Sebab nak menang, mintak pertolongan dari “insan lain”. Tambah lagi satu kesilapan yang nyata di situ.

Aku bukanlah orang yang punya ilmu tinggi untuk berbahas tentang hukum yang jelas, cuma satu je aku terfikir, ia akan menjadi darah daging dalam diri. Bila aku melihat insan-insan yang bergelar ayah membeli nombor ekor, aku terfikir..

itukah yang akan diberikan kepada anak-anak mereka nanti ? “.

Rezeki untuk anak-anak dan keluarga tidak patut dari sumber haram. Isteri adalah yang dicintai,anak adalah yang disayangi, jadi bukankah perlu beri yang terbaik untuk mereka ?

Moga diri ini berupaya menangkis cabaran hebat dunia ini.

kosakata :
branberani


*nota kecik :

- TEGAR menggunakan laptop yang rosak kipasnya.
- sayu hati bila menaip entri ini, mengenangkan di mana tahap aku berada.
- ada yang tanya aku tak buat entri pasal world cup ke?. Ini mungkin satu,cuma bukanlah fokus kepada perlawanan,tetapi suasana di luar padang.
- sekadar cetusan pendapat dan pengalaman .
- Rooney M.U. dengan Rooney England jauh berbeza. Tekanan sangatkah di England?

0148
23 Jun 2010
rumahku..

4 comments:

kuih dorayaki said...

pengomen tegar:
1.semoga sentiasa berada di jln yg lurus..

2.ngee..world cup gitu..akhirnye..hehe..
xpe la sal da skit cter sal WC dah ckp la..

3.rooney tertekan sb dia mmg dah spot kena kawal ketat..kesian2..

4.sapa la yang tak suka duit erk??

izwanyusof said...

tak tau nak jawab yang mane.. haha..
hanya idea terlintas tiba-tiba je ni...

faaizz d. zul said...

betting live di warong2 bdekatan. trust me, it's everywhere, every now n then. kalau d "sini",ada satu org apek otai akan kutip d port2 tgk bola every night. kaya jgk diorg ni, 3angka beb betting.

*ko ok wan? mcm mengalami postmodern depression je XD

izwanyusof said...

tu baru warung-warung 3 angka.. kat town,feymes-feymes punye tempat?..

baik jadi datuk K..beli flat KCT 1 Rm 68K.. haha

postmodern depress?..ceh..byk r ko..

vuvuzela..vuvuzela..