Salam.
Sebab atau tujuan pembinaan blog ini aku kategorikan sebagai tutorial asas kerana untuk permulaan amat penting bagi kita mengetahui tujuan sebenar membina blog. Jika tiada tujuan, maka kita akan kehilangan identiti dan menyebabkan blog itu mati begitu saja. Aku pernah mengalaminya ketika rasa macam nak padam je blog ni. Tapi, tak jadi. Hahaha..
Pernahkah bertanya kepada diri anda sebab anda buat blog tersebut ?. Mari lihat 6 sebab utama berdasarkan pemerhatian aku sendiri.
Showing posts with label permulaan. Show all posts
Showing posts with label permulaan. Show all posts
02 July 2010
26 June 2010
Niat tukar ke domain percuma Wordpress terbatal !
Salam..
aku berada dalam domain .blogspot ni boleh dikatakan setahun lebih. Dalam jangkamasa itu, aku kurang menulis di dalam blog. Hanya tertumpu kepada programming HTML dan juga fungsi-fungsi yang terdapat pada .blogspot ini.
Akhir-akhir ini aku mula nekad untuk bertukar ke domain Wordpress..
Dah lama aku perhatikan mereka-mereka yang guna domain wordpress ini, blog lebih tersusun dan menarik. Nampak lebih professional. Plug-in di wordpress nampak lebih matang dan tidak nampak terlalu serabut.
Semalam,aku telah pun membuat satu akaun wordpress. Setakat ini masih lagi dalam kajian aku untuk mengetahui fungsi-fungsi domain percuma di wordpress.
Namun, agak mengecewakan bila aku terbaca beberapa forum mengenai domain percuma wordpress tidak lebih dari sekadar MENULIS ENTRI dan MENINGGALKAN KOMEN. Mungkin ada benarnya juga sebab aku masih lagi tidak jumpa bagaimana cara nak upload layouts dari luar. Juga untuk meletakkan widget dalam kod HTML. Biasanya, dalam .blogspot ada panel untuk HTML / Java Script tetapi di dalam wordpress aku tak tau macamana nak letak chatbox,freedjit dan lain-lain.
Menu Wordpress memang agak serabut sebab kesemua perkara dalam blog diatur dengan teliti satu persatu. Aku suka yang macam tu, lebih tersusun pada aku berbanding .blogspot, tapi kegunaannya amat terhad.
Entri di .blogspot aku boleh pindahkan semuanya ke wordpress,itu tiada masalah untuk dilakukan tetapi fungsi wordpress percuma yang terhad itu membataskan niat aku. Wordpress ni ada banyak versi yang aku masih lagi tak tahu..
Trafik Nuffnang dan Alexa JATUH ?
Itu mungkin terjadi, sebab bila aku bertukar ke wordpress semua data akan dikemaskini kepada asal. Itu aku tak kisah, duit kat Nuff tu pun baru berapa sen. Cuma agak kecewa sebab beberapa pengguna wordpress memberi cadangan self-hosting di wordpress lebih baik, bukan domain percuma.
Benarkah begitu ?
Aku nak beli domain sendiri pun, aku bukanlah blogger professional mahupun terkenal. Blog ni pun bukan ramai pengunjung.
Jadi hari ini, aku dengan tidak rela hati membatalkan niat untuk bertukar ke domain percuma Wordpress...
Kepada yang pakar dengan Wordpress, ada komen atau cadangan?. Betul ke domain percuma Wordpress tak banyak fungsi ?
*nota kecik :
aku memang suka tukar layouts blog, dah lama-lama tefikir nak tukar ke domain wordpress. Tapi dengan keadaan sedemikian.. Aish,geram aku dengan wordpress ni.. Saje hasut aku supaya masuk ke dunia self-hosting !!.. hahaha..
1441
26 Jun 2010
rumahku...
15 June 2010
Nuffnang : Iklan kedua dan Bukti untuk Aku .
Salam..
Boleh dikatakan entri tentang nuffnang ni hanya suka-suka sahaja, bukanlah penulisan yang serius tapi ia sudah merungkai persoalan aku iaitu “ betul ke ada keluar iklan dari nuffnang? “
Sebelum aku pergi ke persoalan aku yang dah lama tersimpan tu, aku tergerak untuk buka akaun nuffnang aku semalam lepas balik main futsal. Menurut seorang blogger ( tak ingat tapak blog beliau ), nuffnang akan kemaskini akaun kita setiap hari isnin, maka teringat akan kata-kata itu aku buka akaun nuff aku.
Sekali lagi kelakar sebab suka-suka pun dah naik kepada RM 0.50 . ( kepada blogger expert nuffnang jangan gelak..haha )
Iklan kedua dari Celcom Broadband World Cup. Aku tak perasan iklan ni ada, sebab dari jangka masa kempen tu berada kat blog aku, aku buka blog takde iklan pun. Geram juga, tak jumpa bukti yang nuffnang ni betul-beul keluarkan iklan. Aku tak suka fakta tapi mahu lihat bukti !!
pemikiran pelajar sains memang begini kah?
Hari ini aku buka blog lagi, terkejut juga ada poll kat sidebar aku tempat aku letak logo nuffnang. Survey yang perlu pelawat jawab kalau diorang nak jawab la. Aku pun main-main survey tu walaupun kat blog sendiri. hahaha.. Lagipun nampak macam cantik.
Aku terus tengok bahagian bawah, tempat aku letak iklan nuffnang lagi satu. Akhirnya persoalan aku terungkai.
Toy Stories 3. Aku try klik,memang pergi ke site Toy Stories 3 tersebut. Wah !.. Bukti sudah ada. Memang betul nuffnang ni ada keluarkan iklan tapi tak selalu.
Aku berpuas hati bila jumpa bukti !!
* nota kecik :
1. aku pernah jumpa blog yang ada paparkan iklan nuffnang, iklan kereta GT dengan Digi. Tapi bila aku tengok properties gambar tu, URL iklan tu hanyalah sekadar image.jpg, bermakna bukan iklan yang betul. Kurang respek aku terhadap beliau.
2. Mungkin mereka yang baru-baru nampak iklan keluar kat blog akan teruja macam aku juga ke?.. entah ye =)
3. Saksikan Toy Stories 3, 17 Jun ini.Tak pernah tahu pun Toy Stories ada berapa siri
1951
15 Jun 2010
rumahku..

3. Saksikan Toy Stories 3, 17 Jun ini.
1951
15 Jun 2010
rumahku..
09 June 2010
Nuffnang : Dapat Iklan Pertama
Salam.. Agak kelakar bila aku buka nuffnang aku hari ini, dah seminggu tak bukak, sekali bukak je tengok earning dah ada nilai..
RM 0.25 ( boleh beli gula-gula kopiko 5 biji )
ok..ok.. kalau blogger yang expert nuffnang tengok angka ni,mesti tersenyum-senyum.. gelak jangan la,aku baru lagi kat nuffnang ni.. hahaha..
Iklan dari Mister potato, aku pun tak perasan bila keluar,tapi dah tamat dah tempoh kempennyer.. betul ke ada iklan aku pun tak tau sebab memang tak pernah nampak langsung..
papepun, tak kesah la.. aku rasakan memasuki dunia blog ni kalau nak kejar duit, nanti isi blog entah apa-apa.. kerap post entri baru tapi tak menarik dibaca..
Blog aku pun takde la menarik sangat, cukup la aku puas ati dengan apa yang nak disampaikan, masih lagi belajar, bertatih lagi dalam dunia penulisan..
sekarang sedang belajar untuk cuba membuat penulisan itu ada 'ISI'..
2338
09 Jun 2010
rumahku..
28 December 2008
[ s_a_t_u ] [ p_e_r_m_u_L_a_a_n ]
bertarikh 28/12/2008..
aku baru sahaja selesai meng"update" blog yang tak cantik nie..
tengah blajar...
dan ini yang dinamakan...
[ satu permulaan ].....
aku baru sahaja selesai meng"update" blog yang tak cantik nie..
tengah blajar...
dan ini yang dinamakan...
[ satu permulaan ].....
category
permulaan
19 December 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)