30 June 2010
aku tak pentingkan trafik blog ?
Salam.
Bila bercerita soal trafik blog tinggi, ideanya cukup mudah iaitu jumlah pengunjung yang ramai. Mencecah ratusan mahupun ribuan orang dalam sehari. Tujuan utama tak lain tak bukan untuk menjana pendapatan dengan blog. Ya,itu tidak dinafikan. Pepatah moden mengatakan,”duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit”.
Itu pandangan normal, pada aku sekarang ni aku tak lawan untuk trafik tinggi tetapi lawan benda lain. Idea yang tiba-tiba terlintas bila chat dengan ‘orang itu’ semalam. Apakah yang kami pertandingkan ?
Imbas kembali perjalanan blog ini, aku mula membuat akaun blogger 2 tahun yang lalu. Masa tu,sebagai orang baru dalam blog aku tidak tahu apa-apa. Sekarang pun masih baru lagi, baru nak naiktaraf, dulu tu lagi “sengal” sikit la. Hahahaha..
Jadi,penambahbaikan aku dari segi layouts dan coding yang ringkas banyak merujuk kepada ‘orang itu’. Dia dah masuk dunia blog sejak dari sekolah menengah lagi, aku ni kira junior dia la. Perjalanan aku di blog terhenti seketika, aku bosan dan rasa nak padam akaun ( fenomena sesetengah blogger ). Jadi bermula JUN 2010 ni aku kembali aktif, banyak melakukan pembacaan tentang blogging, SEO, Alexa dan lain-lain. Cuba lihat arkib blog aku kat sebelah tu, bulan JUN ni aku paling banyak post entri. Perubahan itu membuatkan follower aku bertambah dan ranking alexa dari 27 juta telah naik seperti sekarang. Terima kasih kepada yang sudi membaca blog ini. (^_^)
Aku Ym ( yahoo mesennger ) dengan ‘orang itu’ akhir-akhir ini, saja je gurau nak lawan sape follower paling banyak dengan berat blog. Hahaha. Orang lain sibuk naikkan trafik,tapi aku sibuk benda lain pula.
BERAT BLOG
Dulu aku pernah cakap macam ni,”malas la nak g blog kamu,lambat loading,banyak widget..cuba timbang sikit blog tu”. Entah macamana dia serius pula tu !! Sekarang blog dia dah ringan dah. Masa aku guna layouts lama dulu blog aku 150kb, dia 110kb. Uish,kalah ?
Aku tukar layouts kepada sekarang ni,letak widget sikit dapat la turun kepada 90kb++, blog dia pun makin kurus gak tu 90kb++ gak. Wah,sengit !! Semalam aku buang blog list sebab nak ringan lagi, dapat la 75kb tapi blog dia pun dah turun kepada 80kb++ . Aku tak tau la dia wat pe. Betul-betul nak lawan berat ni. Hahaha..
JUMLAH FOLLOWER
Ini pun bukanlah serius,saja je suka-suka. Dia dah buat blog lagi awal dari aku,dia rasa “jealous” sebab aku post banyak entri bulan ni ditambah jumlah follower aku dah boleh “cucuk angin” dengan jumlah follower dia. Hehehe.
Katanya,follower ke 100 blog dia, dia nak bagi hadiah. Semakin hangat nampaknya ‘orang itu’ akhir-akhir ni. Bagus-bagus,persaingan sihat.
Pada aku nak klik follower ni biar ikhlas. Aku pun tak semua blog aku pergi,aku follow. Ikut citarasa juga kan?. Setiap orang tak sama.
Apa yang kami pertandingkan bukanlah perkara yang serius sampai dengki-dengki. Sekadar suka-suka dalam dunia blog. Dua perkara ni nampak entah apa-apa je kan, tapi aku rasa lagi gembira dan senang daripada lawan jumlah trafik. Ada sesetengah blog yang terlalu inginkan trafik tinggi sampaikan sanggup tiru artikel dari blogger terkenal tanpa meletakkan kredit, timbul isu hakcipta, wujud sengketa dalam blog. Kalau macam tu,mana perginya keseronokan di dalam blog ? Dicemari dengan insiden-insiden seumpama itu.
Blog aku tak tinggi pun trafik,paling kuat pun 50 hits sehari. Ala, blog ringkas je cuma lebih selesa untuk berkongsi pengalaman dan kalau ada yang punya pendapat menarik apa salahnya dikongsi kan ?
Kesimpulan pendek aku, manfaatkan blog !!
*nota kecik : nak ringankan blog ? elakkan aku buang je semua widget ni, karang yang tinggal cuma chat box je.. Ada chatbox pun dah kira untung.. hahahahaha..
1449
30 Jun 2010
rumahku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
nak kuruskan blog jugak tp tak tawu apa yg nak dibuang..tulun tulun
to meowwmania :
owh,benda yang selalu buat berat ni widget, gambar kat sidebar, blog list. layouts blog juga mempengaruhi sedikit.
boleh check berat blog kat sini, http://adysyam.blogspot.com/2009/06/blog-berat.html
cuba baca tips blogging kat sini,
http://www.aizbatucampur.com
http://yanmieonline.com/
http://fastblox.blogspot.com
http://ariffshah.com/
harap membantu.. =)
thanks..sy pun tgh meringankan blog sy ni
hehe
blog pun kene diet :D
to vangardx :
ur welcome.. mari ringan2 kan blog.. =)
to Ery Farieha :
uish!!.. penting woo dietkan blog,blog pun kne slim.. hehe
ngahahah! oraite. blog kau aku masuk ok je. takdelah berat. tak perlu lah kau nk buang semua :) haha
to Nur Su'aidah :
hahahaha..
ayat tu saje je..
tapi kalau buat pun ok gak..
broadband dah lebih quota pn leh masuk blog ni dgn laju.. =P
jom la lawan dgn aku pulak..kumpul self hosted blog yg paling bnyk..
to Botak :
blog banyak-banyak pening gak woo takde idea nak update..
Post a Comment