.. picture by pctailors.co.uk ..
Salam..
kita seringkali bimbang dan risau dengan virus-virus yang akan merosakkan system files, documents dan sebagainya.
Ada juga yang sanggup mengeluarkan belanja yang mahal untuk membeli antivirus yang terbaik di pasaran.
Itu dari segi penjagaan dalaman, dari aspek luaran laptop pula bagaimana ?
Jom ikuti panduan-panduan ini :
1. Pastikan permukaan skrin ( lid ) dan papan kekunci ditutup sepenuhnya.
kebiasaannya setelah selesai menggunakan laptop,kita akan merapatkan skrin ke papan kekunci seperti sediakala. Anda pasti ia tertutup rapat ?
Pastikan antara permukaan itu tiada apa-apa objek baik objek keras mahupun lembut. Contoh, jika ada pensil di atas papan kekunci,ia boleh membuatkan skrin anda tercalar. Lebih teruk lagi jika skrin anda PECAH !!
Semasa kita mengusung laptop dalam keadaan ada objek di antara skrin tersebut,tekanan yang diberikan adalah berbeza. Mungkin tekanan untuk memegang laptop terlalu besar, jadi ia berisiko untuk mencalarkan lapisan luar skrin laptop. Ingat !!, skrin laptop hanya diliputi satu lapisan di luarnya, bukan seperti Liquid Crytal Display ( LCD ) atau Cathode Ray Tube ( CRT ) yang mempunyai permukaan kaca yang keras.
2. Jangan mengangkat laptop dengan memegang pada skrin sahaja.
Perkara ini biasanya terjadi ketika kita sedang menggunakan laptop,tetapi ada gangguan dan memaksa kita untuk berpindah ke tempat lain. Disebabkan malas nak shut down, kita akan angkat laptop dengan memegang pada skrin.
Risikonya, tangan anda mungkin terlepas daripada skrin tersebut ataupun bahagian skrin akan longgar. Kecuaian ini menyebabkan anda terpaksa membayar sehingga RM 900 untuk membaiki skrin sahaja.
Jadi, sentiasa tutup dengan rapat laptop dan pegang dengan rapat ke bahagian sisi badan anda. Sanggup RM 900 terbang ?.. hehe..
3. Elakkan menyimpan laptop di dalam beg ketika kuasa masih lagi dibuka samaada dalam keadaan stand-by atau hibernate .
Jika anda melakukan perkara ini, kipas yang berfungsi untuk menyejukkan motherboard tidak dapat mengalirkan angin dengan sepenuhnya. Kedudukan laptop di dalam beg juga berbeza-beza. Menegak,melintang, senget dan sebagainya. Jadi penyejukan tidak berjalan lancar.
Ia mungkin mengakibatkan kepanasan yang akan merosakkan Random Access Memory ( RAM ), system board dan komponen lain di dalamnya.
Elakkan juga daripada membawa laptop dengan keadaan AC power supply, mouse, external hard disk atau pendrive yang masih belum ditanggalkan dari laptop.
4. Elakkan memusing wayar pada AC power supply atau apa-apa peralatan yang menggunakan wayar kerana ia boleh menyebabkan sambugan terputus.
5. Jangan membiarkan skrin LCD anda terdedah kepada cahaya matahari secara terus atau dalam jangkamasa yang lama. Juga jangan dibiarkan laptop di dalam kereta ketika cuaca panas kerana suhu yang tinggi boleh merosakkan skrin anda. Keadaan yang terlalu sejuk juga akan merosakkan skrin LCD tersebut.
6. Letakkan laptop di permukaan rata atau keras. Jangan sesekali meletakkan laptop di permukaan lembut seperti sofa, tilam karpet dan sebagainya. Ini penting bagi memastikan kipas dapat mengalirkan angin dengan cukup seterusnya dapat mengurangkan haba di dalam system board.
7. Jangan sesekali memasang plug dan beteri dengan serentak. Kita mungkin hendak menggunakan laptop sambil cas bateri tetapi pebuatan ini akan menyebabkan bateri hilang keupayaan untuk dicas semula. Sila asingkan penggunaan laptop dengan bateri atau dengan plug.
8. Jika berada di tempat-tempat awan, sila kunci laptop anda kerana terdapat banyak mata yang memerhati dan menunggu masa untuk “meminjam” laptop anda tanpa memulangkan kembali.
Ini saja yang dapat aku kongsikan, semoga menjadi panduan dan peringatan. Kalau rasa ada buat perkara-perkara di atas, BERHENTI SEBELUM TERLAMBAT… =)
*nota kecik :
- sumber daripada HP Customer Service
- kipas laptop aku dah buat hal baru aku tergerak nak cari info ni. hahaha..
1439
25 Jun 2010
rumahku..
4 comments:
Good tips.."peminjam" skrg ni advance sket, dorang leh detect laptop pakai ada satu spesis device utk kesan frekuensi laptop..
peh.. memang ada gak dgr tapi lihat dengan realiti lum lagi.
kat hostel aku, diorang siap pecah cermin semata-mata untuk ASUS yang baru seminggu kuar dari lowyat..
hehehe kalau bab antivirus tu tak payah risau dah sy skank..
bab hardware nih perlu titik beratkan lagi...
to syahrilhafiz :
pengguna linux,ubuntu ni memang tak perlu risau virus2 ni..
hardware memang.. kalau dh rosak,tak leh tweak2 dah.. kena ganti.. hoho..
Post a Comment