Showing posts with label coretanku. Show all posts
Showing posts with label coretanku. Show all posts

04 October 2010

Convest ’10 : IIUM Chocolate Fair 2010, Oh Coklat !!

Salam.

Hari ni baru aku berkesempatan pergi ke satu program dalam CONVEST ’10 ( Convocation Fiesta ) UIAM, iaitu Pesta Coklat. Pesta ?

Program ni dah start lama dah, hari sabtu lepas tapi aku tak berpeluang ke sana. Sibuk sikit dengan urusan duniawi yang kian banyak. Huh !

Aku pergi hari last ni dengan harapan nak dapat diskaun..

... maskot Convest '10 ...


Kalau pergi PC Fair hari last mesti banyak diskaun, aku pun harap macam tu la kat Chocolate Fair ni. Hehe.. Tapi mana ada diskaun, ada kot cuma sikit je la dalam RM 3 – 5 macam tu.

Segala cerita untuk aku di chocolate fair ni aku terangkan melalui gambar-gambar ini..

... brand luar negara rasanya, bentuknya lawa ...



... kaum wanita sedang membelek cincin, gelang.. ala,macam biasa ...



... persatuan silat cekak buat persembahan ...





Macam – macam coklat ada kat sini, semuanya keluaran tempatan, ada la satu tu dari oversea rasanya. Jenama-jenama popular yang selalu orang lain makan seperti ferrero roche, choclairs takde kat sini. Aku tak makan coklat mahal, roka yang 20 sen tu pun coklat gak. Kalau ada pun jenama mahal tu, macam la aku mampu nak beli. Ni nak cari coklat pun aku pusing 3 – 4 kali, cari coklat yang besar, sedap tapi murah !.. dah akhir sem beb,jimat bukan bermakna kedekut..

... coklat yang aku beli ...



*nota kecik : Hanya berhabis RM 10 untuk 7 bungkus coklat. Ada yang minta belanja, tengok mood la camane eh.. Hahaha

1855
4 Oktober 2010
Mahallah Uthman


03 October 2010

buta ketidakadilan depan mata

Salam.

Aku sedang dalam proses menyiapkan 8 soalan assignment linear signal and system, sikit je soalan tapi nak buat jalan kira panjang berjela. Satu-persatu belek buku nak tengok jalan kira, letih mata dan otak. Jadi aku stop kejap.

Sistem. Bukan nak cerita pasal subjek aku,sebab aku pun bukan paham sangat. Hahaha..
Tapi dengan perkataan sistem, aku teringat satu kisah. Yang mana sistem itu ciptaan manusia, tetapi bila sistem itu tidak berlaku adil, manusia duk ikut je macam lembu kena cucuk hidung..

... cute cow by Nex9k9@deviantart ...


Satu hari, aku lepak kat satu CC ni, masa tu time cuti raya dan dengan laptop takde lagi masa tu sebab meletup tu, aku pun hang out je la kat CC.

Satu jam RM 2.00. Okey, korang ingat harga yang aku bagitau ni RM 2.00.

Kat tepi LCD tu ada dicatat masa berapa lama kita guna dengan harga sekali. Nampak canggih la macam tu. Aku lepak punya lepak, sampai la masa penggunaan aku kat PC tu dah 58 minit. Nak dekat sejam aku log out la semua application yang aku bukak. Duit takde beb masa tu, lepak CC pun kena save-save la. Selesai je semua, masa yang tercatat 1 jam 1 minit. Okey, aku ke kaunter nak bayar.

... sistem yang cepat tapi ...


Aku : “ PC 18 “
Penjaga kaunter : “ RM 2.50 “
Aku : “ hah ! tengok berapa lama masa tu. Satu jam kan ? “
Penjaga kaunter : “ satu jam 1 minit “
Aku : “ so ? RM 2.50 gak ? “
Penjaga kaunter : “ Takleh nak buat apa. Sistem dia dah macam ni “

Nampak apa yang aku cuba nak sampaikan ? tambahan 50 sen sepatutnya jika guna 1 jam 15 minit. Aku hanya lebih seminit sebab nak jalan keluar dari PC ke kaunter.
Masa nak bayar tu memang aku dah panas dah. Bukan kisah 50 sen tu, tapi cara diorang menipu dengan alasan ‘sistem dah memang macam tu’. Aku bagi duit dengan muka tak puas hati sikit, terus blah.

Okey la, bukan nak cerita sangat macamana aku sakit hati dengan perangai macam tu. Why not diorang dah tahu sistem tu macam tu, buat satu keputusan lain. Sistem itu siapa yang cipta ? Manusia kan. Jadi sejak bila ada hukum alam yang mengatakan kita tidak boleh mengubah hasil ciptaan kita sendiri. Aku tekankan dari konteks hasil ciptaan manusia.

Amik satu penyelesaian, bila dah tahu sistem tu akan automatik naik harga dari RM 2.00 ke RM 2.50 bila masa penggunaan mencecah 1 jam 1 minit, jangan digunapakai harga tu. Buat cara manual, amik saja masa pengguna pakai PC tersebut. 1 Jam. Seterusnya ikut harga asal yang ditetapkan iaitu 1 jam = RM 2.00. Kalau tak boleh, leceh la katanya kan nak kira-kira manual sebab kemudahan dah ada, tukar sistem lain. Modal la sikit sebab tukar software, daripada berlaku tidak adil kepada pelanggan kemudian pelanggan sakit hati, mana lebih baik ?

Zaman kian maju. Kita kena terima perubahan pesat teknologi. Tapi takkan la kalau dah teknologi tu berlaku tidak adil kepada manusia, depan mata pun kita nak biar dan terus melihat. Sebab hak itu masih ada, pada kita.

Apalagi ketidakadilan teknologi yang akan jadi pada masa akan datang ye ?

*nota kecik : baik aku lepak CC apek je, 1 jam 15 minit baru naik harga ke RM 2.50. Virus pun takde. Hahaha.

2019
3 Oktober 2010
Mahallah Uthman.



Jubah IIUM 26th Convocation Day : makna disebalik warna

Salam..

Musim konvokesyen datang lagi !
Semalam masa aku tengok diorang pakai jubah konvo tu, gempak gak la. Untuk pengetahuan, setiap warna pada bahagian tengah jubah ini menentukan si pemakai itu dari fakulti mana.







Yellow – Kuliyyah of Economics and Management Sciences
Blue – Institute of Education
Peach – Kuliyyah of Nursing
Bight Pink – Kuliyyah of Allied Health Sciences
Purple – Kuliyyah of Architechure and Environmental Design
Black – Ahmad Ibrahim Kuliyyah Of Law
Orange – Kuliyyah of Science
Deep / Dark Purple – Kuliyyah of Dentistry
Maroon – Kuliyyah of Engineering
Cream – Kuliyyah of Pharmacy
Pink – Kuliyyah Of Medicine
Green – Kuliyyah of ICT
Grey – Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Science

Tahniah kepada senior-senior yang sudah mendapatkan skrol yang bernilai 3 - 4 tahun selama belajar di sini. Teruskan menuntut ilmu !

*nota kecik : maroon 2013 insyaAllah

0849
3 Oktober 2010
Mahallah Uthman


Gadjet & Remaja : contoh gadjet ? semua ni keperluan atau trend ?

Salam..

Sementara menunggu jam 1 tengahari, sebelum aku naik bas pulang ke uia, otak tetibe bosan. Hajat nak study thermodynamics macam tak jadi, “ owh thermo, comes to me “, ayat orang takde mood study.

Gadjet & remaja. Apa itu gadjet ?

Nak tau apakah itu gadjet, marilah kita beramai-ramai ke plaza lowyat , dekat Jalan Imbi sana. Aku fokus kepada peralatan elektronik. Di situlah terkumpul pelbagai gadjet pilihan remaja masa kini.



Dari apa yang aku perhati, remaja sekarang kalau takde benda-benda ni memang tak sah :

1. Telefon bimbit

... 3210, berminat ? ...

Of course la semua kena ada benda ni. Dunia dihujung telinga anda. Selain digunakan untuk menelefon keluarga, sahabat dan urusan-urusan penting ada juga yang guna buat main game. Yang peliknya ialah bila pelajar-pelajar sekolah boleh pakai handset mengalahkan CEO syarikat besar. Wow ! dari manakah income kamu ? Aku ada seorang member yang gilakan PDA atau smartphone. Boleh kata sejak dari pusat asasi sampai sekarang aku kenal dia, dah berapa kali setahun dia tukar-tukar smartphone. Apapun handphone amat penting dalam hidup manusia sekarang. Itu fakta zaman ini kan ?

Aku kelaskan sebagai KEPERLUAN.

2. Laptop

... kalau pakai ni gile gempak, beli EX5 second-hand dapat dua ...

Tak semua orang perlukan laptop, kalau pelajar universiti pun sesetengah je yang amat-amat memerlukan laptop. Jurusan kejuruteraan, arkitek, medikal biasanya penting. Macam aku, laptop ini digunakan untuk siapkan lab report la, design CAD la, programming la serta sedikit unsur-unsur melalaikan minda .. ==”
Tapi bagi gamerz-gamerz sejati, confirm dia akan beli custom-made dekstop sebab kepuasan grafik itu amat penting.

Aku kelaskan sebagai KEPERLUAN untuk sesetengah pihak.

3. MP3 Player.

... aku cuma mampu sonic gear je ...

Daripada semurah-murah jenama hinggalah semahal-mahal jenama seperti iPod, MP3 player dilihat memang popular selepas hilangnya zaman Walkman yang menggunakan kaset.

Biasanya kalau mereka yang amat cerewet dengan sistem bunyi, mahukan kepuasan bila mendengar muzik, mereka akan habiskan wang untuk membeli earphone yang SuperBass Surrounding yang paling high quality punya. Kalau dengar lagu tu rasa nak henjut kepala ke tanah pun ada.
Bagi yang cukup sekadar ada mp3 untuk didengar, tak mementingkan sangat sistem bunyi yang penting dapat dengar lagu.

Aku kelaskan sebagai TREND.


4. Digital-Single Lens Reflect ( DSLR )

... wishlist ...

Kamera dalam bahasa ringkasnya. Ia merupakan salah satu gadjet yang pada aku kebanyakan remaja mesti nak beli satu. Yela, pergi mana-mana mesti nak snap gambar. Time bujang macam ni la kuat berjalan kan. Lepak dengan member-member, pergi mana-mana majlis, melancong, program keluarga dan sebagainya. Kebiasaannya kamera digital yang biasa tu pun dah memadai namun penggunaan DSLR semakin popular sekarang ni. Harga pun kalau nak banding dengan kamera digital kecil macam cybershot yang paling gempak dengan Nikon D3000 misalnya, cuma tambah beberapa ratus je. Ada yang guna DSLR sebab dia memang minat fotografi, nak belajar shoot gambar cantik-cantik. Yang ni memang aku salute la, tengok cara dia pegang DSLR dah leh agak dia ada ilmu fotografi. Ada juga yang beli suka-suka sebab trend, yang ni kalau remaja dari golongan berada kebiasaannya. Gambar biasa-biasa je namun salute juga la sebab dia ada DSLR. Aku ? masih menyimpan hasrat dengan DSLR, sekarang duk merempat je pinjam DSLR member kalau dapat. Boleh gian main DSLR ni.

Aku kelaskan sebagai TREND.

5. Internet jalur lebar ( broadband )

... wayar-wayar ni dah tak main dah ...

penggunaan yang kian popular. Dulu nak beli broadband ni dekat RM 500 sebab modem yang mahal. Sekarang dengan pakej yang murah di pasaran, remaja mampu memiliki broadband dengan serendah RM 150 pakej permulaan dan RM 48 bulanan. Wow ! ( dah macam promoter plak )

Broadband digunapakai bukan sahaja golongan remaja malah golongan usahawan mahupun professional. Pak cik aku yang seorang guru sekolah rendah pun cakap broadband penting bagi dia bila menghadiri seminar atau kursus. Bagi golongan pelajar IPT, broadband digunakan untuk mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan, tesis dan sebagainya. Penggunaan email juga perlu bagi mereka yang aktif berpersatuan. Tapi pelajar IPT ni lebih banyak guna broadband untuk akses Facebook je sebenarnya. Buat assignment guna internet boleh kira dengan jari dalam satu semester tu. Lagi satu blogger, kalau kerjaya sebagai blogger broadband mest penting kan ?

Aku kelaskan sebagai KEPERLUAN bagi untuk pihak.


Cukuplah 5 gadjet yang aku rasakan penggunaannya begitu melusa dalam kalangan remaja sekarang. Kalau mereka yang beli barang asing-asing macam ni, biasanya cerewet. Handphone hanya untuk telefon dan mesej orang je walaupun ada kamera dan MP3 player. Kamera nak gambar paling jelas dan gempak, MP3 nak kualiti bunyi paling mantap, internet nak yang paling laju bila akses internet.
Sekarang kan ada telefon yang sudah merangkumi semua di atas tapi susah juga kalau semua jadi satu. Kalau nak akses internet pada masa yang sama nak dengar lagu dan balas SMS, mana mungkin dapat buat dengan handset. Smartphone pun kalau boleh buat macam tu, bateri pula masalah, cepat habis power. Kan ?

So, anda ada gadjet lain selain di atas ?

*nota kecik : mula menaip entri ini sebelum menaiki bas dan menyiapkannya ketika di dalam bas. Antara gadjet di atas, DSLR je aku takde lagi.

1552
2 Oktober 2010
Di dalam bas Sky-View Transnasional

01 October 2010

“ Dik, hati tu terlalu sayangkan dunia”



Salam..

Baru sahaja pulang dari rumah pakcik ( adik kepada abah ) bersama keluarga, melawat nenek di sana. Nenek aku dah tak berapa sihat, sebelum arwah pakcik ( pak long ) meninggal, dia la yang duduk dengan nenek aku kat kampung. Selepas arwah meninggal dunia Isnin lepas ( 27 september 2010 ), nenek tak berani tinggal kat rumah tu lagi. Lagipun agak berbahaya, monyet banyak berkeliaran. Sekarang pakcik dan abah yang akan bergilir-gilir jaga nenek.

Kesian juga sebenarnya. Itu terus-terang dari hati.

Tentang hati, aku teringat satu perkara. Ringkas je ceritanya tapi ia teguran berhemah dari seorang akak senior KPIJ masa konvoi raya dua minggu yang lalu..



Masa tu dalam perjalanan balik ke rumah, di dalam kereta. Adalah berbual-bual sikit. Sampai satu cerita, ia tentang laptop aku yang dah burn sebelum cuti raya hari tu.

“ susah la kak takde laptop, patah kaki rasenyer”

“ eh, akak ok jer.. takde pape pun.. ada laptop sampai tak tau nak buat apa “

ala,leceh sikit. Nak buat report, experiment semua dalam tu. Study lagi. Dah macam pe takde laptop rasanyer .. merempat kat komputer member-member “, aku yang sememangnya kaki komputer, photoshop, universal music listerner dan gamerz yang tak berapa handal ni terus mengeluh..

“ hmm, hati tu dah terlalu sayangkan dunia.. baru takde laptop sikit dah gelisah.. perlu lebih sayangkan Allah lagi “

Lepas tu aku terus terdiam.. Tak tau nak cakap ape lagi.. “ Terkesima “ dalam bahasa bombastiknya..

Ya, betul la tu..

Bila hati yang terlalu cintakan dunia, hilang nikmat dunia akan rasa gelisah, tak senang hati, macam masalah besar je yang melanda. Namun aku lupa apa nikmat paling besar dalam diri setiap insan, Islam dan Iman.



Aku.. Ada masa sedar, ada masa ting-tong gak paleotak ni.. Haha.. Sebab kita seringkali terleka.. kan ?

*nota kecik : bersyukur ada rakan-rakan yang saling ingat-mengingati akan hal-hal yang jarang aku nak ingati walaupun itu lagi penting..

2333
1 Oktober 2010
Rumahku..


5 bulan bersama MAXIS Broadband



Salam.

Berakhirnya bulan September menandakan aku telah pun menggunakan broadband selama 5 bulan.

Ataupun terus-terangnya, rebat aku dah HABIS. Arghh ! lepas ni kena bayar RM 48 setiap bulan.

Okey, sekarang nak cerita sikit pengalaman aku sepanjang 5 bulan menggunakan jalur lebar ini.



1. Kos pembelian

Aku memulakan karier sebagai pengguna jalur lebar ni bulan Mei yang lalu. Masa tu idea sengal datang dalam kepala nak habiskan duit ( dah takde duit, lagi nak membazir .. haha ). Bosan beb kalau nak ke CC ( cyber cafe ) je tiap hari. Lalu aku mula memilih pakej-pakej di pasaran. Pilih dan pilih ( dengan cerewet ) akhirnya amik la broadband hijau ni. Pakej yang ditawarkan RM 48/bulan untuk bandwidth 1.5Gb. Masa tu bayar RM 150 untuk rebat 5 bulan pertama. Jadi rebat satu bulan RM 30, RM 48 - RM 30 = RM 18. Aku perlu bayar RM 18 je sebulan. Jadi apa salahnya. Modem pun percuma.. Hehe..

2. Kualiti rangkaian

Kat rumah aku ni bukan kawasan bandar sangat, jadi paham-paham je la line camane. Aku perlu guna extension cable yang ada dalam kotak tu untuk cari line HSDPA. Kalau dapat line GPRS atau EDGE, baik la aku tido atau buat benda lain sebab bukan boleh pakai pun. Jadi semasa aku cuti semester dulu tu bersusah-payah aku menjalankan kegiatan blogging dengan keadaan “ langit tak selalunya cerah “. Tiba di uia, aku duduk tingkat 4, masa tu line memang mencanak tinggi. HSDPA dekat full bar. Download youtube pun laju. Tapi quota 1.5Gb pun laju gak la habis. Cuma line ni akan jadi amat perlahan bila waktu tengahari dalam 1 – 2 petang dan waktu 7 – 8 malam. Memang slow walaupun HSDPA ( suruh solat di awal waktu tu maksudnya ). Keseluruhannya, line ok dan ikut kawasan. Tapi kalau dah lebih limit jangan ditanya mengapa speed lembab.

3. Bil

Ni yang lemah ni. Hahaha. Tempoh sebulan untuk broadband aku ni dikira dari 28hb hingga 28hb berikutnya. Aku daftarkan email aku sebagai tempat untuk bil tu sampai. Biasanya bil akan diemailkan kepada pengguna dalam 1hb atau 2hb dan mesti masuk dalam kotak spam, aku pun tak tau la kenapa masuk kotak spam. Pembayaran senang je, cuma bagi nombor telefon dan siri simkad kita tu. Tak perlu print out bill yang diemail.

4. Rasa nak jual pun ada !

Haa, ini idea yang datang dah lama cuma dipendam di kalbu ( huh ! ayat ! ). Maklumlah dah habis rebat, dah sedap bayar RM 18, jual la. Bukan ada kontrak. Hahaha. Tapi tak kot, aku masih lagi menggunakannya. Nak jual dah hari tu sebab duit aku dah kritikal. Habis kat CQ 42 368 TX. Apakah itu ?. Hahaha.. Itu semua akibat entri ini. Tapi masih lagi terasa nak jual atau terminate line ni, cuma entah jadi ke tidak.



Keseluruhan, 4.03/5.00 je aku kasi kat sistem jalur lebar yang aku guna sekarang. Setakat ni memuaskan hati. Kalau sesiapa nak beli broadband, pilih je mana-mana, tak semua lengkap. Aku ceritakan pasal broadband ni tak semestinya yang ni terbaik, semua ada kelebihan dan kekurangan. Ikut la eh nak pakai mana-mana pun.

*nota kecik : malam ni perlu bayar bil untuk rebat bulan terakhir. Huh!

1647
1 Oktober 2010
Rumahku..

Ulat bas, saya nak ke kaunter ya !

Salam..

Hari ni aku balik ke rumah atas urusan keluarga.. seperti biasa naik bas dari uia ke puduraya lepas tu ke bukit jalil.. jalan jem la plak malam-malam ni ( pernah ke KL tak jem ? )

Sampai je aku kat bukit jalil, tak turun lagi ni dah ada yang menunggu kat luar pintu bas rapidKL.. pintu tu tak buka pun lagi beb.. Lepas pintu terbuka je, bertalu-talu soalan ditanya, dah macam artis popular..





Macam biasa la kan, paham-paham je la apa soalan yang ditanya..

“ nak g mane?..tanya je nak ke mana”
“ johor sekarang.. larkin “
“ bang nak ke mana.. johor sini johor “

Persoalannya sekarang, sampai bila sistem pembelian tiket bas di Malaysia ini perlu macam ni?.. terasa diganggu dan dipaksa.. antara sebab-sebab aku kurang berminat dengan situasi ini :

1. tiada privacy

Sesetengah orang macam aku ni amat sukakan privacy. Selalu balik johor mesti beli single seat. Kalau keluar bandar nak cari barang sorang-sorang gak sebab leh pergi mana-mana tanpa terikat. Dengan member-member pun ada gak. Jadi bila datang pudu tanpa ada orang bertanya tentang tiket, senang sikit rasa, terus aku ke kaunter. Aman.

2. Memaksa

Ada sesetengah penjual tiket yang seolah-olah memaksa orang untuk beli tiket dengan dia. Dibawa ke satu-satu tempat keluarkan resit, tak pun dia ikut je la kita kemana pun. Aduhai, semua orang ada hak untuk memilih. Kalau dapat yang tak pernah beli tiket kat situ, memang cun r kena tarik punya.

3. Kurang sopan

Ini satu lagi aku perhatikan. Sesetengah penjual yang golongan muda-mudi sikit, pakaian agak menakutkan. Pakaian macam budak-budak melepak sana –sini. Ada satu hari aku perhatikan mereka ni, bila orang tak nak beli diajuknya orang tu. Dia berdiri kat belakang orang tu dan buat gaya nak sepak orang tu. Orang tu tengok depan mana nampak belakang, aku ni je duk perhati gelagat mereka-mereka ini.

Mungkin tak semua berkelakuan sebegitu, aku tau. Ada je yang ok. Tapi disebabkan imej sebahagian mereka ini, ia akan dianggap sebagai masalah. Jadi, kenapa perkara ni takde solusi ?

Contoh :

1. Hias kedai kasi cun sikit

Apalah salahnya booth tempat jual tiket tu kasi naik sikit imej. Walaupun tempat tu sementara je, tak salah kasi kemas dan teratur contoh seperti satu syarikat ni. Memang aku selalu beli tiket kat sini je. Sistem pun senang, booth pun nampak professional, nak pergi pun dengan sukarela.

2. Bahasa menenangkan jiiwa



Ala, takyah formal-formal pun ok la. Cuma ucap selamat datang, layan pelanggan dengan baik kemudian akhiri dengan senyuman. Banyak dah badan-badan kerajaan buat sistem layanan ni, stesen minyak pun sama macam kat rumah aku tu. Sampai aku pun segan dia sopan sangat. Gadis plak tu. Hahaha. Sahutlah seruan iklan bahasa jiwa bangsa kat TV tu.

3. Pakaian seragam yang ceria

Faktor gak ni, pakaian. Dah nama pun kerja, mesti la kena kemas dan teratur pakaian. Imej akan ditafsir melalui pemakaian. Kalau dapat seragam semua lagi cun, baru yakin sikit nak beli. Kira yakin la syarikat tu dah kukuh.

4. Servis superb !

Servis ni biasanya aku lebih suka kaitkan dengan masa. Kalau beli tiket jam 8.30 tapi bas datang jam 9.00 camane tu ? Biar tepat pada masa baru pembeli suka. Memang tak nafi la jalan sesak, tak dapat nak sampai tepat pada masa, jadi solusinya kena susun jadual dengan awal takpun backup plan untuk ganti bas yang lewat. Kalau lewat gak, letak notis “ Maaf, bas lewat “ sebagai contoh. Tengok perkataan MAAF tu pun leh sejukkan hati. Semua perkara pun kalau servis baik, kenapa perlu pengguna memilih yang lain?


Itu cadangan biasa-biasa je dari aku. Tengah bosan-bosan duduk dalam bas, tulis pasal ni sikit. Dengan kewujudan terminal-terminal baru nanti apakah perkara ini akan selesai? Adakah sistem di Malaysia ini akan menjadi professional. Mungkin ya, dan jika ya jawapannya, sure la barang-barang kat tempat tu naik harga.. air tin RM 2.50 agaknyer.. Hehehe

*nota kecik : pulang ke rumah menziarahi keluarga, seorang pakcik barui sahaja meninggal dunia hari isnin yang lalau ( 27 september 2010 ), tak sempat nak balik awal, kesibukan melanda.

2133
30 September 2010
Dalam bas yang servis setakat ini terbaik bagi aku.

08 September 2010

Salam Aidilfitri 1431H

... untuk kenalan di UIAM ...

Salam..
Baru saja aku selesai menyiapkan e-card aidilfitri untuk diletakkan dalam laman facebook.. Habis tag rakan-rakan, aku terfikir akan sesuatu...


Penggunaan kad raya digital seperti ini seolah-olah menghilangkan suasana dan seri Aidilfitri pada waktu dulu-dulu. Dahulu, kad raya dikirim melalui pos, posmen tu boleh kata kena kerja overtime bila hari raya aidilfitri bakal menjelang. Setem-setem akan meningkat penjualannya bila hampir waktu Syawal. Kalau posmen sampai kat rumah hantar kad raya, seronok sungguh ! Satu benda yang boleh dilihat depan mata, diamati dan dihayati kata-kata di dalamnya. Masa raya penuh rumah kita gantungkan semua kad yang kita dapat kan ?

Kini, teknologi semakin maju dan ramai daripada kita memilih untuk menghantar email atau tag rakan-rakan dengan kad raya maya kita di mana-mana laman sosial. Cara itu kelihatan lebih menjimatkan masa, ringkas, tidak perlu beratur panjang membeli setem, menulis kata-kata maaf dalam kad raya. Cepat dan Mudah. Tetapi suasananya pasti berbeza jika kita mendapat kad raya dari posmen.

Namun itu bukanlah isu utama. Yang utama nilai kemaafan bila tiba syawal nanti. Bukan bermakna bila tiba aidilfitri sahaja baru minta maaf, setiap masa perlu cuma suasana aidilfitri ini berbeza. Suasana pagi syawal, takbir raya, keriuhan saudara-mara itu semua budaya dan adat masyarakat kita. Masyarakat melayu di bumi Malaysia. Itu semua membuatkan kita lebih dekat dengan diri kita yang sebenar. Tetapi ucapan " maaf zahir batin " itu harapnya bukanlah hanya cakap kosong kerana ia sudah menjadi adat. Orang sebut kita pun sebut. Tidak ! Biarlah ucapan itu dari hati yang ikhlas sebenar-benar ikhlas.

Akhir kata, Salam Aidilfitri 1431H buat semua kenalan-kenalan aku di simpang renggam, kenalan di UIAM serta kenalan-kenalan blog. Yang kenal aku dengan dekat, aku ni agak pelik-pelik sikit kah?.. hehe .. Hmm, mungkin tahun depan aku nak cuba bagi kad raya pakai setem, kena ambil alamat siap-siap la camni.. Hahaha..


... untuk kenalan di desa ...


*nota kecik :
- maaf, syawal kali ini berbeza mungkin.
- menyambut syawal ketika kanak-kanak dahulu sungguh meriah.
- tidak pernah menghadapi masalah balik kampung sebab dua-dua kampung aku berada dalam jarak 1 - 2 KM dari rumah aku.

1725
8 September 2010
di ...

07 September 2010

Kabel LAN punca laptop meletup : Episod akhir aku & laptop

Salam..
Imbas kembali, hari isnin 2 minggu yang lalu…
Aku baru pulang dari kelas waktu tengahari, dengan keadaan yang begitu meletihkan hari itu..
Sungguh.. letih entah kenapa..

Aku membuka laptop, memasang broadband dan kabel LAN ( Local Area Network, digunakan untuk menyambung rangkaian semua komputer di asrama ). Hari tu aku nak jual kasut yang baru aku beli beberapa hari lepas, sempit la pulak kan.

Aku buat iklan tentang kasut, aku post dekat LAN punya chatroom. Waktu tu guruh kuat kedengaran. Bila aku tekan ENTER untuk post iklan, “dummm !!”.. “plup!”..

Skrin laptop aku padam.. Aku pasang bateri namun tiada harapan untuk berfungsi lagi..

Maka hari itu, bermulakah episod terakhir, Izwan & laptop kesayangannya. . .





Sebelum-sebelum ni entah macam-macam perangai pelik laptop aku tu, tetapi hari itu sungguh tidak kusangka ia pergi buat selama-lamanya.

Gelabah amat la aku masa tu, lepas kena petir aku terbaring dengan paleotak yang buntu. Tidak terkeluar sebutir kata-kata dari bibir. Ikutkan hati mahu saja masa tu juga aku keluar ke lowyat tapi petang ada kelas. Mujur seorang rakan, Bob hendak menemankan aku keluar ke lowyat petang itu selepas aku habis kelas.

Bob menemankan aku dengan syarat aku ajar dia subjek dynamics. Ok saja lah demi menyelamatkan laptop aku ( tidak pasti ada harapan atau tidak ). Sambil menuju ke lowyat, aku membebel la pasal dynamics Chapter 12 dan 13 kepada bob untuk midterm dia esok malamnya. Harap-harap masuk la kat pale dia ape yang aku bebelkan tu.

“ U tolong check laptop ni, tadi tengahari kena petir “
“ okey, 8.30 I call U datang balik sini”

Selesai deal dengan satu kedai bangla kat lowyat, kami ke Time Square untuk berbuka di KFC. Sungguh, hilang selera makan aku nak berbuka hari tu. Ayam spicy KFC terasa takde cili, air coke terasa tawar macam takde gula.

Selesai solat maghrib, aku ke lowyat untuk mendengar khabar.

“itu CQ 40, U ada pasang internet ke kabel apa-apa ke tadi? Semua sudah terbakar. Motherboard, cip2 dalam semua dah habis. Kalau betulkan RM 900”

Daripada hilang selera makan aku terus jadi macam nak pengsan !

“okey2..takpe, thank you”

Aku ke sebuah kedai di Time Square, tadi bob ada survey kat kedai tu tentang masalah laptop aku ni.

“ sekarang nak tutup, tak sempat. U tinggal dulu, esok aku tengok macamane. Kalau boleh repair, RM 300”

“okey.”

Esoknya…

“hallo, U punya laptop sudah blown r. Semua habis terbakar. Motherboard, AMD processor, ATI cip semua habis. Betulkan mau RM 900 serupa U angkat laptop second-hand satu”

Maka aku mengambil laptop itu untuk disimpan ataupun di-frame-kan di dalam bilik. Syukur harddisk masih boleh digunakan dan dijadikan external. Jadi ini merupakan jawapan tambahan blog aku tidak dapat dikemaskini ketika cuti hari raya ini. . .

*nota kecik :
- ramai rakan-rakan yang bertanya,”ko pasang LAN ke masa petir tu”.. bila jawapan aku YA maka jawapan mereka,”owh, patutlah rosak semua”
- sayang sangat laptop itu sebab spesifikasi yang aku pilih khas untuk graphic editing dengan main game terutamanya. Main PES cantik gila gambar walaupun tak boleh support Need For Speed Undercover. Dah la Need For Speed Most Wanted ( game dah lama keluar tu ) aku tak complete lagi storyline.. Aish !!
- kredit kepada member yang bagi pinjam laptop untuk aku selesaikan kerja aku dan coret-coret sikit kat blog ini.

7 Semtember 2010
1053
Di …


22 August 2010

Kenali Diri Anda Melalui Warna


Salam..

Antara 4 warna ini, yang manakah menjadi kegemaran anda ?
Emas, Hijau, Biru atau Oren ?

Kalau bukan kegemaran pun, ciri-ciri dalam warna apakah yang amat sesuai dengan diri anda ?

Jom semak dan lihat !



EMAS



Emas, mereka yang bercirikan emas ini mempunyai kriteria berikut. Atau dengan nama lain, mereka ialah golongan SKEMA !! Kenapa dinamakan skema? Kerana golongan ini sangat akur dengan peraturan. Kalau peraturan kata A, A la jawapan dia..

Ciri-ciri :

- Tulang belakang atau nadi sesebuah persatuan
- Berharga seperti emas
- Setia
- Rajin berusaha
- Bertanggungjawab
- Pembersih
- Sangat tersusun
- Tepati masa dan janji
- Bijak mengurus kewangan
- Mahir dalam menyimpan rekod
- Dilahirkan sebagai pemimpin

HIJAU



Hijau ialah warna yang nampak tenang. Dengan nama lain mereka ialah golongan NERD !
Nerd? Owh.. Dinamakan sedemikian sebab mereka ini memang golongan kuat study la, budak-budak bijak + dean list mungkin..

Ciri-ciri :

- Terlalu kompleks
- Menarik
- Tahap kebijaksanaan tinggi
- Berfikir di luar kotak
- Pemberi tumpuan yang baik
- Suka bertanya
- Suka berkongsi maklumat
- Suka cabaran yang melibatkan minda dan IQ
- Sasaran yang tinggi dalam kepimpinan

BIRU



Biru nampak cool je kan ? Dengan bahasa kasarnya mereka ini golongan JIWANG !
Sebab ? Jiwa mereka mudah tersentuh, simpati dan sangat mengambil berat..

Ciri-ciri :

- Berhati mulia
- Penyayang
- Mudah simpati
- Sangat fleksible
- Mudah untuk berbicara
- Sukakan kedamaian
- Seorang yang seni
- Romantik

OREN



Mereka yang bercirikan Oren nampak sempoi dan selamba.Macam rilek je atau dengan nama lain mereka ni HENTAM KEROMO je.. hehe.. Sebab mereka kalau nak mana-mana suka huru-hara ( penceria suasana ) serta tidak boleh memberi tumpuan yang lama sebab cepat bosan..

Ciri-ciri :

- Seorang yang dinamik
- Spontan
- Sukakan keseronokan
- Penceria kehidupan
- Energetik
- Penghibur
- Sukakan aktiviti fizikal
- Sukakan pembelajaran praktikal


Itu adalah sebahagian daripada ujian personaliti yang aku ambil semasa program pada minggu lepas. Ini lebih kepada aspek kepimpinan dimana dalam persatuan ada pelbagai manusia pelbagai ragam. Jadi bersyukurlah kerana disatukan sebegitu sebab kekurangan kita mungkin menjadi kelebihan orang lain dan kekurangan orang lain itu adalah kelebihan diri kita.

Kita mungkin berbeza pendapat tetapi pendapat yang buruk pada kita siapa tahu ia baik bagi semua orang ? Bertoleransilah dalam komunikasi dan ingatlah kita tidak akan boleh hidup berseorangan di dunia ini.. Memerlukan orang lain untuk saling melengkapi.. (^_^)

*nota kecik :
- sumber dari sesi kaunseling, MRC Leadership Trainning 2010
- sumber gambar dari google images
- agak-agak aku ni tergolong dalam warna apa? Hanya mereka yang tertentu saja tahu.. hahaha

0046
22 Ogos 2010
Uthman D


20 August 2010

Kenapa mesti ‘annonymous’ ?



... picture by ANI HIPI [at] deviantart ...

Salam...

Tajuk itu menggambarkan apa yang aku hadapi di blog ini. Semakin kurang aku mengemaskini blog menyebabkan komen daripada insan ‘tanpa nama’ ini begitu banyak. Mungkin itu secara kebetulan tetapi itu yang berlaku sekarang.

Jadi, kenapa mesti menyembunyikan identiti ?


Komen yang @#(!@*!

Boleh dikatakan insan tanpa nama ini sebagai satu masalah kepada tuan punya blog. Bulan lepas, aku ada mendapat 2-3 komen dari ‘annonymous’ yang berunsurkan kata-kata yang lucah, mengugut supaya aku publish komen mereka jika tidak mereka akan dibunuh. Ia menjadi masalah kerana menganggu perasaan blogger itu sendiri. Benar ?
Apa yang anda rasa bila mendapat komen yang sebegitu ? Sudah tentu pelik terpinga-pinga dan jika ada yang mempercayainya akan menurut sahaja arahan komen tersebut.

Komen bersih namun diragui.


Namun tak semua komen dari ‘annonymous’ ini berunsur kotor sebegitu. Ada juga komen yang aku dapat dengan kata-kata yang bersih. Kata-kata biasa tetapi aku tidak publish komen itu sebab masih lagi ragu dengan insan yang menulis komen tersebut. Dunia internet semua orang tahu sebagai dunia tanpa sempadan. Segala-galanya dihujung jari, klik itu keluar itu ini begitu begini. Mudah tetapi merbahaya. Sebab itu aku tidak publish mana-mana komen dari annonymous biarpun kata-katanya sopan sebab identitinya tidak diketahui.

Beranilah dalam dunia blogger.

Pendapat aku mengatakan mereka yang hanya memberi komen sebagai ‘tanpa nama’ ini bukanlah watak yang wujud dalam alam nyata, bukanlah mereka yang berani atau mungkin insan yang bersalah. Kenapa begitu ? Sebab bila ‘tanpa nama’ kita tidak boleh mengetahui siapakah yang memberi komen dan dia hanya seperti bayang-bayang yang melintas di hadapan kita. Jika anda memberikan nama tetapi tiada blog untuk dikunjung balas atau tiada pautan web tidak mengapa yang penting nilai hormat-menghormati itu ada. Kita telah diberikan nama yang baik oleh ibu dan ayah jadi mengapa dirahsiakan ? Jika komen yang kita berikan terhadap blog orang lain itu komen yang baik, membina, kritikan yang membina, sokongan mahupun galakan rasanya tidak menjadi persoalan kenapa perlu dirahsiakan nama itu.

Akhir sekali, utamakanlah nilai hormat-menghormati dalam dunia blog ini. . .

*nota kecik : tidak akan publish mana-mana komen annonymous.. mungkin ia isu kecil tetapi punya impak yang besar..

0421
20 Ogos 2010
Uthman D


Alexa Rank : masih ada perubahan di blog ini



Salam..

Bagi blogger-blogger yang baru mahupun lama, alexa rank boleh dikatakan menjadi isu ‘HOT’ ditambah bila digandingkan dengan SEO ( search engine optimization ) dengan tujuan untuk mempopularkan blog tersebut. Itu definisi kasar atau idea ringkas yang aku tahu namun aku bukanlah pakar untuk membicarakan hal tersebut, aku pun banyak baca dari blog yang mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam tentang Alexa dan SEO seperti blog INI.

Akhir-akhir ini memang aku tak punya kelapangan untuk menulis di blog, sebab musababnya telah diceritakan di 2 entri sebelum ini. Tetapi Alexa rank itu menarik perhatian aku. . .


Bila dah lama tak kemaskini blog, trafik aku turun dan aku ingatkan ranking alexa aku akan jatuh ( ranking semakin besar ) namun perkara sebaliknya pula terjadi. Walaupun sudah lama tidak mengemaskini blog, ranking tetap naik biarkan dengan jumlah yang sedikit. Bulan Jun dan Julai lepas ranking dalam 3 juta ++ tetapi sekarang dah 2.9 juta ++ (macam sama je, dekat-dekat dah dengan 3 juta.. hahaha ).

Tak kisah la lambat naik ranking pun asalkan ada la juga kenaikan biarkan masih jauh untuk menghampiri tahap popular ( mengejar populariti ?.. hehe )

Tips naik trafik ?

Dah banyak dah baca, itu ini begitu dan begini. Orang promote pun dah banyak. Terima kasih kepada mereka yang sedia memberi tunjuk ajar. Cuma nak mempraktikkan semua tips itu masih belum berkesempatan. Nak beli hosting sendiri pun rasa cam tak jadi lagi ni sebab perlu selesaikan beberapa urusan lain dulu.

Tetapi bila difikirkan balik, penting sangat ke Alexa Rank ?

*nota kecik : mungkin perlu luaskan skop idea penulisan, tetapi bila otak kusut tak ada idea nak menulis...

0342
20 Ogos 2010
Mahallah Uthman.

11 August 2010

Saya sayangkan blog saya



Salam..
Jam menunjukkan 1.47 minit pagi. 1 Ramadhan 1431 H. Bermakna esok adalah hari pertama seluruh umat islam bakal menunaikan kewajipan berpuasa.

Alhamdulillah, tadi aku berkesempatan solat tarawikh pertama di masjid UIAM. Hari pertama tarawikh, jemaah yang memenuhi saf sampai ke belakang. Agak ramai ditambah dengan bilangan saf wanita di tingkat 2 dan 3 masjid. Selesai menunaikan 8 rakaat, aku pulang kerana ada tugasan lain perlu diselesaikan.

Fikiran agak tertekan ! itu yang sebenarnya bila memikirkan urusan dunia yang tidak pernah putus. Aku hanya menganggap ia perkara mudah dan bukan perkara besar bagi mengurangkan bebanan di fikiran. Untuk meredakannya aku menaip coretan ini untuk blog, sebab ‘saya masih sayangkan blog saya ‘...


Perihal akademik yang bukan akademik mesti dilunaskan.



Sejak minggu lepas lagi, aku dah merasakan ia minggu kritikal. Quiz hampir setiap hari untuk subjek signals and systems, thermofluids,perlu siapkan report mechatronics workshop yang tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Satu persatu dilalui namun aku tidak berpuas hati. Ya ! tidak dapat memberi 100% penglibatan dalam hal itu. Minggu ini, keadaan hampir serupa. Esok akan ada quater-semester exam untuk Signals And Systems, quiz thermofluis. Lusa, quiz Calculus 3 dan assignment quiz thermofluids. Memikirkannya membuatkan aku hilang selera makan [ boleh kurus.. hahaha ].

Tahun kedua ini baru aku memilih untuk kembali ke alam berpersatuan. Selepas di pusat asasi, aku senyap dari mana-mana pesatuan ketika tahun pertama yang lalu. Malas, Letih juga. Mahu hidup bebas namun bebas itu membuatkan fikiran melayang entah kemana. Bermula dengan permohonan sebagai sub-committee untuk IIUM Convocation Fiesta 2010, permohonan aku diterima. Selepas itu, tanpa diduga dapat satu lagi komitmen dalam Mahallah Representative Committee ( MRC ) sesi 2010/2011. Aku tak tahu sejauh mana kemampuan aku, hanya boleh mencuba sebagai orang kecil dalam Information and Multimedia Bureau . Komitmen ketiga, sub-committee untuk Sponsorship Bureau EngineTex 11 yang akan berlangsung pada bulan 2 tahun hadapan insyaAllah. Ya, sedikit je kalau nak dibanding dengan orang lain yang jauh lebih banyak komitmen mereka .

Komitmen ini sudah tentu ada perjumpaan untuk sesi perbincangan dalam pengurusan program dan sebagainya. Cuma akhir-akhir ini perjumpaan itu seringkali bertindih dalam waktu yang sama. Minggu lepas, perjumpaan untuk EngineTex bertindih dengan program Cleanliness Competition untuk MRC. Terpaksa memberi keutamaan kepada program yang lebih penting. Minggu ini, Mrc Leadership Trainning dijadualkan pada 13 – 15 Ogos 2010 dan dalam masa yang sama 15 Ogos jam 2 petang ada Induction Course EngineTex. Terdiam dan berfikir panjang seketika. Memang tidak disangka semua itu akan berlaku serentak, itu normal. Tetapi harapan aku, aku akan cuba menyantuni semua komitmen di MRC, Convest dan EngineTex. Mereka-mereka yang berada di situ kenalan baru atau kenalan lama akan cuba aku santuni semampunya. Rasanya bukan mudah nak menjaga hati orang dalam setiap perkara, namun kita boleh mencuba.

Masa terasa tidak cukup tetapi benarkah tidak cukup atau aku yang tidak menggunakan masa sebaiknya ? Haa, persoalan yang aku kena fikirkan tu. Moga segalanya dapat berjalan dengan lancar . Ada yang cakap berpersatuan menyebabkan pelajaran merosot, pointer jatuh. Betul ke ? Pada aku bukan persatuan itu yang menjadi salah pelajaran merosot, tetapi diri sendiri punca utama. Kan ?

Okey, selamat bersahur sebentar lagi (“,)

*nota kecik : coretan ini ketika kepala agak pening, ayat mungkin tak sedap tetapi ‘ saya sayangkan blog saya ‘. . .

11 Ogos 2010
Mahallah Uthman, IIUM.

21 July 2010

Trafik Blog Menurun !

... kesesakan trafik di jalan tidak sama dengan kesesakan trafik di blog - picture by trappedinreality.deviantart ...

Salam..

Trafik blog aku sekarang telah menurun dengan mendadak, tidak seperti bulan lepas..
Penurunan yang dikelaskan pada tahap kritikal !!
Kalau sebelum ni satu hari boleh jejak 100 pageviews ( kira ok la untuk blog tak hebat macam aku ni ), sekarang dalam 30 – 50 pageviews sahaja.

Sebabnya ?..


Hari ini 21 Julai 2010, bermakna sudah 2 minggu aku memulakan semester baru di kampus. Minggu pertama yang lalu, kelas aku telah bermula pada hari pertama lagi. Ada yang pelik sebab pensyarah semangat sangat masuk kelas pertama, tapi pada aku itu perkara biasa sebab selalunya silibus tak pernah nak habis bila tiba akhir semester ( terutama untuk kuliah kejuruteraan.. haish! )

Minggu pertama juga aku telah mendapat tugasan yang agak banyak. Hujung minggu terpaksa duduk di bilik menyiapkan tugasan ( walaupun tak berapa nak siap ), terbatas idea nak menulis dan juga keluar berjalan-jalan. Memasuki minggu kedua ini, tugasan semakin bertambah dan ia akan terus bertambah. Aku perlu bersedia untuk semua itu !.. Yeah !!

Tanggungjawab tidak terbatas kepada pelajaran sahaja, aku punya tugas lain untuk beberapa program. Aku tak akan mengkhabarkannya selagi tiada apa-apa makluman susulan. Tidak la banyak pun program, sikit je, cuma menunggu jawapan mane la tau tiba-tiba ada meeting, perlu lagi persediaan mental disitu.

Benar juga kata-kata blogger hebat dan handal, nak kekalkan berblogging ni perlu kekuatan, ada masa kita akan jadi rajin dengan blog, update hari-hari, setiap jam namun ada masa blog semakin kurang untuk dikemaskini dan lama kelamaan ia dibiarkan begitu saja. Timbul la ayat “ blog usang”, “blog berhabuk”. Aku pernah sekali macam tu dan harapnya ia tidak berlaku lagi. Aku akan terus update semampu yang boleh.

Akhir kata, itulah punca trafik blog aku menurun, kekangan waktu untuk meluahkan idea dan mengemaskini blog. Menulis ini perlukan ketenangan, idea tidak akan datang bila kita dalam keadaan otak berserabut. Betul ?. Haa, jadi aku akan cuba mencuri sedikit masa dan ruang untuk kembali dengan blog. Blog aku ada pembaca setia ke ?. Mungkin ya mungkin tidak. Hahaha..

*nota kecik : aku jumpa ayat baru ketika kelas Signals And System,”beyond our abilities”. Jadi, aku gubah kepada ayat ini :

“ beyond boundaries, beyond our abilities “

1043
21 Julai 2010
Cafe Edu, IIUM.

20 July 2010

Ziarah Keluarga Angkat



Salam..

Anda pernah ada keluarga angkat ? Ya ? Tidak ?
Ada beza ke keluarga angkat dengan keluarga sendiri ?.. Memang berbeza, tapi itu dari pandangan mata kasarnya. Dari segi ikatan ukhwah sesama muslim pada aku tiada yang berbeza, luasnya kenalan kita dapat meluaskan rezeki kita.

Minggu lepas aku dan peserta baktisiswa yang lepas ( ashraff, hanani, munirah ) yang mana mereka satu keluarga angkat dengan aku pergi menziarah keluarga angkat kami di Hotel Concorde Inn, KLIA. Pertemuan itu perlu biarpun ia hanya 2 jam. . .

... nampak cantik papan untuk letak depan pintu bilik ni ...


Ayah angkat kami bekerja sebagai kastam dan bakal bersara pada bulan depan. Jadi mereka menghadiri satu majlis persaraan yang berlangsung di Putrajaya pada 16 Julai 2010 yang lalu. Mulanya kami merancang untuk melawat mereka pada hari sabtu tetapi disebabkan mereka bakal pulang pada sabtu pagi, maka petang jumaat itu juga kami terus ke sana.

... kereta berjasa ...

Berbekalkan sebuah perodua Viva kami menuju ke Hotel Concorde Inn KLIA dengan tiada seorang pun yang tahu jalan nak kesana, cuma berpandukan papan tanda jalan sahaja.. ==’

... nama bilik pun dah macam kat lapangan terbang ...

Syukur selamat tiba ke destinasi jam 4.15 petang. Setelah jumpa bilik mereka menginap, kami bersalaman. Seperti biasa mak menitiskan air mata berjumpa kami terutama dengan munirah dan hanani.. T_T

... ayah angkat dan adik angkat kami yang paling bongsu ...



Pelbagai perkara dibualkan, kalau boleh rasanya banyak perkara yang nak diceritakan kepada meraka, keluar jalan-jalan dengan mereka, makan malam bersama tetapi jadual ayah tidak mengizinkan. Mereka perlu bertolak dengan bas ke Putrajaya jam 6.30 petang untuk majlis makan malam dan persaraan di sana.

... SEE the HARGA laaa !!! ...

Mulanya kami ingat nak makan di cafe dalam hotel tu bersama mereka tetapi melihat kepada menu yang harga makanan seorang sama dengan 4 orang makan jika di warung, hasrat itu dibatalkan. Lebih baik berbual panjang dengan masa yang singkat itu.. ^_^


... shoot semasa sedang menunggu kereta sampai ...

Pantas masa berlalu, jam menunjukkan 6.30 petang. Mereka pun telah selamat bertolak ke majlis makan malam, kami melambai dari jauh. Perancangan seterusnya, kami akan ke Kg. Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang. Bila ? Akan difikirkan tetapi kami akan ke sana lagi.

Bagi yang pernah melalui program keluarga angkat, masih berhubung lagikah dengan mereka? Jika tidak teruskan menghubungi mereka ye.. Jika Ya, kekalkan persaudaraan itu.. =)

*nota kecik : masa program hari tu tak dapat jalan-jalan ke pulau, satu kerugian datang penang tak pergi ke pulau.. kepada cik hanani husna, kami sesat lorh selepas hantar kamu ke sekolah.. hahaha...

2103
20 Julai 2010
Mahallah Uthman..

14 July 2010

dimana anda tengok Final World Cup 2010 ?

... front seat bebeh.. yeah !! ...


Salam.

Masih ingatkah lagi detik-detik kemenangan Sepanyol dalam Piala Dunia 2010 ?
Juga lakonan-lakonan jatuh minta sepakan percuma ( boleh menang pelakon terbaik gak pemain bola ni.. hahaha )

Cukup meriah pagi 12 Julai 2010 yang lalu. Pergi Mc D penuh, kedai mamak pun penuh sampai tak cukup kerusi meja. Malam itu tokey-tokey kedai makan senyum sampai ke telinga sebab dapat ‘durian runtuh’.

Aku ?. agak lewat juga baru aku keluar untuk menyaksikan siaran langsung Final World Cup 2010.

Waktu tu dah jam 2.00 pagi, baru member aku ajak keluar sebab cafe mahallah ( kolej kediaman ) aku tutup. Peh ! nak cari port mane kul 2 pagi baru nak keluar, confirm penuh beb.

Dengan hati yang berdebar-debar nak keluar malam ( takut kena saman walaupun ptptn baru masuk ), kami selambe merempuh pintu pagar utama. Nasib kami baik sebab guard sorang pun takde kat sane, diorang pun nak tengok world cup kot. hahaha..

Pusing-pusing sekitar Batu Caves tak jumpe kedai yang ada kosong, ada tu ada cume skrin kecik la plak. Mc D dah masuk tapi penuh. Mujur ada satu restoren kat depan stesen minyak BHP tu, ada skrin besar. Dah la sampai lambat, kitorang dapat front desk lagi tu. So, layan World Cup..



... tengok bola tak makan mane bleh, lapar sehh ...

... robben kecewa ...

Anda pula ?.. tengok bola malam tu kat mane ek ?

*nota kecik : persembahan Belanda malam itu tidak kurang hebatnya. . .

1423
14 Julai 2010
Mahallah Uthman

13 July 2010

rambutan melengkapkan segalanya

.. inilah pakli, kami telah berkawan semenjak umur 6 tahun ..

Salam.

Musim buah rasanya yang semakin rancak kian menghampiri penghujungnya. Buah-buahan seperti durian pun dah makin kurang berbuah. Aku ? Cuti semester ditamatkan dengan lambakan rambutan yang.. Agak banyak la juga.. =)


9 Julai 2010, aku dan pakli ( fadzli ) ke rumah rakan aku, Agoi nama panggilan dia. Nak dipendekkan cerita, mak ayah dia suruh kitorang datang rumah sebab nak kasi buah-buahan yang banyak. Maklumlah, rumah dia tu anak-anak semua dah besar, dah kawin, jadi takde siapa nak habiskan buah-buahan yang banyak tu. Agoi tu la sorang yang masih belajar lagi.

Jadi, cerita seterusnya sila lihat gambar la ye..

... red dragon ?.. hohoho ...

... dahan perlu dipotong supaya pokok boleh menghasilkan tunas yang baru ...





.. rambutan di dalam besen ..

... bonet van aku penuh dah dengan hasil tanah ..

Alhamdulillah, rezeki kan.. Duriannye punyalah sedap..Isi kuning emas, pejal lagi tu.. Makan memang syok abiss..
Bila tengok suasana ni, seronok seh. Baru la ada realiti kehidupan di kampung. Dah lama aku tak rasa suasana macam ni, dulu masa kecik-kecik ada lah kat kampung sendiri.

Hari itu merupakan hari akhir aku di rumah sebab esoknya aku dah bertolak pulang ke kampus, jadi pengakhiran cuti sebegini membuatkan aku berpuas hati. Lengkap sudah cuti 3 bulan aku..

*nota kecik : malam aku sampai kat kampus, pergi shopping kat Giant Batu Caves, ada orang jual durian dalam bekas polisterin yang separuh.. harga 3 bungkus RM 10.. sebungkus tu ada la 3 ulas.. aduhai, wat taik gigi je la camtu.. Oh bandaraya..

13 Julai 2010
0108
Mahallah Uthman