20 August 2010

Kenapa mesti ‘annonymous’ ?



... picture by ANI HIPI [at] deviantart ...

Salam...

Tajuk itu menggambarkan apa yang aku hadapi di blog ini. Semakin kurang aku mengemaskini blog menyebabkan komen daripada insan ‘tanpa nama’ ini begitu banyak. Mungkin itu secara kebetulan tetapi itu yang berlaku sekarang.

Jadi, kenapa mesti menyembunyikan identiti ?


Komen yang @#(!@*!

Boleh dikatakan insan tanpa nama ini sebagai satu masalah kepada tuan punya blog. Bulan lepas, aku ada mendapat 2-3 komen dari ‘annonymous’ yang berunsurkan kata-kata yang lucah, mengugut supaya aku publish komen mereka jika tidak mereka akan dibunuh. Ia menjadi masalah kerana menganggu perasaan blogger itu sendiri. Benar ?
Apa yang anda rasa bila mendapat komen yang sebegitu ? Sudah tentu pelik terpinga-pinga dan jika ada yang mempercayainya akan menurut sahaja arahan komen tersebut.

Komen bersih namun diragui.


Namun tak semua komen dari ‘annonymous’ ini berunsur kotor sebegitu. Ada juga komen yang aku dapat dengan kata-kata yang bersih. Kata-kata biasa tetapi aku tidak publish komen itu sebab masih lagi ragu dengan insan yang menulis komen tersebut. Dunia internet semua orang tahu sebagai dunia tanpa sempadan. Segala-galanya dihujung jari, klik itu keluar itu ini begitu begini. Mudah tetapi merbahaya. Sebab itu aku tidak publish mana-mana komen dari annonymous biarpun kata-katanya sopan sebab identitinya tidak diketahui.

Beranilah dalam dunia blogger.

Pendapat aku mengatakan mereka yang hanya memberi komen sebagai ‘tanpa nama’ ini bukanlah watak yang wujud dalam alam nyata, bukanlah mereka yang berani atau mungkin insan yang bersalah. Kenapa begitu ? Sebab bila ‘tanpa nama’ kita tidak boleh mengetahui siapakah yang memberi komen dan dia hanya seperti bayang-bayang yang melintas di hadapan kita. Jika anda memberikan nama tetapi tiada blog untuk dikunjung balas atau tiada pautan web tidak mengapa yang penting nilai hormat-menghormati itu ada. Kita telah diberikan nama yang baik oleh ibu dan ayah jadi mengapa dirahsiakan ? Jika komen yang kita berikan terhadap blog orang lain itu komen yang baik, membina, kritikan yang membina, sokongan mahupun galakan rasanya tidak menjadi persoalan kenapa perlu dirahsiakan nama itu.

Akhir sekali, utamakanlah nilai hormat-menghormati dalam dunia blog ini. . .

*nota kecik : tidak akan publish mana-mana komen annonymous.. mungkin ia isu kecil tetapi punya impak yang besar..

0421
20 Ogos 2010
Uthman D


8 comments:

ZACK ENTRY said...

amik yang positif sahaja..
tak perlu pening dengan mereka sebab lagi kita pening lagi itu la dia suka..sengaja nak porak peranda kan keadaan..



latest entry Ekspedisi Jelajah Gua - Episod 3 (Gua Ular)

izwanyusof said...

to ZACK ENTRY :
yup..betul.. cari annonymous baik .. hehe

± said...

salam izwan
aku x sure pulak aku termasuk dlm golongan anonymous ke tak sbb x guna nama betul.setakat ni alhamdulillah, komen2 kat blog aku xde lg dr ano, mungkin jugak aku masih newbie

sbg blog novel grafik,mmg aku x reveal identiti aku, apalagi nak letak akaun FB yg sebenar dan add semua org yg aku x kenal

sorry to say,kdg2 dlm dunia tanpa sempadan ni, kdg2 kita kena sedikit berahsia.itu pendapat aku

Latest entry grafik novel gua ~ Kalau Aku Bendul Kau Apa?Bangang?

yanmie said...

Salam kalau guna wordpress blh tau si anony tu dr mana, maksudnya IP dia kita leh tau dan ada plugin2 yg blh mengesan ip tersebut :)

izwanyusof said...

to Dark Half :
salam.. kalau macam ko tu boleh dikira sebagai nama pena atau nama samaran.. anonymous ni dia tak tulis nama pun.. lebih menganggu lagi bila dia tidak meninggalkan nama @ nama samaran then bagi komen yg bukan2..

utk kes ko, itu nama pena.. novelis, itu perkara normal.. keep on going ur novel.. =)

to yanmie :
nampaknya kak yan telah menjadi orang yg kebrape ntah promo untuk sy tukar ke self hosting.. hehehe..masih difikirkan lagi sebab buat masa ni belum boleh beri komitmen yang konsisten dengna blog..

zarseries said...

kebanyakannya 'ano' ni ala2 pengecut..

tp x semua..ada yang malu kot..

dan mungkin ada jugak yang nak men nyorok2..xnak org tau sape dia..

secara pribadi, aku xgemar sangat jenis2 ni.. diorang peningkan pale aku..pikir sape dorang ni.

panda@dorayaki said...

saya dtg melawat..^_^v

izwanyusof said...

to ZAr :
aku delete je annoy punye komen.. hehe

to panda :
nasib biq kenal.. kalau tak ni pun kena delete gak.. haha