03 October 2010

buta ketidakadilan depan mata

Salam.

Aku sedang dalam proses menyiapkan 8 soalan assignment linear signal and system, sikit je soalan tapi nak buat jalan kira panjang berjela. Satu-persatu belek buku nak tengok jalan kira, letih mata dan otak. Jadi aku stop kejap.

Sistem. Bukan nak cerita pasal subjek aku,sebab aku pun bukan paham sangat. Hahaha..
Tapi dengan perkataan sistem, aku teringat satu kisah. Yang mana sistem itu ciptaan manusia, tetapi bila sistem itu tidak berlaku adil, manusia duk ikut je macam lembu kena cucuk hidung..

... cute cow by Nex9k9@deviantart ...


Satu hari, aku lepak kat satu CC ni, masa tu time cuti raya dan dengan laptop takde lagi masa tu sebab meletup tu, aku pun hang out je la kat CC.

Satu jam RM 2.00. Okey, korang ingat harga yang aku bagitau ni RM 2.00.

Kat tepi LCD tu ada dicatat masa berapa lama kita guna dengan harga sekali. Nampak canggih la macam tu. Aku lepak punya lepak, sampai la masa penggunaan aku kat PC tu dah 58 minit. Nak dekat sejam aku log out la semua application yang aku bukak. Duit takde beb masa tu, lepak CC pun kena save-save la. Selesai je semua, masa yang tercatat 1 jam 1 minit. Okey, aku ke kaunter nak bayar.

... sistem yang cepat tapi ...


Aku : “ PC 18 “
Penjaga kaunter : “ RM 2.50 “
Aku : “ hah ! tengok berapa lama masa tu. Satu jam kan ? “
Penjaga kaunter : “ satu jam 1 minit “
Aku : “ so ? RM 2.50 gak ? “
Penjaga kaunter : “ Takleh nak buat apa. Sistem dia dah macam ni “

Nampak apa yang aku cuba nak sampaikan ? tambahan 50 sen sepatutnya jika guna 1 jam 15 minit. Aku hanya lebih seminit sebab nak jalan keluar dari PC ke kaunter.
Masa nak bayar tu memang aku dah panas dah. Bukan kisah 50 sen tu, tapi cara diorang menipu dengan alasan ‘sistem dah memang macam tu’. Aku bagi duit dengan muka tak puas hati sikit, terus blah.

Okey la, bukan nak cerita sangat macamana aku sakit hati dengan perangai macam tu. Why not diorang dah tahu sistem tu macam tu, buat satu keputusan lain. Sistem itu siapa yang cipta ? Manusia kan. Jadi sejak bila ada hukum alam yang mengatakan kita tidak boleh mengubah hasil ciptaan kita sendiri. Aku tekankan dari konteks hasil ciptaan manusia.

Amik satu penyelesaian, bila dah tahu sistem tu akan automatik naik harga dari RM 2.00 ke RM 2.50 bila masa penggunaan mencecah 1 jam 1 minit, jangan digunapakai harga tu. Buat cara manual, amik saja masa pengguna pakai PC tersebut. 1 Jam. Seterusnya ikut harga asal yang ditetapkan iaitu 1 jam = RM 2.00. Kalau tak boleh, leceh la katanya kan nak kira-kira manual sebab kemudahan dah ada, tukar sistem lain. Modal la sikit sebab tukar software, daripada berlaku tidak adil kepada pelanggan kemudian pelanggan sakit hati, mana lebih baik ?

Zaman kian maju. Kita kena terima perubahan pesat teknologi. Tapi takkan la kalau dah teknologi tu berlaku tidak adil kepada manusia, depan mata pun kita nak biar dan terus melihat. Sebab hak itu masih ada, pada kita.

Apalagi ketidakadilan teknologi yang akan jadi pada masa akan datang ye ?

*nota kecik : baik aku lepak CC apek je, 1 jam 15 minit baru naik harga ke RM 2.50. Virus pun takde. Hahaha.

2019
3 Oktober 2010
Mahallah Uthman.



No comments: