13 July 2010
rambutan melengkapkan segalanya
Salam.
Musim buah rasanya yang semakin rancak kian menghampiri penghujungnya. Buah-buahan seperti durian pun dah makin kurang berbuah. Aku ? Cuti semester ditamatkan dengan lambakan rambutan yang.. Agak banyak la juga.. =)
9 Julai 2010, aku dan pakli ( fadzli ) ke rumah rakan aku, Agoi nama panggilan dia. Nak dipendekkan cerita, mak ayah dia suruh kitorang datang rumah sebab nak kasi buah-buahan yang banyak. Maklumlah, rumah dia tu anak-anak semua dah besar, dah kawin, jadi takde siapa nak habiskan buah-buahan yang banyak tu. Agoi tu la sorang yang masih belajar lagi.
Jadi, cerita seterusnya sila lihat gambar la ye..
Alhamdulillah, rezeki kan.. Duriannye punyalah sedap..Isi kuning emas, pejal lagi tu.. Makan memang syok abiss..
Bila tengok suasana ni, seronok seh. Baru la ada realiti kehidupan di kampung. Dah lama aku tak rasa suasana macam ni, dulu masa kecik-kecik ada lah kat kampung sendiri.
Hari itu merupakan hari akhir aku di rumah sebab esoknya aku dah bertolak pulang ke kampus, jadi pengakhiran cuti sebegini membuatkan aku berpuas hati. Lengkap sudah cuti 3 bulan aku..
*nota kecik : malam aku sampai kat kampus, pergi shopping kat Giant Batu Caves, ada orang jual durian dalam bekas polisterin yang separuh.. harga 3 bungkus RM 10.. sebungkus tu ada la 3 ulas.. aduhai, wat taik gigi je la camtu.. Oh bandaraya..
13 Julai 2010
0108
Mahallah Uthman
category
coretanku,
durian 101,
Edit,
seni foto
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
lama aku tak masuk kebun buah ni, best giler tu bro.
rambutan masak2 merah.pehh.
gigih makan~
he he he~
beshnya dapat kutip rambutan fresh..
dulu klu ngidam rambutan luar musim, aku beli yang dalam tin ja sadis2.. huuuu~
to Eyl :
merah.. bila aku edit lagi merah menyala.. =P
to LORD Zara :
agak gigih la gak..haha
to timhar :
uish.. tu kritikal gak ngidam luar musim.. hehe..takpe,dalam tin pun asal dapat sudah..
beshnyerr!! sis kt kg lama pon mcm tuh (now mak n kakak dh pindah ke kg lain)..... kutip2 durian kt kebun, mkn jambu air n manggis kt bwh pokok jer.... owh! kenangan....
agoi tu kwn ko ke?
kelihatan seperti gambar pakcik jamaludin sedang memotong dahan..
to mila :
aku kenal dia dari pakli ngan azeri..dia takde masa tu, aku ngan pakli je g amik buah kat umah dia..
Post a Comment