Showing posts with label seni foto. Show all posts
Showing posts with label seni foto. Show all posts

21 June 2010

Coretan : Satu Hari Itu ..

Salam..

hahhhh.. mengeluh panjang seketika,sementara menunggu proses muat turun lagu senja nan merah – Awie & Ziana Zain, baru aku teringat nak menulis di blog ini. Dari petang sampai la rancangan mentor 4 habis, aku sibuk dengan Adobe Photoshop CS 3, edit gambar-gambar yang baru aku ambil semalam. kenapa dengan Semalam ?

19hb Jun 2010..

Aku ke Melaka dengan rakan sekolah menengah dulu. Hakem, Anuar,adik aku Hafiz dengan seorang lagi kawan dia.

Kalau diikutkan perancangan aku destinasi mana nak dilawat,cukup banyak.. nak ikut rancangan aku tu,sampai kena duduk melaka lebih dari satu hari rasanya . Tapi apa yang ada hari tu pun dah memadai.

Yang menariknya, malam sebelum kami bertolak,baru aku dapat tahu adik Anuar ada DSLR Nikon D3000. Peh !, mana mungkin aku tidak teruja.. hehe.. Nak tidur malam pun siap baca manual DSLR Canon .. Canon atau Nikon ?!!

.. percubaan pertama aku ..

Esoknya, perjalanan bermula jam 8.10 pagi. Sebaik saja keluar di tol Air Keroh,kami berhenti kejap untuk cari tandas. Aku pun masa tu cuba-cuba la nak amik gambar pakai dslr ni.Target aku nak buat gambar fokus kat objek,background blur. Disebabkan aku baru pertama kali gunakan dslr, puas belek itu belek ini tak dapat-dapat. Hampir setengah jam duduk situ je,tak masuk destinasi nak dilawat lagi tu.huh!!

Aku menelefon Zareep, member kat uia dan seorang pengguna DSLR juga. Bayangkan aku hanya belajar guna dslr buat pertama kali melalui telefon, lepas tu terus shoot gambar. Jadi tak berapa cantik sangat la kualitinya, kita tengok je nanti.

Taman Mini Malaysia & Asean

Inilah destinasi pertama kami. Lokasi tempat ni tak jauh dari plaza tol Air Keroh. Bayaran masuk RM 12 bagi orang dewasa, RM 10 bagi pelajar IPT/sekolah, dan RM 6 untuk kanak-kanak.

Agak mahal la pada aku,dah macam harga KFC X Meal pun ada tapi sekali sekala apa salahnya.

Menarik di Taman Mini Malaysia ni kita dapat lihat rekaan rumah-rumah tradisional setiap negeri di Malaysia. Pada aku, nilai – nilai seni yang ada di rumah tradisional ini cukup berharga. Dari segi rekaan,susun atur bilik,ruang tamu,dapur dan sebagainya cukup unik. Di bahagian hujung taman ada tasik buatan dan jambatan gantung. Dihiasi permandangan semulajadi, cukup menenangkan fikiran. Aku memang sukakan tempat-tempat semulajadi, memang di bandar itu seronok tetapi tiada ketenangan. Hakem dan Anuar jalan-jalan biasa je,cuma aku yang agak leka shoot gambar sampai lupa dah tengahari,destinasi banyak lagi ni nak dituju !!

Kota A’ Famosa

Tidak lengkap ke Melaka kalau tak singgah di bandar Melaka. Bandar yang cukup sempit tetapi unik. Lihat saja jalanrayanya, memang tidak boleh diluaskan,sempit dan sesak. Tapi jalan yang sempit itu,punya sejarah tersendiri. Dikelilingi bangunan-bangunan kedai lama membuatkan aku berasa seperti kembali ke zaman dahulu sebelum merdeka.

Hari itu,bandar Melaka cukup sesak. Nak cari tempat parkir kereta terpaksa pusing beberapa kali. Hari sabtu,cuti sekolah ditambah pula dengan hari penutup Sukan Malaysia ( SUKMA ) memang menambahkan lagi kesesakan kota Melaka. Kami di bandar tidak lama,sekitar satu jam setengah. Mula-mula kami melawat Istana Melaka. Hanya RM 2 seorang untuk bayaran masuk. Cukup murah dari Taman Mini Malaysia tadi.


Sebelum memasuki istana, aku ternampak sekumpulan ahli kaji sejarah sedang melakukan kerja-kerja penggalian. “ Projek Penyelidikan dan Ekskavasi Arkeologi Tembok Kota Melaka “, itu yang tertera di papan tanda yang diletakkan. Ada lagi rupanya tinggalan sejarah dalam era moden sebegini, menarik kalau aku dapat berbual dengan mereka tetapi masa tidak mengizinkan.

Istana Melaka cukup besar dan tersergam indah. Bayangkanlah pada zaman dahulu, itulah pusat pentadbiran utama di Tanah Melayu. Di dalamnya terdapat rekaan pakaian-pakaian tradisional mengikut negeri, patung-patung pedagang mengikut negara yang dahulunya pernah berdagang di Melaka serta kedudukan para hulubalang,laksamana,datuk bandar dan lain-lain semasa istiadat mengadap sultan.

Kota A’ Famosa pula memang sentiasa sesak. Itu perkara biasa. Ramai pelancong tidak akan melepaskan peluang mengambil gambar di kawasan tinggalan penjajah yang cukup kekal binaannya. Kekalnya penjajah ini bukan setakat monumen,namun pemikiran mereka juga telah kekal di Malaysia ini. Kenapa? Tidak perlu diterangkan,cuma perlu lihat dan fikir situasi sekeliling kita sekarang ini.

Masjid Tengkera


Dinyatakan sebagai masjid tertua di Malaysia. Aku tidak melepaskan peluang untuk melawat masjid Tengkera sambil solat asar di situ. Memasuki pintu utama cukup pelik, ukiran dipengaruhi seni ukiran jawa. Mimbarnya juga mempunyai ukiran yang pelik,ditambah dengan cat kuning keemasan cukup menyerlahkan lagi seni ukiran tersebut. Di Melaka, masjid dan surau memang terletak di tepi-tepi jalan dan jumlahnya cukup banyak. Jadi untuk solat di Melaka tidak menjadi masalah. Dan satu lagi,rekaan bumbung hampir kesemua masjid di Melaka adalah sama. Menarik ! Nilai tradisional dan sejarah yang perlu dikekalkan.

Pantai Pengkalan Balak
.. melihat pantai, memikirkan sesuatu..

Melawat Pantai Pengkalan Balak cukup menenangkan. Walaupun kami tiba agak lewat,sekitar jam 6.40 petang tetapi seronok dapat melihat pemandangan matahari terbenam. Kalau sampai awal mungkin sempat nak mandi sekejap, tapi aku dah cukup serik untuk mandi pantai. Ada memori pahit sewaktu tingkatan 2 dulu.

Melihat pantai membuatkan aku tenang seketika, desiran angin laut, ombak pantai dan segalanya cukup untuk menghilangkan penat. Sempat juga ambil gambar sambil melompat-lompat,nak buat freeze motion, jadi la juga sebab aku set shutter speed laju. Pantai Pengkalan Balak ini cantik persisirannya,air laut juga bersih. Jadi ia amat sesuai untuk percutian. Ditambah ada disediakan bilik untuk disewa,gerai makan,surau dan tandas. Rasanya lain kali tidak menjadi masalah kalau aku nak bercuti lama di tepi pantai sebegini.

.. terbang di udara ..

“ Percubaan pertama, usah diharap kesempurnaan. Belajar perlu bermula dari melihat isi kandungan,bukan terus kepada rumusan “

apa yang aku nyatakan itu,berkaitan dengan pengalaman aku yang pertama kali menggunakan DSLR. Aku memang tidak punya ilmu yang cukup dalam mengendalikan kamera ini. Bayangkan hanya belajar melalui telefon dalam 10 minit, terus buat praktikal.

Bila aku tengok balik gambar dalam laptop, cukup mengecewakan. Dalam 350 keping gambar. tidak sampai 30 pun rasanya yang sempurna dan menarik. Aku banyak menggunakan setting manual dari segi ISO,shutter dan aperture.

pertama kali guna tak reti-reti nak pakai auto mode”,itulah kata hati aku bila melihat kembali gambar tersebut.

Hahaha.. kelakar juga. Kecewa sedikit tetapi aku belajar sesuatu. Ya, mungkin percubaan pertama aku ini , banyak yang tidak sempurna. Itu normal pada aku, dari percubaan pertama kita tahu tahap kita. Kalau pertama kali dah terlalu baik,bimbang kesilapan tidak diketahui,lalu aku menyombong diri. Lepas ni,kena banyakkan lagi belajar dan bertanya. Mungkin aku boleh buat lagi baik dari gambar-gambar ini.

Dan lagi satu, nak belajar tak boleh lompat-lompat. Disebabkan terlalu ghairah nak guna DSLR, aku terus guna mode manual tanpa ada persediaan yang cukup. Kurang faham dengan kamera itu,fungsi-fungsinya sedikit sebanyak mendatangkan kekurangan pada kualiti gambar.

Perlu ingat dan mencuba lagi !!


Satu hari itu”.. pengalaman yang memberi pengajaran dan dapat punya masa yang lama dengan rakan yang sudah lama tidak bersua muka.

* nota kecik : - gambar adalah detik untuk merakam sejarah. Gambar mampu membuat kita ketawa,menangis,sedih dan gembira. - gambar yang telah aku edit akan dikongsi pada entri seterusnya.

0127

21 Jun 2010

rumahku..

17 June 2010

Nukilan : Jauh Terpisah


Salam..

Jauh Terpisah. Seringkali berkait rapat dengan kitaran hidup manusia sesama manusia. Orang selalu mengatakan,”adat pertemuan, pasti ada perpisahan”. Dan apa yang lebih tepat pada aku, ia seringkali berlaku di dalam hubungan persahabatan.

Saban hari, setiap detik dan waktu kita menemui insan-insan baru dalam hidup kita. Bermula detik perkenalan, lama kelamaan kepada gelak tawa dan kesedihan dikongsi bersama. Di waktu usia remaja kebiasaannya,kita lebih senang untuk berkongsi sesuatu dengan rakan sebaya. Pengaruh persefahaman, jarak usia dan persekitaran kehidupan yang sama membuatkan kita begitu selesa dengan mereka.

Ya, ada tika nya dia adalah segala-galanya. Jika tiada mereka yang telah lama mesra dan akrab dengan kita, kita rasakan diri tidak bermaya. Tiada teman-teman yang dalam istilah pasarnya “satu kepala” membuat kita berasa sendirian. Bila mereka ada, diri terasa girang gembira..

Namun, kebiasaanya ia tidak kekal lama. Persekitaran kita berubah, dari semasa ke semasa kita menjalani kehidupan dengan fasa yang berbeza. Yang boleh aku umpamakan, hari ini kita di Johor,esok di Pulau Pinang, lusa di Kelantan, seterusnya di Sabah dan sehinggalah ke ahkir hayat perubahan kehidupan pasti berlaku. Mana mungkin lagi kita bersama-sama dengan sahabat akrab yang dahulunya selalu bersama kita. Kita pasti, merindui mereka. Pasti .

Bagi aku, mengenali rakan-rakan baru itu menyeronokkan. Namun, bila jauh terpisah, komunikasi menjadi hambar dan menyebabkan ukhwah itu menemui titik noktah. Maaf jika tidak mampu menghubungi kamu semua kembali. Teringat, hanya sekadar teringat. Cuba menghubungi, namun jika telah lama tidak berkomunikasi, pastinya sukar untuk dihubungi kembali.

Apapun, rakan yang ada mesti dihargai. Yang telah lama kita kenali mesti disantuni. Mungkin tidak mampu untuk menghubungi kesemuanya disebabkan keterbatasan waktu, kehidupan yang baru serta komitmen terhadap kerjaya. Namun berdoalah ke hadrat Ilahi agar mereka semua mendapat kesejahteraan dalam menempuhi hidup ini.

Aku, adalah seperti dulu. Cukup biasa. Namun kamu, bukan yang biasa bagi aku. (^_^)


*nota kecik : ilham yang datang bila mengenangkan sesuatu yang bakal berlaku, yang memerlukan aku memandangnya dari perspektif berbeza dari insan lain..mungkin sebab baru lepas layan lagu Adamaya kot mood macam ni

gambar diambil dari www.deviantart.com

0021
17 Jun 2010
rumahku..

13 June 2010

Design : Banner Gen 5 - by izwanyusof

.. klik gambar untuk resolusi penuh ..

Salam..

hampir terlupa tentang banner ini, biasanya kalau aku dah habis design aku akan post kat blog untuk dapatkan komen-komen ( dengan kata lain nak cari idea untuk kemaskini blog..hehe )

Banner ni kawan aku yang minta tolong buatkan untuk generasi ke 5, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ,UIAM. Generasi ke 5 tu batch aku la maksudnya.

Aku dah buat design pertama tetapi amat lah buruk. Sebab mood nak design tu tak datang. Design kedua ni bila aku baiki bila dapat komen dari pengkritik untuk design pertama + mood dah ada nak buat design.

Sila lah komen !!..

*nota kecik : wallpaper sebenar aku amik kat google images je pun,tak reti design wallpaper,campak-campak tulisan tu reti la.. =)

2250
13 Jun 2010
rumahku..

Pengalaman : bekerja seawal usia 13 tahun . Dulu dan Sekarang.


Salam..

sejak entri tentang iklan nuffnang, aku agak sibuk sedikit.. masuk hari ni dah 4 hari berturut-turut aku sampai di rumah pada waktu malam. Hari rabu berniaga pasar malam di chamek,agak jauh dari rumah aku,satu jam perjalanan.. dah lama ayah tak masuk pasar tu sebab kurang sambutan, setelah dua bulan, hari tu pergi untuk mencuba namun hujan turun dengan lebat..



Bagi peniaga pasar malam, keadaan hujan lebat agak mendebarkan sebab orang tidak akan keluar ke pasar, namun apa boleh dikatakan.. juga tidak boleh mengeluh kerna hujan itu satu rahmat,kejadian hujan penuh bermakna..

Kelmarin ( khamis ), ada pasar malam baru dibuka berhampiran dengan rumah aku, jadi hari tu aku berniaga di situ. Minggu pertama, orang masih lagi tidak tahu tentang pasar baru yang telah dibuka,tetapi syukur rezeki itu ada. Semalam ( jumaat ), berniaga di pasar malam sri lalang,kluang.. Agak ramai juga yang membeli,ditambah dengan faktor cuti sekolah dan tidak hujan, sudah tentu ramai yang akan ke pasar malam. Hari ini, aku ke tangkak dengan keluarga,jumpa adik di matrikulasi tangkak. Sampai di rumah agak lewat juga,jam 9.30 malam tadi.

Apa yang telah aku "highlight" di awal entri berkenaan dengan pasar malam. Idea ini timbul pada hari khamis yang lalu, aku teringat kenangan semasa umur aku 13 tahun. Pada usia sebegitu, apa saja yang boleh diharapkan, hanya leka bermain dengan rakan-rakan di waktu hujung minggu,masih mengikut keluarga ke mana-mana walaupun ke pekan hanya untuk membeli sedikit barang dapur. Namun pada usia seawal itu aku sudah mula kenal apa itu "bekerja" dan mendapat "gaji".

Berbekalkan gaji RM 10 sehari,itu sudah lumayan bagi seorang kanak-kanak berusia 13 tahun. Waktu itu,aku mendapat tawaran dari kenalan ayah untuk bekerja semasa bazar ramadhan. Masa tu masuk bulan ramadhan,sekolah dah cuti,kalau ada pun beberapa hari selepas puasa baru mula cuti sekolah. Jadi masa setiap petang ramadhan aku habiskan di bazar dengan bekerja. Aku ingat lagi,waktu tu musim "kereta control". Berlambak-lambak di pasaran,duit gaji aku kumpul sehingga cukup RM 70 untuk membeli sebuah mitsubishi lancer. Seronok tidak terhingga,main lumba-lumba, mengubahsuai body dan membeli aksesori tambahan ala-ala turbo untuk menambah pecutan kereta. Kanak-kanak 13 tahun yang membuat apa saja untuk dapatkan apa yang dia mahukan.

SATU PERSATU DITEMPUH

bekerja pada usia itu bukan lah mudah. Hendak membuka pintu lori pun terpaksa menjinjitkan kaki sebab masih belum cukup tinggi. Memasang besi meja,kaki payung,membuka payung,menyusun balang air,membuat air,belajar cara ikat air dan macam-macam lagi pengalaman baru ketika itu. Waktu itu suasana begitu meriah,para peniaga sibuk menjerit-jerit bagi mempromosikan barangan mereka.Biarpun aku dikelilingi makanan ketika bulan puasa,aku tak pelik langsung dengan makanan sebab aku lebih suka memerhatikan gelagat orang yang lalu-lalang. Seronok jumpa pelbagai orang rupanya.

Pernah satu ketika,bos aku buka kedai di dua bazar ramadhan yang berbeza. Satu di layang-layang,satu di simpang renggam. Masa tu aku ikut dia ke layang-layang.Cuaca waktu itu cerah di tempat aku bekerja,tetapi tidak di simpang renggam.Di sana,ribut petir melanda ketika itu.



Habis payung-payung berselerakan,balang air ada yang pecah dan menadah air hujan,payung peniaga ada yang rosak. Bagi yang menjual makanan,habis jatuh ke jalan makanan tersebut. Aku yang baru pulang dari layang-layang agak terkejut juga,aku pernah berhadapan dengan situasi itu,tetapi tidaklah seteruk mana. Namun ia satu pengalaman, mengajar bagaimana untuk mengawal keadaan jika ribut melanda.



Cakoi. Mungkin ada yang tahu ada yang tidak. Bos aku dulu menjual air balang dan cakoi. Dia mula membuat cakoi masa aku tingkatan 3. Waktu tu,dah 3 tahun berturut-turut aku bekerja dengan dia setiap kali tiba waktu ramadhan. Pengalaman menguli tepung sebanyak 8 Kg dengan menggunakan tangan tidak dilupakan. Mahu tepung itu diulu rata cukup rumit dan penat. Sudah macam mesin juga tangan ini waktu itu sebab asyik menguli tepung.



Tepung cakoi yang bagus kualitinya apabila terdapat gelembung-gelembung udara jika dibiarkan beberapa minit. Itu yang diberitahu bos aku. Pengalaman menggoreng cakoi buat pertama kali,cukup kelakar. Hendak memotong tepung dengan ukuran yang sama,melekatkan tepung kemudian memasukkan ke dalam kuali,bukannya mudah. Kebanyakan hasil potongan aku menjadi bentuk 'Y'. Sebab tepung itu tidak melekat sepenuhnya. Dah macam fried chicken pun ada bentuknya,tegur seorang rakan sekerja aku.Kelakar lah juga bila ada orang nak beli.

Itu coretan pengalaman aku diusia muda yang sudah bekerja,bukan untuk menunjuk hebat tetapi sekadar berkongsi cerita. Anda mungkin ada pengalaman yang menarik juga kan ?

Cuma, sekarang.. Aku terfikir.. Kanak-kanak di usia sebegitu jauh berbeza dengan zaman aku dahulu. Pada aku umur sebegitu bukanlah kanak-kanak kecil lagi untuk memberi alasan tidak tahu berdikari sendiri. Mungkin bukan berdikari sepenuhnya,tetapi sedikit-sedikit untuk menimba pengalaman.

Budak-budak sekarang semakin kurang ajar ? Berani ?.. satu persoalan juga dalam fikiran ini. Teringat sewaktu program Bengkel Sukarewala Muda ( BEST 10 ), selepas tamat aktiviti pada waktu malam,aku melihat beberapa orang rakan aku sedang "membasuh" junior-junior sekolah mereka. Cikgu mereka menghantar mereka mengikuti program itu dengan harapan mahu mengubah keperibadian mereka supaya lebih positif. Mungkin dalam masa yang singkat,mustahil namun harap ada sedikit kesan. Jika cikgu dari sekolah bertaraf Maahad pun sampai mahu buat begitu,sekolah biasa macam aku?.

Cukup terkejut bila aku melawat sekolah menengah aku beberapa bulan lepas. Waktu itu waktu rehat,lebih kurang jam 10 pagi. Aku lalu di sebelah kantin,hendak ke bilik guru berjumpa cikgu-cikgu. Terkejut aku melihat beberapa orang pelajar dengan selamba merokok di kawasan yang memang terbuka bersebelahan kantin. Dengan satu jumlah yang ramai,seolah-olah tempat itu bukan sekolah. Waktu aku bersekolah dulu,kalau ada yang curi-curi hisap rokok pun terpaksa ke belakang blok,dalam tandas dan tempat yang memang tersorok. Port-port yang memang pengawas tak tahu langsung. Sekarang ?..


Aku melihat dan berfikir apa akan terjadi lagi 5, 10 tahun ?

- tamat -

* Nota kecik :
1. apa yang ditulis pada 3 perenggan terakhir terlintas dalam fikiran aku, maaf jika banyak kekurangan dan harap boleh ditegur-tegur sebab ia bukan melalui mana-mana pembacaan pun. (^_^)
2. gambar-gambar di pasar malam tu waktu pasar hari rabu dan khamis yang lepas.


1.05 pagi
13 Jun 2010
rumahku..

09 June 2010

Kemaskini ( updated )

Salam..

sibuk nampak?..aku ke sibuk?..tak tau la macamane yang boleh dikategorikan sibuk sampai sudah lama tak kemaskini blog ni ( tak nak guna perkataan 'update' blog )..

Seminggu yang lepas, aku sedang fikir ape yang nak tulis kat blog ni selepas tamat semua episod baktisiswa yang mempunyai banyak dialog hantu tu.. aku tulis sampai 7 episod tu semua ada amik mood,tu yang gaya penulisan lain sikit..

selesai semua tu, aku naiktaraf lagi blog Kesatuan Pelajar Islam Johor..
cuba bandingkan blog ini :

>> Kesatuan Pelajar Islam Johor
>> Student's Representative Council IIUM

idea-idea untuk ubahsuai blog KPIJ aku ambil dari SRC.. Meniru ?.. tidak wujud istilah itu sebab templates yang SRC pakai tu free.. beberapa kelainan yang aku buat berbanding blog SRC antaranya slide di tengah, aku buang semua tu dan jadikan tempat letak banner..


.. banner yang aku design sendiri..

idea untuk buang slide tu pun aku nampak dari blog seorang mamat indon ni yang buat macam tu,cuma gambar dia besarkan je la.. biasanya orang-orang indonesia ni mahir dalam programming, sebab lecture aku kat UIA Gombak yang ajar programming kebanyakan dari indonesia.. Dr. Sigit, Sir Nasrul Hakeem..

sukar juga nak ubah kod HTML sebab kena tengok satu-satu dengan teliti, tapi alhamdulillah berjaya.. Satu lagi percubaan yang aku buat,tukar warna tajuk dari kelabu gelap kepada biru gelap.. ni pun dilakukan dengan berhati-hati bila nak cari nombor kod warna tu.. hasilnya berjaya juga..

untuk proses naiktaraf kali ni,aku dapatkan nasihat dari perunding warna saudari Azimah bt. Mansor.. kenalan UIAM,juga PKPIM masa kat Pusat Asasi dulu.. disebabkan masa tu dia tengah online kat Yahoo Messenger ditambah pula dengan dia ni pelajar architecture, jadi harus bertanya dengan yang berilmu tentang warna sebab aku gagal dalam proses nak padankan warna ni ( selepas darjah 6, aku tak pernah ada kelas lukisan lagi ).. Terima kasih kepada azimah..

Selesai dengan blog KPIJ, aku dapat mesej dari saudara Khairullah, ajak ke program KPIJ di Muar,kebetulan dia sorang je pergi naik kereta,tu yang diajak aku sekali..

Mulanya,aku tak merancang pun nak ke sana..tapi lepas godeh-godeh blog KPIJ, terasa bosan yang amat-amat sangat !!..( penggunaan tatabahasa yang salah ni )




.. kenapa aku kelihatan CERIA ? ..


program diadakan di Sekolah Agama Air Hitam,Bt. 18, Muar..

macam biasa,program motivasi bersama pelajar.. kali ni aku tak jadi pembuat slide mahupun prep and tech.. sebab sebelum datang, nawaitu tu memang takde langsung nak buat slide, sedikit cebisan di hati pun takde untuk slideshow ni..

Aku beralih ke tugas baru,jaga dapur.. peh !!..feminin ?..tidak..

pertama kali aku buat air teh untuk program, untuk peserta minum pagi ( air untuk jumlah yang ramai )

hasilnya :

" Izwan, kamu ni dah nak kahwin ke?.. buat air manis ni "

aku terkesima.. hahahaha.. apakah kaitan air manis dengan kahwin?

tapi sekurang-kurangnya percubaan pertama aku takde la teruk sangat ( tak tawar )

ye, itu saja untuk kali ni..
aku ada terdetik nak tukar ke Wordpress sebab lebik efisyen je aku tengok..
tapi itu tak penting sebenarnya,yang penting isi blog tersebut, aku pun takde lagi fokus untuk blog ni.. masih baru..

- tamat -

0153
09 Jun 2010
rumahku..

01 June 2010

Episod Akhir : Baktisiswa Permata '10

14 April 2010.. Hari Akhir..

Jam menunjukkan 6.40 pagi..
Selepas solat dan mandi, aku duduk sambil mengemaskan beg bajuku.. Menyemak dan meneliti semua baju yang ada samaada ada yang tertinggal atau tidak..

Begitu juga dengan asyraff, yang kelihatan sudah siap mengemas beg pakaiannya. Sempat juga berborak-borak kosong tentang apa yang akan berlaku pada acara perpisahan sebentar lagi , penyerahan balik pelajar dari keluarga angkat kepada pihak penganjur pada jam 9.00 pagi nanti.

Lebih kurang jam 7.20 pagi, kami turun ke bawah membawa beg masing-masing. Seperti hari-hari sebelumnya, sudah tersedia nasi bungkus yang diletakkan di dalam pinggan bersama air teh O di atas meja.

Munirah dan Hanani juga sudah keluar siap bersama beg pakaian masing-masing.

Segalanya kelihatan tenang, wajah-wajah ceria terukir seperti kebiasaanya. Namun, bila dilihat dengan teliti, keceriaan itu bercampur dengan riak wajah yang seolah-olah belum bersedia untuk meninggalkan Kg. Kuala Muda ini.. belum bersedia untuk berpisah..

HADIAH UNTUK KAMI

eh, hadiah tu sume dah masuk dalam beg ke?, semalam bungkus buku sume ok?

dah siap dah.. semua dalam beg”, beg kertas berwarna ungu yang kami beli semalam sudah diisi dengan hadiah-hadiah yang bakal diberikan kepada keluarga angkat nanti.

Bagi sekarang la kat mak ..

Rilek dulu, kat dataran jap g r.. nanti kan ada bagi-bagi hadiah semua..jom makan dulu

Kami berbual-bual kosong ketika sedang menjamu selera, mak pula sedang bersiap untuk menghantar kami ke dataran sebentar lagi. Ayah sememangnya telah lama bersiap dan duduk bersarapan dengan kami.

Kelihatannya macam kami berempat yang sudah bersiap awal, rumah Pak Lah yang terletak hanya beberapa langkah dari rumah kami kelihatan sunyi pagi itu. Pak Lah pun ada juga ambil beberapa orang anak angkat.

Sedang kami bersarapan, mak datang memberi kami setiap seorang satu bungkusan.

Ni haa mak ada beli sikit untuk kamu semua, takda pa sangat la pun

eh, terima kasih mak, eh korang nape ada kotak kecik plak?.. kitorang satu je

ala,kitorang pompuan lebih la sikit, semalam pun mak dah belikan cincin untuk kitorang

eleh, ye la tu.. kalau kau U ni pompuan yang dah pakai cincin susah la orang nak kacau, mesti orang ingat dah tunang.. haha

tu pasal la pakai, tak senang kena kacau .. hehe

Aku meneliti bungkusan yang baru diterima, lembut je.. macam kain.. baju ke?

ni mesti kain pelikat ni ”, teka asyraff.

Aku tidak berniat untuk membuka hadiah itu, biarlah di dalam bas nanti.

Jam menunjukkan hampir 9.00 pagi..

eh, jom la gerak gi dataran, macam dah lewat je ni

ha’ah, dengar macam dah ramai

Satu persatu beg dimasukkan ke dalam kereta. Aku pergi ke dataran dengan menaiki motor, anak lelaki mak tolong hantar sebab kereta dah tiada tempat duduk kosong.

MAJLIS PENYERAHAN ANAK ANGKAT

9.30 pagi..

kelihatan sibuk suasana di dataran, ada sebahagian peserta telah tiba di dataran bersama dengan keluarga angkat mereka. Namun masih ada sebahagian lagi yang masih tidak kelihatan, Faaizz antaranya..

tidak lama selepas kami sekeluarga tiba, aku ternampak fadhir dan Li datang dengan menaiki motor. Mereka menghantar beg dahulu, katanya keluarga mereka tak dapat hadir ke dataran.

Pada masa itu juga, kami berempat menyerahkan “kenangan ungu” kepada keluarga angkat. Semestinya acara bergambar menjadi keutamaan bagi kesemua peserta-peserta baktisiswa. Gambar sesama biro, ahli keluarga, sahabat dan lain-lain. Kesemuanya penting kerana kenangan itu tidak akan berulang, hanya dengan gambar kita dapat menatap kembali kenangan yang dilalui.





Setelah kesemua peserta hadir di dataran, acara penyerahan anak angkat dimulakan. Sedikit ucapan ringkas daripada ketua kampung, Pak Lah dan juga pengarah program, Baim yang saling membalas ucapan terima kasih kerana sudi menerima rombongan kami untuk berkampung di kampung ini.

Seorang demi seorang peserta dipanggil ke pentas bersama-sama dengan keluarga angkat mereka. Sebagai simbolik penyerahan semula, anak-anak angkat menyerahkan sejumlah wang mengikut bilangan anak angkat kepada keluarga mereka serta baju program. Mengambil seorang anak angkat, keluarga akan mendapat RM 50 bagi kos belanja makan dan lain-lain sepanjang kami menumpang di rumah mereka. Tetapi atas permintaan Pak Lah sendiri, perkara itu dirahsiakan sejak awal perancangan program kerana Pak Lah mahu mencari mereka yang benar-benar mahu mengambil anak angkat,mencari mereka yang ikhlas.

sedang aku leka berbual di belakang..

Di jemput En. Ishar bin Man, Pn. Rosilla bersama-sama anak mereka Nurmunirah bt. Ramli, Hanani Husna bt. Ahmad Nor Bakri, Mohd. Izwan bin Mohd Yusof dan Muhammad Asyraff bin Zainal Alam naik ke pentas”, pengumuman dari pengacara majlis.



Aku yang pada masa itu hanya membuat muka selamba dan sedikit senyuman diukir ketika sesi bergambar di atas pentas. Munirah yang emosinya sedikit tersentuh dengan majlis perpisahan ini,kelihatan sedih. “ Nampaknya, kita telah melihat hujan gerimis di tengahari”,usik pengacara majlis.

Adat sebuah pertemuan yang diakhirnya perpisahan menanti, terutama bagi program-program seperti ini. Aku juga tidak terkecuali daripada perasaan sedih tersebut, tetapi sukar untuk menitiskan air mata ini.

PAPADOM Pulau Pinang

2 buah Bas UIAM telah pun bersiap sedia untuk memulakan perjalanan pulang. Kesemua barang-barang perlu dimasukkan segera. Hingga ke saat-saat akhir program, tugas aku masih belum selesai sebagai krew “prep n tech”. Aku menyemak semula peralatan yang aku pinjam dari UIA , bagitu juga dengan Zarul.

Selesai tugas, aku kembali bersama keluarga dan adik beradik angkat. Berbual-bual dengan masing-masing menjemput mak dan ayah datang ke rumah. Asyraff pada masa itu telah pulang bersama keluarganya ke rumah,maklumlah rumah Asyraff tidak sampai setengah jam dari rumah keluarga angkat kami. Ketika berbual-bual,mak juga bersungguh-sungguh menjemput kami datang lagi ke penang, dan kami hanya mampu menjawab InsyaAllah. Mungkin kami akan pergi semula ke sana cuma bergantung kepada keadaan dan masa.

Aku perasan yang ayah bercakap sesuatu di telefon tetapi agak menjauhkan diri dari kami seketika. Terdengar macam mahu membeli sesuatu dengan segera. Aku mengabaikan sahaja dan tidak bertanya,mungkin urusan di pejabat agaknya.

Tidak lama selepas itu, Kak Yana datang dengan motor besar ayah membawa sesuatu.

PAPADOM, sebanyak 10 bungkus.

Nah, ni buat korang.. Hari tu cakap keluarga pesan ye.. semalam tak sempat nak beli,tu pun biq juga rumah sebelah ada banyak”, ujar ayah sambil menghulurkan beg plastik berisi papadom kepada aku.

Aku nak sangat beli papadom ni semalam sebab ianya bukan seperti papadom yang biasa aku makan di rumah,yang berbentuk petak-petak kecil itu. Tetapi papadom penang ini berbentuk bulat dan besar, tidak ubah seperti filem PAPADOM yang dilakonkan Afdlin Shauki.

Tidak boleh dinafikan, hati aku sedikit tersentuh. Sanggup juga ayah cari apa yang aku nak beli semalam, sekali lagi ucapan terima kasih yang mampu aku luahkan untuk membalas jasa itu. Akhirnya ada juga ole-ole untuk aku bawa pulang ke Johor nanti. Aku tidak ambil kesemuanya, aku bagi Mun dan Nani 2 bungkus setiap seorang, nak bagi Asyraff juga namun dia sudah pulang lebih awal.

LAMBAIAN PERPISAHAN.. TETAPI, DI MANA MEREKA ?

Ayah pada masa itu terpaksa pulang awal kerana ada urusan di pejabat. Tinggal mak dan Kak Yana di dataran. Setelah selesai bersalaman dan saling mengucapkan salam, kami bersiap menaiki bas.

Angka giliran dipanggil seorang demi seorang bagi memastikan tiada yang tertinggal. Kelihatan di bahu jalan, keluarga angkat masing-masing menunggu untuk menyaksikan perjalanan pulang kami. Aku hanya duduk dan melihat ke luar tingkap, memerhatikan kawasan penempatan baru bagi mangsa-mangsa tsunami di Kg. Kuala Muda ini. 6 hari ini memberi pengalaman yang bermakna dan belajar banyak benda baru.

Tayar bas bergerak dengan perlahan menandakan perjalanan pulang kami sudah bermula. Kami berkumpul di tepi tingkap, melambai-lambai kearah penduduk kampung. Aku ketika itu tercari-cari mak dan kak yana, namun tidak kelihatan. Kereta toyota avanza hijau itu juga telah tiada, mungkin mak tak sanggup melihat kami pulang kerana dia kelihatan begitu berat hati untuk membenarkan kami pulang. Terasa masih belum cukup masa yang ada untuk saling berkenalan.



Mungkin ada takdir untuk pertemuan kedua selepas ini..

Pertemuan kedua yang sememangnya dinanti oleh semua..

Banyak perkara yang ingin dikongsi jika bersua kembali..

Lebih kurang setengah jam perjalanan, menutup seketika buku U-Turn ke Jalan Lurus yang sedang aku baca, teingat akan bungkusan hadiah yang diberikan mak pagi tadi.

Dengan cermat aku membuka..

Benar tekaan Asyraff, sehelai kain pelikat..

Dan apa yang istimewanya, ia berwarna UNGU .. Ungu yang kami berikan, ungu juga yang kami terima..

Kenangan dan pengalaman yang tidak akan dilupakan..

- TAMAT –

* Nota Kecik :

1. Aku menulis semula hari demi hari berkenaan baktisiswa ini kerana secara peribadi ia merupakan pengalaman pertama aku menyertai program baktisiswa. Sesuatu yang unik bagi aku. Untuk memastikan setiap detik tidak dilupakan, aku menulisnya kembali.

2. Entri – entri sebanyak 7 episod ini hanya sesuai dibaca untuk meraka yang sabardan ingin membaca sebab agak panjang jalan cerita ini.

3. Maaf jika ada yang kebosanan membacanya sebab aku bukanlah seorang penulis cerpen mahupun novel, jadi gaya penulisan tidaklah sebaik mana. ( tidak suka jawab peperiksaan karangan masa SPM )

4. Boleh rujuk entri lepas di sini :

Episod 1

Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6

5. Jika anda membaca kesemua cerita ini, sila tinggalkan komen ye (^_^).

31 May 2010

Episod 6

13 April 2010.. Hari 5..

JANJI AKU UNTUK DESIGN ITU..

6.30 pagi.. setelah selesai solat subuh,aku terus mengadap laptop yang masih dibiarkan terbuka sejak malam tadi, banyak lagi yang belum aku selesaikan.. aku harus selesaikan janji itu pagi ini juga..

aku teliti gambar-gambar yang telah diedit malam tadi.. disusun dengan pelbagai formasi tapi seringkali aku tidak berpuas hati dengan hasil kerja aku sendiri.. itulah aku.. setelah beberapa susunan,aku menetapkannya dan aku tambah pula dengan nukilan yang dikarang oleh mun semalam..
nampak macam panjang sangat la,aku edit sedikit sebab nak bagi sama dengan ruang yang disediakan..

acap masa tu dah beberapa kali turun naik bilik tetapi aku masih lagi di hadapan laptop tanpa berganjak walau seinci pun..

dalam jam 7.15 pagi,kedengaran juga suara mun,mak dan acap memanggil aku untuk turun sarapan pagi.. aku hanya menjawab,”ya,jap lagi turun..makan r dulu”..

akhirnya.. siap juga design yang dijanjikan.. aku turun bersama dengan laptop, mereka agak berpuas hati dengan design tersebut.. bagi aku,boleh la.. sebab aku tak begitu pakar dalam photoshop ni,kena datang mood dulu baru boleh buat..



sarapan dijamah seperti biasa,yang ada dalam fikiran aku ketika itu,”macamane nak print benda ni?


ADUHAI .. OPERATING ROOM ..

Jam 9.30 pagi, kami ke OR yang terletak hanya beberapa langkah di hadapan rumah..Munirah yang dari dari semalam tidak berpuas hati dengan tentatif pagi ini menunjukkan reaksi tidak akan ke sana, nani hanya mengikut saja..lagipun mereka nak ke pantai merdeka dengan mak.. sepatutnya pagi ini aktiviti bersama keluarga tetapi lain jadinya..

ketika aku dan acap sampai,baru ada beberapa orang sahaja di hadapan OR.. dan mereka bukanlah dari kalangan mainboard.. aku dah mula muak dengan situasi begini.. mungkin aku tidak berada di tempat mereka ketika itu,kalau-kalau ada kesulitan yang dialami,mainboard semestinya orang yang sibuk.. tetapi naluri manusia biasa seperti aku,melihat kepada janji orang tersebut..itulah penilaian aku terhadap seseorang.. janjinya..tambahan pula,orang yang memegang kunci OR belum tiba setelah sejam..dan menurut mereka yang berada di situ,orang tersebut keluar membeli barang.. huh?..jadi apa macam ni !!.. aku menyimpan geram di dalam hati..

*selingan : selepas pulang dari program,aku lepak kat bilik pok jat ( setiausaha MRC Uthman ) satu malam,dia tanya aku apa komen tentang program dan aku cerita yang baik dan yang buruk.. rupanya pada hari kelima, berkumpul di OR jam 9.30 pagi bukanlah atas pengetahuan mainboard..biasanya apa-apa mesej kepada peserta pok jat akan mesej dulu ke Head Com,cuma pagi itu ada kesilapan komunikasi antara headcom dan mainboard..bagi mereka yang tidak tahu cerita ini,mungkin ada bersangka yang macam-macam..termasuklah aku pada awalnya..

moral : kita seringkali bersangka buruk dengan situasi yang kurang menyenangkan hati tanpa mengambilkira keadaan sebenar situasi tersebut. Bersangka buruk tidak baik untuk hati .

setelah lama menunggu,dan semakin ramai yang berkumpul di situ tetapi masih belum dapat dibuka OR, lalu mainboard memutuskan supaya latihan malam kebudayaan dilakukan di masjid..

kelihatan sibuk mereka-mereka yang terlibat dengan malam kebudayaan..yang teater terutamanya,aku masih tetap untuk tidak memasuki teater..bagi dauh,mat yi, li ,acap dan fadhir.. mereka terlibat dengan nasyid dan teater..sementara menuggu mereka habis berlatih teater,aku hanya duduk dan hanya memerhati.. setelah selesai,baru kami naik ke bahagian atas masjid untuk berlatih nasyid..

LATIHAN VOKAL PERTAMA AKU..

plug ni tak leh guna r,camane nak letak laptop

yang ni pun tak leh,sume plak cam tak leh pakai je

sedikit masalah,kesemua plug di bahagian atas masjid tidak berfungsi,kami perlu menggunakan laptop untuk memasang lagu minus one.. lagu yang dipilih,jalinan , UNIC.. lagu yang agak senang kerana yang berpengalaman dalam nyayian hanya acap,mat yi dan dauh..yang lain saje cuba-cuba termasuk aku (^_^)

weh,kat blakang tu ada bilik kosong..plug pun leh guna,practice situ r

jangan nyanyi kuat sangat r

kan tutup pintu,mane dengar...try pasang kuat2..tutup pintu..acap,ko dgr dari luar jap

haaa,tak dengar sangat pun..dengar sikit je

ok r tu...ni kira cam studio r..haha



latihan dimulakan.. aku dan li part bass rendah .. fadhir bass tinggi.. acap, mat yi dan dauh solo untuk 3 part.. tapi matyi r paling menyerlah solonya sebab dia reti untuk arrange harmoni.. kami yang baru-baru ni mane la tahu..huhuhu.. payah nak setelkan part harmoni tu..

.. owh indahnya, jika kita dapat bersama ..
.. hidup selalu gembira, di dunia ini ..
.. lagi indahnya, jika kita dapat bersama ..
.. hidup di dalam gembira, di akhirat sana ..

.. kita jalinkannn , kasih sayang ..
-jalinan-UNIC

sedang laithan nasyid rancak dilakukan..

tut..tut..tut..tut..

1 new message received.. UIAM Munirah..

mak tanya ni, korang tak leh gi pantai sekali ke? takde rehat sekejap ke tengahari, tak lama pun g,dalam kul 2,3 dah balik

jam pada waktu itu menunjukkan hampir 12 tengahari . Aku memberitahu acap dan sememangnya kami tak dapat nak turut serta mak dan yang lain-lain ke pantai merdeka. Serba salah juga kerana mak mengharap, tetapi persembahan malam ini lebih menjadi keutamaan. Setelah diperjelaskan segalanya, kami memberitahu tidak dapat turut serta ke pantai..

HANYA MAHU PRINT KALER JE. TIADA KEDAI KAH ?

selesai latihan,aku dan yang lain-lain pulang ke rumah. Mat yi, Dauh, Li, Faaizz semua nak lepak kat rumah aku. Diorang cakap rumah aku best !!.. Memang setiap kali ke rumah aku, pasti dapat makan sedap.. Tambahan pula mak memang suka bila ramai tetamu datang ke rumah, mungkin itu sebabnya ramai jiran-jiran datang pada waktu petang..

Setelah menghantar mereka ke rumah berulang alik dengan motor kapcai, aku keluar dengan membawa pendrive dan frame bersaiz A4. Pusing-pusing di sekitar peka mencari kedai komputer untuk print tetapi mendukacitakan. Aku ke perpustakaan desa sebab ada yang cakap kat sane boleh print. Wah !! memberikan sinar harapan.

Assalamualaikum kak, kat sini ada print tak ?
Ada.. Nak print ape ?
Print gambar, print kaler ada ?
print kaler takde la dik, hitam putih je
owh.. hmm, kat sini mane leh cari kedai print kaler ?
Akak pun tak pasti, kene try g penaga kot
Hmm, takpe la.. saya nak beli kertas A4.. 4 helai

aku melangkah keluar dari perpustakaan itu dengan hampa. Esok kami akan pulang ke UIAM dan hadiah ini mesti siap hari ini juga.

semalam faaizz buat booklet forum,print kat OR.. try ke sane la plak

aku tiba di OR dan kelihatan di dalam pejabat, sukarelawan-sukarelawan yang mengasuh kanak-kanak ada di dalam. Aku memberitahu tujuan dan mereka benarkan untuk print di situ. Lega rasanya. Selesai print, harga yang perlu dibaya cum RM1 untuk satu kertas A4 berwarna penuh. Cuma nak tolong je kot, kalau print kat kedai dekat RM 3 juga rasanya. Gambar itu aku masukkan ke dalam frame dengan cermat, berlatarbelakangkan ungu dengan frame berbingkai emas, cukup membuatkan aku berpuas hati.

Selesai urusan, aku pulang ke rumah. Masa tu mak dan yang lain-lain belum pulang. Yang ada acap dan kawan-kawan aku yang lain. Dah macam rumah bujang, berbekalkan PRO EVOLUTION SOCCER 10 dan dua biji CONTROLLER, satu liga diadakan bagi mengisi kekosongan waktu tengahari. Selesai “bersukan”, latihan nasyid diadakan bagi memperkemaskan beberapa bahagian. Memasuki waktu zuhur, perut terasa lapar. Kami berehat dan ada yang pulang ke rumah masing-masing,petang nanti kami akan berjumpa di dataran untuk sesi “rehearsel”.

Aku ke dapur untuk menjamah makanan, nasi hari ini begitu pelik. Nasi yang macam nasi minyak tapi sungguh berwarna-warni. Acap memberitahu yang nasi itu dipanggil “ nasi hujan panas “ sebab berwarna-warni. Kalau boleh anda bayangkan, setiap butir nasi itu ada warna merah,kuning,hijau,biru dan beberapa warna lagi. Nasi tu boleh dikira sebagai makanan orang penang. Ditambah dengan lauk ayam masak merah, cukup membuatkan aku berselera ( masa bila aku tak selera makan ye? ) .. Keunikan di setiap negeri menambahkan minat aku untuk terus merantau mencari pengalaman baru.

HADIAH dan KASUT

Selesai mandi dan solat,aku berehat di ruang tamu sambil menonton tv. Tiada apa rancangan yang menarik, nak tidur tak boleh,petang ni ada urusan yang perlu dibuat.

Kedengaran bunyi kereta di hadapan rumah, nampaknya mereka telah pulang dari pantai.
Macam seronok bunyinya setelah diceritakan aktiviti di pantai. Cemburu juga tak dapat berjalan-jalan hari ini,tapi takpe la.

mun, selipar wan camane?..leh betulkan..papadom ada tak?”,aku bertanya.. sebab sebelum mereka keluar aku kirimkan selipar yang dah putus pada hari kedua untuk dibaiki, juga kirim untuk dibelikan papadom mentah sebab keluarga di johor mengirim barang-barang dari penang.

kami tak jumpa la kedai kasut, kasut mun pun tak betul ka lagi,tak sempat tadi

haa la wan, mak pun lupa nak beli papadom tu

owh..takpe2

otak ligat berputar memikirkan di mana aku nak betulkan selipar tu,esok dah balik.. selipar tu je la yang aku bawa ke penang ni.. kasut sukan aku dah hilang tertinggal dalam bas..

acap, ko tau mane kedai betulkan kasut?
ada satu kat bagan r
jauh tak?
setengah jam kot, tak sampai rasanya
jom r.. aku terdesak ni, tak de selipar lagi dah.. haha
ok je, g naik pe?
tuuu “, aku menunjuk ke arah avanza hijau.. “ haa, p r mintak mak kunci

petang tu, aku, acap, mun, nani beserta faaizz dan bukhari keluar ke bandar. Faaizz dan bukh nak cari hadiah untuk keluarga angkat mereka. Tugas mun ketika dalam perjalanan, mesej PM untuk memberitahu kami keluar ( rumah aku antara orang paling kerap keluar berjalan, kalau dibuat ranking antara kami para peserta, kami berempat dapat top 1 rasanya.. haha )

Tiba di kedai kasut, tukang kasut memberitahu mungkin dalam sejam baru kasut tu siap. Kasut mun yang patah tumit dan selipar aku yang putus. Faaizz dan Bukh dah berjalan kaki ke tengah bandar mencari hadiah. Sementara menunggu kasut siap, acap mengajak kami ke kedai buku berdekatan, nak tengok-tengok buku katanya. Di situ juga timbul idea nak beli hadiah untuk ayah sebab untuk mak, mun dan nani dah belikan kasut.

Memasuki kedai buku, aku tak tahu nak cari buku apa. Aku lebih tertarik melihat buku dan majalah tentang teknologi, sains, adobe photoshop dan yang berkaitan dengan itu. Acap dan Mun sedang sibuk membelek – belek buku bergenre kerohanian. Nani, memilih beg yang sesuai untuk dijadikan tempat meletakkan kesemua hadiah kami nanti. Sesekali aku terpandang buku “ Indahnya Hidup Bersyariat “, karangan Dato' Ismail Kamus dan Muhd. Azrul Azlen Abd. Hamid. Buku berwarna biru yang merupakan warna kegemaran aku itu membuatkan aku tertarik, cuma.. belum berhasrat untuk membelinya, harganya dalam RM 50++ ..

Selesai memilih dan membayar barangan yang rasakan sesuai untuk ayah, kami menunggu faaizz dan bukh yang masih tidak kelihatan. Tiba-tiba dari jauh kelibat mereka kelihatan bersama-sama beberapa bungkusan besar. Wah !!. Apa yang dibelinya ?

Set pinggan mangkuk, kuali, cawan dan beberapa peralatan dapur. Menarik juga hadiah yang dibeli, tambahan pula faaizz memberitahu keluarga angkat mereka agak susah, walaupun tinggal di rumah khas bagi mangsa tsunami, namun kehidupan tidaklah semewah mana. Mungkin hadiah itu dapat digunapakai dalam jangka masa yang panjang. Kasut yang dijanjikan telah siap, aku berpuas hati dengan jahitannya dan bayaran pun tidaklah semahal seperti di Batu Caves. Selesai segalanya, kami bertolak pulang, petang ini perlu segera ke dataran untuk latihan.

SEMUA BUAT MUKA TEGANG, KEADAAN SERIUS



cuba ko g tanya salah sorang mainboard time ni, mesti melenting

hahaha, itu yang diberitahu fazli, salah seorang PC baktisiswa.

Petang itu keadaan agak sibuk di dataran. Baik peserta yang mewakili pihak Kg. Kuala Muda untuk melakukan persembahan mahupun pihak yang mewakili UIAM sendiri, latihan terakhir giat dijalankan bagi memastikan perjalanan malam kebudayaan dan penutup berjalan dengan lancar.



Di pihak teater, pengarah program yang juga penggiat teater di uia sedang sibuk mengarahkan babak demi babak bagi memastikan kelancaran jalan cerita. Jalan cerita teater mudah sahaja, pelajar yang berlakon wataknya bukan sebagai pelajar, tetapi sebagai penduduk kampung sendiri. Dan ia menceritakan tentang perjalanan program dari hari pertama hingga sekarang.

Aku yang tidak terlibat dengan teater hanya menunggu rakan-rakan yang lain habis berlatih teater.
Selepas itu, latihan nasyid diadakan, mencari lagu pembukaan dan penutup yang sesuai.
Setelah hampir waktu maghrib, nasyid kami telah selesai latihan dari lagu pembukaan hingga penutup. Berdebar ? Memang aku berdebar walaupun bukan nyanyi solo.

MALAM PENUTUP DAN KEBUDAYAAN BAKTISISWA PERMATA ‘10

seawal jam 8.30 malam, dataran sudah dibanjiri dengan penduduk kampung. Aku dan acap masa tu datang selepas solat isyak sebab slot kami lambat lagi, teater pun lambat lagi nak mula.

Keadaan begitu meriah dan bergaya. Bergaya ? semestinya peserta-peserta lain yang kelihatan bergaya. Dengan mainboard lelaki segak berbaju melayu bersongket, adan yang berbaju batik, yang perempuan juga biasalah, pandai bergaya, tudung yang berpusing-pusing ( tak tau ape namanya ), berbaju kebaya dan sebagainya. Aku ?. baju melayu raihan berwarna hijau cair , seluar ala-ala kain dockers berwarna cream dan selipar yang baru dibetulkan siang tadi . Senang sebab aku tak suka dengan baju batik yang nampak rimas itu.

Persembahan demi persembahan telah selesai. Persembahan dari Kg. Kuala Muda seperti Boria, Silat, Choral Speaking cukup menghiburkan. Sampai saja persembahan teater,juga tidak kurang hebatnya. Aku masih menunggu untuk nasyid, debaran semakin kuat, tekak yang telah dibasahi air kosong beberapa kali pun terasa kering dengan cepat ( tak pernah buat persembahan, masa sekolah seorang yang pasif )..

Ketika hampir untuk membuat persembahan, rakan-rakan yang lain turut mencari air masak untuk membasahi tekak, takut-takut tak keluar suara pula nanti..



Nasyid bermula, permulaan lagu 5 Cinta ( saujana ) dari mat yi cukup menarik, dengan vibrato dia yang beralun-alun, kemudian lagu Jalinan ( UNIC ) . Cuma microfon yang dikongsi aku dan Li macam tidak berfungsi. Mungkin wayar bermasalah, microfon acap juga bila memasuki rangkap kedua ada sedikit masalah, kesannya aku dapat dengar tempo lari sedikit. Mujur Mat Yi dapat cover balik dengan bahagian chorus.



Selesai persembahan, aku, acap, mat yi, dauh, li dan fadhir menarik sedalam-dalamnya nafas lega

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. lega, selesai sudah.. boleh buat team nasyid r pasni..haha

Sayangnya, aku tak rakam hasil persembahan kami sejak dari mula lagi..

Ahamdulillah, segalanya selesai. Afiq selaku Ketua Penyelaras Program mengucapkan tahniah kepada semua, perjalanan program yang lancar serta pesembahan yang menarik dari semua pihak. Taklimat diberikan untuk esok hari. Esok ?. Kami perlu pulang ke kampus, bermakna perjalanan di sini menuju ke titik akhir. Malam ini malam terakhir kami bermalam di rumah keluarga angkat.

Selesai segalanya, semua bergerak pulang ke rumah..

Sebelum tidur, aku mengemas beg untuk bersiap pulang supaya pagi esok tidaklah kelam kabut. . Acap juga telah siap mengemaskan begnya. Rasa mahu duduk lagi lama sebab banyak lagi perkara yang aku belum tahu tentan Pulau Pinang. Tapi tidak mengapa,mungkin ada kesempatan di lain waktu untuk bertemu dengan penduduk di sini terutaam keluarga angkat.

Malam itu sempat juga kami bergambar dengan mak dan ayah, selama ni tak pernah pun bergambar dengan ayah sebab dia selalu balik malam. Malam akhir itu digunakan sepenuhnya.

Menunggu hari esok pula..

- tamat hari 5 –

Kalaulah ada sumur di ladang, bolehlah kami menumpang mandi.. Kalaulah ada umur yang panjang, InsyaAllah kita jumpa lagi.. InsyaAllah kita jumpa lagi.. InsyaAllahhh, kita jumpa lagiiii
- penutup nasyid kami ber 6

* lihat video baktisiswa yang dihasilkan oleh amirul Faaizz di SINI

Episod 5

12 April 2010.. Hari 4..

pagi itu.. keadaan seperti biasa.. bersarapan di ruang luar rumah.. sebelum ke tempat gotong royong...

Korang berdua confirm sampai pukul 10 je ni?”,tanya aku kepada Mun dan Nani..

ha’ah.. kenapa?.. nak g ke?..kalau nak g paling lewat pukul 10.30 dah jalan

ala,korang nak shopping tudung kan.. depan rumah kak yana tu ada jual tudung murah-murah..mak cerita semalam.. hahaha

errr.. biasa la tu

hmm, tengok r cmane..acap,ko camane?

aku tak kesah , aku ikut je

nanti bila korang dah balik rumah,mesej eh

Naluri untuk berjalan-jalan semakin kuat.. aku rasa memang aku nak g ikut..bosan la duduk sini je..

jam 8.10 pagi.. aku dan acap tiba di depan masjid.. kelihatan beberapa orang peserta perempuan dah berada di pantai..perempuan sebahagian bersihkan bahagian dalam masjid dan sebahagian lagi bersihkan pantai.. yang lelaki semua bersihkan kubur lama di belakang masjid..



bila aku sampai je,tak nampak langsung yang lelaki ni.. yang ada hanya aku dan acap.. serta beberapa orang kampung.. kemudian, acap ke rumah yuhu sebab yuhu dengan bukh takde kenderaan nak ke masjid..

aku call zarul, dia tengah ambil barang.. dia pun dah sampai awal pagi lagi tapi takde orang..

mane la orang – orang penting ni.. hari-hari macam ni, time event pagi je lambat !! ”.. aku merungut dalam hati,bosan dengan situasi yang begitu, yang berjanji menetapkan waktu pun tak kelihatan..

cabut la nanti kul 10”.. yup.. nekad..

dalam 8.30 pagi.. yang ada masa tu aku, yuhu zarul ,acap dan beberapa orang lagi..
kita start je la dulu..tunggu depa ni lambat”,kata zarul..



kawasan perkuburan ni terletak di belakang masjid, berhampiran pantai.. di sekeliling kawasan perkuburan ini ialah rumah penduduk tetapi telah rosak dan sudah tidak berpenghuni.. Kawasan sekitarnya juga rosak teruk akibat tsunami yang melanda Kg. Kuala Muda satu ketika dulu.. Nak masuk ke kawasan perkuburan ni,kami kena buka kasut dan selipar.. bukan sebab ada lantai tapi tanah yang digunakan ialah pasir pantai.. mungkin kebiasaan orang kampung masuk ke kawasan perkuburan ini dengan berkaki ayam, kami pun ikut sajaha cara orang di sini..




Hampir jam 9 pagi, baru lah kelihatan peserta lelaki lain datang.. kerja-kerja dilakukan dengan berperingkat.. daun-daun disapu,rumput- rumput dibersihkan.. dahan-dahan pokok yang besar juga ditebang.. Letih.. tapi niat kena selalu diingatkan supaya ikhlas kerana Allah dalam melakukan kerja amal sebegini..

CABUT LARI ..

jam 10 pagi..

tut.. tut... tut.. tut...

1 new message received.. opening.. Uiam Munirah..

kitorang dah balik

aku membalas..” ok2.. jap lagi kami balik

masa tu aku tercari-cari kunci motor tapi takde,bukhari pinjam.. aku call dia, dia tengah minum plak kat warung depan masjid.. kacau betul, tengah clear nak cabut ni orang tak ramai kunci motor plak takde..mamat ni jauh plak kat sane..

satu lagi mesej diterima.. “ cepat sikit ye,mak cakap mak nak tunggu korang balik

aku tengok kawasan kubur tu pun dah clear sikit.. boleh la kot balik senyap-senyap.. hehehe..
aku dan acap pergi ke masjid nak cari bukh.. sampai kat masjid kebetulan terjumpa dia.. amik kunci motor.. acap tunggu depan masjid..aku amik moto.. masa nak amik moto, ada pembahagian air minuman untuk kami semua..aku sempat la amik sebungkus.. masa aku tengah amik air dengan muka baiknya,fadhir dengan fazli tanya aku nak kemana dengan motor tu... aduh!!.. senyap sudeh..

tanpa menjawb apa-apa,aku hidupkan enjin motor, dengan selamba aku jalan.. nampak acap dah tunggu jauh sikit dari masjid..

aku duk depan masjid tadi,diorang tanya nak g mana.. aku senyap je..tu yang g jauh sikit ni

hahahaha... ok2,mak dah tunggu ni

ish..rase serbe salah plak..kerja tak siap lagi

aku pun.. dah r event prep n tech ni

kami berlalu pergi meninggalkan tempat program di masjid tersebut..

................................................................................................................................................................

setelah bersiap.. lebih kurang jam 11 pagi kami bertolak..
destinasi, parit buntar, perak.. sedang dalam perjalanan, mun dengan nani bagi mesej kat PM bagitau kami ke perak.. acap mesej syakir, aku pun msj zarul.. aku hanya cakap aku kuar kejap,petang baru aku balik.. tak bagitau pun ke parit buntar.. sory ye zarul..hehe..

Jalan yang dilalui agak sibuk juga, masuk je lebuhraya aku speed 110 km/j.. avanza ni tak boleh laju sangat la.. macam tak best bila laju-laju.. lebih kurang jam 12 tengahari, kami tiba di rumah kak yana..

masa tu pasar yang jual baju-baju kat depan rumah kak yana belum tutup lagi.. memang bershopping la mereka nanti.. aku tiba-tiba menjadi bosan.. tak minat tudung-tudung ni.. dengan duit tinggal RM 8.. hoh?..

tak lama lepas tu, suami kak yana pulang dari sekolah sebab amik ifran.. aku tanya kat dia mane pejabat pos terdekat,nak keluarkan duit.. dia pun bagitau arah dan bagi kami pinjam motor yamaha 135 LC berwarna merah.. mak,mun,nani dan kak yana sedang sibuk melihat kain.. aku dan acap, ke pekan.. tak jauh rupanya rumah kak yana dengan pekan.. sampai juga di pejabat pos,tanpan berlengah aku mengambil borang dan melengkapkan dengan segera..angka giliran yang aku ambil tadi masih jauh,sedangkan kaunter yang dibuka hanya...SATU !!

tiba-tiba teringat kat firdaus ( pidot ) , member sekelas semasa aku di sekolah menengah.. dia belajar di kampus kejuruteraan USM, dekat la dengan tempat aku berada sekarang ni.. aku pun menelefon dia..

“weh, dot.. ko kat ne?”

“kat USM r.. nape?”

“aku kat pejabat pos parit buntar ni.. jom r lepak jap.. dekat dengan tempat ko kan...ko takde wat pape kan?”

“ko wat pe kat sane?..takde wat pe pn...tngah study week”

“ ada la..nanti la aku cerita.. ko datang sini dulu la”

“weh.. ko biar betul..tetiba ada kat sane..”

“lorhh.. betul la weh..dah3.. cepat datang sini..aku tunggu..haha”

“haa..k2..jap g aku sampai”

selesai urusan di pejabat pos.. aku, acap dan pidot ke warung untuk makan tengari.. dah lama tak jumpa dia ni.. last jumpa pun rasanya tahun lepas.. tak ingat la aku bila.. raya kot.. kebetulan pula aku teringat dia kat sini..
kami berbual-bual panjang.. acap pun tanya-tanya kalau-kalau pidot kenal kawan-kawan dia kat USM.. sedang asyik berbual, baru perasan kerusi kat kedai tu dah penuh..pelanggan semakin ramai..kami pula dah habis makan lama dah.. nampaknya pertemuan seketika terpaksa ditangguhkan dahulu.. setelah bersalaman.. pidot pulang semula ke kampus,aku dan acap ke pekan sebentar sebab nak cari frame untuk hadiah..selesai mencari frame,kami pulang ke rumah kak yana..

balik dah.. ingat tak jumpa jalan balik dah tadi..mai la makan dulu”,tegur mak..

ehh,jumpe-jumpe... hehe.. takpe la mak..kami kenyang lagi

diorang dah makan kat luar tadi mak,patut r senyum je balik

hoo,ya ka.. patut la

ni ashraff makan ayam setengah ekor.. rm 9 dia kena

haa,tak pa la.. g la rehat-rehat dulu




BUKIT MERAH..



Selesai solat zuhur dengan acap, kami berehat di ruang tamu..ada bantal.. orang mengantuk disorongkan bantal.. memang layan je.. sedang berehat, kak yana datang dan bertanya..

korang ada pape aktiviti tak petang ni?

hmm,sukan je pun petang...takde pe sangat”,jawab acap..

ni kak nak bawa g bukit merah.. tak juh pun dari sini... setengah jam ja.. boleh ikut ka?

ehh,ok je.. takde hal... boleh je..”, dengan segera aku menjawab.. aku.. diajak berjalan ok saje semuanye..

maka,aktiviti petang sepatutnya kami pulang ke rumah mak telah bertukar ke bukti merah..aku memandu avanza hijau ikut je belakang kereta kak yana.. masa memandu, aku perhatikan meter.. 120 km/j.. tapi Myvi hitam yang dipandu kak yana masih laju di depan .. “usih,laju nyer kak ni drive”,kata aku di dalam hati..

akhirnya selepas setengah jam, kami tiba di bukit merah laketown.. berjalan-jalan.. aku yang pada masa tu menyerlahkan sifat cerewet ketika membeli hadiah..perfectionist??? .. hahaha..



petang tu kami tak dapat nak naik bot sebab air surut.. bergambar kat tepi jeti je .. masa kat bukit merah aku terjumpa ain, kawan satu kompeni masa kat PLKN dulu.. dia pun pelik macamane aku boleh sampai sini.. kiranya hari ini hari aku berjumpa kawan – kawan lama agaknya..

di sana,sempat juga aku dan acap berlumba kereta daytona kat situ.. kami berada di bukit merah tak lama sebab tak dapat naik bot .. dalam jam 5 petang selepas siggah sebentar di rumah kak yana, kami terus balik ke kg. kuala muda..

sekali lagi aku drive untuk perjalanan balik.. sedang dalam perjalanan, lama-kelamaan mata aku rasa mengantuk, tapi aku terus laju sebab kalau slow lagi aku mengantuk.. tetapi, bukan setakat mengantuk saje,lama kelamaan kepala macam dah melayang-layang dah..

hmm, tak leh jadi ni.. aku tak leh teruskan drive macam ni”,berkata didalam hati..

keluar saja dari simpang sungai dua, aku meminta mun untuk ganti tempat aku.. dah mengantuk sangat dah drive dari pagi.. Alhamdulillah, selamat sudah tiba di rumah..

IZWAN HILANG MOOD..

Malam itu,selepas solat isyak di masjid.. kami para peserta berkumpul di OR.. taklimat mengenai malam kebudayaan.. malam itu aku terasa begitu letih,membuatkan aku takde mood nak dengar apa taklimat yang disampaikan..

esok kita akan buat teater..ada 3 babak..bla..bla..bla..bla.. setiap biro diminta hantar 4 orang untuk masuk teater

nama seorang demi seorang dipanggil.. tiba je bahagian prep n tech.. nama aku pun disebut.. Arghh!!.. i hate acting n theatre.. ntah kenapa aku rasa geram.. aku tak minat pun dengan lakonan.. cukup la aku masuk nasyid sahaja.. berlaku juga salah paham kerana mat yi diberitahu acara nasyid dibatalkan dan buat dia hilang semangat nak bernasyid, tapi pengarah teater cakap dalam tentatif ada termasuk persembahan nasyid..

setelah bersurai, mereka yang terlibat teater berkumpul di dalam OR tetapi aku masa tu memang tak nak dan tak nak masuk teater.. entah kenapa,aku malam tu memang nak ikut kepala sendiri je..aku tak suka berlakon.. jiwa aku sedikit keras malam tu..aku terus keluar,lepak di luar dan jalan-jalan..

setelah beberapa perbincangan, nasyid tetap diteruskan.. bermakna esok je aku ada masa untuk berlatih sebelum malam persembahan.. sebelum-sebelum tu acap ada juga ajar nak keluarkan suara perut.. entah macamane ntah..susah juga nak nyanyi ni..

untuk jadual esok,sepatutnya satu hari diluangkan bersama keluarga tetapi segalanya berubah.. jam 9.30 pagi dah berada di OR untuk latihan malam kebudayaan.. lagi satu tekanan yang buat aku geram.. sepatutnya dalam jadual esok cuti,kami dah cakap kat mak selasa pagi cuti,leh jalan-jalan..tapi lain pula jadinya.. bagus juga aku cabut siang tadi..kalau tak, tak dapat berjalan-jalan dengan keluarga..

jam 12.30 tengahmalam.. aku,acap,mun dan nani duduk di luar sambil ditemani mak.. mak nak bawa ke pantai merdeka esok.. tapi.. hmm..macamane ye.. masa tu mun dan nani memang akan ikut,aku dengan acap mungkin tak dapat ikut sebab kami kena buat latihan untuk nasyid..banyak lagi tak diselesaikan.. aku pun kena siapakn design yang aku janjikan tu..

ahhh,mengantuk dan mengantuk... jam 1.30 pagi.. aku buka laptop dan tengok gambar-gambar yang dipilih.. aku mula buat background untuk design yang aku janji untuk disiapkan.. tetapi mata tak leh bertahan lagi..

laptop dibiarkan terbuka dengan aplikasi adobe photoshop yang belum ditutup..

jam 2.00 pagi..
aku tertidur..
esok,aku mesti siapkan design tu...
mesti..

hari 4.. tamat..

23 May 2010

Edit : Buat collage pictures menggunakan PICASA

Salam..

beberapa hari lepas aku mendapat mesej melalui YM dari seorang rakan yang minta tolong camtumkan gambar jadi satu.. nak buat frame katanya.. aku cadangkan guna picasa.. tak reti guna katanya.. jadi timbul idea untuk aku menulis kat sini cara – cara ringkas nak buat gambar tersebut..

Pertama sekali mesti korang mesti ada software picasa tersebut, bagi yang masih belum ada installer, sila muat turun di sini .. ataupun korang leh google je,taip picasa.. Jangan takut untuk muat turun sebab perisian ini percuma dari Google dan juga saiz yang tidak begitu besar, versi terbaru aku tengok cuma 12Mb sahaja.. pengguna berukband pun boleh muat turun =)


Selesai install semua, boleh buka perisian tadi..



Apa yang anda lihat adalah muka hadapan picasa, jangan terkejut kalau ada banyak subfolder di bahagian kiri sebab picasa akan detect semua jenis gambar yang tersimpan di dalam harddisk anda.. ceruk mane pun dapat detect punya..



Kumpulkan gambar yang anda nak satukan tadi ke dalam satu folder, kemudian klik pada folder tersebut,contoh aku pilih Rehlah 2, 29 Mac 2010.. Selepas itu perhatikan pada bahagian bawah icon collage.. di antara blog this dengan video, klik collage tersebut dan akan keluar menu seperti ini..



Pergi ke bahagian kiri ,setting.. ada 6 jenis susunan yang anda boleh pilih sesuka hati.. cuma perlu tekan sahaja satu persatu dan perhatikan susunan gambar akan berubah secara automatik..



kalau tidak berpuas hati dengan susunan yang ada, boleh tekan Shuffle Pictures di bahagian tengah bawah dan susunan gambar akan berubah secara automatik..



jika anda ingin membesarkan, mengubah pusingan atau kedudukan salah satu gambar,klik pada gambar tersebut dan akan ada satu bulatan seperti jarun kompas. tarik bulatan itu dan saiz gambar akan berubah mengikut kreativiti anda.. kedudukan gambar juga boleh diubah.. jika ingin gambar itu di atas gambar yang satu lagi,klik kanan dan pilih keutamaan gambar ..




untuk meletakkan tulisan pada salah satu gambar, klik pada gambar tersebut dan pergi ke bahagian view and edit, kolum sebelah shuffle pictures



anda boleh meletakkan teks, mengubah jenis tulisan dan sebagainya.. jenis tulisan mengikut apa yang terdapat dalam system komputer tersebut,jika anda banyak koleksi tulisan yang cantik-cantik, lagi bagus.. =)



Setelah berpuas hati dengan hasil kerja, pergi ke bahagian setting untuk pilih saiz imej tersebut.. untuk gambar ni aku pilih A4, jadi kalau print akan muat-muat saiz A4..



Kemudian, pada bahagian setting juga, klik create collage untuk hasilkan kerja anda tadi.. gambar yang telah siap akan disimpan ke dalam folder picasa.. semak pada folder pictures anda, cari folder picasa..




Siap !!.. boleh print sekarang juga.. kalau nak letak tulisan berbentuk penghargaan dan sebagainya, boleh gunakan adobe photoshop, kalau takde pun guna paint jadilah.. (^_^)



*nota kecik :

1. tutorial ni faaizz d zul yang ajar aku masa aku tengah buat slide show pkpim uiam.. oit yuhu, dah banyak aku masukkan nama ko dalam blog aku, next sem kasi ajar adobe photoshop CS 5 !!... lol

2. next punya entri berkaitan editing, software muvee reveal 8, cara mudah dan cepat nak buat slideshow bagi mereka yang nak cepat..

3. tengah cari mood dan feeling untuk tulis dua episod terakhir..


Okey, sekian..

23 Mei 2010
1334
Rumahku..