08 April 2010

PERMATA ’10 – Episod 1

Ketika Semester 2 kian berjalan dengan rancaknya.........

Hari-hari yang memenatkan.. pulang dari kelas,aku menuju ke kedai untuk membeli minuman 100 Plus .. Cuaca petang pada hari itu tidaklah seterik mana namun terasa begitu haus dan letih.. Di dalam fikiran aku ketika ini hanya terbayang ‘assignment’ , ‘ quiz’ yang tidak pernah putus.. setiap hari setiap minggu.. namun itu realiti yang perlu aku hadapi kerana aku telah rela hati memilih jalan ini..

Memasuki blok D mahallah uthman, aku berjalan perlahan sambil melihat papan kenyataan berwarna biru,yang sarat dengan iklan ‘ kereta sewa ‘ dan ‘ ingin menambah pendapatan ? ‘..

satu persatu iklan aku perhatikan,tiba-tiba mataku terhenti pada perkataan “BAKTISISWA PERMATA 10”.. ehhh,baktisiswa?..kalau masa kat pusat asasi dulu,baktisiswa ni hanya untuk mereka yang memegang jawatan dalam FSCC ( dari pemerhatian mata kasar aku sebagai rakyat biasa di sana )..





Satu persatu maklumat diperhatikan,lalu aku mengambil keputusan untuk bertanya bepada saudara Aizat yang nama dan number telefonnya tertera di iklan tersebut. Akhirnya aku membuat keputusan untuk menyertainya. Lokasinya menarik perhatian aku. Pulau Pinang,bukan negeri kelahiran aku dan itu yang menarik minat aku. Pergi melawat negeri lain, timbul rasa ingin tahu bagaimana keadaan, budaya, masakan ( penting ni.. =p ) masyarakat di sana. Aku kurang merantau ke negeri orang sehinggalah aku tamat SPM.. pergi ke Kedah pada tahun 2006 untuk menghadiri kursus SPM itulah pengalaman pertama aku keluar dari Johor.. Melaka,Kelantan sudah dilawati,kini Pulau Pinang pula..

Sedikit maklumat mengenai BAKTISISWA PERMATA ’10 :
- program ini dianjurkan oleh Mahallah Uthman dan Mahallah Asma’ Representative Comittee.

- insyaAllah berlangsung selama 6 hari 5 malam bermula 9 – 14 April 10.

- pelbagai aktiviti dijalankan antaranya keluarga angkat,forum perdana, sukan pantai,
barbaque,majlis tahlil,bengkel skor A UPSR,malam kebudayaan,Explorerace,gotong-royong serta beberapa pameran dari badan-badan kerajaan yang memberi sumbangan.

- Kg. Kuala Muda ini merupakan kawasan yang dilanda tsunami satu ketika dahulu, banyak kemudahan telah musnah namun sekarang telah dibaikpulih sepenuhnya.

- bayar RM 15 ( baju )

- bertolak jam 11 malam, 8 April 2010

sekali lagi, aku menjadi committee untuk biro persediaan dan teknikal.. Apakah??.. boleh dikatakan sudah selalu sangat aku bekerja dalam biro ini.. Ketika di pusat asasi,aktivit pertama aku bermula dengan Kelab PERKIM juga di dalam biro persediaan dan teknikal.. silap aku juga masa bro. aizat tu tanya nak biro apa aku jawab prep n tech.. hahahaha.. jalan sudahhh..

hari-hari kian berlalu.. perbincangan antara biro,tempahan barang dibuat satu persatu.. Sehinggalah tamatnya kertas peperiksaan terakhir aku.. 7 April 2010, 9 malam.. Sentuhan terakhir.. Kesemua peserta dan barisan pengurusan program berkumpul bagi memberi taklimat dan membincangkan perkara-perkara yang perlu diselesaikan..

sebelum hadir ke perjumpaan tadi, aku menyiapkan design untuk program Bengkel Sukarelawan Muda anjuran KPIJ, tak tahu la kurang idea mendatang tapi aku dah hantar design tu ke Hadi. Aku mula mengemas rak buku dan memasukkan semua buku ke dalam kotak, baju-baju semua disusun untuk di dalam beg. Aku memilih baju-baju untuk dibawa, macam banyak sangat je ni..


..masih lagi kurang arif dalam hal menyusun baju untuk ke program luar.. dari dulu..ni baru baju..(^_^)


Alhamdulillah,segalanya telah selesai.. Esok ada beberapa tugasan perlu diselesaikan, sebab nak ambil 2 barang teknikal untuk program..

Ketika aku sedang menaip ini, baju-baju masih belum dimasukkan ke dalam beg..amat bersepah juga ye, takpe... sem depan orang lain duduk.. hahahaha...

Perjalanan esok.. bakal memakan masa dalam 6 jam.. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar.. selamat sampai ke destinasi..

Sekarang musim tengkujuh ke?.. Kg. Kuala Muda bersebelahan pantai ..

bersambung...............................

0237
8 April 2010
Uthman D,IIUM



6 comments:

fauziah hanum said...

lama tak jenguk blog nie..
amat setuju dengan statement "baktisiwa di cfs hy tuk fscc" ^^

slmt berbakti~

izwanyusof said...

hahaha.. hanya untuk fscc..rakyat biasa hanya see seee photo diorang sahaja.. hahaha

innii said...

ape la ko..tipu aq..kate kt kepala batas..nape ko padam nombor phone dorg?aq bru nak kol..haha..jaga diri k kt sane..klu musim tgkujuh lg r kene hati2..

p/s:ko x belikan aq pape kt sane,siap r ko,aq culik adik ko wat jd hewi kpij..wakaka..

p/s:silap hr bln izwan blek jhor,tjuk mnantu org penang kt pakcik usop..hik3

izwanyusof said...

mane r aku tau..katanya kt kpala batas gak tmpt tu..kot tu daerah kecik ke..aku bukan org penang r weh..

sbb ada org cam ko aku padam number diorang... hahaha...

menantu?..ko bab provokasi kawen,ske je!.. for me now,career come first..haha

innii said...

aq nk kol nak join program r..ko ni x patotzzz sungguh...

i'm single ok!

hahaha....

izwanyusof said...

ko duk mahallah mane?..asma'?..

cehhhhhhhh..statement2..