12 April 2010.. Hari 4..
pagi itu.. keadaan seperti biasa.. bersarapan di ruang luar rumah.. sebelum ke tempat gotong royong...
“ Korang berdua confirm sampai pukul 10 je ni?”,tanya aku kepada Mun dan Nani..
“ha’ah.. kenapa?.. nak g ke?..kalau nak g paling lewat pukul 10.30 dah jalan”
“ ala,korang nak shopping tudung kan.. depan rumah kak yana tu ada jual tudung murah-murah..mak cerita semalam.. hahaha”
“ errr.. biasa la tu”
“hmm, tengok r cmane..acap,ko camane?”
“aku tak kesah , aku ikut je”
“ nanti bila korang dah balik rumah,mesej eh”
Naluri untuk berjalan-jalan semakin kuat.. aku rasa memang aku nak g ikut..bosan la duduk sini je..
jam 8.10 pagi.. aku dan acap tiba di depan masjid.. kelihatan beberapa orang peserta perempuan dah berada di pantai..perempuan sebahagian bersihkan bahagian dalam masjid dan sebahagian lagi bersihkan pantai.. yang lelaki semua bersihkan kubur lama di belakang masjid..
bila aku sampai je,tak nampak langsung yang lelaki ni.. yang ada hanya aku dan acap.. serta beberapa orang kampung.. kemudian, acap ke rumah yuhu sebab yuhu dengan bukh takde kenderaan nak ke masjid..
aku call zarul, dia tengah ambil barang.. dia pun dah sampai awal pagi lagi tapi takde orang..
“mane la orang – orang penting ni.. hari-hari macam ni, time event pagi je lambat !! ”.. aku merungut dalam hati,bosan dengan situasi yang begitu, yang berjanji menetapkan waktu pun tak kelihatan..
“ cabut la nanti kul 10”.. yup.. nekad..
dalam 8.30 pagi.. yang ada masa tu aku, yuhu zarul ,acap dan beberapa orang lagi..
“ kita start je la dulu..tunggu depa ni lambat”,kata zarul..
kawasan perkuburan ni terletak di belakang masjid, berhampiran pantai.. di sekeliling kawasan perkuburan ini ialah rumah penduduk tetapi telah rosak dan sudah tidak berpenghuni.. Kawasan sekitarnya juga rosak teruk akibat tsunami yang melanda Kg. Kuala Muda satu ketika dulu.. Nak masuk ke kawasan perkuburan ni,kami kena buka kasut dan selipar.. bukan sebab ada lantai tapi tanah yang digunakan ialah pasir pantai.. mungkin kebiasaan orang kampung masuk ke kawasan perkuburan ini dengan berkaki ayam, kami pun ikut sajaha cara orang di sini..
Hampir jam 9 pagi, baru lah kelihatan peserta lelaki lain datang.. kerja-kerja dilakukan dengan berperingkat.. daun-daun disapu,rumput- rumput dibersihkan.. dahan-dahan pokok yang besar juga ditebang.. Letih.. tapi niat kena selalu diingatkan supaya ikhlas kerana Allah dalam melakukan kerja amal sebegini..
CABUT LARI ..
jam 10 pagi..
tut.. tut... tut.. tut...
1 new message received.. opening.. Uiam Munirah..
“kitorang dah balik”
aku membalas..” ok2.. jap lagi kami balik”
masa tu aku tercari-cari kunci motor tapi takde,bukhari pinjam.. aku call dia, dia tengah minum plak kat warung depan masjid.. kacau betul, tengah clear nak cabut ni orang tak ramai kunci motor plak takde..mamat ni jauh plak kat sane..
satu lagi mesej diterima.. “ cepat sikit ye,mak cakap mak nak tunggu korang balik”
aku tengok kawasan kubur tu pun dah clear sikit.. boleh la kot balik senyap-senyap.. hehehe..
aku dan acap pergi ke masjid nak cari bukh.. sampai kat masjid kebetulan terjumpa dia.. amik kunci motor.. acap tunggu depan masjid..aku amik moto.. masa nak amik moto, ada pembahagian air minuman untuk kami semua..aku sempat la amik sebungkus.. masa aku tengah amik air dengan muka baiknya,fadhir dengan fazli tanya aku nak kemana dengan motor tu... aduh!!.. senyap sudeh..
tanpa menjawb apa-apa,aku hidupkan enjin motor, dengan selamba aku jalan.. nampak acap dah tunggu jauh sikit dari masjid..
“aku duk depan masjid tadi,diorang tanya nak g mana.. aku senyap je..tu yang g jauh sikit ni”
“hahahaha... ok2,mak dah tunggu ni”
“ish..rase serbe salah plak..kerja tak siap lagi”
“aku pun.. dah r event prep n tech ni”
kami berlalu pergi meninggalkan tempat program di masjid tersebut..
................................................................................................................................................................
setelah bersiap.. lebih kurang jam 11 pagi kami bertolak..
destinasi, parit buntar, perak.. sedang dalam perjalanan, mun dengan nani bagi mesej kat PM bagitau kami ke perak.. acap mesej syakir, aku pun msj zarul.. aku hanya cakap aku kuar kejap,petang baru aku balik.. tak bagitau pun ke parit buntar.. sory ye zarul..hehe..
Jalan yang dilalui agak sibuk juga, masuk je lebuhraya aku speed 110 km/j.. avanza ni tak boleh laju sangat la.. macam tak best bila laju-laju.. lebih kurang jam 12 tengahari, kami tiba di rumah kak yana..
masa tu pasar yang jual baju-baju kat depan rumah kak yana belum tutup lagi.. memang bershopping la mereka nanti.. aku tiba-tiba menjadi bosan.. tak minat tudung-tudung ni.. dengan duit tinggal RM 8.. hoh?..
tak lama lepas tu, suami kak yana pulang dari sekolah sebab amik ifran.. aku tanya kat dia mane pejabat pos terdekat,nak keluarkan duit.. dia pun bagitau arah dan bagi kami pinjam motor yamaha 135 LC berwarna merah.. mak,mun,nani dan kak yana sedang sibuk melihat kain.. aku dan acap, ke pekan.. tak jauh rupanya rumah kak yana dengan pekan.. sampai juga di pejabat pos,tanpan berlengah aku mengambil borang dan melengkapkan dengan segera..angka giliran yang aku ambil tadi masih jauh,sedangkan kaunter yang dibuka hanya...SATU !!
tiba-tiba teringat kat firdaus ( pidot ) , member sekelas semasa aku di sekolah menengah.. dia belajar di kampus kejuruteraan USM, dekat la dengan tempat aku berada sekarang ni.. aku pun menelefon dia..
“weh, dot.. ko kat ne?”
“kat USM r.. nape?”
“aku kat pejabat pos parit buntar ni.. jom r lepak jap.. dekat dengan tempat ko kan...ko takde wat pape kan?”
“ko wat pe kat sane?..takde wat pe pn...tngah study week”
“ ada la..nanti la aku cerita.. ko datang sini dulu la”
“weh.. ko biar betul..tetiba ada kat sane..”
“lorhh.. betul la weh..dah3.. cepat datang sini..aku tunggu..haha”
“haa..k2..jap g aku sampai”
selesai urusan di pejabat pos.. aku, acap dan pidot ke warung untuk makan tengari.. dah lama tak jumpa dia ni.. last jumpa pun rasanya tahun lepas.. tak ingat la aku bila.. raya kot.. kebetulan pula aku teringat dia kat sini..
kami berbual-bual panjang.. acap pun tanya-tanya kalau-kalau pidot kenal kawan-kawan dia kat USM.. sedang asyik berbual, baru perasan kerusi kat kedai tu dah penuh..pelanggan semakin ramai..kami pula dah habis makan lama dah.. nampaknya pertemuan seketika terpaksa ditangguhkan dahulu.. setelah bersalaman.. pidot pulang semula ke kampus,aku dan acap ke pekan sebentar sebab nak cari frame untuk hadiah..selesai mencari frame,kami pulang ke rumah kak yana..
“balik dah.. ingat tak jumpa jalan balik dah tadi..mai la makan dulu”,tegur mak..
“ehh,jumpe-jumpe... hehe.. takpe la mak..kami kenyang lagi”
“diorang dah makan kat luar tadi mak,patut r senyum je balik”
“hoo,ya ka.. patut la”
“ni ashraff makan ayam setengah ekor.. rm 9 dia kena”
“haa,tak pa la.. g la rehat-rehat dulu”
BUKIT MERAH..
Selesai solat zuhur dengan acap, kami berehat di ruang tamu..ada bantal.. orang mengantuk disorongkan bantal.. memang layan je.. sedang berehat, kak yana datang dan bertanya..
“ korang ada pape aktiviti tak petang ni?”
“hmm,sukan je pun petang...takde pe sangat”,jawab acap..
“ni kak nak bawa g bukit merah.. tak juh pun dari sini... setengah jam ja.. boleh ikut ka?”
“ehh,ok je.. takde hal... boleh je..”, dengan segera aku menjawab.. aku.. diajak berjalan ok saje semuanye..
maka,aktiviti petang sepatutnya kami pulang ke rumah mak telah bertukar ke bukti merah..aku memandu avanza hijau ikut je belakang kereta kak yana.. masa memandu, aku perhatikan meter.. 120 km/j.. tapi Myvi hitam yang dipandu kak yana masih laju di depan .. “usih,laju nyer kak ni drive”,kata aku di dalam hati..
akhirnya selepas setengah jam, kami tiba di bukit merah laketown.. berjalan-jalan.. aku yang pada masa tu menyerlahkan sifat cerewet ketika membeli hadiah..perfectionist??? .. hahaha..
petang tu kami tak dapat nak naik bot sebab air surut.. bergambar kat tepi jeti je .. masa kat bukit merah aku terjumpa ain, kawan satu kompeni masa kat PLKN dulu.. dia pun pelik macamane aku boleh sampai sini.. kiranya hari ini hari aku berjumpa kawan – kawan lama agaknya..
di sana,sempat juga aku dan acap berlumba kereta daytona kat situ.. kami berada di bukit merah tak lama sebab tak dapat naik bot .. dalam jam 5 petang selepas siggah sebentar di rumah kak yana, kami terus balik ke kg. kuala muda..
sekali lagi aku drive untuk perjalanan balik.. sedang dalam perjalanan, lama-kelamaan mata aku rasa mengantuk, tapi aku terus laju sebab kalau slow lagi aku mengantuk.. tetapi, bukan setakat mengantuk saje,lama kelamaan kepala macam dah melayang-layang dah..
“hmm, tak leh jadi ni.. aku tak leh teruskan drive macam ni”,berkata didalam hati..
keluar saja dari simpang sungai dua, aku meminta mun untuk ganti tempat aku.. dah mengantuk sangat dah drive dari pagi.. Alhamdulillah, selamat sudah tiba di rumah..
IZWAN HILANG MOOD..
Malam itu,selepas solat isyak di masjid.. kami para peserta berkumpul di OR.. taklimat mengenai malam kebudayaan.. malam itu aku terasa begitu letih,membuatkan aku takde mood nak dengar apa taklimat yang disampaikan..
“esok kita akan buat teater..ada 3 babak..bla..bla..bla..bla.. setiap biro diminta hantar 4 orang untuk masuk teater”
nama seorang demi seorang dipanggil.. tiba je bahagian prep n tech.. nama aku pun disebut.. Arghh!!.. i hate acting n theatre.. ntah kenapa aku rasa geram.. aku tak minat pun dengan lakonan.. cukup la aku masuk nasyid sahaja.. berlaku juga salah paham kerana mat yi diberitahu acara nasyid dibatalkan dan buat dia hilang semangat nak bernasyid, tapi pengarah teater cakap dalam tentatif ada termasuk persembahan nasyid..
setelah bersurai, mereka yang terlibat teater berkumpul di dalam OR tetapi aku masa tu memang tak nak dan tak nak masuk teater.. entah kenapa,aku malam tu memang nak ikut kepala sendiri je..aku tak suka berlakon.. jiwa aku sedikit keras malam tu..aku terus keluar,lepak di luar dan jalan-jalan..
setelah beberapa perbincangan, nasyid tetap diteruskan.. bermakna esok je aku ada masa untuk berlatih sebelum malam persembahan.. sebelum-sebelum tu acap ada juga ajar nak keluarkan suara perut.. entah macamane ntah..susah juga nak nyanyi ni..
untuk jadual esok,sepatutnya satu hari diluangkan bersama keluarga tetapi segalanya berubah.. jam 9.30 pagi dah berada di OR untuk latihan malam kebudayaan.. lagi satu tekanan yang buat aku geram.. sepatutnya dalam jadual esok cuti,kami dah cakap kat mak selasa pagi cuti,leh jalan-jalan..tapi lain pula jadinya.. bagus juga aku cabut siang tadi..kalau tak, tak dapat berjalan-jalan dengan keluarga..
jam 12.30 tengahmalam.. aku,acap,mun dan nani duduk di luar sambil ditemani mak.. mak nak bawa ke pantai merdeka esok.. tapi.. hmm..macamane ye.. masa tu mun dan nani memang akan ikut,aku dengan acap mungkin tak dapat ikut sebab kami kena buat latihan untuk nasyid..banyak lagi tak diselesaikan.. aku pun kena siapakn design yang aku janjikan tu..
ahhh,mengantuk dan mengantuk... jam 1.30 pagi.. aku buka laptop dan tengok gambar-gambar yang dipilih.. aku mula buat background untuk design yang aku janji untuk disiapkan.. tetapi mata tak leh bertahan lagi..
laptop dibiarkan terbuka dengan aplikasi adobe photoshop yang belum ditutup..
jam 2.00 pagi..
aku tertidur..
esok,aku mesti siapkan design tu...
mesti..
hari 4.. tamat..
2 comments:
wah..rancak nmpak..dah smpi bukit merah tuh patutnya alang2 ko singgah r rumah ak kt tepeng..
tp jauh jugak mak angkat ko bwak jalan2 erk..dari penang ke bkt merah..
haha..mane aku tau bkt merah ngan taiping dekat,aku ikut je..
memang jauh,secara privacy pm ada ckp pattnye tak bagi kitorang g jauh sgt,tapi adik bradik aku ada yg mainboard..so..hehe..
mula2 g umah anak dia yg 1st,dah akak tu ajak,aku on je,aku ptg tu malas gile nak join aktiviti..
Post a Comment