28 April 2010

Episod 2



9 April 2010, 6.00 pagi.. Hari 1..
“Allahuakbar Allahuakbar”..

Sedang nyenyak tido dalam bas aku terjaga dan melihat ke tingkap,bas berhenti di perkarangan sebuah masjid di pulau pinang. Letih semalam membuatkan aku lena didalam bas. Mane taknye,semalam nak angkat slide putih yang besar tu dari CPD, kemas-kemas barang nak kosongkan bilik, angkat-angkat barang ke bas dengan mereka yang lain.

Kami berhenti di masjid tersebut untuk solat. Sebelum turun, PC dah pesan untuk cepat sedikit sebab kami kena tiba di kg. kuala muda pada jam 7.30 pagi untuk majlis pembukaan. Setelah selesai semuanya dalam jam 6.30 pagi, kami bertolak ke destinasi yang dituju. Pada waktu ini aku tidak dapat melelapkan mata lagi sedangkan rakan-rakan yang lain sudah berlayar menyambung tidur..

aku hanya memerhati ke luar tingkap, melihat pemandangan di waktu pagi. melalui kawasan bandar, kelihatan mereka-mereka yang telah keluar awal pagi untuk ke tempat kerja,memerhatikan papantanda jalan.. “Butterworth”, “Kulim”.. hmm,kedua-dua kawasan ni memang dekat...
Memasuki kawasan kampung, bas melalui jalan yang amat sempit, tapi agak lain macam keadaannya..

Bas berhenti,namun di hadapannya ialah jalan mati yang berada di tepi sungai.Pelik dan pelik ?.. timbul pelbagai persoalan. Rupanya tersilap jalan, Aizat yang menjadi penunjuk arah terlupa simpang yang sepatutnya dilalui.. Aish,lambat la nak ke majlis ni.. Dua buah bas yang membawa nama UIAM ini berpatah balik keluar dan mengambil simpang yang berlainan..
Tidak jauh dari kawasan tersebut, sekali lagi bas melalui jalanraya yang sempit.. tiba – tiba kelihatan sebuah masjid di sebelah kanan, dataran di sebelah kiri berlatarbelakangkan laut..

“sampai la kot ni”,bisik aku..


“Ok,kita dah sampai..kita akan berhenti sarapan di masjid ini, yang lelaki tukar pakaian sahaja dan kita akan loading barang di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak ( PAKK ) yang akan dijadikan Operating Room ( OR ) program”, terang Afiq selaku PC program..
Cantik pantai tersebut, tempat yang aku nanti-nantikan selama ini.. setelah selesai semuanya,sarapan,loading barang di OR kami ke dataran untuk majlis perasmian..

ANAK ANGKAT




Majlis perasmian berjalan lancar, VIP dan ADUN Penaga disambut dengan paluan kompang dari kanak-kanak sekolah rendah yang berhampiran.. yang uniknya, kompang dimainkan oleh kanak-kanak perempuan.. aku dulu masa sekolah pun tak pernah masuk kompang..aiseh..hahaha..

Selesai ucapan – ucapan dari brape orang ntah,aku pun bukan dengar sangat.. dengar ucapan paling membosankan.. Kami dibahagikan kepada keluarga angkat.. Pembahagian secara rawak, terpulang kepada keluarga tersebut nak berapa orang anak angkat,berapa lelaki ada berapa perempuan.. ada yang minta 4, 5 lelaki.. ada yang minta 2,3 perempuang.. ada yang minta 3 lelaki 2 perempuan.. tapi masa tu lelaki je yang ramai jadi pilihan.. maka perempuan kelihatan kurang mendapat tempat.. keh3..

Pengacara majlis terus mengumumkan seorang demi seorang..
”Ibu angkat seterusnya,Puan Rosilla..beliau meminta 2 siswi dan 2 siswa, dijemput Nurmunirah bt. Ramli, Hanani Husna bt. Ahmad Nor Bakri, Mohamad Izwan b. Mohd Yusof dan Muhamad Ashraff b. Zainal Alam”..
fuhhhh, masa dia sebut nama 2 orang perempuan tu aku dah cuak dah,ntah dengan sape la aku ditempatkan ni, dah r tak kenal.. mau ku membisu kaku dalam rumah tu.. baik gak ada member yang dah lama kenal,ashraff..Setelah berkenal seketika..sesi pembahagian anak angkat pun selesai, majlis bersurai kerana tengahari nanti perlu bersiap untuk solat jumaat..

“ weh, mane mak kita hah?..aku siyes tak cam yang mane satu..ko cam tak?”,aku bertanya kepada acap..
“ntah,aku pun tak cam..hahahaha..tunggu je la,cari satu-satu”,balasnya..

terbaik.. memang terbaik.. dua-dua tak cam..yang perempuan tu pun aku tak nampak dah kat mane,bukan tak nampak,hakikatnya tak cam lagi.. ntah sape ntah..aku amat payah cam orang yang aku tak pernah tegur..
Sedang berdiri dekat dengan beg,terlihat dari jauh 2 orang perempuan tadi memanggil..

“aish, ni ke adik bradik aku tadi,macam betul je.. ye la tu kot”

aku pun pergi ke tempat mereka di bawah pokok besar.. setelah membuat kepastian,sah !!..betul la tu..Masa tu mak datang dengan motor,tak leh bawa kami berempat, so balik dengan sorang sister ni dengan motor nak amik kereta.. Nama diorang berdua, aku pun tak tau.. aku hanya kenal acap je dalam rumah aku sekarang ni.. aku tengah nak membiasakan diri dengan suasana baru.. ( buat muka baik dan tidak bersalah, sopan santun dan amat berbudi bahasa..dan segala sifat-sifat baik terserlah.. hahahahaha )..

Kelihatan Toyot Avanza hijau datang ke arah kami, mak dan sister tadi tu ada di dalamnya.. setelah memasukkan barang-barang, kami bertolak ke rumah.. berhampiran dengan OR rupanya.. Tengahari itu,kami berehat dahulu sebelum bersiap untuk solat jumaat..


Munirah : eh,kita ni tak kenal lagi kan sape.. taaruf la kejap..

Hani : ha’ah..

Izwan : korang start r dulu..

Munirah : Nama kite Nurmunirah bt. Ramli, 3rd year econs,economics..asal shah alam..panggil Mun..

Hani : Hanani Husna bt Ahmad Nor Bakri, 2nd year QS ( quantity survayor )..asal greenwood..panggil je nani..

Izwan : lorh.. greenwood je,dekat je ngan uia.. Mohamad Izwan bin Mohd Yusof..panggil je wan.. 1st year engineering,mechatronics..asal kluang,johor..

Ashraff : Muhamad Ashraff bin Zainal Alam.. 1st year engineering,automotif..asai penang,teluk air tawaq.. dekat je ngan sini..

Munirah : korang 1st year ke?..sebenarnya kita sume sebaya.. tahun 89..


Serba ringkas perkenalan itu.. adik beradik angkat kembar tapi langsung tak seiras serupa.. ha..ha..ha..
Hari itu solat jumaat di masjid kg. Kuala Muda.. terasa mengantuk mata aku ni, letih pagi tadi masih belum hilang lagi.. selesai solat jumaat,aku dan acap pulang menaiki avanza hijau..baru-baru kenal dah diberi kepercayaan untuk menggunakan kenderaan keluarga angkat..memang aku agak terkejut..selepas makan nanti,ada lagi perkara yang mengejutkan..

Tiba di rumah,kami semua makan beramai-ramai di luar rumah..keadaan perkampungan berhampiran pantai memang agak panas sedikit,mak memang biasa makan di ruang luar rumah sebab ada angin semulajadi..ketika kami makan, mak dan ayah berbual tentang sesuatu dan akhirnya mak berkata, “ lepas ni jom kita ke pekan penaga,cari kipas 2 biji.. nanti kamu ( aku dan acap ) tidur kat atas tu panas plak takde kipas..kipas lain belum baiki lagi”..

wahhh,sanggup cari kipas sekali 2 biji hanya sebab kami datang ke rumah itu.. aku macam tak percaya tapi itulah hakikat.. baik sungguh keluarga ini..baru hari pertama..tak sampai 24 jam..
balik dari pekan penaga,aku dan acap melayan mata yang ngantuk di ruang tamu sebab tempat tidur kami kat atas mak belum kemas sangat,kami nak kemas sendiri dia cakap tak payah..kitorang laki pe de hal..tapi tak pe la...mata yang mengantuk disorong bantal..sebab memang mak bagi bantal pun time tu.. dengana aku yang penat,drive lagi g penaga tadi... zzzzzzzzzz.. ( tido mati pnyer )..

5.05 pm..
“ oit,kul 5 dah..peh tak sedo seh”,aku bangun dengan terkejut.. “Aku 4.30 tadi jaga dah..kejut ko tak bangun-bangun”,acap membalas.. “ngantok giler seh..”
Selesai solat asar,kami ke OR untuk taklimat.. petang ini,apa yang akan berlaku ialah ziarah mahabbah.. kami dibahagikan kepada 4 kumpulan ikut suka hati nak pilih sape-sape..tugasnya akan berjalan keliling kampung untuk menyebarkan risalah kuning dan menerangkan kepada orang ramai akan kehadiran kami dan aktiviti-aktiviti yang berlangsung.. tanpa disedari,kumpulan aku tu,kami 4 beradik kembar tak seiras ada dalam satu kumpulan.. semangat serumah plak yer..




macam-macam orang kami jumpa untuk terangkan benda ni.. satu-satu rumah disinggahi..ada bangla tengah jual karpet kat mak cik tu,kami singgah jap..hold bangla tu punye part.. kedai-kedai pisang goreng jalanan,warung-warung,kedai runcit.. sampaikan ada makcik tengah menunggang basikal pun diorang tahan,nak bagi risalah ( tak leh tahan kelakar aku tengokkan )..



ada yang jumpa dengan Pak Belalang ( mereka-mereka yang terlibat saja paham ) dan sebagainya..akhirnya risalah kuning habis jua..




BBQ

Aktiviti seterusnya selepas solat isyak,barbeque.. Seafood beb.. fresh punyerr.. dan dengan kuantiti yang amat banyak.. mula-mula cadangan nak buat kat tepi pantai, tapi ramalan kaji cuaca para nelayan menyatakan akan turun hujan lebat sebab angin kuat dan hujung laut tu nampak begitu gelap..jadi lokasi ditukar ke dataran.. Akhirnya hujan turun dengan lebatnyerr..

sebelum kami keluar rumah, mak dah masak dah makanan.. tapi kami tak sempat makan,terus keluar.. aiseh,cam tak sedap plak.. aku masih lagi dalam keadaan segan-segan ketika itu..


Acara membakar makanan laut seperti ikan,udang,sotong serta makanan bukan laut seperti ayam dan sosej rancak berlangsung.. bakar-bakar mane yang tukang bakar ngap kat mulut sendiri sikit..biasa la tu kan.. aku masa sotong dibakar,aku tak makan pun..takut sikit nak makan,allergi.. sental ikan dengan ayam dan sosej je la.. tu pun dah lebih dari kenyang..tiada apa yang menarik..BBQ..macam biasa.. selesai taklimat untuk esok,kami pulang..

sampai rumah dekat jam 1 pagi..aku dan acap duduk di dapur sekejap berbual-bual kosong..minum air masak sejuk dalam peti ais.. bukak-bukak kuali,eh?..ada nasi goreng mak masak untuk malam ni.. aku pun.. satu round r.. hahahahaha.. makan nasi jam 1 pagi.. huh !!...

Malam tu..aku tak leh tido lena.. nyamuk banyak.. nampak dah tadi ada ubat nyamuk elektrik tapi tak tau pun untuk kitorang yang kat atas ni..jam 4.30pagi aku terjaga..allergi menyerang.. owh,silap makan ape ntah.. selesai makan ubat,mujur ada bawak..tido kembali..


Hari 1..tamat..





No comments: