JANJI AKU UNTUK DESIGN ITU..
6.30 pagi.. setelah selesai solat subuh,aku terus mengadap laptop yang masih dibiarkan terbuka sejak malam tadi, banyak lagi yang belum aku selesaikan.. aku harus selesaikan janji itu pagi ini juga..
aku teliti gambar-gambar yang telah diedit malam tadi.. disusun dengan pelbagai formasi tapi seringkali aku tidak berpuas hati dengan hasil kerja aku sendiri.. itulah aku.. setelah beberapa susunan,aku menetapkannya dan aku tambah pula dengan nukilan yang dikarang oleh mun semalam..
nampak macam panjang sangat la,aku edit sedikit sebab nak bagi sama dengan ruang yang disediakan..
acap masa tu dah beberapa kali turun naik bilik tetapi aku masih lagi di hadapan laptop tanpa berganjak walau seinci pun..
dalam jam 7.15 pagi,kedengaran juga suara mun,mak dan acap memanggil aku untuk turun sarapan pagi.. aku hanya menjawab,”ya,jap lagi turun..makan r dulu”..
akhirnya.. siap juga design yang dijanjikan.. aku turun bersama dengan laptop, mereka agak berpuas hati dengan design tersebut.. bagi aku,boleh la.. sebab aku tak begitu pakar dalam photoshop ni,kena datang mood dulu baru boleh buat..
sarapan dijamah seperti biasa,yang ada dalam fikiran aku ketika itu,”macamane nak print benda ni?”
ADUHAI .. OPERATING ROOM ..
Jam 9.30 pagi, kami ke OR yang terletak hanya beberapa langkah di hadapan rumah..Munirah yang dari dari semalam tidak berpuas hati dengan tentatif pagi ini menunjukkan reaksi tidak akan ke sana, nani hanya mengikut saja..lagipun mereka nak ke pantai merdeka dengan mak.. sepatutnya pagi ini aktiviti bersama keluarga tetapi lain jadinya..
ketika aku dan acap sampai,baru ada beberapa orang sahaja di hadapan OR.. dan mereka bukanlah dari kalangan mainboard.. aku dah mula muak dengan situasi begini.. mungkin aku tidak berada di tempat mereka ketika itu,kalau-kalau ada kesulitan yang dialami,mainboard semestinya orang yang sibuk.. tetapi naluri manusia biasa seperti aku,melihat kepada janji orang tersebut..itulah penilaian aku terhadap seseorang.. janjinya..tambahan pula,orang yang memegang kunci OR belum tiba setelah sejam..dan menurut mereka yang berada di situ,orang tersebut keluar membeli barang.. huh?..jadi apa macam ni !!.. aku menyimpan geram di dalam hati..
*selingan : selepas pulang dari program,aku lepak kat bilik pok jat ( setiausaha MRC Uthman ) satu malam,dia tanya aku apa komen tentang program dan aku cerita yang baik dan yang buruk.. rupanya pada hari kelima, berkumpul di OR jam 9.30 pagi bukanlah atas pengetahuan mainboard..biasanya apa-apa mesej kepada peserta pok jat akan mesej dulu ke Head Com,cuma pagi itu ada kesilapan komunikasi antara headcom dan mainboard..bagi mereka yang tidak tahu cerita ini,mungkin ada bersangka yang macam-macam..termasuklah aku pada awalnya..
moral : kita seringkali bersangka buruk dengan situasi yang kurang menyenangkan hati tanpa mengambilkira keadaan sebenar situasi tersebut. Bersangka buruk tidak baik untuk hati .
setelah lama menunggu,dan semakin ramai yang berkumpul di situ tetapi masih belum dapat dibuka OR, lalu mainboard memutuskan supaya latihan malam kebudayaan dilakukan di masjid..
kelihatan sibuk mereka-mereka yang terlibat dengan malam kebudayaan..yang teater terutamanya,aku masih tetap untuk tidak memasuki teater..bagi dauh,mat yi, li ,acap dan fadhir.. mereka terlibat dengan nasyid dan teater..sementara menuggu mereka habis berlatih teater,aku hanya duduk dan hanya memerhati.. setelah selesai,baru kami naik ke bahagian atas masjid untuk berlatih nasyid..
LATIHAN VOKAL PERTAMA AKU..
“ plug ni tak leh guna r,camane nak letak laptop”
“yang ni pun tak leh,sume plak cam tak leh pakai je”
sedikit masalah,kesemua plug di bahagian atas masjid tidak berfungsi,kami perlu menggunakan laptop untuk memasang lagu minus one.. lagu yang dipilih,jalinan , UNIC.. lagu yang agak senang kerana yang berpengalaman dalam nyayian hanya acap,mat yi dan dauh..yang lain saje cuba-cuba termasuk aku (^_^)
“ weh,kat blakang tu ada bilik kosong..plug pun leh guna,practice situ r”
“jangan nyanyi kuat sangat r”
“kan tutup pintu,mane dengar...try pasang kuat2..tutup pintu..acap,ko dgr dari luar jap”
“haaa,tak dengar sangat pun..dengar sikit je”
“ok r tu...ni kira cam studio r..haha”
latihan dimulakan.. aku dan li part bass rendah .. fadhir bass tinggi.. acap, mat yi dan dauh solo untuk 3 part.. tapi matyi r paling menyerlah solonya sebab dia reti untuk arrange harmoni.. kami yang baru-baru ni mane la tahu..huhuhu.. payah nak setelkan part harmoni tu..
.. owh indahnya, jika kita dapat bersama ..
.. hidup selalu gembira, di dunia ini ..
.. lagi indahnya, jika kita dapat bersama ..
.. hidup di dalam gembira, di akhirat sana ..
.. kita jalinkannn , kasih sayang ..
-jalinan-UNICsedang laithan nasyid rancak dilakukan..
tut..tut..tut..tut..
1 new message received.. UIAM Munirah..
“mak tanya ni, korang tak leh gi pantai sekali ke? takde rehat sekejap ke tengahari, tak lama pun g,dalam kul 2,3 dah balik “
jam pada waktu itu menunjukkan hampir 12 tengahari . Aku memberitahu acap dan sememangnya kami tak dapat nak turut serta mak dan yang lain-lain ke pantai merdeka. Serba salah juga kerana mak mengharap, tetapi persembahan malam ini lebih menjadi keutamaan. Setelah diperjelaskan segalanya, kami memberitahu tidak dapat turut serta ke pantai..
HANYA MAHU PRINT KALER JE. TIADA KEDAI KAH ?
selesai latihan,aku dan yang lain-lain pulang ke rumah. Mat yi, Dauh, Li, Faaizz semua nak lepak kat rumah aku. Diorang cakap rumah aku best !!.. Memang setiap kali ke rumah aku, pasti dapat makan sedap.. Tambahan pula mak memang suka bila ramai tetamu datang ke rumah, mungkin itu sebabnya ramai jiran-jiran datang pada waktu petang..
Setelah menghantar mereka ke rumah berulang alik dengan motor kapcai, aku keluar dengan membawa pendrive dan frame bersaiz A4. Pusing-pusing di sekitar peka mencari kedai komputer untuk print tetapi mendukacitakan. Aku ke perpustakaan desa sebab ada yang cakap kat sane boleh print. Wah !! memberikan sinar harapan.
“Assalamualaikum kak, kat sini ada print tak ?”
“ Ada.. Nak print ape ?”
“ Print gambar, print kaler ada ?”
“ print kaler takde la dik, hitam putih je “
“ owh.. hmm, kat sini mane leh cari kedai print kaler ? ”
“ Akak pun tak pasti, kene try g penaga kot ”
“ Hmm, takpe la.. saya nak beli kertas A4.. 4 helai “
aku melangkah keluar dari perpustakaan itu dengan hampa. Esok kami akan pulang ke UIAM dan hadiah ini mesti siap hari ini juga.
“ semalam faaizz buat booklet forum,print kat OR.. try ke sane la plak”
aku tiba di OR dan kelihatan di dalam pejabat, sukarelawan-sukarelawan yang mengasuh kanak-kanak ada di dalam. Aku memberitahu tujuan dan mereka benarkan untuk print di situ. Lega rasanya. Selesai print, harga yang perlu dibaya cum RM1 untuk satu kertas A4 berwarna penuh. Cuma nak tolong je kot, kalau print kat kedai dekat RM 3 juga rasanya. Gambar itu aku masukkan ke dalam frame dengan cermat, berlatarbelakangkan ungu dengan frame berbingkai emas, cukup membuatkan aku berpuas hati.
Selesai urusan, aku pulang ke rumah. Masa tu mak dan yang lain-lain belum pulang. Yang ada acap dan kawan-kawan aku yang lain. Dah macam rumah bujang, berbekalkan PRO EVOLUTION SOCCER 10 dan dua biji CONTROLLER, satu liga diadakan bagi mengisi kekosongan waktu tengahari. Selesai “bersukan”, latihan nasyid diadakan bagi memperkemaskan beberapa bahagian. Memasuki waktu zuhur, perut terasa lapar. Kami berehat dan ada yang pulang ke rumah masing-masing,petang nanti kami akan berjumpa di dataran untuk sesi “rehearsel”.
Aku ke dapur untuk menjamah makanan, nasi hari ini begitu pelik. Nasi yang macam nasi minyak tapi sungguh berwarna-warni. Acap memberitahu yang nasi itu dipanggil “ nasi hujan panas “ sebab berwarna-warni. Kalau boleh anda bayangkan, setiap butir nasi itu ada warna merah,kuning,hijau,biru dan beberapa warna lagi. Nasi tu boleh dikira sebagai makanan orang penang. Ditambah dengan lauk ayam masak merah, cukup membuatkan aku berselera ( masa bila aku tak selera makan ye? ) .. Keunikan di setiap negeri menambahkan minat aku untuk terus merantau mencari pengalaman baru.
HADIAH dan KASUT
Selesai mandi dan solat,aku berehat di ruang tamu sambil menonton tv. Tiada apa rancangan yang menarik, nak tidur tak boleh,petang ni ada urusan yang perlu dibuat.
Kedengaran bunyi kereta di hadapan rumah, nampaknya mereka telah pulang dari pantai.
Macam seronok bunyinya setelah diceritakan aktiviti di pantai. Cemburu juga tak dapat berjalan-jalan hari ini,tapi takpe la.
“mun, selipar wan camane?..leh betulkan..papadom ada tak?”,aku bertanya.. sebab sebelum mereka keluar aku kirimkan selipar yang dah putus pada hari kedua untuk dibaiki, juga kirim untuk dibelikan papadom mentah sebab keluarga di johor mengirim barang-barang dari penang.
“ kami tak jumpa la kedai kasut, kasut mun pun tak betul ka lagi,tak sempat tadi”
“haa la wan, mak pun lupa nak beli papadom tu”
“owh..takpe2”
otak ligat berputar memikirkan di mana aku nak betulkan selipar tu,esok dah balik.. selipar tu je la yang aku bawa ke penang ni.. kasut sukan aku dah hilang tertinggal dalam bas..
“ acap, ko tau mane kedai betulkan kasut? ”
“ ada satu kat bagan r ”
“ jauh tak? “
“ setengah jam kot, tak sampai rasanya “
“ jom r.. aku terdesak ni, tak de selipar lagi dah.. haha “
“ ok je, g naik pe? “
“ tuuu “, aku menunjuk ke arah avanza hijau.. “ haa, p r mintak mak kunci “
petang tu, aku, acap, mun, nani beserta faaizz dan bukhari keluar ke bandar. Faaizz dan bukh nak cari hadiah untuk keluarga angkat mereka. Tugas mun ketika dalam perjalanan, mesej PM untuk memberitahu kami keluar ( rumah aku antara orang paling kerap keluar berjalan, kalau dibuat ranking antara kami para peserta, kami berempat dapat top 1 rasanya.. haha )
Tiba di kedai kasut, tukang kasut memberitahu mungkin dalam sejam baru kasut tu siap. Kasut mun yang patah tumit dan selipar aku yang putus. Faaizz dan Bukh dah berjalan kaki ke tengah bandar mencari hadiah. Sementara menunggu kasut siap, acap mengajak kami ke kedai buku berdekatan, nak tengok-tengok buku katanya. Di situ juga timbul idea nak beli hadiah untuk ayah sebab untuk mak, mun dan nani dah belikan kasut.
Memasuki kedai buku, aku tak tahu nak cari buku apa. Aku lebih tertarik melihat buku dan majalah tentang teknologi, sains, adobe photoshop dan yang berkaitan dengan itu. Acap dan Mun sedang sibuk membelek – belek buku bergenre kerohanian. Nani, memilih beg yang sesuai untuk dijadikan tempat meletakkan kesemua hadiah kami nanti. Sesekali aku terpandang buku “ Indahnya Hidup Bersyariat “, karangan Dato' Ismail Kamus dan Muhd. Azrul Azlen Abd. Hamid. Buku berwarna biru yang merupakan warna kegemaran aku itu membuatkan aku tertarik, cuma.. belum berhasrat untuk membelinya, harganya dalam RM 50++ ..
Selesai memilih dan membayar barangan yang rasakan sesuai untuk ayah, kami menunggu faaizz dan bukh yang masih tidak kelihatan. Tiba-tiba dari jauh kelibat mereka kelihatan bersama-sama beberapa bungkusan besar. Wah !!. Apa yang dibelinya ?
Set pinggan mangkuk, kuali, cawan dan beberapa peralatan dapur. Menarik juga hadiah yang dibeli, tambahan pula faaizz memberitahu keluarga angkat mereka agak susah, walaupun tinggal di rumah khas bagi mangsa tsunami, namun kehidupan tidaklah semewah mana. Mungkin hadiah itu dapat digunapakai dalam jangka masa yang panjang. Kasut yang dijanjikan telah siap, aku berpuas hati dengan jahitannya dan bayaran pun tidaklah semahal seperti di Batu Caves. Selesai segalanya, kami bertolak pulang, petang ini perlu segera ke dataran untuk latihan.
SEMUA BUAT MUKA TEGANG, KEADAAN SERIUS
“ cuba ko g tanya salah sorang mainboard time ni, mesti melenting “
hahaha, itu yang diberitahu fazli, salah seorang PC baktisiswa.
Petang itu keadaan agak sibuk di dataran. Baik peserta yang mewakili pihak Kg. Kuala Muda untuk melakukan persembahan mahupun pihak yang mewakili UIAM sendiri, latihan terakhir giat dijalankan bagi memastikan perjalanan malam kebudayaan dan penutup berjalan dengan lancar.
Di pihak teater, pengarah program yang juga penggiat teater di uia sedang sibuk mengarahkan babak demi babak bagi memastikan kelancaran jalan cerita. Jalan cerita teater mudah sahaja, pelajar yang berlakon wataknya bukan sebagai pelajar, tetapi sebagai penduduk kampung sendiri. Dan ia menceritakan tentang perjalanan program dari hari pertama hingga sekarang.
Aku yang tidak terlibat dengan teater hanya menunggu rakan-rakan yang lain habis berlatih teater.
Selepas itu, latihan nasyid diadakan, mencari lagu pembukaan dan penutup yang sesuai.
Setelah hampir waktu maghrib, nasyid kami telah selesai latihan dari lagu pembukaan hingga penutup. Berdebar ? Memang aku berdebar walaupun bukan nyanyi solo.
MALAM PENUTUP DAN KEBUDAYAAN BAKTISISWA PERMATA ‘10
seawal jam 8.30 malam, dataran sudah dibanjiri dengan penduduk kampung. Aku dan acap masa tu datang selepas solat isyak sebab slot kami lambat lagi, teater pun lambat lagi nak mula.
Keadaan begitu meriah dan bergaya. Bergaya ? semestinya peserta-peserta lain yang kelihatan bergaya. Dengan mainboard lelaki segak berbaju melayu bersongket, adan yang berbaju batik, yang perempuan juga biasalah, pandai bergaya, tudung yang berpusing-pusing ( tak tau ape namanya ), berbaju kebaya dan sebagainya. Aku ?. baju melayu raihan berwarna hijau cair , seluar ala-ala kain dockers berwarna cream dan selipar yang baru dibetulkan siang tadi . Senang sebab aku tak suka dengan baju batik yang nampak rimas itu.
Persembahan demi persembahan telah selesai. Persembahan dari Kg. Kuala Muda seperti Boria, Silat, Choral Speaking cukup menghiburkan. Sampai saja persembahan teater,juga tidak kurang hebatnya. Aku masih menunggu untuk nasyid, debaran semakin kuat, tekak yang telah dibasahi air kosong beberapa kali pun terasa kering dengan cepat ( tak pernah buat persembahan, masa sekolah seorang yang pasif )..
Ketika hampir untuk membuat persembahan, rakan-rakan yang lain turut mencari air masak untuk membasahi tekak, takut-takut tak keluar suara pula nanti..
Nasyid bermula, permulaan lagu 5 Cinta ( saujana ) dari mat yi cukup menarik, dengan vibrato dia yang beralun-alun, kemudian lagu Jalinan ( UNIC ) . Cuma microfon yang dikongsi aku dan Li macam tidak berfungsi. Mungkin wayar bermasalah, microfon acap juga bila memasuki rangkap kedua ada sedikit masalah, kesannya aku dapat dengar tempo lari sedikit. Mujur Mat Yi dapat cover balik dengan bahagian chorus.
Selesai persembahan, aku, acap, mat yi, dauh, li dan fadhir menarik sedalam-dalamnya nafas lega
“ Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. lega, selesai sudah.. boleh buat team nasyid r pasni..haha “
Sayangnya, aku tak rakam hasil persembahan kami sejak dari mula lagi..
Ahamdulillah, segalanya selesai. Afiq selaku Ketua Penyelaras Program mengucapkan tahniah kepada semua, perjalanan program yang lancar serta pesembahan yang menarik dari semua pihak. Taklimat diberikan untuk esok hari. Esok ?. Kami perlu pulang ke kampus, bermakna perjalanan di sini menuju ke titik akhir. Malam ini malam terakhir kami bermalam di rumah keluarga angkat.
Selesai segalanya, semua bergerak pulang ke rumah..
Sebelum tidur, aku mengemas beg untuk bersiap pulang supaya pagi esok tidaklah kelam kabut. . Acap juga telah siap mengemaskan begnya. Rasa mahu duduk lagi lama sebab banyak lagi perkara yang aku belum tahu tentan Pulau Pinang. Tapi tidak mengapa,mungkin ada kesempatan di lain waktu untuk bertemu dengan penduduk di sini terutaam keluarga angkat.
Malam itu sempat juga kami bergambar dengan mak dan ayah, selama ni tak pernah pun bergambar dengan ayah sebab dia selalu balik malam. Malam akhir itu digunakan sepenuhnya.
Menunggu hari esok pula..
- tamat hari 5 –
“ Kalaulah ada sumur di ladang, bolehlah kami menumpang mandi.. Kalaulah ada umur yang panjang, InsyaAllah kita jumpa lagi.. InsyaAllah kita jumpa lagi.. InsyaAllahhh, kita jumpa lagiiii “
- penutup nasyid kami ber 6
* lihat video baktisiswa yang dihasilkan oleh amirul Faaizz di SINI
No comments:
Post a Comment