13 June 2010
Pengalaman : bekerja seawal usia 13 tahun . Dulu dan Sekarang.
Salam..
sejak entri tentang iklan nuffnang, aku agak sibuk sedikit.. masuk hari ni dah 4 hari berturut-turut aku sampai di rumah pada waktu malam. Hari rabu berniaga pasar malam di chamek,agak jauh dari rumah aku,satu jam perjalanan.. dah lama ayah tak masuk pasar tu sebab kurang sambutan, setelah dua bulan, hari tu pergi untuk mencuba namun hujan turun dengan lebat..
Bagi peniaga pasar malam, keadaan hujan lebat agak mendebarkan sebab orang tidak akan keluar ke pasar, namun apa boleh dikatakan.. juga tidak boleh mengeluh kerna hujan itu satu rahmat,kejadian hujan penuh bermakna..
Kelmarin ( khamis ), ada pasar malam baru dibuka berhampiran dengan rumah aku, jadi hari tu aku berniaga di situ. Minggu pertama, orang masih lagi tidak tahu tentang pasar baru yang telah dibuka,tetapi syukur rezeki itu ada. Semalam ( jumaat ), berniaga di pasar malam sri lalang,kluang.. Agak ramai juga yang membeli,ditambah dengan faktor cuti sekolah dan tidak hujan, sudah tentu ramai yang akan ke pasar malam. Hari ini, aku ke tangkak dengan keluarga,jumpa adik di matrikulasi tangkak. Sampai di rumah agak lewat juga,jam 9.30 malam tadi.
Apa yang telah aku "highlight" di awal entri berkenaan dengan pasar malam. Idea ini timbul pada hari khamis yang lalu, aku teringat kenangan semasa umur aku 13 tahun. Pada usia sebegitu, apa saja yang boleh diharapkan, hanya leka bermain dengan rakan-rakan di waktu hujung minggu,masih mengikut keluarga ke mana-mana walaupun ke pekan hanya untuk membeli sedikit barang dapur. Namun pada usia seawal itu aku sudah mula kenal apa itu "bekerja" dan mendapat "gaji".
Berbekalkan gaji RM 10 sehari,itu sudah lumayan bagi seorang kanak-kanak berusia 13 tahun. Waktu itu,aku mendapat tawaran dari kenalan ayah untuk bekerja semasa bazar ramadhan. Masa tu masuk bulan ramadhan,sekolah dah cuti,kalau ada pun beberapa hari selepas puasa baru mula cuti sekolah. Jadi masa setiap petang ramadhan aku habiskan di bazar dengan bekerja. Aku ingat lagi,waktu tu musim "kereta control". Berlambak-lambak di pasaran,duit gaji aku kumpul sehingga cukup RM 70 untuk membeli sebuah mitsubishi lancer. Seronok tidak terhingga,main lumba-lumba, mengubahsuai body dan membeli aksesori tambahan ala-ala turbo untuk menambah pecutan kereta. Kanak-kanak 13 tahun yang membuat apa saja untuk dapatkan apa yang dia mahukan.
SATU PERSATU DITEMPUH
bekerja pada usia itu bukan lah mudah. Hendak membuka pintu lori pun terpaksa menjinjitkan kaki sebab masih belum cukup tinggi. Memasang besi meja,kaki payung,membuka payung,menyusun balang air,membuat air,belajar cara ikat air dan macam-macam lagi pengalaman baru ketika itu. Waktu itu suasana begitu meriah,para peniaga sibuk menjerit-jerit bagi mempromosikan barangan mereka.Biarpun aku dikelilingi makanan ketika bulan puasa,aku tak pelik langsung dengan makanan sebab aku lebih suka memerhatikan gelagat orang yang lalu-lalang. Seronok jumpa pelbagai orang rupanya.
Pernah satu ketika,bos aku buka kedai di dua bazar ramadhan yang berbeza. Satu di layang-layang,satu di simpang renggam. Masa tu aku ikut dia ke layang-layang.Cuaca waktu itu cerah di tempat aku bekerja,tetapi tidak di simpang renggam.Di sana,ribut petir melanda ketika itu.
Habis payung-payung berselerakan,balang air ada yang pecah dan menadah air hujan,payung peniaga ada yang rosak. Bagi yang menjual makanan,habis jatuh ke jalan makanan tersebut. Aku yang baru pulang dari layang-layang agak terkejut juga,aku pernah berhadapan dengan situasi itu,tetapi tidaklah seteruk mana. Namun ia satu pengalaman, mengajar bagaimana untuk mengawal keadaan jika ribut melanda.
Cakoi. Mungkin ada yang tahu ada yang tidak. Bos aku dulu menjual air balang dan cakoi. Dia mula membuat cakoi masa aku tingkatan 3. Waktu tu,dah 3 tahun berturut-turut aku bekerja dengan dia setiap kali tiba waktu ramadhan. Pengalaman menguli tepung sebanyak 8 Kg dengan menggunakan tangan tidak dilupakan. Mahu tepung itu diulu rata cukup rumit dan penat. Sudah macam mesin juga tangan ini waktu itu sebab asyik menguli tepung.
Tepung cakoi yang bagus kualitinya apabila terdapat gelembung-gelembung udara jika dibiarkan beberapa minit. Itu yang diberitahu bos aku. Pengalaman menggoreng cakoi buat pertama kali,cukup kelakar. Hendak memotong tepung dengan ukuran yang sama,melekatkan tepung kemudian memasukkan ke dalam kuali,bukannya mudah. Kebanyakan hasil potongan aku menjadi bentuk 'Y'. Sebab tepung itu tidak melekat sepenuhnya. Dah macam fried chicken pun ada bentuknya,tegur seorang rakan sekerja aku.Kelakar lah juga bila ada orang nak beli.
Itu coretan pengalaman aku diusia muda yang sudah bekerja,bukan untuk menunjuk hebat tetapi sekadar berkongsi cerita. Anda mungkin ada pengalaman yang menarik juga kan ?
Cuma, sekarang.. Aku terfikir.. Kanak-kanak di usia sebegitu jauh berbeza dengan zaman aku dahulu. Pada aku umur sebegitu bukanlah kanak-kanak kecil lagi untuk memberi alasan tidak tahu berdikari sendiri. Mungkin bukan berdikari sepenuhnya,tetapi sedikit-sedikit untuk menimba pengalaman.
Budak-budak sekarang semakin kurang ajar ? Berani ?.. satu persoalan juga dalam fikiran ini. Teringat sewaktu program Bengkel Sukarewala Muda ( BEST 10 ), selepas tamat aktiviti pada waktu malam,aku melihat beberapa orang rakan aku sedang "membasuh" junior-junior sekolah mereka. Cikgu mereka menghantar mereka mengikuti program itu dengan harapan mahu mengubah keperibadian mereka supaya lebih positif. Mungkin dalam masa yang singkat,mustahil namun harap ada sedikit kesan. Jika cikgu dari sekolah bertaraf Maahad pun sampai mahu buat begitu,sekolah biasa macam aku?.
Cukup terkejut bila aku melawat sekolah menengah aku beberapa bulan lepas. Waktu itu waktu rehat,lebih kurang jam 10 pagi. Aku lalu di sebelah kantin,hendak ke bilik guru berjumpa cikgu-cikgu. Terkejut aku melihat beberapa orang pelajar dengan selamba merokok di kawasan yang memang terbuka bersebelahan kantin. Dengan satu jumlah yang ramai,seolah-olah tempat itu bukan sekolah. Waktu aku bersekolah dulu,kalau ada yang curi-curi hisap rokok pun terpaksa ke belakang blok,dalam tandas dan tempat yang memang tersorok. Port-port yang memang pengawas tak tahu langsung. Sekarang ?..
Aku melihat dan berfikir apa akan terjadi lagi 5, 10 tahun ?
- tamat -
* Nota kecik :
1. apa yang ditulis pada 3 perenggan terakhir terlintas dalam fikiran aku, maaf jika banyak kekurangan dan harap boleh ditegur-tegur sebab ia bukan melalui mana-mana pembacaan pun. (^_^)
2. gambar-gambar di pasar malam tu waktu pasar hari rabu dan khamis yang lepas.
1.05 pagi
13 Jun 2010
rumahku..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
kerja awal usia bagus. so kita dapat berdikari. aku dulu mula kerja masa tingkatan 4. kerjk kilang sebab nak bayar yuran spm. pas spm kerja restoran kt kl. duit yuran nk masuk uitm pun ak guna duit masa kerja jugak.. :)
mantap.. duit spm guna duit kerja..
ye,betul..
penting untuk meluaskan pengalaman..
terima kasih singgah di sini =)
totally admired people who r working at young age..
skrg dah ada perasaan,cam ne kerja..
wlpn penat,tp ada juga gembiranyer..
yg xbest,kena tidur awal tiap2 hari.
p/s:korang mmg hebat kejer time usia cam tu.sy main masak2 kot..haha
time tu kerja suka2 je nak try.. umur 13 tahun dpt rm 10 terasa banyak.. dapat beli kereta plak tu..
hahahaha..
sy tak r kne tido awal time tu,pasar start kul 3 petang..
wahh best le kecik2 dh boleh kerja2 smbil b'main. sy teringin jgk nk keje tp tkde org yg nk offer. hehe. best bile dpt b'dikari sndiri, dpt pngalaman yg ckup dijdkan pngalaman (eh, sori ngarut sket)..
ala,bukan keje yg serius macam kerani atau cashier..tu yg leh terima dulu..
hehe..
saya pun mula dapat pengalaman kerja di usia agak muda, 16 tahun, Kerja masa cuti sekolah hujung tahun. Dulu cuti sekolah lama dekat 2 bulan, mak minta dengan sepupu suruh kerja kt kedai dia. Mula-mula cuak jugak nak kerja, tapi ikutkan jela..lama2 sronok pulak..tapi memang penat bila kena susun barang banyak-banyak dan besar-besar. Gaji murah je masa tu rm350 je sebulan. Tapi pengalaman yang diperoleh tu berbaloi, memang manis bila dikenang semula..dan pengalaman bekerja diusia muda mendorong saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencari pengalaman selagi boleh.
to Tanpa Nama :
memang ia satu pengalaman yang banyak mengajar erti kehidupan..
kalau nak boros sket je, mesti sayang sebab penat nak cari duit..
Post a Comment