17 June 2010

Nukilan : Jauh Terpisah


Salam..

Jauh Terpisah. Seringkali berkait rapat dengan kitaran hidup manusia sesama manusia. Orang selalu mengatakan,”adat pertemuan, pasti ada perpisahan”. Dan apa yang lebih tepat pada aku, ia seringkali berlaku di dalam hubungan persahabatan.

Saban hari, setiap detik dan waktu kita menemui insan-insan baru dalam hidup kita. Bermula detik perkenalan, lama kelamaan kepada gelak tawa dan kesedihan dikongsi bersama. Di waktu usia remaja kebiasaannya,kita lebih senang untuk berkongsi sesuatu dengan rakan sebaya. Pengaruh persefahaman, jarak usia dan persekitaran kehidupan yang sama membuatkan kita begitu selesa dengan mereka.

Ya, ada tika nya dia adalah segala-galanya. Jika tiada mereka yang telah lama mesra dan akrab dengan kita, kita rasakan diri tidak bermaya. Tiada teman-teman yang dalam istilah pasarnya “satu kepala” membuat kita berasa sendirian. Bila mereka ada, diri terasa girang gembira..

Namun, kebiasaanya ia tidak kekal lama. Persekitaran kita berubah, dari semasa ke semasa kita menjalani kehidupan dengan fasa yang berbeza. Yang boleh aku umpamakan, hari ini kita di Johor,esok di Pulau Pinang, lusa di Kelantan, seterusnya di Sabah dan sehinggalah ke ahkir hayat perubahan kehidupan pasti berlaku. Mana mungkin lagi kita bersama-sama dengan sahabat akrab yang dahulunya selalu bersama kita. Kita pasti, merindui mereka. Pasti .

Bagi aku, mengenali rakan-rakan baru itu menyeronokkan. Namun, bila jauh terpisah, komunikasi menjadi hambar dan menyebabkan ukhwah itu menemui titik noktah. Maaf jika tidak mampu menghubungi kamu semua kembali. Teringat, hanya sekadar teringat. Cuba menghubungi, namun jika telah lama tidak berkomunikasi, pastinya sukar untuk dihubungi kembali.

Apapun, rakan yang ada mesti dihargai. Yang telah lama kita kenali mesti disantuni. Mungkin tidak mampu untuk menghubungi kesemuanya disebabkan keterbatasan waktu, kehidupan yang baru serta komitmen terhadap kerjaya. Namun berdoalah ke hadrat Ilahi agar mereka semua mendapat kesejahteraan dalam menempuhi hidup ini.

Aku, adalah seperti dulu. Cukup biasa. Namun kamu, bukan yang biasa bagi aku. (^_^)


*nota kecik : ilham yang datang bila mengenangkan sesuatu yang bakal berlaku, yang memerlukan aku memandangnya dari perspektif berbeza dari insan lain..mungkin sebab baru lepas layan lagu Adamaya kot mood macam ni

gambar diambil dari www.deviantart.com

0021
17 Jun 2010
rumahku..

4 comments:

fauziah hanum said...

wo wow ow..
hehe..puitis2..

izwanyusof said...

lihat tulisan yang ada stroke tu.. =P

fauziah hanum said...

ceh..mat jiwang lak..haha

izwanyusof said...

jiwang?

hahahahahaha...