Salam..
Pengguna komputer kebiasaanya tidak boleh tidak, mesti akan berhadapan dengan fenomena diserang virus.
Cukup memeningkan kepala, jika ada fail-fail penting yang kita simpan. Kebiasaanya,Operating System Windows XP begitu senang menerima jangkitan virus ini.
Mungkin anda boleh mencuba Ubuntu yang dikatakan tidak akan dijangkiti virus. Tetapi penggunaannya kurang diperluaskan.
Jika anda seorang yang peka kepada penjagaan komputer,amalkan langkah ringkas ini :
1. Show Hidden Files
Dengan menunjukkan fail-fail tersembunyi ini, kita boleh lihat samaada virus itu ada atau tidak. Kebiasaannya, ia bernama recycler, system, spaQ atau lain-lain nama dan juga ikon yang pelik. Tetapi berhati-hati kerana ada sesetengah fail memang kepunyaan Windows. Untuk show hidden files :
- buka folder option
- klik view
- klik show hidden files,folders and drives
- klik Apply.
2. untick Hide extension for known file types
extension di sini bermaksud format file tersebut. Contoh bagi gambar mempunyai extension picture.jpg, picture.png,picture.gif. Perkataan yang diwarnakan itulah extension. Bila virus menyerang, extension akan berubah kepada .exe . Mana mungkin fail lagu seperti pelita.mp3 menjadi pelita.exe ?. Berhati - hati dan jangan klik fail tersebut. Untuk untick extension ini, lakukan seperti diatas cuma selepas langkah ketiga,lakukan :
- untick Hide extension for known file types
ia ada pada tab yang sama.
3. Sentiasa kemaskini data antivirus.
Rasanya perkara ini telah beberapa kali aku tekankan. UPDATE !! UPDATE !!
virus boleh dikatakan akan lahir setiap saat,jika anda pengguna internet TEGAR, dan tidak menggunakan sebarang perisian antivirus, risiko tinggi untuk anda format komputer banyak kali..hehe
Beli saja antivirus original yang sekarang sudah murah harganya. RM 30++ untuk setahun. Sekarang aku guna Kaspersky Internet Security 2010,orang cakap cerewet tapi aku rasa tiada masalah. Satu lagi antivirus yang mantap,Bit Defender. Tapi,jangan guna yang free atau crack .
4. Awas dengan Pendrive !!
Sentiasa cerewet jika ada orang masukkan pendrive ke dalam komputer anda. Suruh mereka scan dahulu ( tetapi antivirus anda mestilah up-to-date ). Perkara ni banyak terjadi,terutama bila kita cucuk pendrive kat cyber cafe atau pun makmal komputer
Kalau nak tahu pendrive tu ada virus atau tidak,klik kanan dan lihat atas sekali. Jika ada perkataan Autoplay... ataupun ikon pendrive bertukar kepada ikon folder, maka pendrive itu mengandungi virus. Jadi jangan la nak buka pendrive tersebut.
Sekadar perkongsian.. Sekian.. (",)
*nota kecik :
- boleh lihat petanda-petanda awal virus telah menyerang
- gambar dari Deviantart
1307
17 Jun 2010
rumahku..
No comments:
Post a Comment