30 June 2009

PERMAISURI HATIKU

Amaran : artikel ini memerlukan kesabaran pembaca yang amat tinggi

Di waktu petang sebegini, terdetik hati aku untuk mengisahkan tentangnya.. sudah 4 hari berlalu dan hatiku begitu senang setelah bersamanya...

Semua ini bermula selepas aku menamatkan pembelajaran di pusat asasi.. sebenarnya telah lama aku memerhatikannya, begitu lama.. sejak masih belajar lagi tapi aku pendamkan hasrat di hati kerna kutahu masanya belum tiba lagi..

Namun selepas menamatkan asasi aku selalu ternampaknya.. dimana-mana sering kuperhatikannya .. sepanjang 4 bulan cutiku ini boleh dikatakan saban hari dan waktu aku ternampak bayangannya... ohh, apakah petanda ini semua...

Dan pada minggu lepas aku menyatakan hasrat ini kepada keluarga dan mereka bersetuju..

Adakah benar keputusanku ini ??.. walaupun masih difikirkan tetapi aku teruskan niat ini juga..

Selang dua hari kemudian ayahku bertemu dengan pihak disana dan setelah segalanya dipersetujui, maka hari sabtu akan menjadi hari bermakna untuk aku..

Sabtu, 27 jun 2009.. selepas isyak.. aku telah pun memilikinya.. memang ciri-ciri yang ada telah lama menambat perasaan ku...

Inilah ciri-ciri yang aku maksudkan :


.. Jika anda rasa tertipu dengan apa yang anda fikirkan, sila baca ayat pertama artikel ..



- AMD Turion X2 Dual – Core Mobile Processor RM-74
Clockspeed 2.2Ghz, 1 MB L2 cahce
- Free DOS ( tiada operating system seperti microsoft windows )
- Memory RAM 1024 MB
- hard disk drive 320 Gb Fujitsu
- 14.1” TFT WXGA high definition widescreen LCD with HP brightview technology
- ATI Radeon HD 3450 graphic with 256mb dedicated memory
- DVD +/- RW double layer with lightscribe
- Integrated webcam
- bluetooth, wireless 802.11b/g

RM 2049

Ok, kepada yang rasa tertipu sila simpan perasaan dan geram jika ada..hehehe..

Bukan maksud hendak menunjuk dengan kehadiran laptop ini tetapi ingin berkongsi kenapa aku memilih model ini yang pada aku sesuai untuk orang yang bajet RM 2000 tetapi inginkan performance best terutama gamerz-gamerz..



Ciri 1 :

Penggunaan Processor Advance Micro Devices ( AMD ) Dual core.. dual core bermaksud ada dua path untuk memproses data.. secara detail aku dah lupa istilahnya sebab benda ni aku belajar masa subjek Computer 1 dulu.. dual core lebih baik dari solo core diikuti ciri-ciri lain seperti clockspeed 2.2Ghz yang mana data dapat diproses sebanyak itu dalam sesaat.. jika tak salah r.. 1Mb L2 cahce.. saiz cahce penting jika memory processor dan RAM telah digunakan sepenuhnya, memory cahce akan mengambil alih untuk seketika.. jadi saiz cahce dan clockspeed yang besar semestinya lebih baik tapi tengok r harga dia camane.. mesti lagi mantap harga.. orang kata guna AMD cepat panas tapi teknologi baru ni kurang sket.. dulu memang AMD guna tenaga begitu tinggi..

Ciri 2 :

ATI Radeon HD 3450 256 mb dedicated memory..
Ok, kebiasaannya AMD processor akan dipasangkan dengan NVDIA Graphic tapi model baru era kini yang aku usha-usha dah menjodohkan AMD dengan ATI graphic... tetapi kene tengok gak ATI jenis apa..

Perhatikan dedicated memory bermakna memory graphic card tidak dikongsi dengan RAM... aku pakai 1Gb RAM jadi RAM aku tetap 1Gb berbanding kalauguna ATI share memory RAM korang akan jadi 744Mb sebab graphic card dah ngecek ( ambil ) sikit..

Buat pilihan tepat !!..

Ciri 3 :

1Gb ram maximun upgrade to 4Gb.. RAM juga memainkan peranan dalam ciri-ciri idaman aku kerana kalau ram kecik tak mantap.. lembab sikit la kan...aku bercadang nak tambah RAM tapi tunggu waranty dah habis la sebab tambah sekarang waranty hilang..

Fikir untuk jangkamasa panjang !!

Ciri 4 :

320 Gb hard disk.. ada orang kata hard disk sikit pun ok sebab boleh beli external hard disk.. tapi amik beso pun tak salah kalau harga mantap.. jangan pelik kalau anda dapat saiz tak sampai 320Gb sebab bila buat partition akan amik sikit saiz tu..

Aku buat 3 partiton sebab:

1. partition C untuk system dan software yang penting sahaja seperti antivirus dan
System utilities computer.. jangan install banyak-banyak dalam partition system kerana boleh lembab komputer..

2. partition D untuk software media player, games dan sebagainya..

3. partition E untuk backup dan juga fail lain..



Ok, ciri lain mungkin dah biasa ada pada kebanyakan laptop.. sekarang beralih pada software yang aku gunakan untuk menjaga “ permaisuri hatiku “.. hahahahahaha...

Aku memilih operating system WINDOWS VISTA ULTIMATE.. memandangkan kepada konfigurasi processor dan graphic card yang tinggi dan aku dah survey kat expert-expert diorang suggest pakai vista.. tak lembab pun, still ok.. tapi pirate r.. hehehe.. ingatan untuk semua, nak pakai vista kene paling kurang RAM 2Gb untuk best performance tetapi 1Gb pun boleh lagi..

AVIRA ANTIVIRUS menjadi pilihan aku..



mula-mula nak pakai KASPERSKY tapi orang kedai tu takde crack dia.. AVIRA pun ok sebenarnya, tak berat sangat lagipun agak mantap juga.. Cuma kene sentiasa update.. apa-apapun antivirus pastikan ia up-to-date.. ingat fesyen je ke nak up-to-date..



Tune Up Utilities 2009.. software yang memang bagus untuk semua.. ada disk defrag, clean up unnecessary files, dan macam-macam lagi.. lepas install banyak software, buat disk defragment sebab fail kat hard disk perlu disusun kembali untuk kelancaran system..

Ccleaner.. software ini akan buang fail-fail atau cahce yang tidak berguna.. ia juga akan betulkan registry komputer kita..

Dan kalau dapat anda install anti malware seperti MALWAREBYTES.. virus dan spyware dua parasit yang berbeza.. untuk mendapatkan software-sofrware ini korang tengok kat bahagian web muatturun kat kanan blog aku.. cari la download.com , softpedia atau filehippo.. kat sana search je software ape nak, pastu download.. nak crack tanya aku, mane ada aku kongsi..

Setakat ini dulu la kot... kepada yang nak beli laptop, tengok bajet anda dan survey di merata-rata kedai.. fikir dulu anda seorang gamerz atau skema..huhuhu.. kalau jenis buat kerja jer amik intel processor sebab intel wat men game gambar tak cantik walaupun Core 2 Duo + NVDIA ( pemerhatian dari laptop member aku ).. tapi power save bila guna intel.. tengok pada RAM dan graphic card jika ada.. aku tak tahu sangat tentang graphic card ni, survey kat website la yerrr...

Jaga laptop anda sebaik mungkin, susun fail jika selalu digunakan, update antivirus dan kurangkan startup untuk elak komputer boot telalu banyak applications.. kalau jenis yang harta berlambak tak per la tak nak jaga pun, rosak beli baru.. huhuhu..

Kalau ada info yang salah harap diperbetulkan... mane tau kot-kot ada otai komputer baca ke kan..

Dan kalau ada yang rase tertipu bila anda klik baca sepenuhnya... pada muka korang.. hahahahahaha.. ( gurauan semata-mata ) =)

See u again ..

1605
30 jun 2009
Rumahku...

10 comments:

laptop aku laptop antik said...

kah3..kalau ko nak tau aku dari awal cerita sampai akhir aku gelak tau..tau dah mesti pasal laptop sebab:
1.ko antu komputer
2.dah berapa entri dah ko cite tentang hasrat di ati nak beli laptop 2..hoho~
3.tau dah ko bukan spesis jiwang..ko jambu je..haha..

hahahahahhahaha..penat aku gelak..nak menipu konon...hahahahahaha..aku gelak x abes2..t jumpe ko kat gombak pun aku ingat nak gelak golek2..hahahahaha...

tahniah atas laptop baru anda..patut la orang tu beriya nak balik pas mukamar..kui3..

selamat berbulan madu dengan laptop anda di gombak..yeah~

p/s : hahahahhahahahahahhaha..XD

cik dur said...

erm..dah agak..bukannya permaisuri tu perempuan tapi something else...

paper pun tahniah3..mesti tidur pun termimpi2..angan2 dah tercapai..

gunalah benda tu elok2..dan pada jalan yang bermanfaat..

NURILHAM said...

cehh ingtkan dah kawin...
baru nk marah sbb tak jemput..
haha

Farhana said...

Salam wbt..
pekabar?
hhe.. bace entri dah pikir len..
pe lah ana ni kan...
mabruk2...
akhirnya dapat beli 1..
rusa sehat tak?

izwanyusof said...

kepada yang rasa tertipu, PEACE !!..hehe..

izwanyusof said...

TO IS :

- aku orang daa, bukan buah jambu
- eleh,ye jer tak tertipu..hehehe..
- nak bulan madu la nie..hahaha

TO CIK DUR :

- bukan stakat mimpi, ngigau lagi nie..

TO ZATIL :

- terima kasih kerna terperdaya..hehehe..
aku kawin??..tunggu aku dapat title IR tak pun tengah wat master dalam engineering.. insyaAllah..

TO FARHANA :

- wasalam..semakin sehat ni
- pk lain??..anda terpedaya juga yer..hehehe..
- rusa baru pas servis, next week nak g gombak..tapi kesan langgar kereta tetap ada lagi..


p/s : jika anda perasan, aku tak letak kategori untuk artikel ini sebab ingin menambah kekeliruan pembaca.. peace again..

laptop aku laptop antik said...

wekkkkkkk..
series..aku x tertipu LANGSUNG..
jujur beb..aku kenal kejambuan ko..
hahahahahahahhahaha..
penat gelak...
sampai sekarang..
hahahahhahahahahhaha..

izwanyusof said...

TO IS :

iyolah tu.. gelak la..
yang penting audition bai'ah molek2 eh..hahaha

Anonymous said...

Ya Allah..

Mula-mula berdebar.

Lepas tu cemburu.

Sebelum tekan, tertanya-tanya.

Bila dah tekan......

LAPTOP??

Aiseh.

Memang nak kena..

izwanyusof said...

TO SENI KEHIDUPAN :

rilek r beb.. hehehe..

aik??..ko jeles ke kalau ada member kahwin awl??