2. gagal untuk kali ini.
Salam.. dua hari lepas aku menerima satu laptop dari seorang rakan yang minta untuk format.. Compaq V3500 .. berwarna hitam AMD turion + Nvidia .. katanya dah banyak masalah.. suhu meningkat dengan mendadak sampaikan kene letak bawah kipas siling dengan kelajuan maksimum,kalau tak laptop mati dengan sendiri.. hmm..hmm..
aku balik dan membuka laptop seperti biasa.. sememangnya masalah.. pelbagai dialog box muncul secara automatik.. notepad di sana sini.. buka device manager pun keluar notepad !! ???.. cabaran ni..
Seperti biasa, aku keluarkan semua cd bootable yang aku ada.. aku mula dengan windows XP sp 3, pinjam dari roomate aku.. laptop ni datang dengan XP,jadi driver yang dia ada semua untuk XP,bila intall 7,haaa..ni masalah ni jap g...
segalanya nampak seperti biasa,aku delete semua pertition,buat partition baru..macam biasa aku buat.. proses berjalan lancar sampai la laptop restart untuk install bahagian dekstop [ hentam je ] pula.. sampai dot ke 3, 39 minutes remaining.. keluar ni.. haa, ni permulaan tekanan ni..
pelik.. pehal tak jumpe path nie.. aku klik ‘OK’ banyak kali tak jalan.. aku pun buka internet cari punca masalah.. dapat dah dari microsoft punye site.. masalah mungkin berpunca sebab setup tak dapat berkomunikasi dengan dvd drive.. hooohhhhhh, pehal pulak la ni.. 1001 kebuntuan datang menimbun-nimbun..aku tukar cd lain,yang peliknya semua cd XP tak detect..
... hapuskan cetak rompak ...
wah,kesabaran kian hilang..pelbagai jalan digunakan untuk membaiki masalah ni.. cara kat intrnet dengan edit registry la ape la sume tak jalan.. tu yang aku post kat FB tu.. memang pusing pale aku time tu.. Last-last aku terduduk.. owhhhh..
*blank*
cuba menenangkan fikiran,memandang meja aku yang bersepah..tiba-tiba terfikir, “ cantik gak meja aku camni, leh try blajar jadi hacker pasni..hehe”.. owhhh,kerja jurutera nanti macam ni ke haa?..aku pun tak tau.. tapi ia mungkin jauh berbeza..
aku memandang page FB,terjumpa nama Mustakim Ahmad.. dia ni senior skolah aku,1st batch SPM tak salah.. aku batch 5..jauh beza,kenal dia pun masa aku beli laptop aku ni.. memang on the spot tanya dia.. berlaku perbualan ringkas di chat fb tapi tak lama..
Akhirnya..dengan masalah masih tidak selesai, aku keluar ke cafe.. [ susah ni,asal bosan cari makanan..cuti 3 bulan jadi ape la nanti ]
lupa,yang peliknya bila aku install win 7,boleh je detect dan proses tanpa ada masalah.. dengan XP je tak mau pula..
kat cafe,aku online fb lagi..tengok kat post aku tu,bro Mustakim ada la bagi link untuk buat pendrive sebagai bootable drive.. maksudnya format guna pendrive.. aku pernah dengar cara ni tapi tak pernah cuba.. cuma, yang ni untuk wn 7, win xp tak tau la..
sila baca link BOOT USB
dann...aku terus menerus mencuba pelbagai cara..XP gagal 7 boleh install.. masalahnya driver Nvidia tu tak de.. so grafik memang serius tak cantik.. pakai VGA je.. aduhai.. aku try download driver untuk 7,namun tak leh nak install.. huh,geram bila tak menjadi.. dan malam tu aku stuck,keluar dengan bob lepak danau nak cari seluar untuk g penang nanti..
paginya,jam 6.30 pagi pulang ke uia dan cuba untuk install XP direct dari my computer,tapi tak boleh gak.. tak support la kot kalau nak downgrade.. then,im lost~~~.. disebabkan fikiran aku nak setelkan design banner program KPIJ dan nak setelkan beberapa kerja untuk PERMATA 10, aku rasa ni je la mampu dilakukan..windows 7 dengan grafik VGA..dan memeranjatkan lagi,tiba-tiba drive dvd tak detect kat my computer.. tak tau nak buat pe,pelik..lalu dipulangkan..tu je la yang mampu... setelah dihubungi tuan laptop,lalu ia dikembalikan.. aku tak tau la ape kesan sampingan [ macam makan ubat ] jangka masa panjang..tapi dah cakap dah, hantar kedai je la jalan terbaik ..huhu =)
untuk kali ni,gagal..walaupun laptop tu boleh guna,tapi prestasi bukan pada tahap maksimum..
selepas ini, aku balik dari PERMATA, nak format dekstop tahun 2001 kat rumah untuk kali ke.. ntah la,dah buat hal lagi tu..
- end –
01378 April 2010Uthman, IIUM
No comments:
Post a Comment