13 June 2010

Pelita : Azlan & The Typewriter ft. Hujan.. Motivasi dari lagu..





*pautan muatturun( download ) lagu PELITA di akhir entri ini.

Salam..
Aku dah lama dengar lagu ni kat carta ten ten ten,hot fm pada waktu petang. Lagu yang agak menarik dari segi susunan muzik, cukup bertenaga bila digabungkan Azlan ( bekas vokalis Meet Uncle Hussain ) dan Hujan.

Semakin dihayati lagu ni, baru aku perasan liriknya seolah-olah memberikan motivasi kepada pendengar. Lagu ini lagu tema filem Hooperz, aku tak tonton lagi filem tersebut dan rasanya apa yang hendak disampaikan dalam filem itu ada sedikit di dalam lagu ini.

Kita lihat bait-bait korus lagu ini,

"Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir"


bila aku dengar, cukup tertarik. Apa yang aku nampak, seseorang itu telah kehilangan segala-galanya,baru untuk mengorak langkah tetapi tidak menjadi. Namun dia bangkit kembali,terus mencuba selagi kudrat itu masih ada.

Kadangkala, aku tahu dan sedar ungkapan itu. Selalu di dengar di mana-mana motivasi mahupun dari insan yang sudah berjaya,tetapi tindakan itu sukar dilaksana.

Apapun untuk aku ,”action speaks louder than words” !!

Lirik Pelita :

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya

Muatturun ( download ) lagu Pelita di SINI

*nota kecik :
1. pautan muatturun lagi di 4Shared.
2. foto dari google images.
3. Lirik dari
: http://www.1liriklagu.com/lirik-pelita-a-p-i-ost-hooperz/


2240
13 Jun 2010
rumahku..

1 comment:

Akmal Khairi said...

minat eh A.P.I klu free meh la jumpa