21 July 2010

Trafik Blog Menurun !

... kesesakan trafik di jalan tidak sama dengan kesesakan trafik di blog - picture by trappedinreality.deviantart ...

Salam..

Trafik blog aku sekarang telah menurun dengan mendadak, tidak seperti bulan lepas..
Penurunan yang dikelaskan pada tahap kritikal !!
Kalau sebelum ni satu hari boleh jejak 100 pageviews ( kira ok la untuk blog tak hebat macam aku ni ), sekarang dalam 30 – 50 pageviews sahaja.

Sebabnya ?..


Hari ini 21 Julai 2010, bermakna sudah 2 minggu aku memulakan semester baru di kampus. Minggu pertama yang lalu, kelas aku telah bermula pada hari pertama lagi. Ada yang pelik sebab pensyarah semangat sangat masuk kelas pertama, tapi pada aku itu perkara biasa sebab selalunya silibus tak pernah nak habis bila tiba akhir semester ( terutama untuk kuliah kejuruteraan.. haish! )

Minggu pertama juga aku telah mendapat tugasan yang agak banyak. Hujung minggu terpaksa duduk di bilik menyiapkan tugasan ( walaupun tak berapa nak siap ), terbatas idea nak menulis dan juga keluar berjalan-jalan. Memasuki minggu kedua ini, tugasan semakin bertambah dan ia akan terus bertambah. Aku perlu bersedia untuk semua itu !.. Yeah !!

Tanggungjawab tidak terbatas kepada pelajaran sahaja, aku punya tugas lain untuk beberapa program. Aku tak akan mengkhabarkannya selagi tiada apa-apa makluman susulan. Tidak la banyak pun program, sikit je, cuma menunggu jawapan mane la tau tiba-tiba ada meeting, perlu lagi persediaan mental disitu.

Benar juga kata-kata blogger hebat dan handal, nak kekalkan berblogging ni perlu kekuatan, ada masa kita akan jadi rajin dengan blog, update hari-hari, setiap jam namun ada masa blog semakin kurang untuk dikemaskini dan lama kelamaan ia dibiarkan begitu saja. Timbul la ayat “ blog usang”, “blog berhabuk”. Aku pernah sekali macam tu dan harapnya ia tidak berlaku lagi. Aku akan terus update semampu yang boleh.

Akhir kata, itulah punca trafik blog aku menurun, kekangan waktu untuk meluahkan idea dan mengemaskini blog. Menulis ini perlukan ketenangan, idea tidak akan datang bila kita dalam keadaan otak berserabut. Betul ?. Haa, jadi aku akan cuba mencuri sedikit masa dan ruang untuk kembali dengan blog. Blog aku ada pembaca setia ke ?. Mungkin ya mungkin tidak. Hahaha..

*nota kecik : aku jumpa ayat baru ketika kelas Signals And System,”beyond our abilities”. Jadi, aku gubah kepada ayat ini :

“ beyond boundaries, beyond our abilities “

1043
21 Julai 2010
Cafe Edu, IIUM.

20 July 2010

Ziarah Keluarga Angkat



Salam..

Anda pernah ada keluarga angkat ? Ya ? Tidak ?
Ada beza ke keluarga angkat dengan keluarga sendiri ?.. Memang berbeza, tapi itu dari pandangan mata kasarnya. Dari segi ikatan ukhwah sesama muslim pada aku tiada yang berbeza, luasnya kenalan kita dapat meluaskan rezeki kita.

Minggu lepas aku dan peserta baktisiswa yang lepas ( ashraff, hanani, munirah ) yang mana mereka satu keluarga angkat dengan aku pergi menziarah keluarga angkat kami di Hotel Concorde Inn, KLIA. Pertemuan itu perlu biarpun ia hanya 2 jam. . .

... nampak cantik papan untuk letak depan pintu bilik ni ...


Ayah angkat kami bekerja sebagai kastam dan bakal bersara pada bulan depan. Jadi mereka menghadiri satu majlis persaraan yang berlangsung di Putrajaya pada 16 Julai 2010 yang lalu. Mulanya kami merancang untuk melawat mereka pada hari sabtu tetapi disebabkan mereka bakal pulang pada sabtu pagi, maka petang jumaat itu juga kami terus ke sana.

... kereta berjasa ...

Berbekalkan sebuah perodua Viva kami menuju ke Hotel Concorde Inn KLIA dengan tiada seorang pun yang tahu jalan nak kesana, cuma berpandukan papan tanda jalan sahaja.. ==’

... nama bilik pun dah macam kat lapangan terbang ...

Syukur selamat tiba ke destinasi jam 4.15 petang. Setelah jumpa bilik mereka menginap, kami bersalaman. Seperti biasa mak menitiskan air mata berjumpa kami terutama dengan munirah dan hanani.. T_T

... ayah angkat dan adik angkat kami yang paling bongsu ...



Pelbagai perkara dibualkan, kalau boleh rasanya banyak perkara yang nak diceritakan kepada meraka, keluar jalan-jalan dengan mereka, makan malam bersama tetapi jadual ayah tidak mengizinkan. Mereka perlu bertolak dengan bas ke Putrajaya jam 6.30 petang untuk majlis makan malam dan persaraan di sana.

... SEE the HARGA laaa !!! ...

Mulanya kami ingat nak makan di cafe dalam hotel tu bersama mereka tetapi melihat kepada menu yang harga makanan seorang sama dengan 4 orang makan jika di warung, hasrat itu dibatalkan. Lebih baik berbual panjang dengan masa yang singkat itu.. ^_^


... shoot semasa sedang menunggu kereta sampai ...

Pantas masa berlalu, jam menunjukkan 6.30 petang. Mereka pun telah selamat bertolak ke majlis makan malam, kami melambai dari jauh. Perancangan seterusnya, kami akan ke Kg. Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang. Bila ? Akan difikirkan tetapi kami akan ke sana lagi.

Bagi yang pernah melalui program keluarga angkat, masih berhubung lagikah dengan mereka? Jika tidak teruskan menghubungi mereka ye.. Jika Ya, kekalkan persaudaraan itu.. =)

*nota kecik : masa program hari tu tak dapat jalan-jalan ke pulau, satu kerugian datang penang tak pergi ke pulau.. kepada cik hanani husna, kami sesat lorh selepas hantar kamu ke sekolah.. hahaha...

2103
20 Julai 2010
Mahallah Uthman..

14 July 2010

dimana anda tengok Final World Cup 2010 ?

... front seat bebeh.. yeah !! ...


Salam.

Masih ingatkah lagi detik-detik kemenangan Sepanyol dalam Piala Dunia 2010 ?
Juga lakonan-lakonan jatuh minta sepakan percuma ( boleh menang pelakon terbaik gak pemain bola ni.. hahaha )

Cukup meriah pagi 12 Julai 2010 yang lalu. Pergi Mc D penuh, kedai mamak pun penuh sampai tak cukup kerusi meja. Malam itu tokey-tokey kedai makan senyum sampai ke telinga sebab dapat ‘durian runtuh’.

Aku ?. agak lewat juga baru aku keluar untuk menyaksikan siaran langsung Final World Cup 2010.

Waktu tu dah jam 2.00 pagi, baru member aku ajak keluar sebab cafe mahallah ( kolej kediaman ) aku tutup. Peh ! nak cari port mane kul 2 pagi baru nak keluar, confirm penuh beb.

Dengan hati yang berdebar-debar nak keluar malam ( takut kena saman walaupun ptptn baru masuk ), kami selambe merempuh pintu pagar utama. Nasib kami baik sebab guard sorang pun takde kat sane, diorang pun nak tengok world cup kot. hahaha..

Pusing-pusing sekitar Batu Caves tak jumpe kedai yang ada kosong, ada tu ada cume skrin kecik la plak. Mc D dah masuk tapi penuh. Mujur ada satu restoren kat depan stesen minyak BHP tu, ada skrin besar. Dah la sampai lambat, kitorang dapat front desk lagi tu. So, layan World Cup..



... tengok bola tak makan mane bleh, lapar sehh ...

... robben kecewa ...

Anda pula ?.. tengok bola malam tu kat mane ek ?

*nota kecik : persembahan Belanda malam itu tidak kurang hebatnya. . .

1423
14 Julai 2010
Mahallah Uthman

13 July 2010

rambutan melengkapkan segalanya

.. inilah pakli, kami telah berkawan semenjak umur 6 tahun ..

Salam.

Musim buah rasanya yang semakin rancak kian menghampiri penghujungnya. Buah-buahan seperti durian pun dah makin kurang berbuah. Aku ? Cuti semester ditamatkan dengan lambakan rambutan yang.. Agak banyak la juga.. =)


9 Julai 2010, aku dan pakli ( fadzli ) ke rumah rakan aku, Agoi nama panggilan dia. Nak dipendekkan cerita, mak ayah dia suruh kitorang datang rumah sebab nak kasi buah-buahan yang banyak. Maklumlah, rumah dia tu anak-anak semua dah besar, dah kawin, jadi takde siapa nak habiskan buah-buahan yang banyak tu. Agoi tu la sorang yang masih belajar lagi.

Jadi, cerita seterusnya sila lihat gambar la ye..

... red dragon ?.. hohoho ...

... dahan perlu dipotong supaya pokok boleh menghasilkan tunas yang baru ...





.. rambutan di dalam besen ..

... bonet van aku penuh dah dengan hasil tanah ..

Alhamdulillah, rezeki kan.. Duriannye punyalah sedap..Isi kuning emas, pejal lagi tu.. Makan memang syok abiss..
Bila tengok suasana ni, seronok seh. Baru la ada realiti kehidupan di kampung. Dah lama aku tak rasa suasana macam ni, dulu masa kecik-kecik ada lah kat kampung sendiri.

Hari itu merupakan hari akhir aku di rumah sebab esoknya aku dah bertolak pulang ke kampus, jadi pengakhiran cuti sebegini membuatkan aku berpuas hati. Lengkap sudah cuti 3 bulan aku..

*nota kecik : malam aku sampai kat kampus, pergi shopping kat Giant Batu Caves, ada orang jual durian dalam bekas polisterin yang separuh.. harga 3 bungkus RM 10.. sebungkus tu ada la 3 ulas.. aduhai, wat taik gigi je la camtu.. Oh bandaraya..

13 Julai 2010
0108
Mahallah Uthman

08 July 2010

mari menyumpit

... 1st time try sumpit ...

Salam.

Sumpit adalah salah satu senjata tradisional yang berasal dari sarawak. Meskipun teknologi tidak sehebat M16, Ak – 47 mahupun Roket Soyuz ( kenapa roket ? ) tetapi ia mampu membunuh dengan sekali helaan nafas saja.

Entri ini bukan nak mengajak ke arah peperangan tetapi teknik untuk menembak sasaran. Entri kedua aku berkenaan fizik.


Minggu lepas, aku menghadiri karnival koperasi di sekolah menengah aku dulu. Sebelum balik tu, aku cuba bermain sumpit. Kali pertama aku tiup, tepat ke arah sasaran walaupun belon tu tak pecah ( lidi sumpit tu tumpul la ). Tekniknya mudah, hanya aplikasikan konsep “projectile motion”.

projectile motion’ secara ringkasnya boleh aku tafsirkan sebagai gerakan dalam satu sudut tertentu. Anda boleh lihat di mana-mana sahaja konsep ini diaplikasikan terutama musim World Cup sekarang ni. Bola yang disepak oleh pemain tidak akan sampai tepat ke arah gawang gol dalam keadaan tegak tetapi melencong sedikit di bahagian atas. Gerakan itu membuatkan bola pergi lebih jauh.

Ingin mencuba ?. Ambil sebiji batu dan lemparkan secara tegak dan lihat di mana batu itu jatuh. Kemudian ambil kembali batu itu, lemparkan dengan keadaan sedikit condong ke atas, kekalkan daya anda seperti permulaan dan lempar. Lebih jauh sedikit bukan?

Kenapa ye bila dicondong sedikit batu tersebut boleh pergi lebih jauh ?. Ini konsepnya setakat yang aku faham la.

... image from google images ...

Batu tersebut punya 2 halaju berbeza. Satu bergerak ke hadapan ( paksi – X ) dan satu lagi bergerak ke atas ( paksi – Y ). Halaju ini terbelah dua disebabkan oleh sudut yang kita ambil untuk mencondongkan batu tersebut. Yang memberi impak maksima terhadap batu ini ialah halaju ke atas ( paksi – Y ) sebab halaju ke hadapan ( paksi – X ) adalah sama dari awal pergerakan sehingga batu jatuh ke tanah. Jika sudut yang kita gunakan untuk mencondongkan batu adalah besar, bermakna halaju pada paksi – Y tinggi, itu membolehkan batu pergi lebih jauh. Selain sudut, jika kita melempar batu dengan daya yang tinggi juga membolehkan batu itu pergi lebih jauh.

Masa aku main sumpit tu, aku tak condong banyak sangat ke atas sebab lidi yang aku tiup tu objek ringan. Jadi kalau aku naikkan sumpit tu tinggi sangat, mesti jauh terlajak lidi tu dan tak kena sasaran. Aku pun naikkan sikit je sumpit dan tiup dengan kuat.

Konsep ni banyak aplikasinya seperti main golf, pancuran air oleh bomba ke arah api, lompatan ahli sukan X-Games ( skateboard, basikal GT ) dan apa-apa yang melibatkan pergerakan di udara. Kita juga boleh tahu masa yang kita ambil untuk sampai ke destinasi jika melompat guna kaedah ‘projectile motion’. Pernah tonton drama ‘My Boss My Hero’ ?. Ingat lagi babak lompatan dari bangunan ke bangunan sebab nak dapatkan puding yang poyo sedap tu ?. Haaa, kat situ pun boleh diaplikasikan, tapi jangan buat aksi tu kat rumah. Hahaha.

... si sengal yang terbang nak dapatkan puding ...

... rumus trigonometri, pening giler ...

Ok, aku tak cerita sangat la secara terperinci konsep ni dengan rumus semua sebab tak perlu pun. Bukan aku nak jadi lecture ke bukak kelas tuisyen ke kat blog ni. Cuma sedikit perkongsian ringkas. Kepada adik-adik yang masih bersekolah, nak amik SPM tahun ni terutama pelajar aliran sains tulen, kalau korang belajar fizik, kimia, biologi ( aku tak suka biologi.. haha ), jangan sempitkan ilmu itu hanya di atas kertas. Nanti korang study untuk kertas je nak watpe.

Aplikasikan dalam kehidupan. InsyaAllah korang boleh faham sebab nampak bukti yang jelas. Try r, seronok beb dan nanti korang nampak begitu luasnya ilmu milik Allah di dunia ini.. Wahhh, bajet pakar motivasi plak aku..

*nota kecik : 2 days left, 1 day left and then no more holiday.

1808
8 Julai 2010
rumahku..

07 July 2010

borong durian 30 Kg !!

... satu shoot kat bandar kluang ( gambar merepek ) ...

Salam.

Haa.. Marriii rapat mari dekat cik abang, adik, kakak-kakak, makcik-makcik.. Durian Gred 101 punya,
RM 6 sekilo.. Yang ni RM 3 sekilo, yang ni RM 2 sekilo tapi kurang sikit la kualiti. Boleh cuba boleh rasa.. Durian tembaga ada , durian susu ada.. Manis-manis punya..

Eik ?.. Durian.. Aku bukan nak jual durian, cuma hari ini nenek aku telah borong durian sebanyak berapa biji ntah aku pun tak kira tapi jumlah berat semua 30 Kilogram !!

... kasut sukan baru beli sebulan ( lagi gambar merapu ) ...


Pagi tadi aku bawak mak dan nenek ke bandar kluang. Ada urusan sikit. Balik dari bandar kluang, nenek suruh berhenti mana-mana nak cari durian, jadi aku berhenti la dekat kedai kecik nyonya ni. Dekat Sungai Sayong.

... see the "kuning" !! ...

... inilah kedai nyonya tersebut ...

... 2 guni bawak naik atas lori ...

... kamera aku tak leh zoom jauh, jadi tak nampak sangat yang hakikat bahawa begitu banyak durian di atas pokok itu ...


Boleh tahan la rasanya, pilih punya pilih sampai tak sedar dah 30 Kilo semua sekali.. Yang RM 3 sekilo ada dalam 16 kilogram, RM 2 sekilo ada la dalam 14 kilogram.. Jumlah dibeli 2 guni gak la..

Nak buat pe ek durian banyak-banyak ni?.. kembung perut la aku makan bubur durian sebelum balik UIA sabtu ni. Tak pun, DEMAM.

Mari-mari ramai-ramai DEMAM durian !!.. Hahaha..

... shoot kat bandar kluang ( gambar selingan 1 ) ...

... shoot kat bandar kluang ( gambar selingan 2 ) ...

*nota kecik : baru hentam 3 biji tadi dah rasa panas-panas je kepala ni. Aiseh !!..

2247
6 Julai 2010
rumahku..

05 July 2010

permohonan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara 2010 dibuka


... picture by google images ...

Salam.

Sebelum tidur, aku teringat nak semak bila tawaran biasiswan JPA dalam negara dibuka. Hasilnya positif.
permohonan dalam talian bagi biasiswa JPA, Program Ijazah Dalam Negara 2010 telah dibuka. sila layari laman web http://esilav2.jpa.gov.my/.
Tarikh permohonan dari 2 Julai 2010 - 16 Julai 2010. Aku rasa kalau yang tengah buat degree tetapi bukan tahun pertama pun boleh mohon lagi. Sekian dan semoga berjaya.

*nota kecik : pernah patah hati dengan istilah "biasiswa"
0111
5 Julai 2010

- Entri Tamat.

04 July 2010

Diddy’s Pizza : Sedap, Murah dan Tanpa Cukai !!

... Diddy's Pizza [at] Simpang Renggam ...

Salam.

Malam ni aku tak makan nasi ( peh! diet !!! ) tapi teringin nak makan pizza. Keluar ke pekan tu singgah jap kedai pizza kecik ni. Diddy’s Pizza, terletak di sebelah perhentian teksi Simpang Renggam dan dibuka pada waktu malam je.

Apa yang istimewa?. Jom aku cerita..



... memakai sarung tangan semasa letak isi kandungan pizza ...

Pizza ni dibuat secara langsung di depan mata pembeli. Orang yang letak bahan-bahan untuk pizza ni menjaga kebersihan dengan teliti. Aku cerewet sikit benda kotor ni. Dibuat secara perlahan-lahan dan teratur. Nice !!

Isinya juga banyak. Aku tengok dia letak kepingan daging ayam tu penuh bulatan roti tu. Dengan sayur-sayur lagi,mampat ah pizza tu !!



Harga murah sebab tak dikenakan cukai 5 % seperti jenama-jenama terkenal yang korang semua tahu. Pizza bersaiz biasa cuma RM 10 dan saiz keluarga cuma RM 19.90. Aku order dua, pizza tuna ( biasa ) dengan paparoni chicken ( family ). Semua sekali RM 29.90, balik aku makan dengan family. Sape tak nak kalau murah beb.

Cuma, pizza ni takde cawangan kat sekitar KL atau Selangor la plak. Ada pun kat Bt. 26, Kelapa Sawit.
Lain kali la beli lagi.

... adik aku ngadap pizza, beberapa minit sebelum German sumbat gol ke 4 ...

Owhhh~~~ Pizza yang Sedap, Isi banyak dan Tebal Mampat ~~~

*nota kecik : Brazil, Argentina selamat. Siapa pula selepas ini ?

0037
4 Julai 2010
rumahku..

03 July 2010

Ziarah ke sekolah lama, SMK Simpang Renggam.



Salam..

Aku baru saja selesai edit gambar-gambar yang baru aku tangkap tadi, sambil nyanyi lagu Mirwana ( rakaman vokal khas untuk diri sendiri ). Hari ni sekolah aku ada buat hari koperasi. Macam biasa la hari koperasi, pelbagai aktiviti dijalankan seperti gerai-gerai, tayangan video, cabutan bertuah, flying fox, futsal, pentanque, pameran sains dan lain-lain. Hari koperasi yang paling meriah masa aku tingkatan 2 dengan tingakatan 5. Kali ni pun boleh tahan juga la meriahnya, maju dah sekolah aku tu.

Apa yang ada bila melawat sekolah lama yer ?.


... peserta sedang sibuk dengan bot mereka ...

Aku sampai je dalam jam 11 pagi terus masuk dewan dengan member aku, Hakem. Jumpa dah seorang cikgu, Puan Norazah bt. Beduroding. Masa tu kat dalam dewan ada pertandingan bot, cikgu Azah kira person-in-charge la agaknya. Kalau aku tingkatan 5 dulu, ada gak aku buat pameran robotik Lego, masa tu kitorang dalam persiapan untuk pertandingan Olimpiad Robotik Lego.

Cerita tentang cikgu Azah ni, peh !! Satu sekolah kenal dengan dia punya garang tu. Berketurunan bugis, memang agak garang. Sape kelas fizik dengan dia memang kecut perut la kalau dia marah.
Pantang bagi dia bila buku nota fizik tu ada conteng-conteng kat bahagian belakang sebab buku member aku pernah kena baling ke luar kelas sebab ada contengan tu. Fuhh.. Ada juga kelas yang kena jalan itik keliling bangunan sebab ape ntah, ada la silapnya tu.

Tapi, garang-garang dan maki dia tu buat aku sedar dari mimpi. Masa tingkatan 5 dulu aku ni tak serius belajar. Bila dapat keputusan percubaan SPM teruk, lagi 2 bulan nak SPM baru aku study fizik dengan serius, duk jumpa dia hari-hari sampai naik jemu dia tengok aku ni. “ Awak ni, berapa kali saya nak terangkan, tak paham-paham lagi ke?”, memang tak lupa ayat tu. Hahaha. Tapi ada juga la hasilnya dengan kena marah masa sekolah dulu. Moral, jangan benci cikgu garang. (^_^)

... semangat Piala Dunia 2010 ...







Macam biasa, kalau nak beli barang kena beli kupon dulu RM 5. Transaksi akan guna kupon untuk barangan yang murah. Kalau nak beli buku ke,penapis air mahupun sebuah kereta Proton tu lain cerita la. 3 kali pusing gak aku dengan Hakem, tak tau nak beli pe. Makanan yang biasa aku tengok kat pasar malam, kecuali gerai-gerai yang di buka oleh pelajar, ada la benda-benda pelik sikit. Contohnya, awek jepun ni.

Ada beberapa orang pelajar cina siap kimono segala duk pusing-pusing. Dengan bawak heller siap, jual benda apa ntah macam cenderahati.

Sempat juga jumpa cikgu Nor Hayati, cikgu yang ajar aku matematik tambahan dulu. Masih lagi berniaga benda yang sama setiap kali aku jumpa dia kat hari koperasi sekolah. Cincin, keychain, minyak wangi, rantai. Aku tak dapat nak beli apa-apa kat kedai dia sebab aku bukan reti beli cincin, rantai ke ape tu. Tapi tak pe cikgu, singgah tetap singgah punyerr.

Cikgu Nik Hasni, ajar aku subjek EST masa tingkatan 5. Suami dia, cikgu Madzian ajar aku Bahasa Melayu, tapi tak nampak plak cikgu Madzian tadi. Macam biasa tegur dan bertanya khabar. Biasa setiap tahun bila hari raya aku dengan member-member akan ke rumah dia. Raya ke 4 mesti dia dah ada kat rumah selalunya.
wan, kalau nak borak-borak panjang datang la rumah”
“ okey cikgu, raya insyaAllah saya datang. Macam biasa”
cikgu mengakhiri perbualan sebab dia nak pergi bagi markah kat kat setiap gerai,ada pertandingan gerai tercantik .



Banyak yang telah berubah di sekolah ni, bangunan semakin cantik, dah ada gymnasium, dah boleh belah katak untuk subjek biologi sebab masa aku tingkatan 5 takde belah katak ni, peralatan-peralatan subjek kemahiran pun dah banyak. 4 tahun dah aku tinggalkan sekolah, dah tak kenal dah junior-junior sekolah ( fakta : aku memang tak dikenali ramai di sekolah ).

Akhir sekali cikgu Wan Mahera. Boleh plak dia bukak gerai main sumpit. Biasa orang main dart. Ini lain pula, bayar RM 1 untuk 2 kali sumpit. Aku mula-mula segan gak, tapi cuba je la. Belon tu tak pecah tapi sumpitan aku mengena la dua-dua. Dapat hadiah yang, comel la kot untuk orang pompuan. Hahaha. Terima kasih sebab mengiktiraf kemenangan saya. Hehe..


... skill mesti kena ada ...


... sasaran yang mesti pecah !! ...


... inilah hadiahnya ...

Dia ni cikgu kaunseling, budak-budak kelas aku yang laki ada gak la kena ‘basuh’ dengan dia. Aku pun sama, tapi masa tu aku yang cari dia. Otak buntu masa awal-awal tingkatan 5. Pernah aku cerita kat entri aku yang dulu-dulu pasal ni. Kira dah lepas sekolah ni setiap tahun memang datang jumpa dia gak duk borak-borak.

Fuh, penat dan puas hati. Dapat jumpa cikgu-cikgu dengan member-member. Paling best sebab menang sumpit ni la. Hahaha. Nanti kat entri selanjutnya aku ceritakan lagi satu konsep fizik, “ projectile motion” yang aku aplikasikan semasa menyumpit tadi. Fizik itu seronok bila diaplikasikan dalam kehidupan sebab dimana-mana ada fizik. =)


... Galeri Zaa'ba. Masa tingkatan 4, kelas aku belajar kimia kat sini 3 jam sebab nak cover silibus. Tajuk susah plak tu, berasap aku belajar kimia ni ...


*nota kecik : tak jumpa ramai member la sebab dah bulan julai ni, semua dah balik kampus masing-masing. Aku dengan hakem je balik minggu depan.


Cikgu yang aku tak jumpa lagi, cikgu Rosita ( sejarah tingkatan 3, agak rancak perbualan kalau jumpa dengan dia ), Ustazah Siti Azline ( istimewa sebab dia ajar bahasa arab batch aku sejak kami tingkatan 1 sampai tingkatan 5, 5 tahun dia jaga kelas kami, nakal-nakal setiap sorang dia dah tau dah ) dan ramai lagi nak jumpa, mungkin di kesempatan lain.

1543
3 Julai 2010
rumahku...

02 July 2010

babak penting Piala Dunia 2010



Salam,wan.. Ko wat pe malam ni?.. tengok bola tak? “, Rahim.
Tak tau lagi r.. transport takde ni, family aku kuar.. Match pe malam ni ? ”, Aku.
Lorh. Brazil ngan Netherlands la. Ko tak tengok bola ke?”, Rahim.
.
.
.
Hahaha.. nanti kul 9.30 aku roger balik.. Aku takde hal punyer “, Aku.

Aku tak tengok piala dunia ?. Itulah kenyataan sekarang. Orang sibuk dengan Piala Dunia tapi aku tak tengok. Petang tadi entah macaman berangan tentang World Cup ni, datang pulak ilham ringkas. Babak penting Piala Dunia 2010.

Punyalah dalam masa lebih kurang sebulan ni, ramai yang sibuk tengok dari perlawanan pembukaan hinggalah pusingan kedua yang hampir tamat sekarang ni. Konklusinya hanya satu, mencari siapakah juara Piala Dunia 2010.

Jadi, aku rasa babak paling penting ialah perlawanan akhir Piala Dunia. Tengok final match je dah cukup , kat match tu nanti terjawab semua persoalan yang wujud. Hahaha.. Siapa juara, penjaring terbanyak, penjaga gol terbaik dan paling best lepas final akan keluar senarai pendek video 10 gol tercantik Piala Dunia 2010. Karang tengok dari awal, duk buat judi bola, jap lagi pasukan yang dipertaruhkan kecundang. Aduhai.. ( betting live di warong2 bdekatan. trust me, it's everywhere, every now n then - Faaizz d. zul )
Tu yang aku fikir, tengok dari awal pun nak wat pe. Nanti tukar-tukar sokongan plak, mula-mula sokong England tapi sebab England dah dihantar pulang awal ( eh,gol tu masuk la..hehe ) , tup-tup tukar pula sokongan kepada pasukan lain..


Apapun, sokonglah pasukan bola sepak Malaysia. Kita mampu pergi jauh, sejarah telah membuktikannya tetapi kesilapan kita ialah terlalu berbangga dengan sejarah. Bila berjaya, telalu gembira namun bila gagal.. Hmm..

Kejayaan masa lalu bukan sesuatu yang patut diagung-agungkan kerana berjaya belum tentu sempurna.

*nota kecik : aku tak tengok world cup ni sebab takde Astro satu hal, TV1 kat rumah aku plak tak berapa jelas. Bising je bunyinyer. So, final world cup nanti 12 Julai aku dah balik hostel,harap dapat la tengok nanti..

2114
2 Julai 2010
rumahku..